Thursday 30 August 2018

Dia semakin slim...

Hihi..saya juga yang tak turun2. Huhuhu

Gigih suami jaga makan dan kawal nafsu.

Sekarang dah 79.9 kg. Berat paling tinggi suami pernah capai 98 kg waktu bujang dulu. Lepas kawin turun sikit dalam 88 kg. Dan sekarang semakin turun. Cemburu dan gembira.

Tak mampu nak kawal makan lagi2 bila menyusukan. Rasa nak baham semua benda bila lapar. Mak dgn kakak geleng pala. Abislah awa makin membesar. Hahahuhu.



Wednesday 29 August 2018

Hidup tidak selalunya indah

Siap masak, ini jadinya di bilik sebelah.


Ini ialah realiti setiap rumah yang ada anak kecil. Ini baru dua belum tiga empat sepuluh. Rasa naik darah tak?

Adalah sikit2 rasa geram. Tapi penat nak marah dah. Redha jelah sambil kemas sikit2.

Makan malam ni agak lewat hampir jam 8. Masak apa yang mudah...


Ayam masak halia ringkas. Bawang putih, halia, lada sulah, garam, siap. Rebus kobis, makan dengan nasi putih.

Anak2 kat belakang ni bergaduh pulak berebut nak duduk tengah mengadap laptop. Yang setahun lebih tu boleh tahan berebut dengan kakak. 

Kerja siswazah, penilaian latihan industri, bertindan semua. Urusan peribadi dan keluarga. Semua orang pun macam tu kan dalam kehidupan masing2. Tabahlah jangan putus asa. Setiap yang susah, pasti ada mudahnya.


Tuesday 28 August 2018

Dua perkara

Ada dua perkara yang buat saya cepat naik darah @ marah.

Bersepah.

Lapar.

Dua perkara kat atas ni memang tak boleh dikompromi. Stress tengok rumah bersepah. Bila ada anak kecil yang bijak lagi cerdas, rumah akan bersepah berkali2 selepas dikemas berkali2.

Tak mampu sabar tengok rumah macam
tongkang pecah. Sakit hati dan mata. Malam tadi saja saya tak dapat kawal marah bila tengok anak2 sepahkan semula bilik tidur. Sekejap je ummi buat kerja depan laptop, anak2 sepahkan barang belakang ummi.

Mujur lubna dah pandai mengemas. Tapi kesian juga kadang yang adik main pun dia kena kemaskan.

Bila rumah bersih, pejabat kemas hati rasa tenang. Apa masalah yang ada tak rasa kusut. Tapi bila rumah bersepah, tambah rumit masalah. Habis semua nak dimarah.

Catatan hospital pesakit luar

Jenuh juga menunggu. Panas walau ada kipas dan ekon.
Baru ni suami buat check up di HSNZ hajat nak jumpa pakar bahagian sendi. Daftar, ambil nombor giliran, ambil darah. Result selepas raya datang semula.
Ahad baru ni teman suami ke hospital memandangkan kakinya belum kuat. Daftar jam 3 petang siap jam 5. Oklah. Abah hantarkan dan tunggu di masjid Ladang. Anak2 tinggal dengan mak dan adik lelaki di rumah. Bila kita dalam kesulitan, mak ayahlah yang pertama hulur bantuan. Ahli keluargalah yang pertama akan bersama.
Tapi sadisnya result asid urik takde walhal itu tujuan utama ke hospital besar. Berhuhuhulah kami.
Hasil dari result darah yang ada, suami ada kencing manis (11) & darah tinggi. Kolestrol pun sedikit tinggi. Doktor nak pantau sampai stabil.
Minggu depan ambil darah lagi. Harap lancar urusan kami. Minggu satu lagi appointment dgn doktor pula.
Andai kata lebih sukar urusan di hospital kerajaan, nak pujuk suami ke hospital swasta pula. Takpelah kos mahal sedikit tapi tak penat menunggu.

