Friday 23 December 2022

Baniir luar dari biasa

21 Disember 2022

Banjir luar dari kebiasaan. Air nak cencah tangga pertama rumah. Bimbang sungguh sebab kawasan sekitar ada yg sudah cecah peha dan leher. Kalau rumah kami ni naik ke pinggan maknanya rumah lain mungkin dah sampai atap.

Sebelum keluarkan kereta ke tempat yang lebih tinggi.

Malamnya air naik lebih tinggi. Dalam kepala fikir macam2 kemungkinan.

Kedai Amz sehari sebelum banjir yang lebih besar...masa ni kedai tengah punggah barang sikit2..

Jalan antara unisza dan umt hari Isnin 19 Disember...
Terima bantuan banjir hari ni alhamdulillah.. xsangka dapat juga😂

 lunch hari ini...

Ambil anak di rumah kakak

Ahad baru ni ambil cuti sebab ada kenduri kahwin dan ambil anak di Dungun setelah beberapa hari bermain dengan sepupu di sana. Beli pizza dan bawa yong taufu makan ramai2...

Bawa mak sekali nak ikut berjalan. Sampai dalam jam 4 dan balik ke KT semula selepas solat maghrib. Bila bersama keluarga inilah aktiviti paling best iaitu makan2. 

Wednesday 14 December 2022

Bersawang blog...

Bila guna tablet baru ni urusan update blog pun selalu tergendala. 

Banyak benda nak cerita tapi tak tertulis.

Lubna Alyan ke rumah kakak di dungun bermalam sehngga sabtu ini. Kemain seronok.

Halaa dah kenal ABC. Umurnya dah 2 tahun 4 bulan. Belajar sendiri gamaknya sambil main2.

Amboi alyan dengan abang sepupunya dan sepupu maryam..kemain ye muka tu🤭

Taklimat mms semalam. Walaupun cuti kugagahi juga demi fakulti dan pelajar...beginilah bila pegang jawatan xdapat nak elak bercuti pun masih bertugas..

Sambil mengajar kakak melayan halaa makan...
Buat yong taufu..suami buat kuahnya saya rebus bahan...


Servis expander semalam. Kos servis 10k pertama RM294. Oklah.

Hari ni ada bengkel sehari. Bengkel PTA. 

Friday 9 December 2022

Jamuan rakyat sempena kemenangan PAS/PN di Terengganu

Seronok makan gulai daging dari minggu lepas..
 

Di Rusila... pinggan mak...


Di Kuala Nerus...


Di Manir hari ni takde pula gambar. Nanti cari di Fb.

Aktiviti anak di Pasti...


Semakan BAS di ofis k.zan..bertiga sahaja..harap segera selesai...

Melawat Dr Zul sebulan yang lepas di HSNZ...Semoga dipermudahkan..

Penutup 2022

Macam2 rasa dan warna kehidupan..
Hari cuti seperti biasa makan dan layan anak2. 
Petang hari cuti mesti akan rasa nak keluar rumah. Walau pun sekadar ikut suami buang sampah. Lupa nak ambil gambar suasana sekitar kampung yang dinaiki air. Oh ye selarang musim tengkujuh di pantai timur. Ada tempat rendah dilanda banjir. Kawasan kami alhamdulillah masih selamat keluar masuk jalannya.


Saturday 3 December 2022

Nasi beriani ala pakistan

Dua hari berturut buat nasi beriani..

Hari pertama.. 
Hari kedua.. 
Hari kedua basmathi dah habis jadi guna beras biasa. Beli kambing di kedai berdekatan. 

Azam nak stat eat clean dengan suami. Tapi hmm siap beli kek secret recipe pulak tadi sebijik pula tu. Kuang3. 

Bila ye. Badan makin berat. Sedih. 


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...