Friday 31 July 2015

Sambung raya lagi...

Raya sebulan. Beraya2 lagi di umah terbuka malaysia di Amman, Jordan.

Open house umah k.ikin. Lauk pauk melayu bersama sambal tuhau yg unik & pedas..


Open house warga kerja kedutaan. Xteramik gmbr banyak. Kelaparan...


Beraya di umah nuzul & isyerinya syikin. Pelajar singapore dalam bidang hadith di UJ. Rumahnya banyak kucing. Orang yg takut kucing pun ramai pulak kebetulan smlm. Tergelak tengok bapak2 budak takutkan kucing. Kih387juta kali...sy pun takut kucing jgk. Huhuhuhu..



Puasa ganti baru dua hari. Minggu ni uzur pula. Entah sempat atau x nak kejar puasa 6.

Hari ni ada jamuan raya juga di EMJ bermula jam 11 pagi. Tapi kami xpegi. Sebab utama kepenatan selepas seharian semalam keluar dan makan dgn banyaknya. Ada sebab yg lebih utama lagi iaitu nak siapkan khuttoh yg perlu dibaiki sekali lagi.

Dalam sebulan lebih ini ada empat khuttoh telah sy buat. Tambah sana tambah sini. Pertemuan dgn musyrif pulak baru dua kali. Kena buat jadual lepas ni pertemuan dgn musyrif sebagai rekod peribadi. Yang pasti utk semua khuttoh yg sy buat memang sy rekodkan sebagai file yg berasingan. Saya xbaiki atas khuttoh yg lepas tapi sy akan buka satu file baru pula. Mudah kerja dan lebih fokus inshaAllah.

Monday 27 July 2015

لقاء ثاني مع د. كيلاني

Pagi tadi dalam jam 11 sy ke jamiah dihantar oleh suami yg menunggu dgn lubna dalam kereta. Janji dengan doktor nak berjumpa hari ini utk hantar khuttoh yg telah sy baiki dan bertanya beberapa perkara yg sy keliru dan buntu ketika menyiapkan proposal. Alhamdulillah perbincangan selama hanya 6 minit sangat membantu menghilangkan buntu yg mencengkam pemikiran selama hampir 3 minggu! Itulah peri pentingnya berbincang dgn musyrif yg lebih berpengalaman. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan perjalanan menulis tesis saya dan sahabat2 inshaAllah. Berharap dapat menyiapkan  secepat & sebaik yg mungkin.

Lepas jumpa dr.kilani kami ke kedai tayar kereta semula utk cek sebab tayar kempis lagi pagi tadi. Rupa2nya ada bocor yg sgt kecil terdapat pada bahagian dalam tayar. Jalan raya di sini memang tidak berapa elok. Jalan membukit turun naik menyebabkan tayar kereta selalu bocor.

Selesai tampal tayar bayaran JOD 1 kami ke syari' garden utk mencari kedai komputer. Sepanjang jalan ke sana jem memanjang. Sudahlah panas terik di luar, haba membahang masuk ke dalam kereta. Pasang ekon pun masih belum terasa dingin. Mungkin perlu service ekon pula lps ni. Akhirnya kami xjadi ke kedai komputer memandangkan jem yg agak teruk. Kebetulan lapar pulak terbau2 kesedapan nasi arab di kedai. Jadi terus ke babul yaman utk makan tengahari spt yg dirancang. 

رز محبوك ورز مضبوط...



Harga semua sekali JOD 8 termasuk syai aden dan air. Rasa  nasi sedap tapi biasa2 sj. Cakap2 dgn suami homemade nasi arab lebih sedap. Lagipun dah muak sebenarnya makan nasi arab kedai. Rasa sume hampir sama dan xde spesel sgt dah. Mungkin bila balik msia nnt baru rasa rindu sgt2 nasi arab kedai.

Lagi beberapa hari penghujung Julai 2015. Cepat juga masa berlalu. Lega kelas dh tamat, imtihan kafaah pun dah lepas. Setiap hari rs bersyukur dgn nikmat Allah ini. Saat yg lama sy tunggu akhirnya muncul juga. 