Monday 27 August 2018

Rindukan suasana Jordan & Madinah

Menangis.

Rasa teramat rindu pada tanah Arab.

Kedamaian alunan bahasa Arab.

Dulu di sana selalu curi dengar perbualan orang Arab.

Merdu sebutannya. Indah bahasanya.

Rasa rindu.

Berdoa bersungguh2 agar berpeluang menetap di sana walau sekejap. Bersama keluarga tercinta.

Ya Rabb kabulkanlah. Kabulkanlah.

Saturday 25 August 2018

Korban eiduladha yang mencabar

Cuti raya ni suami diuji sakit gout agak serius. Rasa sedih, penat semua ada. Mujur ada mak abah kakak abg ipar membantu mana yang boleh.

Korban kambing suami wakilkan sepenuhnya pada us.lah. Tak dapat nak sembelih dan saksikan sendiri tahun ni. Siap sembelih kami ambil di maahad.

Wednesday 22 August 2018

Pengurusan kewangan

Saya suka membaca bab pengurusan kewangan. Selain dari bab memasak, menghias, bahasa Arab, bab kewangan is my passion.

Hari2 mencongak bagaimana nak buat penjimatan, menyimpan dan menjana kewangan.

Orang kata semakin besar periuk, semakin besar keraknya. Betullah tu. Bila ada duit lebih mula berangan nak beli itu ini. Nak tengok samada dah melampui tahap kemampuan, kena senaraikan perbelanjaan sebulan.

Senarai komitmen tiap bulan:

Rumah RM1200
Kereta RM950
Tanah RM1022
Cukai RM350
TH RM500
Insuran RM110
Khairat RM5

Mak ayah adik RM200 (purata)
Elektrik RM120 (purata)
Air RM8 (purata)
Internet RM140 (purata)
Prepaid RM30 (purata)
Minyak kereta RM500 (purata)
Pasti RM50 (tetap)
Makanan RM1600 (purata)

Cuba totalkan. Lebihan duit biasanya saya akan simpan di akaun lain @ masuk TH sendiri, suami & anak2, beli kelengkapan rumah & sedeqah.

4130 + 2650 = 6780 (congak dalam kepala, malas nak buka calculator).

Bab minyak kereta dan makanan memang melampui batas😂. Kereta hanya satu ulang alik sana sini, balik kelantan tiap bulan, balik marang. Kadang2 pernah cecah hampir RM600 sebulan.

Bila rasa nak berjimat saya akan cut pada bahagian minyak kereta dan makanan. Saya akan pandu sendiri ke tempat kerja bila lubna cuti sekolah. Saya akan kerap memasak dan berhenti beli kelengkapan rumah sehingga masuk next gaji dan saya akan kumpul dan mula berbelanja semula dengan senang hati. Walau hati meronta2 nak beli tapi kena ajar sikit nafsu, biar dia tunduk pada kemampuan kita. Kad kredit walau ada di tangan saya akan bayar penuh sebelum due date untuk elakkan penalti. Tak buat easy installment sebab akan menggalakkan lagi nafsu berhutang dan membeli.

Saya buat dua akaun, walau pun dah sedia buat potongan ke TH saya masih menyimpan untuk kegunaan lain seperti bayaran zakat akhir tahun, insuran kereta, servis kereta dll dalam akaun kedua. Akan sebolehnya elak guna simpanan TH.

Setakat ni masih mampu menanggung semua komitmen tanpa melibatkan duit suami. Saya prefer suami simpan duit hasil untung bisnes dia untuk kegunaan dia masa mendatang memandangkan dia bisnes sendiri takde pencen kemudian hari. Saving untuk keperluan dia & belanja keluarga kecil kami mana yang dia mampu.

Takpelah saya bersyukur Allah dah bagi rezeki lebih pada saya. Bila kita yang beli, kitalah yang punya ye dak. Hehehe. Bab barang tak berapa suka berkongsi. Biar fully atas nama saya atau milik saya selagi mampu. Berlaku apa2, memang milikan sendiri semuanya.

