Saturday 30 April 2016

الدرس العربي مع المعلمة هبة

Alhamdulillah, kelas kedua b.Arab bersama Hibah hari ini. Kali ni ajak awatif dan maherah sekali. Banyak perkataan dan uslub baru yang kami dapat. Hampir 10 tahun di peringkat pengajian tinggi saya belajar dan menekuni bahasa Arab tapi tak pernah rasa cukup dan pandai. Sentiasa rasa kurang sana sini. Setiap kali belajar, setiap kali itu rasa kurang. لن أشبع من تعلم اللغة العربية...

الدرس مع المعلمة هبة كان ممتعا جدا جدا. دائما ما تذكرني باستخدام المصطلحات الفصيحة.كم أنا تعودت على العامية وكأنني نسيت  بعض الكلمات الفصيحة. 

طبخت رز برياني لضيوفنا اليوم...




هبة تحبها جدا الحمدلله.

 غدا يوم العمال في جميع أنحاء العالم على ما أظن وهو يعني عطلة رسمية لنا

Wednesday 27 April 2016

Sambal bilis petai dan sup telur tumis



Ringkas menu hari ni sebab nak fokus dengan thesis sepanjang pagi lubna ke raudhoh. Balik dari raudhoh memang tak dapat nak buat kerja lain lubna macam asyik nak bergayut je dengan saya. Kui2. Balik dari raudhoh dia akan peluk saya dengan gembiranya macam lama benar tak jumpa padahal baru 3 jam 30 minit je duduk di raudhoh. Alhamdulillah setakat ni lubna gembira pegi sekolah pagi-pagi ceria je bila sebut pegi madrasah. Harap kekal suka pergi belaajr sampai ke jamiah ye lubna.

Ok nak buat kerja lain smentara lubna tidur petang.

Tuesday 26 April 2016

Pergi balad beli barang

Makan tengahari selepas balik dari balad....


Asam pedas ikan makeral antara lauk feveret saya...


Singgah beli ayam masywi di mata'm khalawi...


Rindu atok tiba-tiba. Sebak. Menangis.

Lepas hantar lubna ke raudhoh saya dan suami terus menuju ke balad yang lebih kurang 15km dari tobarbour. Beli minyak zaitun yang mak kirim, stokin dan hadiah kawin untuk sepupu di Malaysia nanti. Jauh beli dari jordan demi menunaikan permintaan mak. Hajatnya nak beli tiga empat benda akhirnya terjebak beli macam-macam. Ini pun belum habis membeli. Mungkin minggu depan perlu keluar lagi ke balad.

Rempah-rempah kiriman orang di Malaysia pun belum beli lagi. Dalam kepala mencongak-congak berapa duit gaji perlu transfer nanti. Duit elaun sara hidup di sini tak payah cakaplah sejak duit RM jatuh memang tak pernah cukup. Cukup tiga bulan, terpaksa guna duit gaji memandangkan ESH hanya akan masuk sekali setiap empat bulan. Alhamdulillah Allah ilhamkan sifat untuk berjimat cermat jadi dapatlah menyimpan sikit sebanyak duit gaji. Dalam kepala hari-hari berfikir beruntungnya duduk di Malaysia. Makanan masih banyak pilihan yang murah. Cuma banyak sangat pilihan sampai nafsu tak terkawal sume benda nak beli kui2. Tapi dari segi cuaca dan suasana tenang, duduk di Jordan jauh lebih seronok.

Lubna tengah talwin bukunya. Tu yang sempat saya menulis di blog kalau tidak....

Pagi tadi terbaca di FB orang kongsi status ada ustaz popular cakap takde nas dalam quran kata perempuan wajib buat kerja rumah jadi isteri tak wajib buat kerja rumah. Status-status dan komen-komen yang kondem ustaz kononnya para isteri akan ambil kesempatan untuk bermalas-malasan. Ada yang tulis kalau macam tu dalam nas quran suruh wanita duduk dalam rumah tak boleh bekerja. Jadi pompuan tak boleh bekerjalah.

Saya rasa pernah dengar u.azhar idrus dalam ceramahnya sebut tentang tiada nas atau dalil quran yang mewajibkan isteri buat kerja rumah. Tapi pada akhir ayat ustaz kata cuma atas dasar simpati maka  isteri haruslah membantu suami meringakan tugas di rumah. 

Jadi kalau diorang maksudkan ustaz popular yang cakap itu ialah u.azhar, maka sebenarnya dia quote ayat sekerat saje dan buang sekerat lagi.