Menu kami beberapa hari ini...




Letak gambar menu yg cantik je. Yg buruk simpan buat pekasam.

Saturday 25 July 2015

Takabbur

Hakikatnya xde sorang pun dalam dunia ni yg suka pada orang yg suka meninggi diri dan suka merendah2kan orang lain. Hakikatnya juga orang seperti ini ramai sekali dan mungkin dalam kalangan sahabat kita sendiri. 

Cakapnya seperti dia saje yg terbaik, pilihannya saje yg betul, cadangannya saje boleh diterimapakai dan orang lain salah dan tidak bagus (نعوذ بالله من ذلك). Orang seperti ini jarang suka mengaku kelemahan dan kekurangan melainkan sekiranya terdesak atau temberang kelemahannya sudah pecah. 

Sebenarnya kita semua tidak bodoh utk menghidu kelemahan orang lain, cuma kita tidak mahu membuka aib kelemahan sesama kita dan mencanang2kan pada orang lain. Tetapi kadang2 bila yang meninggi diri terlampau membesarkan diri, sedikit sebanyak orang akan mula mencari dan membuka aibnya. Malu bila kekurangan yg disembunyikan mula menjadi bualan ramai akibat dr sikap suka meninggi diri dan merendahkan orang lain.

Benar tidak salah untuk berbangga dgn apa saje nikmat yg Allah bagi. Tapi biarlah berpada dan kena pada tempatnya.

Sebagai contoh kalau ada orang mengadu susahnya hidup duit selalu xcukup tiap bulan, janganlah kita cakap sy cukup je duit tiap bulan, xde masalah pun (konon2 kayalah tu padahal...). Bagilah nasihat peri pentingnya berjimat dan mula menyimpan walau pun sedikit. 

Atau ada orang mengadu susahnya belajar ni, doktor cakap pun xpaham2. Janganlah kata sy ok je, sy paham je semua doktor cakap (Walhal dalam exam markah dia antara yg tercorot). Share pengalaman pahit yg kita juga pernah rasa, kemudian baru share kisah kita yg bagus2. Barulah orang mau terima nasihat kita dan tidak rasa kita ingin meninggi diri. Ini tidak, everything is okay yg keluar dari mulut. Padahal kat belakang tunggang langgang jugak sebenarnya.

Mudah je cara utk tidak meninggi diri. Tapi kadang2 kita suka pilih utk menunjukkan kehebatan (kononnya) apabila mendengar orang lain lemah.

Ingat, setiap kali rasa ingin meninggi diri ingatlah ada orang jauh lebih hebat dan kaya dari kita. Setakat amik PhD bahasa Arab di Jordan apalah sangat salwa. Orang lain yg belajar bidang pure science, teknologi sampai botak kepala, conference sana sini, award sana sinun dalam negara luar negara kita ni apa je yg ada? Setakat ada tulisan, buku sebijik dua dah rasa hebat. Kelakar betul, sayalah tu kih2. Mujur juga ada tulisan dan buku sebijik dua kalau yg xde langsung tapi berlagak hebat jugak camne tur? 

Sama juga macam berasa lebih kaya dari orang lain. Setakat gaji 4,5,6 ribu tapi rasa kaya sangat dah. Bisnes untung 1,2,3 ribu pun dah rasa lebih hebat dari orang lain. Malu. Orang lain gaji berpuluh2 ribu. Bisnes beratus ribu untung setahun. Ada yg umur 30 dah ada beratus ribu cash dalam bank. Kita ni main ratus ribu juga tapi ratus ribu berhutang beli kereta, tanah, umah sumenya belum habis bayar lagi.

Tunjuk hebat biar pada tempatnya untuk menjadi pedoman & pengajaran pada orang lain. Bukan tunjuk hebat bila kita tengok orang lain sedang lemah. Orang tengah citer kesedihan dia, kita pulak sambung cite kegembiraan & kehebatan kita dan segala yg kita ada. Konpem orang menyampah.