Post ni adalah rentetan dari semalam baca dalam KRT seorang isteri mengeluh duit tak cukup walau dah gabung pendapatan suami isteri RM8k sebulan. Suaminya gaji 5k, isteri 3k. Mengadu dia banyak berhabis belanja dari gajinya dan suami yang agak kedekut & banyak berhabis untuk hobinya. Biasanya ni kes beli melebihi pendapatan. Nak keta besar, umah besar, barang mahal. Kalau belanja beli barang terpaksa gabung gaji suami isteri maksudnya belum mampu lagi.

Pendapatan isi rumah bawah 10k sebulan belum dikira kaya pada pandangan saya. Itu adalah pendapatan golongan pertengahan. Tak kaya tak miskin. Jadi kena sedar diri bila berbelanja. Kita bukannya dari asal usul keluarga tan sri datuk seri, bukan ada empayar bisnes untung belas dan puluh ribu sebulan, tapi hanya mengharap gaji bulanan yang seciput itu.

Kalau mak ayah masih guna kereta buruk, duduk rumah lama walau pun kita dah ada keta lebih besar, rumah lebih besar maknanya kita belum cukup kaya. Itu kayu ukur makna kaya untuk saya. Jadi saya belum kaya sebab belum mampu beli kereta baru untuk mak ayah, belum mampu renovate rumah mereka dengan duit sendiri. 😔

Saturday 18 August 2018

Dapur gas baru

Semalam sampai dapur gas idaman:). Kami order online...


RM3340 jenama Faber. Ada lima dapur gas dan oven elektrik 110 L. Tapi tak dapat pasang lagi sebab paip gas tak padan. Kena cari paip yang lebih kecil.

Kumpul duit gaji sekali dengan ganjaran GOT baru ni dapatlah beli dapur idaman. Tu pun puas fikir berbaloi ke beli takut menyesal kemudian hari. Tapi suami meyakinkan (seperti biasa hik2) akhirnyaa beli juga. 

Cerita hari ini pula baru siap kemas bilik pejabat. Sakit badan tarik almari campur sakit tekak pula:(



Friday 17 August 2018

Catatan ringkas duit buku

Royalti buku pdp dah masuk alhamdulilah. RM220 buku muin, RM225 buku mursyid. :)

Biasanya simpan saja dalam akaun. Jarang beli hadiah untuk diri sendiri kalau dapat hasil tambahan. Orang kata reward diri sendiri. Tak berapa pandai nak mereward diri sendiri. Simpan lebih baik, bila nak guna baru guna. Saja2 beli  memang tak suka.

Sedar diri kita bukan jutawan boleh beli itu ini tak tengok harga. Bila nak beli sesuatu  dan masih mencongak2 bajet maknanya belum kaya lagi. Walau pendapatan sebulan sudah melebihi 8k, tapi masih belum dapat rasa kaya. Nafsu saje yang kaya.

Nasi goreng sepinggan semalam...


Goreng nasi baki semalam suap anak sebelum ke rumah mak abah. Dapat sepinggan nasi. Odw ke rumah mak singgah beli ayam goreng mcd yang sangat sedap sebab pedas. Kemudian ke kfc beli tambahan yang lain. Makan di rumah mak seronoknya.

Raya haji ni plan beraya di Kelantan dulu. Raya kedua balik semula ke Terengganu sebab raya ketiga kami buat korban untuk seekor kambing atas nama suami. RM620 untuk seekor kambing tahun ni. Tahun depan mungkin naik pula harganya. Andai ditambah rezeki tiap tahun nak buat korban dalam negara setiap tahun. Nak rasa daging korban sendiri walau hakikat lebih mahal berbanding korban di luar negara.

Niat utama korban kali ni saya berdoa agar suami sembuh dari penyakit gout. Sihat tubuh badan dan sejahtera dari sebarang perkara malang. Duit boleh dicari, orang yang kita sayang tak mungkin ada pengganti. 

