Thursday, 31 December 2015

Lubna demam, ummi sakit tekak

Semalam perasan lubna asyik tidur je. Hari ni pulak betul-betul demam. Bulan ni dua kali lubna demam. Cucuk paracetamol di buntutnya tadi, harapnya cepatlah kebah. Esok dijangka turun salji di beberapa manatiq di Jordan. Sejuk memang mencengkam tubuh. Duk di dapur tak boleh lama-lama. Sejuk sampai ke tulang.

Hari ni baru masuk 20 halaman fasol dua. Selagi tak siap yang ini memang tak boleh buat lagi fasol tiga walaupun dah ada gambaran dalam kepala. Minggu depan target jumpa musyrif hantar mana yang dah siap. InshaAllah. Masa makin suntuk terasa. Jangan ada yang kacau.

Makan pagi merangkap tengahari...


Pagi-pagi dah makan nasi. Senang. Tak payah pening nak piki makan tengahari. Perlu piki untuk makan petang merangkap makan malam sahaja. Lubna tak selera nak makan. 

Mulai hari ini saya tekad nak amalkan minum cuka epal dengan air setiap pagi dan malam. Harap berjaya inshaAllah. Ada beberapa azam juga rasanya perlu ditulis di sini:

- nak istiqomah solat sunat sebelum subuh.
- nak amalkan cuka epal setiap hari.
- nak kurangkan pengambilan nasi & makanan berminyak serta gula putih.
- nak ajar lubna membaca dan menulis.

Sekarang dah berjaya kurangkan gula putih dalam makanan. Kami ganti dengan stevia & gula tebu. Banyak lagi diet makanan lama yang perlu diubah. Nanti kena senaraikan semula.

Sambung menulis.

Tuesday, 29 December 2015

Suamiku tukang masak

Hari ni suami masak nasi lemak. First masak sambal boleh tahan jugak. Tapi tak amik gambar sebab lapar sangat. Hihi.

Nasi arab masakan suami juga...


Jemputan makan tengahari di rumah pengarah EMJ...


Beli baju bundle di zarqo'. Nusf dinar setiap helai. RM 12 utk semuanya. Murah betul...




Friday, 25 December 2015

Macam-macam nak cerita...

Dalam kepala macam-macam perkara saya nak tulis. Tapi kadang-kadang kerana asakan tugas sebagai ibu, isteri, wanita dan pelajar menjadikan niat menulis jadi terbantut dan saya pun lupa apa sebenarnya yang hendak ditulis. Tugas pelajar duk di belakang sekali tewww. Maklumlah di rumah, suami dan anak  tidak melihat saya sebagai pelajar tetapi sebagai pompuan yang suka memasak dan membaca resepi serta lebih banyak duduk di dapur berbanding mengadap buku. Kah3. Habis tu tak kan nak pakai tudung dengan kad pelajar kat rumah baru suami dan anak ingat saya ni pelajar! Ha marah marah...keh3.

Hari ni selesai membaiki draf fasol thaniyy bagi kemahiran bertutur dan membaca secara kuat. Mudah betul tajuk saya. Yang susah ialah istiqomah untuk terus rajin dan semangat membaca dan mencari bahan. Tajuk orang lain lagi susah, kena masuk makmal sana makmal sini, saya paling teruk pun nanti cari dakatir untuk semak adawat dirosah saya (apa entah terjemahan melayunya, teruk betul) dan laksanakan rancangan pengajaran terhadap pelajar. Itu saje. Bunyi macam mudah tapi kenapa tak siap-siap lagi nih?! Berangan banyak ni.

Nak sambung menulis tesis sekejap. Nanti sambung blog pulak.

---------


طريقة إعداد المنسف بطريقة أردنية

Hari ni basma meluangkan masanya mengajar masak nasi mansaf di rumah kami...syukran basma. Akan sangat merinduinya bila dia terbang ke malaysia 6hb ini. :(.

Bahan-bahan utama mansaf. Kat malaysia mana nak dapat benda ni ye?...







Siap!

Bawang kuning cincang, lada hitam hancur, baharat qahwah hancur (pelaga rupanya), sumun baladi, ayam, jameed sail, laban, garam, beras bulat. Tu je bahan-bahannya. Mudah dan ringkas. Boleh dihias dengan daun parsley & kacang goreng. 

Cara masak nasinya: rendam beras 40 minit, letak minyak dlm periuk, letak beras, sedikit garam, tuang air panas, masak spt biasa, apabila telah kering, tutup periuk nasi dengan plastik & tutup penutup untuk elak wap air keluar dan masak sehingga kering. Siap!