-Peringatan tulus ikhlas utk saya terutamanya-


Friday 24 July 2015

Beraya di Mu'tah

Mu'tah sebuah mantiqoh yg sgt popular di kalangan pelajar Msia kerana di situlah terletaknya jamiah Mu'tah yg menjadi tumpuan tempat belajar penuntut msia sejak dari zaman berzaman lagi. Dulu selalu dengar nama jamiah Mu'tah, semalam baru dpt melihat sendiri pintu pagarnya di depan mata. Tp xmasuk pun dlm jamiah sbb cuaca panas rs malas mau turun dr kereta.


Kami pegi sebuah kereta dgn amni & midah. Kebetulan smlm sepupu midah bt open house bsama shbt2nya jd turun mu'tah dgn tujuan utama iaitu makan, hihi. Sebelum tu singgah di rumah hadi harun juga beraya di umahnya seawal jam 9.10 pagi. Tuan umah sediakan nasi bukhari  & pemanis mulut yg sedap...



Beraya di umah sepupu midah pula ateh...


Makan nasi tomato yg sgt sedap.


Singgah beraya di umah nasiruddin. Chef nasi tomato yg mendapat tender memasak dr pejabat kedutaan msia di sini. Nasi tomato & sambal ayam dia mmg sedapp! Masih belajar lagi tp hebat boleh berniaga macam2 jenis makanan. Siap jual laksa penang & roti canai lagi bersama rakan2nya...


Balik amman singgah pula open house pelajar ijazah di sweileh..makan nasi putih & ayam masak lemak kuning...uih sedapnye..


Dari jam 7 pagi kami keluar sehingga jam 8.15 malam baru sampai di umah. Empat buah umah kami pergi beraya. Perjalanan ke mu'tah pula mengambil masa 1jam45minit. Seronok alhamdulillah, terima kasih amni & midah sudi menjemput kami ke umah sepupu & kenalannya. Dpt juga kami melihat bumi mu'tah medan peperangan sahabat2 nabi dahulu.

Apa yg boleh sy citerkan ttg mu'tah ialah ia sebuah pekan yg dhaif. Pada musim panas penuh debu & sampah berterbangan. Kedai2 yg dhoif, kenderaan dgn cermin tingkap yg pecah masih digunapakai. Orangnya juga kelihatan lebih bersifat kekampungan dr di amman. Teksi hampir tiada kecuali coaster. Kos hidup yg jauh lebih rendah dr di Amman. Tabah pelajar msia yg duduk di sini. Datang belajar jauh dr msia yg dah serba selesa, sampai di Jordan menetap di sebuah daerah yg gersang. Menyewa bertahun2 di rumah yg biasanya disewa oleh buruh binaan mesir.

Ye, kebanyakan pelajar msia memilih utk menyewa rumah kos rendah yg kdg2 sangatlah dhaif keadaannya. Kejatuhan duit RM banyak mempengaruhi corak belanja kami semua. Ditambah pula ada yg hanya hidup di sini berbekalkan wang zakat tanpa sbrg biasisswa. Hidup sekadar memenuhi keperluan harian yg biasa & belajar hingga tamat. Xde peluang utk bermewah.

Rumah sewa tidak secantik rumah pelajar2 di UK maupun US, Australia, Jepun dll. Hatta rumah yg sy sewa bersama suami di Amman pun jauh lebih dhoif dr umah kami sendiri di Msia. Tiada katil hanya tilam, tiada sofa, tiada almari baju, langsir yg buruk, karpet yg nipis, peralatan meja & kerusi dr plastik shj. Mahu membeli itu ini rs tidak berbaloi dgn harga yg mahal serta kehidupan di sini yg hanya sementara. Cukup beberapa tahun akan pulang meninggalkan bumi ini.