Nak masak sup ayam untuk pagi ni merangkap makan tengahari juga. Ilal liqo!

Selepas sejam lebih usai masak, suap anak sambil suap diri sendiri...


Oat untuk suami. Sup ayam bertumis bersayuran, ikan pekasam, ulam raja. Cepat, ringkas dan mudah!

Thursday 16 August 2018

Menu ringkas

Menu malam semalam. Nilah lauk yang mudah dan cepat sejenis gorengan & sayuran. Oat untuk suami. Gigih dia menjaga diet. Saya jugaklah hangat2 tahi itik.

Apa kebiasaan menu ringkas anda? Kakak saya kata menu ringkas saya tak serupa ringkas kui2. Kawan pulak kata ringkas saya tu ada macam2 menu. Haha. Mafhum ringkas pada orang lain biasanya nasi dan telur mata, atau nasi dan ikan masin, atau sardin. Mafhum ringkas pada saya ialah menu yang cepat dimasak tapi mesti pelbagai. Haha.

Sarapan pagi ni...


Saya peminat tegar mee kuning dari kecil. Anak kedua saya nampak gaya mewarisi kesukaan saya. Anak pertama pula suka benar makan nasi minyak, ini memang identiti saya juga hihi. Nasi minyak dan saya tak dapat dipisahkan. Kalau dihidangkan nasi minyak, nasi kerabu, nasi ayam, nasi beriani, nasi dagang, nasi singgang, saya akan pilih makan nasi minyak dulu.


Monday 13 August 2018

Cuti

Hari ni saya amik cuti. Suami ada appointment gigi belah pagi. Anak kecil kami memang duduk dengan walidnya. Bila walid ada sebarang urusan samada saya akan masuk kerja lewat atau kalau takde apa2 hal penting di ofis saya akan ambil cuti. Baki cuti tinggal lagi 20 hari.

Tadi di FB melintas video kanak2 di sebuah tadika di Melaka yang dipukul. Sakit kepala. Benci. Geram. Kecewa. Kalau saya ada situ memang kasi hampuk dengan meja cikgu tu. Perkara macam ni buat saya tambah bersyukur tak perlu hantar anak kecil ke taska atau pengasuh. Itu yang kita nampak rakaman dalam cctv, yang tak nampak? Berlambak lagi kes yang tersembunyi. Kasihanilah anak kita. Jangan pentingkan diri sendiri.

Baru ni perasan rambut alyan macam kena potong. Tanya kakaknya dan memang betul dia potong rambut adik haha. Nak sebut sini anak kecil umur setahun lebih ni tak pandai nak adu apa2. Kalau mak ayah tak alert memang sampai bila tak perasan.

Bincang dengan suami, dia prefer jaga sendiri buat masa sekarang. Siapa tak sayang anak, selagi boleh jaga kita jaga walau payah mana. Sekejap saja beberapa tahun bukan selama2nya.

Hantar anak ke taska dalam keadaan suami yang boleh bekerja dari rumah & mampu untuk menjaga anak ibarat menghantar anak ke mulut buaya.

Kalau kita rasa penat dan susah jaga anak sendiri, apatah lagi orang lain yang menjaga anak kita. Kalau ada pilihan untuk jaga sendiri, jagalah. Rezeki minta pada Allah agar dicukupkan. Bisnes suami pun ada pasang surut. Andai tak menjaga anak dia dapat menjana lebih pendapatan tapi takde maknanya kalau anak diasuh entah sape2. Hati ummi pun tak tenteram.

Mak kata tak usah difikir kata2 orang, kalau saya bahagia dengan pilihan sekarang walau nampak janggal pada mata kebanyakan biarlah. Mak pun tahu saya gembira dengan kehidupan sekarang. Suami yang prihatin, boleh berada bersama sentiasa. Boleh hantar dan ambil di tempat kerja. Hantar anak sekolah dan ambil walau dia pun kurang sihat kerana gout.  Alhamdulillah kurang di sana, lebih di sini.

