Thursday 27 September 2018

Isteri dah tak cantik?

Boleh je nak isteri sentiasa cantik dan wangi. Caranya seperti berikut:

1. Isteri tak perlu memasak langsung. Masuk dapur untuk minum air dan basuh tangan saja. Hal-hal dapur semua settle oleh suami atau pembantu rumah.

2. Suami urus anak 90%. Lagi 10% sahaja bagi isteri buat macam menyusukan anak dan bagi makan.

3. Pasang aircond satu rumah. Dapur, ruang tamu, bilik-bilik. Gerenti isteri tak berpeluh-peluh masam terkejar-kejar dari hujung dapur ke hujung pintu rumah.

Kalau tak mampu, rasanya para suami tak perlu demand sangat. Yang diorang tengok cantik di luar bila dah jadi isteri dan ibu akan jadi tua dan masam juga. Kihkoh.

Saturday 22 September 2018

Pantang like

Pantang tengok orang post gambar masakan di FB mesti saya suka hati nak like. Walaupun sy tak pernah bersua muka sekadar hanya rakan di FB memang saya senang hati like.

Saya bukan jenis tekan butang like sesuka hati. Kecuali untuk gambar masakan, gotong-royong memasak memang sesuka hati je like kihkoh. Sebab memasak ni sesuatu yang memenatkan. Bila dapat siapkan masakan perasaan yang sangat hebat.

Tapi saya jarang like post makanan di luar. Sebab makanan di luar semua orang boleh beli dan makan haha. Masakan rumah ada keistimewaannya. Ada banyak kisah di sebaliknya. Senyum tawa nangis sendu bersilih ganti bila nak siapkan hidangan air tangan sendiri atas meja. Bila dah mengadap meja rasa bahagia. Siap juga akhirnya dan gembira tak perlu beli di luar.



Wednesday 19 September 2018

Petai

Kat tepoh ada orang jual petai RM10 dapat 13 tangkai. Besar2. Tambah lagi koleksi petai dalam peti ais. Suami geleng pala isteri beli petai macam nak stok tuk 10 tahun haha. Rasa seronok tengok petai. Macam2 nak masak dalam kepala.

Monday 17 September 2018

Nikmatnya cium anak

Tiap kali tengok baby comel, tiap kali tu saya akan peluk dan cium anak. Nikmatnya cium pipi mulus gebus harum mewangi.


Gebu saya terkena HFMD. Jumaat baru ni dia denam sekejap dan tak mahu menyusu. Kemam mulut dan buang air liur. Ada bintik merah naik di lutut, siku, tapak kaki. 

Ahad bawa ke klinik Intan dan doktor sahkan HFMD. Tapi sebab suhu normal dan tak berapa panas doktor relaks je. Ingatkan kena kuarantin tapi doktor tak cakap apa. Confuse. Anak orang lain siap kuarantin bagai, siap dapat cuti seminggu bagi yang bekerja. 

Ada baca juga di blog orang yang ada pengalaman anak kena HFMD yang merawat anak secara sendiri dan sembuh. Maknanya sebenarnya tidak meberhaya kalau dipantau dan dikawal dengan baik. Ia jadi bahaya sebab mudah berjangkit pada orang lain.

Ubat ulcer spray yang doktor bagi...


Satu lagi ubat demam yang saya tak bagi langsung pada Alyan sebab dia tak demam. Dua jenis ubat tu saja. Calalite untuk sapu pada bahagian bintik2 dah ada jadi doktor tak bagi dah. Harapnya segeralah sembuh. 

Berjenis bentuk penulisan blog

Ada orang tulis blog macam tulis artikel jurnal hikhik. Style tulis saya macam diari. Tempat meluah perasaan. Hihik. Apa yang saya masak, saya suka, saya benci sume citer dalam blog. Tapi bukan semualah sebab tak menang tangan nak menulis dan bukan sume perkara seronok dicerita.

Thursday 13 September 2018

Monday 10 September 2018

Kenduri sepupu suami

Seronok betul bab makan kenduri...


Ada kerabu sare. Menu unik rakyat Kelantan. Belajar makan lepas kawin dengan suami. Seronok dapat rasa makanan negeri lain. Rasai kelainan.

Cuti berderet buat rasa malas nak mula kerja. Dalam kepala berfikir2 lagi apakah cara untuk dapat pendapatan tetap bulanan 7-8 ribu sebulan tapi tak perlu kerja makan gaji.

Berangan2 nak buat bisnes makanan dan tuisyen bahasa Arab. Di samping bisnes komputer suami. Tapi rasa belum mampu nak ambil risiko berhenti kerja😂. Takut gagal & lemah semangat.

Bila berjaya dapat naik pangkat DS54 baru boleh betul2 fikir nak bersara awal kot hihi. Sape tahu kalau ada rezeki lebih di bahagian lain mungkin saya akan bersara awal.

Jadi kena plan seawal mungkin. Kena berjimat mana yang boleh untuk simpanan mendatang. Beringat sebelum hujan ribut.


Sunday 9 September 2018

Cuti Agong dan Awal Muharram

Menu semalam...


Malam tadi tidur di rumah mak di Marang. Hari ni bertolak ke Kelantan pula. Penat. Tapi begitulah kehidupan. Lusa ada kenduri sepupu suami. Seronoknya makan kenduri di Kelantan. Macam2 menu boleh rasa. 