Di jordan pembinaan bangunan umah tidak memerlukan CF spt di msia. Rumah2 yg dibina tidak diselia keselamatannya. Jadi tidak hairan klu ada umah flat bertingkat2 tapi tangganya tidak punya penghadang besi. Xdpt bayangkan kalau ada anak kecil yg jatuh. Sistem elektrik & air kdg2 berkongsi beberapa umah. Mungkin sbb gaya hidup arab kebiasaanya dlm sebuah flat yg punya beberapa buah umah didiami ahli keluarga shj. Cuma skrg bila pelajar2 asing masuk mereka sewakan kpd org luar. Air tangki pula bercatu. Kehabisan air adalah perkara biasa bagi seluruh pelajar msia xkira di mana mantiqoh pun. Dari Amman, Irbid, Mu'tah, Mafraq bercerita perkara yg sama. 

Pendek kata, kami semua pelajar msia sempat merasa hidup seperti setinggan di sini. Klu dulu hidup di umah mak ayah yg serba cukup tapi di sini adik2 kita hidup di umah yg serba dhoif dgn tingkap tercabut,pintu terkopak.  Kalau mak ayah masing2 tengok keadaan umah anak2 mereka di sini pasti ada yg akan menangis. Tapi mereka tabah, memilih belajar di sini maka perlu bersedia dgn mehnah di sini. Itu sume bukan alasan utk tidak berjaya. Ia mengajar kita utk rasa qonaah, cukup dgn apa yg ada. Mohon Allah gandakan pahala atas kesabaran & ganjari kita dgn anugerah yg tidak ternilai harganya.

Wednesday 22 July 2015

برغر كبير وعصير مع بوظة سوربيت

Malam tadi kami keluar ke syari' garden utk menikmati fruit salad cadangnya. Sampai di sana amni dh siap tolab burger bakar yg besar di sebuah kedai lain. Jadi kami menikmati burger bakar yg sgt sedap bersama jus dan aiskrim sorbet di sebuah mat'am syria bernama orange.


Manzor dr atas kedai orange...




Ini kali pertama kami keluar malam bagi tujuan makan di luar di bandar Amman. Sebelum ni pernah makan moreh di Irbid sebuah mantiqoh letaknya 1 jam dari Amman. Sumenya atas ajakan amni dan midah yg mmg suka jalan2. Siap makan dalam jam 12 lebih kami pegi beli-belah di safeway sehingga jam 1.30 pagi! Mall di sini ada yg dibuka 24 jam. Sempatlah beli pampers lubna dan air jus serta susu.

Harga burger JOD4 sebijik. Lebih besar dari tapak tangan suami. Air jus dan aiskrim JOD13. Oklah sebab spesel dr biasa. 3 bulan sekali bolehlah turun. Kalau sekali seminggu bukan poket saje rabak, takut timbang berat pun pecah. Yg pasti rasa burger dan aiskrim ini sangatlah sedap. Berangan2 nak pegi lagi.

Ok, nak sambung menjenguk khuttoh. Satu hari satu ayat camne ni??

Sunday 19 July 2015

Kematian yg tidak dapat dihidu

Harta dunia, pasangan & anak2 adalah tali yg menghambat manusia dari mengingati mati & persediaan ke arahnya. Acap kali bila berangan ingin memiliki itu & ini, sebaik terlintas di fikiran akan kematian terus saje angan2 menjadi pudar & tawar. Serta merta rasa cukup dan syukur dgn apa yg ada itu hadir dalam hati. Rasa dunia ini xde apa melainkan hiasan utk manusia yg hidup. Rasa ingin bebas dr segala harta yg ada wlupun tidak mewah berjuta2. Tapi nama pun manusia, sering terlupa. Qanaah kunci nikmat & bahagia di dunia. Jambatan utk lapang di akhirat kelak inshaAllah.

Bersyukurlah sekiranya punya pasangan yg sering mengingatkan kita dgn qanaah. Cukup dgn apa yg ada. Bersyukur dgn nikmat yg kecil maupun besar. Bukan mudah. Sebab Allah ciptakan manusia dgn hawa nafsu. Nafsu yg ingin kelihatan lebih baik dr orang lain dr segala sudut. Mohonlah sebuah hati yg zuhud & tawadu'. Hebat hamba Allah yg padanya ada sifat ini. Mohon tergolong di antaranya.

Syawal ketiga di Jordan penuh dgn open house sahabat2 seperjuangan. Allah murahkan rezki kalian inshaAllah...









