Wednesday 15 July 2015

واقع استخدام المعلمين للتقويم البديل

Apakah realiti penggunaan pentaksiran alternatif dari kalangan pendidik bahasa Arab di Malaysia? Sebelum boleh menjawab soalan ni, perlu tahu terlebih dahulu maksud Pentaksiran Alternatif.

Pentaksiran Alternatif: Mana-mana kaedah penilaian yg merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensil-kertas untuk menguji dan mengukur kemahiran dan kemampuan pelajar. (Ini takrif paling mudah semua orang awam boleh faham)

Peranan penilaian (Noor Azreen & Sulaiman, 2015):
  1. Penilaian untuk pembelajaran (التقويم للتعلم) bertujuan meningkatkan pembelajaran (Dikli, 2003).
  2. Penilaian sebagai alat pengukur menunjukkan kecekapan dan keberkesanan pendidik.
  3. Penilaian sebagai alat mengajar yg baik dan keputusan pelajar boleh menunjukkan pelbagai keputusan pengajaran.

3 langkah penting pendidik perlu patuh semasa membuat penilaian pembelajaran bagi memastikan proses penilaian menjadi sebahagian daripada aktiviti pembelajaran dan pengajaran (Nordin & Bakar, 2008) iaitu:
  1. Jawapan yg diberi pelajar hendaklah diperiksa betul @ salah shj. Markah @ gred tidak sesuai diberikan.
  2. Jawapan yg disemak perlu dikembalikan kepada pelajar spy pelajar dpt melihat hasil pembelajaran yg telah dikuasai atau pun belum dikuasai dgn baik.
  3. Guru serta-merta melakukan kerja-kerja pemulihan dan pengukuhan.

Jenis pentaksiran alternatif:
  1. Pentaksiran berasaskan prestasi (أداء)
  2. Pemerhatian guru: menggunakan skala semak dsbg.
  3. Interview.
  4. Penilaian kendiri.
  5. Penilaian rakan sebaya.
  6. Portfolio/kerja kursus.
  7. Debat.
  8. Macam2 lagi selain exam berasaskan kertas dan pensil.

Ironinya kebanyakan dari kita warga pendidik lebih selesa menjadikan penilaian sebagai alat pengukur kemampuan dan kemahiran pelajar. Buktinya kita lebih suka dan selesa memilih penilaian berorientasikan kertas dan pensil pada tengah semester/tahun dan akhir semester/tahun sebagai alat pengukur tahap pelajar dan kononnya penanda aras kebagusan kita dalam mendidik. Lagi ramai student dapat A, lagi baguslah kononnya kita. Xkata orang lain sy pun lebih selesa begitu dulu. Sekali sekala sj menggunakan kaedah pembentangan dari pelajar utk memastikan penglibatan pelajar dalam P&P. Itu pun tanpa berasaskan pada mana2 sumber ilmiah utk memastikan pembentangan pelajar sy tu diukur dan dinilai menggunakan rubrik yg betul. Tangkap muat je dulu.

Punca utama sebab malas nak cari kaedah lain yg sesuai utk mengukur kemahiran pelajar sebab tahu kaedah lain lebih cerewet. Pentaksiran menggunakan portfolio, debat, pemerhatian, berasaskan performance pelajar, dialog dan macam2 lagi memerlukan kegigihan dan dedikasi seorang pendidik yg rajin! Sebab itulah ramai guru di sekolah mengadu susahnya pelaksanaan PBS di sekolah kerana mereka perlu menilai pelajar menggunakan kaedah luar dari kebiasaan dan bukan lagi menggunakan kertas-pensil. Memang susah apabila malas.

Pendek kata, segala macam pentaksiran alternatif ini hanya untuk warga pendidik yg inovatif dan rajin shj. Sy mengaku sy juga malas. Malas mengkaji dan membaca tentang kaedah P&P yg lebih moden dan baik. Malas nak buat luar dari kebiasaan ketika mengajar dulu. Tak buat research tentang P&P. Setakat membaca mana yg depan mata. Akhirnya sy yg rugi dan pelajar juga rugi.

Bukti sy rugi? Dalil paling kuat ialah sy tidak mendapat apa2 benefit pun dari pengalaman mengajar tiga tahun dulu sebelum menyambung PhD di sini. Masuk ke kelas di sini, membaca buku2 pendidikan yg pelbagai dr barat dan arab, sy hanya berjumpa dgn satu realiti yg tragis: Saya pendidik yg telah jauh ketinggalan dan perasan bagus. Berpuluh malah ratusan kaedah pengajaran yg ada hanya satu dua shj pernah sy praktikkan ketika mengajar dulu. Langsung tidak membantu sy melakukan buhuth di universiti. Bila dakatir minta datangkan contoh lesson planning utk bidang masing2, sy menjadi buntu! Walhal sy pernah mempunyai pengalaman mengajar selama tiga tahun! Realiti pahit yg harus sy perbaiki pada masa hadapan inshaAllah.

Sambung nanti inshaAllah...

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah