Friday 16 June 2017

Apa-apa saja...

Tiada yang menarik untuk dicatatkan menyebabkan blog ini terbiar tanpa tulisan.

Sudah seminggu masuk kerja. Lubna belum kami hantar ke raudhoh. Lepas raya inshaAllah. Alyan pula akan diasuh oleh walid sampai besar sedikit. Tak sanggup nak hantar kecil-kecil ke taska. Kebetulan suami freelancer. Masa kerja saya pula fleksibel dari ahad hingga sabtu cukup 39 jam bekerja sudah memadai.

Bila sudah betul-betul sibuk masa bekerja akan jadi lebih 39 jam seminggu. Dan bila dah sibuk barulah pandai manage masa kui2. 

Saya jual pes tomyam RM10 sebotol. Sape nak boleh bagitau sekitar k.terengganu...


Sejak balik dari jordan, keinginan berniaga jadi membuak-buak. Rasa seronok dapat menambah pendapatan walaupun sedikit. Rasa puas.

Oklah, malas nak menulis. Alyan dah merengek. Petang nanti mak abah mungkin akan berbuka di sini inshaAllah.


Wednesday 7 June 2017

عليان بلغ ثلاثة أشهر

Genap Alyan tiga bulan. Makin debab. Berat mencapai 7kg. Pegang sebelah tangan nak basuh kencing @ beraknya geletar tangan ummi. Banyak walid yang basuhkan. Peha tu dah berlapis-lapis. Kena selak dulu baru dapat basuh bersih haha.

11 jun dah mula kerja inshaAllah. Dah dapat lantikan baru bermula 1 mac 2017 dengan kenaikan gred ke DS52 dan pertambahan gaji. Berkali-kali panjatkan rasa syukur. Semuanya dari Allah. Susah senang segalanya dari Allah. Alhamdulillah :). Semoga dapat bekerja penuh dedikasi kerana Allah. 

Alyan untuk sementara waktu walid akan jagi sampai umur 7 bulan. Ummi harap semuanya berjalan lancar. Lubna akan ke tadika mungkin lepas raya. Masuk kerja bulan ni kelas dah habis. Tunggu september nanti fasol baru buka kelas akan bermula seperti biasa. Madah debat dan lughoh am diamanahkan kpp u.fauzi untuk saya ajar fasol muqbil. Gerun juga terutama lugoh am tu dah lama 
tinggal. 

Ok, dalam masa bercuti bersalin ni bila dah sihat sikit saya mengemas rumah. Maklumlah bertahun tinggal. Baru ni siap pasang kabinet setelah sebulan dua minggu menunggu...


RM4000 atas bawah. puas hati alahmdulillah.

Ruang tamu yang simple. Tak suka banyak barang dan perabot. Letak mana yang penting saja...


Punggah hadiah kawin...


Berbuka di rumah mak abah dua hari lepas...Alyan suka beno atuk dukung...


Antara menu di rumah sendiri...


Boleh kira berapa kali je pegi bazar. Tak lalu nak makan luar. Kalau beli pun sate dan murtabak.

Ok alyan nangis. Arakum lahiqon inshaAllah.







Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...