Minggu depan start fasol awwal. Kelas 8 jam seminggu alhamdulillah tak seperti fasol awwal tahun lepas 14 jam seminggu sambil pegang jawatan memang haru-biru juga. 


Friday 7 September 2018

Suntikan vaksin 18 bulan

Urusan pagi ni Allah mudahkan di sebalik mehnah awal pagi di rumah. Jam 8.40am kami sampai di klinik Intan. Orang tak ramai. Daftar nama terus dapat masuk jumpa doktor Alhamdulillah. Timbang berat Alyan dulu 12kg. Berat badan sesuai dengan usia. Kalau lebih tembam lagi ummi suka.

Semakin aktif dan bijak.

Kenapa ummi mudah penat?

Bermula dari bangun tidur, semuanya tentang anak2.  Dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara.

Dari lap hingus anak, angkat baju kotor atas lantai, basuh baju, lap makanan tumpah berkali2, lap air tumpah secawan kadang2 sejag, kemas tong sampah yang dilembangkan, kutip kertas conteng bersepah2, pensil warna merata2, suap makan, basuh mulut yang comot sampai ie telinga, tukar pulak baju, minum air  tumpah pulak air, lap lagi lantai, kemas mainan berkali2, layan anak bercakap..ulang lagi semua sampai semua masuk tidur semula. Nampak kecil tapi cuba kalau tak buat memang anak2 serupa gelandangan.

Nak tulis blog ni pun bergaduh2. Anak duk main cak cak depan dan belakang ummi.

Memang hilang sabar. Nyaring je suara bak halilintar. Dengan walidnya sekali dimarahin. Tinggal dah gelaran ustazah, mahupun doktor. Tu sume hanya kegunaan di tempat kerja.  Bermula dari saat jejak kaki ke dalam kereta pulang ke rumah usai kerja, saya adalah makcik kantin yang selekeh lagi serabai.

Orang laki bab urus dan layan anak memang fail. Tapi ada juga segelintir yang lebih pandai bab jaga anak berbanding wanita. Memang tak dinafikan. Kalau suami saya setakat jaga basuh berak kencing, bagi makan oklah. Kalau nak lap susu tumpah contohnya ibarat pungguk rindukan bulan. 

Oklah, hidangan makcik kantin hari ni...


Hidang kuali sekali atas meja. Makcik kantin capek nak main basuh pinggan hari ni. Kalu boleh sume makan atas kertas minyak. Sonang kojo.

Aktiviti petang anak2 lepas berjalan2 abiskan duit petang tadi...


Sekali seminggu sy akan bagi anak main kat halaman rumah. Biar diorg kenal nyamuk, ulat bulu, semut, cengkerik, mengkarung, lembu, kambing kat luar rumah tu. Kat dalam rumah dah kenal cicak, lipas. Risau memang ada takut jumpa haiwan merbahaya tapi tawakkal pada Allah. Kalau terperap dalam rumah tak elok. Kita dulu pun main keliling kampung tepi parit.

Main tepi longkang dah cukup walaupun depan rumah seberang sana ada parit tempat tinggal  ikan2 kaloi...


Mangga pagar rumah baru rasa tenang nak biarkan anak bermain di luar. Tu pun ada cubaan kakak nak keluar dari pagar. Dihogah2 pintunya mujur ummi nampak. Ummi taulah pagar umah kita dah nak reput berkarat. Sekali ribut melanda macam baru ni habis terbuka pagar walaupun dah siap bermangga. Ummi walid dalam dilema nak tukar ke tidak pagarnya. Takut lepas tukar pagar, tiba2 esoknya dapat arahan pindah ke besut. 🤣

Thursday 6 September 2018

Koleksi bekal ke pejabat

6.9.2018


Ini gambar di sebalik tabir...



13.9.2018



26.9.2018



3.10.2018



4.10.2018



7.10.2018


8.10.2018

9.10.2018

Wednesday 5 September 2018

Bekal ke pejabat

Hari ni semangat bawa bekal ke pejabat. Sampai je blok Ali gelap gulita sedang di luar terang benderang cahaya mentari. Takde letrik rupanya.

Semangat memasak, semangat nak siapkan kerja. Akhirnya cair laksana peluh yang menitis saat bersauna dalam bilik tanpa ekon.

Jam 1 petang mula mengintai bekal...


Mula nk berdiet dengan kurangkan nasi dan banyakkan lauk. Tapi petang tadi tersasar makan kerepek dan keropok. 😂

Berazam nak bawa bekal semula. InshaAllah semoga Allah mudahkan. Esok menu dalam kepala ada macam2. Kena pilih paling mudah dan cepat tapi sedap.


Majlis persaraan pensyarah

Hari ni hadiri majlis persaraan kak pah di Am transit inn berdekatan airport. Menarik  tempat ni. Seronok jugak.



Monday 3 September 2018

Lempeng & sambal bilis

Makan petang merangkap malam...


Hari ni ambil cuti. Suami cek darah di HSNZ. Minggu depan follow up lagi dengan doktor pula.

Bertabahlah. Hidup harus diteruskan. Bersyukur sangat suami dah boleh berjalan tanpa tongkat. Doakan suami saya semakin baik dan sihat.

Memandangkan rumah mak abah lebih dekat ke hospital jadi kami tidur di rumah mak sejak semalam. Paginya suami ke hospital, atok hantar lubna ke pasti dan saya duduk rumah mak dengan anak kecil.  


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...