Dan sebenarnya bila anak dijaga sendiri, perbelanjaan kami jauh menjimatkan. Yuran RM350 sebulan untuk taska saya boleh buat macam2. Biasanya saya kumpul2 dan masuk lumpsum dalam TH suami dan anak2. Allah rezekikan juga yuran Pasti lubna hanya RM50 sebulan sekali dengan makan pagi bermula jam 8-1.30 pm. Ada pilihan untuk transit tapi suami tak prefer lubna berlama2an di pasti sehingga petang & lubna pun tak mau duduk sampai petang serik tahun lepas seharian ummi walid tinggalkan di taska haha. Padahal satu hari je pun.

Sebenarnya tahun lepas kami dah survey taska yang ada sekitar tempat kerja saya untuk lubna dan alyan. Ummi tak kisah kalau berhabis beratus untuk anak2 asalkan taska yang bagus. Tapi akhirnya qaddarallah, beginilah nihayahnya. Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhan kamu, sebut2kanlah (فبنعمة ربك فحدث). Harap semua tak bosan membaca haha.

Sunday 12 August 2018

Penat dunia

Penat. Lelah. Hari-hari buat perkara sama.

Betullah Allah kata kehidupan dunia ni ghurur. Kehidupan akhirat paling terbaik & kekal abadi.

Ikatkanlah hati kami untuk sentiasa mengingati akhirat.

Nasi mandy & nasi beriani

Pagi tadi gigih masak nasi mandy ayam tapi tak banyak pun dalam sekilo. Nak bagi pada rakan suami sekeluarga.


Tengahari pula makan nasi beriani sempena majlis kesyukuran sahabat di fakulti. 



Kenyang makan nasi hari ni. Program diet langsung tak beroperasi. Nafsu makan membuak-buak. Harus dikekang sebelum parah.

Saturday 11 August 2018

Kemas rak ubat

Pagi ni keluar ke beberapa tempat antaranya ikea personal shopper di panji alam. Beli rak kecil RM27 sebuah. Beli dua dapat diskaun RM50. Suka hati.

Dalam banyak tempat, kawasan ubat saya terlepas pandang untuk kemas betul-betul. Serabut tengok ubat bersepah-sepah dalam bakul. Malam tadi dapat idea nak letak rak gantung. Jimat ruang. Suami merealisasikan impian. Gagah mendrill. Sayang abang. Hihi.


Cara susunan saya mestilah kemas dan praktikal. Kalau kemas cantik tapi susah nak ambil atau simpan semula memang tak berapa suka. Sama dengan susunan perabot dalam rumah. Kemas dan mudah untuk dikemas kemudian hari.

Lepas ni nak kemas bilik Lubna pulak. Hujung minggu ni sepupu suami sekeluarga mahu tumpang bermalam. Rumput di luar perlu diracun. 

Thursday 9 August 2018

Gas habis!

Tengah masak untuk sarapan tiba-tiba gas habis. Bawak keluar multipurpose cooker settle kerja. Banyak membantu multipurpose cooker ni. Suami dapat hadiah dulu-dulu sempena dapat point telekom real reward.
Masak singgang daging & tulang, kukus petai & goreng pekasam fuh. Suami makan dengan oat laju je makan.

Bila dah lama tak masak dapur agak bersih. Rasa nak mula masak semula. Ringkas pun takpe. Bosan masak kita beli kat luar pula hik2.

Stok dalam peti banyak habis. Kena topup lagi nanti. Bila mood memasak datang senang sume bahan dah ada.

Lawatan LI dan kemas rumah

Hari ni buat lawatan ke tempat pelajar praktikal di Jerteh. Lega selesai lawatan. Tahun ni tak berapa teruja buat lawatan. Tak seperti tahun lepas. Mujur tiga tempat sahaja melawat. Tahun lepas tujuh tempat melibatkan kawasan Kota Bharu dan Terengganu.

