Monday 27 December 2021

Kenduri aqiqah rakan suami

Rakan suami jemput ke kenduri akikah anaknya di Besut berdekatan tanah yang kami beli.

Lauk pauk nilah yang paling dirindui... 


Rasa macam nak lompat tengok lauk pauk kampung. Lamanya tak makan sejak pkp susah nak makan lauk kenduri. 



Makan di bawah wakaf tuan rumah. Tenang saje. 

Selepas makan menjenguk tanah yang dah lama tak terjenguk. Jauh nak masuk jalan belum proper... 


Minggu lepas bermula dari Selasa lepas saya ambil cuti sehingga hari ini. Plan asal nak ke Kedah tapi tak jadi sebab bimbang cuaca tak menentu. Kemudian plan ke Melaka dan Johor tapi ditunda ke minggu ini pula..semoga ada rezeki sampai di sana minggu ini. 



Wednesday 22 December 2021

Penghujung 2021

Sudah sampai penghujung 2021.

Cepatnya masa berlalu. 

Anak2 semua menjadi kenangan. 

Ummi harap besar nanti anak2 dapat baca blog ini sebagai kenangan.

Tanda ummi pernah hadir dalam hidup kalian. Andai ummi atau walid pergi dulu.

Pantai penarik makan seafood celup free tepung. Kedai takde duit kecik kenangan pahit singgah di sini.. 😒



Masak nasi beriani dan kirim sebekas untuk kawan lubna..


Lauk tunjuk di kedai... 


Sedapnye aiskrim ala2 bubble Bee ni beli odw ke kelate...


Rasa seronok balik Kelantan setelah sekian lama tak balik. Banyak kedai makan baru memanggil2 tepi jalan. 


Projek makeover rumah masih berjalan.. Buat sikit2.. Beli waterproof tape utk Sinki... 


Di rumah nenek masa adik no. 6 balik setelah sekian lama pkp di KL... 








Sunday 12 December 2021

Awning ACP

Siap juga...

Cuma sedih sikit sebab warna putih yg diminta tp silver yang diberi. Hmmm. Malas nak panjang cerita redha sahajalah. 

Kos: RM5510 + RM322, RM81 (salur hujan) 

Total reno:
Dalam dan konkrit RM7800
Batu Gajah RM3710
Acp RM5903
Lain2 RM1000++ (Piping RM380, buang sampah RM280, sink RM400 dll)

Hampir Rm18k habis untuk reno rumah tahun ni. Kena bertenang dan kumpul duit smula untuk next projek. 


Monday 6 December 2021

Anak-anak

Sejak menjadi ibu beranak tiga, saya betul2 menjadi harimau. Ngauman suara pasti menjadi mimpi ngeri buat yang mendengar terutama sekali jiran huhu.

Penat lawan sabar tapi akhirnya kecundang jua. Terutamanya dengan anak teruna nombor dua ni selalu menguji kesabaran ummi walid. 

Alyan dan dua pupunya di Kelantan... 

Sihat kan anak teruna kami ni. Berat sekarang mencecah 24kg huhu. Ummi nak kena control selera anak jantan kesayangan ummi walid ni. Masa kecilnya ya Allah dah bambam comel hari2 ummi cium. 

Anak ketiga pulak halus kecil sj orangnya tapi lincah dan berani sungguh. Ini kegemarannya bermain air... 


Anak-anak yang ummi sayang semoga membesar menjadi anak dan hamba Allah yang soleh dan solehah amiin. Menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. Ya 



Puasa ganti...

Dah ganti puasa selama dua hari alhamdulillah. Orang lain dah selesai la saya baru nak stat ganti huhu. Menu buka puasa hari ini rasa rajin nak masak..asam pedas ikan pari sekali dengan kuali...

Ini menu bila tah tak ingat beli udang harimau di pxr RM35.90 sekilo besar saiznya. Masak 6 ekor saja dulu... 

Tinggal 5 hari lagi puasa yang perlu diganti. Yakin boleh InshaAllah! 

Minggu ni rasa lebih relax sebab cuti pertengahan semester selama seminggu. Rasa lapang dan tenang. Minggu lepas banyak bermain perasaan dan menguji kesabaran. Macam2 urusan kerja yang nak cerita pun rasa xbes kat sini. Hihi. 



Friday 3 December 2021

Tetamu 2021

Dah lama rasanya tetamu tak datang rumah sejak Covid melanda dunia.

Kakak sekeluarga... 



Sepupu suami sekeluarga. Gambar anak2 untuk kenangan. Dah besar boleh lihat semula... 


Buah tangan dari tetamu... 





Thursday 2 December 2021

Nasi dagang atas tol

Cawangan ketiga berdekatan giant bandar. Beratur panjang juga orang. Jutawan dah kedai ni rasanya. Beli bungkus bawak rumah mak untuk 12 orang makan...


Puas hati. Sebungkus RM5. Setakat ni kalau nak makan banyak atau ramai saya suka bungkus sekaligus semua. 

Inilah makanan wajib cari kalau orang luar datang Terengganu. Tapi ada lagi yang sedap juga. Kena pandai cari dan cuba. Di belakang UniSZA pun ada. Sedap sangat.

Dine in di NR cafe

Rasa dah lama tak makan di sini...




Wajib beli kalau datang sini... 


Lepas hawa stress. Lepas cabut gigi selera makan membuak kembali kepada asal. Baru berangan tuk kurus. 

Nampaknya tugas kpp walau menyesakkan dada, kepala dan perasaan tapi masih belum mampu menguruskan badan. 




Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...