اللهم ارزقهم برزق طيب وبركة

Friday 17 July 2015

Eidulfitri 2015 di Jordan

Peristiwa pagi tadi...







Alhamdulillah atas nikmat Allah ini







Iftor di rumah midah & amni

Peristiwa semalam hari ni baru letak. Iftor bersama2 di umah amni & midah pula di sweileh, kebetulan smlm ialah hari terakhir ramadhan. Jadi selesai solat kami bertakbir bersama. Rasa rindu sbb ramadhan dh pun pergi...




Tuan umah masak ayam masak lemak kuning yg sedap serta ayam bakar. Dh laaama xmakan ayam masak lemak. Makan dgn sambal belacan & ikan masin bertambah2 makannya. Ishhhh. Ok, lps ni masukkan entry hari raya di jordan pula.

Thursday 16 July 2015

Bila balik malaysia, kami pasti rindukan ini...

Semalam amni ajak kami ke sebuah mantiqoh berdekatan irbid utk iftor di rumah rakan sekelasnya. Pengalaman yg sgt mengujakan dan luar dari kebiasaan kehidupan normal kami di sini apabila menghabiskan spnjg malam sehingga sebelum subuh di luar. 

Gamabr sebelum pulang bersama ummu ahmad & midah...


Kaum lelaki bersantai di luar selesai tarawih...


Nasi ouzi air tangan rumah yg sedap! Tuan umah suruh tambah makan smpi nk terk.....t kata midah. Kih2. Pasti rindukan masakan ini..mukhollal yg sedap, kuah kari yg enak lain dr biasa...


Bergambar di luar umah...


Pulang dr umah kawan arab amni, kami singgah di irbid utk moreh pula. Bertemu sahabat2 amni & midah...anak cg rosmaidah (bekas cikgu suami di maahad dulu) serta menantunya pun ada..


Air buah yg sgt sedap! Sedap betul rs mango tu..teringat air buah gelas besar di terengganu..


Kami yg mengantuk masih ceria sbb mknn depan mata..


Ok, mau berehat skjp baru lps masak mee kari nk bawa ke umah midah hari ni iftor ramai2 inshaAllah. Sonoknyeee.


Wednesday 15 July 2015

واقع استخدام المعلمين للتقويم البديل

Apakah realiti penggunaan pentaksiran alternatif dari kalangan pendidik bahasa Arab di Malaysia? Sebelum boleh menjawab soalan ni, perlu tahu terlebih dahulu maksud Pentaksiran Alternatif.

Pentaksiran Alternatif: Mana-mana kaedah penilaian yg merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensil-kertas untuk menguji dan mengukur kemahiran dan kemampuan pelajar. (Ini takrif paling mudah semua orang awam boleh faham)

Peranan penilaian (Noor Azreen & Sulaiman, 2015):
  1. Penilaian untuk pembelajaran (التقويم للتعلم) bertujuan meningkatkan pembelajaran (Dikli, 2003).
  2. Penilaian sebagai alat pengukur menunjukkan kecekapan dan keberkesanan pendidik.
  3. Penilaian sebagai alat mengajar yg baik dan keputusan pelajar boleh menunjukkan pelbagai keputusan pengajaran.

3 langkah penting pendidik perlu patuh semasa membuat penilaian pembelajaran bagi memastikan proses penilaian menjadi sebahagian daripada aktiviti pembelajaran dan pengajaran (Nordin & Bakar, 2008) iaitu:
  1. Jawapan yg diberi pelajar hendaklah diperiksa betul @ salah shj. Markah @ gred tidak sesuai diberikan.
  2. Jawapan yg disemak perlu dikembalikan kepada pelajar spy pelajar dpt melihat hasil pembelajaran yg telah dikuasai atau pun belum dikuasai dgn baik.
  3. Guru serta-merta melakukan kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan.

Jenis pentaksiran alternatif:
  1. Pentaksiran berasaskan prestasi (أداء)
  2. Pemerhatian guru: menggunakan skala semak dsbg.
  3. Interview.
  4. Penilaian kendiri.
  5. Penilaian rakan sebaya.
  6. Portfolio/kerja kursus.
  7. Debat.
  8. Macam2 lagi selain exam berasaskan kertas dan pensil.

Ironinya kebanyakan dari kita warga pendidik lebih selesa menjadikan penilaian sebagai alat pengukur kemampuan dan kemahiran pelajar. Buktinya kita lebih suka dan selesa memilih penilaian berorientasikan kertas dan pensil pada tengah semester/tahun dan akhir semester/tahun sebagai alat pengukur tahap pelajar dan kononnya penanda aras kebagusan kita dalam mendidik. Lagi ramai student dapat A, lagi baguslah kononnya kita. Xkata orang lain sy pun lebih selesa begitu dulu. Sekali sekala sj menggunakan kaedah pembentangan dari pelajar utk memastikan penglibatan pelajar dalam P&P. Itu pun tanpa berasaskan pada mana2 sumber ilmiah utk memastikan pembentangan pelajar sy tu diukur dan dinilai menggunakan rubrik yg betul. Tangkap muat je dulu.

Punca utama sebab malas nak cari kaedah lain yg sesuai utk mengukur kemahiran pelajar sebab tahu kaedah lain lebih cerewet. Pentaksiran menggunakan portfolio, debat, pemerhatian, berasaskan performance pelajar, dialog dan macam2 lagi memerlukan kegigihan dan dedikasi seorang pendidik yg rajin! Sebab itulah ramai guru di sekolah mengadu susahnya pelaksanaan PBS di sekolah kerana mereka perlu menilai pelajar menggunakan kaedah luar dari kebiasaan dan bukan lagi menggunakan kertas-pensil. Memang susah apabila malas.

Pendek kata, segala macam pentaksiran alternatif ini hanya untuk warga pendidik yg inovatif dan rajin shj. Sy mengaku sy juga malas. Malas mengkaji dan membaca tentang kaedah P&P yg lebih moden dan baik. Malas nak buat luar dari kebiasaan ketika mengajar dulu. Tak buat research tentang P&P. Setakat membaca mana yg depan mata. Akhirnya sy yg rugi dan pelajar juga rugi.

Bukti sy rugi? Dalil paling kuat ialah sy tidak mendapat apa2 benefit pun dari pengalaman mengajar tiga tahun dulu sebelum menyambung PhD di sini. Masuk ke kelas di sini, membaca buku2 pendidikan yg pelbagai dr barat dan arab, sy hanya berjumpa dgn satu realiti yg tragis: Saya pendidik yg telah jauh ketinggalan dan perasan bagus. Berpuluh malah ratusan kaedah pengajaran yg ada hanya satu dua shj pernah sy praktikkan ketika mengajar dulu. Langsung tidak membantu sy melakukan buhuth di universiti. Bila dakatir minta datangkan contoh lesson planning utk bidang masing2, sy menjadi buntu! Walhal sy pernah mempunyai pengalaman mengajar selama tiga tahun! Realiti pahit yg harus sy perbaiki pada masa hadapan inshaAllah.

Sambung nanti inshaAllah...

Tuesday 14 July 2015

Iftor bersama u.azrul & u.yusri sekeluarga

Semalam kami jemput u.yusri & k.yah serta u.azrul & k.ida pula berbuka bersama. Penutup tirai iftor ramadhan kali ini memandangkan raya pula lagi dua hari akan berkunjung tiba.

Moreh syawarma & biskut raya selesai kaum lelaki solat tarawih di masjid sambil sambung bercerita...


Kaum pompuan makan di dapur. Sy masak kari ayam, kangkung goreng cili, tenggiri masak taucu, telur masin, solok ikan yg sedap (suami buat kali pertama di sini) serta sambal belacan. Tetamu datang membawa makanan juga. K.ida bawa ayam goreng yg sgt sedap, k.yah bawa kuih sagu kelapa sbg pemanis mulut. 


Kaum lelaki makan di ruang tamu depan bersila depan meja bulat...