Sekitar lawatan tadi. Selekeh betul saya. Dengan demam sakit tekak. Gambar ni jelah yg molek sikit...


Tak boleh tengok rumah bersepah. Cepat bosan kalau perabot rumah tak berubah kedudukan. Malam ni mengemas ruang makan dan ruang tamu. Rumah simple, perabot pun simple...


Rumah buruk pun takpe tapi jangan bersepah atau kotor. Perabot murah takpe asalkan pandai menyusun. Sakit mata dan hati kalau tengok rumah bersepah. Bilik tidur takyah cakaplah hari2 kemas pun bersepah. Anak2 buat macam playground. Hajat hati nak hias macam bilik di hotel, tengok anak2 jangan haraplah salwa!

Banyak lagi bahagian rumah belum settle kemas. Dapur pun belum siap menatarias. Bilik ofis suami.masih macam tongkang pecah haha. Bilik Lubna dah jadi bilik kain. Bilik Alyan dah jadi macam stor kihkoh.

Nak renovate rumah tapi bila pikir nak kena pindah Besut nanti terpaksa batalkan hasrat. Saya dah beli dua lot tanah di Besut sejak tahun 2014. Andai pindah sana saya dan suami akan buat rumah di sana inshaAllah. 

Rumah sekarang saya beli tahun 2011. Harga waktu tu RM250k. Banglo setingkat dalam 15 minit ke UniSZA. Murahkan. Sekarang jangan harap nak dapat harga macam tu untuk sebiji banglo hehe.

Kalau ikut kelayakan dengan gaji RM4k ketika itu boleh beli rumah dalam RM300k, tapi rasa tak berbaloi. Sekarang bila dengar ura2 akan berpindah ke Besut rasa bersyukur tak beli rumah mahal2. Hehe. 

Beli bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Lebihan duit laburkan supaya bercambah sumber pendapatan. Tak banyak sikit pun cukuplah.

Petrosains Terengganu

Tak berbaloi masuk sini. Kena bayar RM12 untuk dewasa, RM 10 kanak2 atas 5 tahun. Besar dan sejuk tapi tak banyak show yang menarik. Ada setengah game ditutup. Ambil duit tapi under maintanence. Rasa tertipu. Patut boleh mengadu je di kaunter tapi malas nak burukkan mood. Kecewa.

Jauh beza dengan di Kuantan walau kecil tapi banyak game sains yang menarik. Di Kuantan masih percuma sangat puas hati.

Apa pun lubna gembira. Suka sangat sejak pergi petrosains di Kuantan dulu.

Antara gambar di petrosains Terengganu...




Tuesday 7 August 2018

Seronok menulis, untuk muhasabah diri

Kadang lupa nak kejar tambah pahala. Lupa nak tambah amal ibadah. Asyik fikir pasal nak tambah duit, simpan duit, hias rumah, nak masak apa, kerja apa nak siapkan di pejabat.

Hati yang terikat dengan dunia. Hari-hari mengadap anset baca facebook dan berwhatsapp. Cukuplah salwa. Anak-anak depan mata hargailah.

Hiasi rumah dengan al-quran. Malam cuba usaha tahajjud. Allah bantulah kami.

Monday 6 August 2018

Cara bermuamalah

Bukan semua orang pandai berurusan dengan berhemah. Kadang kita jumpa staff yang duduk di kaunter layan pelanggan acuh tak acuh. Orang macam ni Allah akan bagi laluan kerja yang payah nak naik. Rezeki yang payah untuk cukup.

Saya pernah juga jumpa orang yang pandai dan beradab melayan pelanggan. Sabar melayan karenah beribu macam. Walau nampak pada wajahnya rasa marah yang ditahan bila berjumpa pelanggan yang tak semenggah. Sekarang sudah pun naik pangkat.