Saya ada satu cerita tentang nasi mansaf ni. Dulu-dulu waktu zaman sekolah menengah pernah tertengok satu rancangan dokumentari berkisar tentang kehidupan masyarakat arab di Jordan. Dalam satu bahagian siri tu ada tunjuk seorang makcik arab masak nasi bernama mansaf. Sebab berkenan sangat dengan nasi ni maka saya hafal namanya supaya tak kan pernah lupa. Makcik ni masak menggunakan jamed yg ketul bulat macam bola. Tengok saja saya sudah tepegun dan terliur. Dibasuh jamed ni dengan air, direndam, dan diramas-ramas supaya menjadi cair dan boleh dimasak. Kambing seekor dibasuh dan dimasak bersama jamed yg telah cair. Segar dalam ingatan mungkin sebab belum pernah lihat masakan yang pelik tapi nampak sedap. Sejak dari itu, untuk beberapa hari saya berangan-angan masak nasi mansaf dan membayangkan rasanya yang seperti lemak-lemak susu. 

Waktu tu mana tahu rupanya ada rezki menjejakkan kaki ke negara arab bernama jordan. Bila saya sampai jordan pergi ke kedai dan lihat satu menu nasi bernama mansaf, hati jadi berdebar-debar. Ya Allah, inikah nasi mansaf yang saya pernah angaukan dulu? Saya hafal namanya dan masih ingat rupanya. Ya betul! Sape tahu rezki yang kita idam-idamkan rupanya Allah bagi beberapa belas tahun selepas itu. Hari ini saya sendiri yang betul-betul memasak mansaf. Oh, inilah  mansaf yang makcik masak dalam tv tu. Dua tahun lebih menetap di jordan, baru hari ini berpeluang memasaknya dengan air tangan sendiri. Terima kasih basma kerana telah merealisasikan impian ini. Allah memudahkan urusanmu dan menggembirakan hatimu dan suamimu serta anak-anakmu sepanjang berada di Malaysia nanti. Amin.

Thursday, 24 December 2015

Hari-hari makan...

Nasi kerabu...


Mee goreng (guna spageti)..


Maggi goreng...


Nasi lauk campur...


في الملحقية الثقافية بماليزيا في صويفيه للحصول على كتاب عدم ممانعة التحاق الجامعة لصديقتي


Baru ni jumpa dr.kilani. Alhamdulillah banyak pencerahan. Perlu baiki fasol dua mengikut cadangan doktor. Doakan saya dapat siap dengan cepat inshaAllah. 

Monday, 21 December 2015

Hari yang memenatkan اليوم المتعب


اليوم رحنا إلى مركز صحي في صويلح للحصول على مطعوم للعمرة. الكلفة للتطعيم ١٤ دينار لكل شخص عمره فوق ٣ سنوات. رحنا مع استاذ غزالي نظرا لعدم علمنا للمركز. 

قدم أصحاب البيت مأدبة غدائية شهية...سمك تيلابيا حلو وحامض

زوجي مع والد غزالي الذي يجيء الأردن للإجازة شهرا...


Makan pagi tadi sbelum tat'im vaksin...الفطور قبل الخروج


تعبانة بكثير اليوم مع الحاجة إلى متابعة إجراءات تقديم الطلب للاتحاق بالجامعة لصديقتي في ماليزيا. الله يسهل الأمور آمين، علما بأن المعاملة مع العرب ليست أمرا سهلا ، خير إن شاء الله. بكرة مقابلة مع المشرف لازم أكون مستعدة.



Sunday, 20 December 2015

Penghujung Disember 2015

Lagi beberapa hari akan sampai ke penghujung 2015. Usia semakin bertambah seiring pertambahan tahun. Tahun depan sudah mencecah 32 tahun. Tuanyaaaa. Rasa masih 23 tahun saje. Lihat kulit di tangan sudah nampak garis halus kedut. Liang roma semakin membesar. Kulit tidak mulus seperti remaja dulu. Sedih.

Makan nasi hujan panas di rumah midah semalam. Ya Allah sedapnya, rindu pada nasi minyak bungkus di terengganu. Next time harap dapat makan lagi nasi hujan panas midah ni. Kih3...


Dalil penyediaan tesis. Susah betul untuk dapatkannya! Kena minta izin dekan untuk fotostat. Pergi maktab dekan pulak ada muhadoroh, tercongoklah depan pejabat macam orang buduh  untuk 20 minit. Padahal apalah salahnya bagi free pada student postgrade! Lepas ke sana ke mari, akhirnyaaa Ala' secretary qism bagi saya free je buku ni. Alhamdulillah. Mujur terserempak dengannya di bilik fotokopi selepas dapat keizinan dari dekan untuk copy. Itu pun sorok-sorok dia bagi. Hihi. Pelik betullah arab ni kalau tak bagi student fotostat maka sediakanlah manual ini secara banyak dan juallah dengan harga berpatutan. Semua student postgrade berduit dan mampu beli.