Dalam sejarah tetamu yg berkunjung ke rumah balik pukul 1 pagi. Hihihi. Qiyamullail sungguh2 nampaknya. Borak sakan macam2 memandangkan ini kali pertama mereka sampai di rumah kami kecuali k.ida pernah datang dulu2. Alhamdullillah, seronok iftor jamaie. Iftor bertiga terasa benar sunyinya.

Monday 13 July 2015

Nobody is perfect except Allah...لا أحد كامل إلا الله

Tempat yg paling banyak boleh bermuka2 ialah di Facebook. Nama pun mukabuku. Semua akan tunjuk the best they have di dinding mukabuku masing2. Walhal hakikatnya menangis di depan skrin komputer @ laptop @ anset @ ipad siapa yg tahu dan nak bagitahu.

Di mukabuku juga semua boleh tunjuk dialah paling perfect. Punya keluarga paling perfect, kejayaan paling perfect, kebahagiaan paling perfect, pendek kata zero masalah lah. Hampir xde masalah sume dia boleh hadapi. 

Punca orang suka bermuka2 di mukabuku sebab ada friends yg akan like dan komen. Jadi nak @ xnak kena tulis yg baik2 saje klu tidak adalah yg komen xbagus laju2. Hasilnya buat segala sesuatu utk mendapat pengiktiran orang lain lagi2 di mukabuku. Mukabuka tempat kita semua bermuka2 termasuk juga saya.

Solusinya? Kalau yg suka update status hampir tiap hari sediakanlah satu blog. Tulislah di situ segala yg dirasa. Bila dah tulis panjang lebar di blog, rasa nak bermuka2 di facebook akan berkurangan. Luahkan dan ceritakan di blog. Lebih tulus dan xperlu meraih perhatian orang lain. Antara sebab utama sy xisytiharkan kewujudan blog ini pd rakan2 ialah kerana sy ingin menulis dgn tulus ikhlas. Xmau menulis demi menjaga hati macam2 orang. Kalau di mukabuku ada macam2 jenis friends yg kita kena jaga hati dia. Susah. Kalau update status, orang komen kena balas. Tapi di sini, sy bebas. Sesiapa pun boleh baca blog ni walau xpernah kenal. Sy boleh reply komen yg seciput dua ciput saje. Xperlu nak bermuka2 mengarang ayat utk membalas komen. Mudah.

Cuma kadang2 sebab terlalu tulus ikhlas menulis di blog terpiki juga apalah agaknya persepsi kawan2 yg mengenali saya terhadap diri saya. Di blog nilah tempat sy meninggi & berbangga diri. Di sini jugalah tempat sy meluahkan rasa lemah serta benci.

Malas mau piki panjang apa persepsi orang. Ini ialah blog sy. Kalau suka boleh terus baca, kalau xsuka duduk dendiam. Kalau ada yg benci sy xluak, kalau ada orang suka pun sy xkan luak. Ini bukan mukabuku. Sy xperlu bermuka2 utk mengambil hati orang. Orang yg membaca pun xperlu bermuka2. Xperlu like, xperlu komen. Baca saje dan ambil iktibar. كفى.

Saturday 11 July 2015

Iftor bersama pelajar exco PPMA

Semalam tercapai hasrat menjamu beberapa pelajar exco PPMA dr klgn pelajar ijazah di sini. Janji yg baru dpt ditunaikan pada lewat minggu terakhir ramadhan...




Kerutuk ayam lagi, fish fillet sweet sour, kobis tauge goreng, begedil kentang & daging, sambal belacan.

Rancangnya berbuka bersama ketika maghrib. Tp sbb xde teksi dr sweileh mjelang maghrib pljr2 ni dtg lps solat magrib. Dlm jam 9 baru sampi di umah kami. Yg perempuan makan dulu, yg lelaki solat terawikh dulu di masjid bersama suami. Sian diorg kelaparan. Dekat jam 11 balik dr masjid baru yg lelaki dpt menjamah nasi.

Dah beberapa hari ni sy tinggalkan khuttoh risalah. Baca seperenggan dan tinggalkan terus. Harapnya lps ni kembali aktif menulis inshaAllah. 

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...