Sabarlah manusia. Semua orang ada kisah kelat dan pahit. Hidup bukan semata untuk diri kamu. Hidup adalah erti memberi dan menerima. Kamu memberi yang terbaik, natijahnya akan menerima yang terbaik, dan sebaliknya.

Karnival e-pembelajaran PicTL 2018 DI UPM

Pingat perak lagi untuk aplikasi FG:QiroahKitabah. Rasa lega dan gembira.  Berkampung empat hari di EV world hotel cyberjaya dengan keluarga kecil. Penat tak payah cakap bila bercuti untuk urusan kerja penatnya lain.

UniSZA hantar lima penyertaan dan dua darinya adalah dari FBK. Satu pingat perak dan satu pingat gangsa untuk fakulti kami.

Tahun depan perlu buat penambahbaikan. Hajat nak masuk peringkat dalam universiti shj. Tak larat nk travel jauh dah. Tapi sayang pula kalau tolak sebab mewakili UniSZA, semua perbelanjaan adalah dibawah tanggungan universiti.

Ok ini pula kisah pada malam hari, berkunjung ke rumah rakan yang disayangi. Teman ketika di UIA dulu...



Di rumah amirah di putrajaya bersama fatihah. Amirah dan fatihah rakan yang saya sentiasa keep in touch walau dah lama meninggalkan kampus universiti. Dalam ramai2 dua orang nilah yang saya senang dan suka untuk berhubung.

Bukan senang nak jadi kawan saya sebab saya tak mudah rapat dengan sebarangan orang walaupun orang tu mungkin terkenal @ punya ramai kawan. Saya ada kriteria pilihan sendiri yang nak cerita pun susah haha. Ia lahir dari hati. Semua orang pun camtu jugak kan.

Waktu belajar dulu ramai berebut jadi kawan rapat saya hihi. Siap bergaduh lagi kih34. Ada yang cemburu bila tahu saya rapat dengan orang lain. Berebut nak duduk sebilik sekali. Sebab apa? Sebab saya akan jaga elok kawan yang saya suka. Diorang akan terikat dengan saya dan akan rasa kehilangan bila saya takde.

 Sejak beberapa peristiwa, saya mula elakkan dari berkawan rapat dengan sesiapa. Saya elak untuk terlalu prihatin pada orang. Sebab saya takut akan kecewakan rakan2. Tapi sekarang saya telah buatkan suami saya pulak terikat dengan saya. Mana saya pergi kalau boleh dia nak ikut hahahaha. Dan dia pergi mana pun dia akan angkut saya sekali walau sekadar teman duk dalam kereta. Kih4686. Pernah beberapa kali dia gi minum air dengan kawan2, saya tunggu dalam kereta
 Kih374. Kalau dulu2 siap dia ajak makan sekali dengan kawan2 dia. Malunya ya Allah.

Paling saya perasan saya tak suka berkawan dengan orang yang suka bercakap buruk tentang orang lain tanpa alasan kukuh. Tak suka dengan orang cakap belit2, yang bercakap tak berapa terang. Sembunyi sana sinun. Cakap depan bereh belaka, rupanya belakang tunggang terbalik.
 Jumpa orang macam ni saya akan lari jauh2. Tak boleh dibuat kawan.

Friday 3 August 2018

Tour nasi arab cyberjaya

Saba restoran : Makan buffet rm15 sekepala hari jumaat jam 12-3pm sahaja. Kali kedua makan rasa sedap lagi tapi dah mula muak. Ada sejenis nasi ala nasi mandy, tiga jenis masakan ayam hanith, bakar oren, berkuah. Ada spagetti goreng, air, buah-buahan.

Safa restoran : makan shawarma biasa dan syawarma bbq. Sedap!

Taiba restoran: oqdah ayam sangat sedap! Nasi mandy dab hanith biasa saja.

Sana'a restoran : nasi hanith ayam sedap! Ayam lembab berempah. Yang tak sedap ialah oqdah ayam. Fail! Jangan beli oqdah ayam di sini.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...