Makan tenghari hari ini. Ringkas...


Lubna...


Gulai ayam...


Musakkhon...



Hari ni juga saya jumpa dengan usyrif dr.kilani. Saya hantar fasol dua yang baru siap separuh. Selasa ini akan berjumpa dengan doktor semula inshaAllah. Yang pasti doktor dah pindah bilik dan tidak menjadi dekan manahij wa tadris lagi.

Friday, 18 December 2015

في حالة الارتباك...

Buntu. Tak tahu mana satu kaedah penilaian yang boleh diambil. Karang kalau pandai-pandai modify kaedah sedia ada takut tak valid. Tapi kaedah yang sedia ada pun memang belum valid. Huahua. Allah permudahkan inshaAllah.

Kembali bersemangat menulis.

---------

Menu hari ini & hari2 yang lepas...





Thursday, 17 December 2015

كيفكم يا الأحباب...

Rasa lama pulak tak menulis di sini. Hari ini baru saja menyiapkan 16 halaman fasol dua. Petang tadi dapat mesej whatsapp dari amirah rakan baik ketika ijazah dan master dulu, maklumkan tentang ketiadaan fasol 2 bagi madah adab di UJ. Kasihan pula amirah. Kebetulan takhassus suaminya di Yarmouk turut tidak dibuka pada fasol2 tahun depan.

Ringkas cerita, amirah minta saya buat permohonan di WISE universiti memandangkan EMJ enggan memohon lebih dari satu jamiah (Permohonan amirah di Yarmouk melalui EMJ masih belum diketahui hujung pangkalnya). InshaAllah ahad ini sekiranya tiada aral dan siap segala dokumen saya akan cuba hantarkan permohonan di dirosah ulya. Ada rezki tak ke mana inshaAllah. Belum sampai di Jordan lagi tempias mehnahnya sudah terasa. Lumrah penuntut ilmu. Dari kesusahan kita belajar untuk tabah dan tidak ambil pusing perkara remeh temeh.

 مرات عديدة همست قلبي أود أن أخلص من الدكتوراة أبكر. مشتاقة إلى أهلي وبيتنا وقلقة جدا على صحة والدي ووالدتي، ولا أحد يعرف ماذا سيحدث في الأيام التالية. إذا تأخرت وتبطأت  فالفرصة للفشل والرسوب أكبر والعياذ بالله من ذلك. هذا ما يشعل حماستي للكتابة بعد مرور عدة أيام من الكسل واليأس. اللهم اجعلنا من الفائزين وابتعد عنا صفتي الجبن والكسل.

حسنا، حان الوقت للكتابة! أنت بطلة يا سوسو...!


Wednesday, 16 December 2015

الأطباق الملايوية في قلوبنا دوما

 الأطباق عندنا خلال الأسبوع هذا...








حياتي حاليا كلها مركزة على كتابة الأطروحة وتحسين اللغة العربية. لقد أتممت تقريبا ١٥ صفحة من الفصل الثاني الحمدلله. بطيئة جدا ولا بد من السرعة ولا مجال للكسل. إلى اللقاء في حلقة قادمة!

Saturday, 12 December 2015

اللغة لا تكتسب تلقائيا...

الحمدلله أخيرا أديت مهمتي كمحكمة مسابقة المناظرة باللغة العربية بين طلبة البكالوريوس من أربع مناطق في الأردن. فرصة حلوة ومتعبة أيضا. واستفدت شيئا جديدا اليوم هو بالممارسة نتقن اللغة. العبارة عادية ومألوفة في الأذهان ولكن يمكن تفسيرها بتعريفات شتى.

من بين جميع المتناظرين هناك متناظرة طالبة ملايوية جذبت انتباهي. لغتها فعلا مميزة ومتميزة عن بقية المتناظرين. لا تقع في الأخطاء اللغوية كثيرا أو ممكن أقول لغتها سليمة من الأخطاء بالرغم على  كلمات متقطعة في بداية الإلقاء، ولكنها تبدي الثقة بالنفس وبلغتها العربية! ولا أرى ملامح الضغوط تظهر في وجهها في أثناء الكلام، بل هي مرتاحة بحالها ولا تخطئ في استخدام الإفراد والتثنية والجمع أو تغيير الضمائر كما يقع أغلب الماليزيين عند المحادثة بالعربية.    

في نهاية الجلسة بعد إعلان النتيجة (وهو دوري أنا) عندما يأتي فريقها إلينا الحكام، هنأتها بمبارك وقلت لها أنت ممتازة، وتعرفنا عليها تعرفا بسيطا، وهي ولدت في باكستان وترعرعت في اليمن لمدة زمنية معينة وعائلتها تحدثوها باللغة العربية في البيت.هذا ما يعجبني كثيرا. ماشاء الله عليها ليس كل إنسان محظوظا أن يولد خارج الدولة ويعيش في البلد العربي ويتمكن من اللغة العربية! أنا فعلا أغار منها خاصة لغتها السليمة. كان كلامها أفضل بكثير مني وحتى أفضل من بعض معلمي اللغة العربية  في ماليزيا للأسف. 

أكيد الناس سيدعون أنها متمكنة من اللغة لأنها مكثت في اليمن، ولكن كم واحدا منا يدرس في الدول العربية ويعيش  فيها أكثر من ثلاث سنوات وحديثه يماثل العرب المتحدث الأصلي أو على الأقل لا يخطئ في استخدام اللغة نحويا وأسلوبيا؟ ليس بكثير بل نادر جدا. وظننت أن مفتاح نجاحها في إتقان اللغة العربية هو ممارستها عند أهلها في البيت. وذلك لإن الحديث في الجامعة مع العرب لا يساعدنا كثيرا في تنمية اللغة ولكن حياة المدرسة طبعا تفيد الأطفال في اكتسابها وإتقانها. 

هيا يا محبي اللغة العربية ويا من له الرغبة في تحسينها، اذكروا أن اللغة العربية لا تكتسب تلقائيا ولكنها تحتاج إلى تمرينات وتدريبات مستمرة. 

بالتوفيق والنجاح يا سلوى!

مشهد من الجلسة..

Friday, 11 December 2015

Demam, tak larat...

Nasi kandar semalam....


Xlarat. Stat magrib smlm tiba2 demam urat teruk. Satu blkg sakit. Pagi ni gagahkan diri jenguk budak berlatih debat b.arab di sweileh, kemudian ke jamuan walimah student ijazah kahwin di sini. Skrg demam smula. Tekak rs tawar. Harap esok larat nk ke UJ bagi taklimat juri & mjadi juri.

Sejak mak ayah balik, rs kosong saje hidup di sini. Suami kata cepat2lah habiskan phd. xsabar nk balik malaysia. Nenek & mak cik suami pun dah pindah rumah baru. 

U can do it salwa. 

------

Abu muhammad tuan rumah bagi buah zaitun mukhallal (jeruk) hari ni...


Tiba2 dtg semangat nak kemas bilik. Meja belajar saya yang serba sederhana...tempat saya mengarang tesis dan mencurahkan idea...


Buat masa sekarang hanya mampu menyiapkan 11 halaman fasol dua. Rasa teruk sangat tiba-tiba. Hujung minggu ini sepatutnya siap 15 halaman ye..!

Wednesday, 9 December 2015

Mak ayah dan adik sudah pulang

Rasa sedih, sebak. Dua minggu mak ayah dan adik berada di Jordan terasa singkat. Xde atuk yang nak melayan lubna, xde emak yang nak masakkan sarapan setiap pagi. :(. Xde adik yang boleh kami sakat dan bantu buat kerja rumah.

Kisah malam semalam di mator queen alia...



Lubna demam.

-----

Rindu.


Sunday, 6 December 2015

Bawa mak ayah adik ke restoran cina muslim

Semalam kami makan di restoran cina muslim di majdi mall. Dah lama tak makan teringin pula...



Order lima jenis makanan.  Semua sekali berharga JOD16 termasuk dua air.



Balik rumah singgah sameh mall, beli buku color utk lubna, siap warna lubna amik gambar sendiri. Lubna mewarna menggunakan water color. Not bad...


Di bazar student malaysia di dewan daabis tempoh hari...


Jualan makanan malaysia. Kami beli karipap & samosa yg sedap! Roti john & apam balik serta murtabak.


Nasi dagang emak

Betapa kempunannya nak makan nasi dagang, akhirnyaaa...

Hihi, air tangan mak nasi dagang jordan...



Tak cukup makan pagi, makan petang buat lagi nasi dagang...


Tadi teman suami jumpa kawan arab yg baru dikenali di facebook, dr.nadi namanya. Dia minta install mic word 2010 di laptopnya. Jadi mohlah kami ke rumahnya di hasyimiyy. Dijamu dengan makanan arab. Al-dawali @ waraq inab @ satu lagi nama xingat dah...


Lubna bermain dengan kawan baru, jana namanya...


Ummu huzaifah nama isteri dr.nadi. Masing-masing guru agama di sekolah di sini. Nanti sambung cerita.