Sempat juga bersyarah dan berhujah dengan suami. Hakikatnya walaupun u.azhar cakap macam tu takde seorang isteri pun yang sayangkan suaminya sanggup membiarkan suami melakukan tugas memasak, menyidai kain, basuh berak anak, sapu sampah, basuh pinggan, ajar anak bersendirian. Pasti isteri akan membantu.

Masalahnya sekarang berapa ramai lelaki yang sanggup bantu isterinya yang telah meringkankan tugas dalam rumah tangganya dan berterima kasih pada isteri? Berapa ramai yang meletakkan beban rumah tangga atas bahu isteri atas alasan isteri tidak bekerja? Sedangkan ramai isteri yang bekerja masih tegar melakukan tugasan rumah di sebalik lelah dan rungutan kerana bimbang digelar derhaka.
Sebab itu u.azhar sebut bila isteri dah sanggup ambil tugas menjaga rumah maka suami perlu membantu mana yang boleh dan sayangi dia sebaiknya. 

Berkenaan komen minta wanita tidak keluar bekerja sebab ada nas quran suruh wanita berdiam di rumah, suka saya nak bertanya berapa ramai suami sekarang yang sanggup menyuruh isterinya berhenti kerja sekarang juga? Sebelum berkahwin lagi ada wanita yang sudah bekerja. Sejak zaman belajar lagi merantau jauh meninggalkan keluarga. Kalau betul tak nak bagi wanita Malaysia keluar bekerja jadi kena larang juga wanita dari keluar belajar. Dan sebaiknya buat sistem seperti di Arab Saudi wanita ke mana-mana saja ada mahram menemani. Pegi bank, beli barang, pergi belajar, pergi kerja (cikgu sekolah), pegi pasar suami atau mahram kena hantar memandangkan wanita tak dibenarkan memandu di sana.  Atau pun boleh pasang driver setiap rumah untuk amik dan hantar ke mana saja. Tapi lelaki di Malaysia sanggup ke buat sume tu? Tepuk dada tanya diri.

Kalau para lelaki nak tahu, isteri ni kalau hidupnya dapat goyang kaki alangkah indahnya. Tak perlu piki pasal duit sume ada depan mata walau tak banyak tapi mencukupi. Kerja rumah banyak mana pun kalau suami suka hulur hadiah dan duit senyum lebar sampai ke telinga. Marah-marah pun dia akan tetap sayang suami.

Berfikirlah banyak-banyak sebelum bercakap walaupun dikurniakan lebih akal berbanding wanita tapi itu bukan tanda lelaki lebih cerdik. Akal lebih banyak sebab lelaki tak beremosi over-over macam wanita, dan bukannya akal lebih sebab dia lebih tahu semua hal. Kalau dalam penemuan barat manusia ni ada IQ dan EQ. Kalau dulu ilmuan asyik tumpu pada IQ saje, bahagian EQ sering diabaikan. Tapi sekarang unsur EQ yang tinggi juga menjadikan manusia cerdik memilih mana yang baik mana yang buruk. Kalau setakat ikut logik dan IQ saja jadi robotlah manusia cakap ikut mantiq tapi tak boleh nak apply dalam kehidupan. Banyak pula cakapnya...



Monday 25 April 2016

Sup tulang kambing



Lauk semalam. Hari ni nanhu soimun inshaAllah. Rancang dengan suami nak masak nasi kerabu untuk berbuka puasa. Lagi lima jam nak masuk maghrib lambat lagi. Lepas asar nanti baru start masak inshaAllah. 

Hari ni baru siap baiki masodir wa maroji' ikut sistem APA. Ada juga satu dua bahan yang takde softcopynya. Kena cari semula. Saya tak guna Mendeley sebab tak berapa mesra bahasa Arab. Prefer simpan dalam PDF dan bila perlu untuk copy & paste baru buka Mendeley.

Saturday 23 April 2016

الدرس العربي مع هبة

ألف الحمدلله بإذنه جرى درس تعلم اللغة العربية في شقتي لهذا اليوم. لقد طلبت من المعلمة هبة التركيز على مهارتين فقط أولهما التحدث وثانيهما الكتابة. تعلمت كثيرا منها بخصوص أساليب عربية صحيحة في الكلام والكتابة. ونصحتني هبة باستخدام الألفاظ المتنوعة في أثناء الكلام والكتابة لكي لا يصبح الكلام مملا بل يستمتع به المستمع.



في الأسبوع القادم طلبت الدرس الثاني معها أيضا ولم أصبر انتظار الموعد. أدعو الله لها خيرا في حياتها على جهدها القيم لتدريس اللغة العربية لنا. الله يبارك فيها وفي أهلها ويعطيها العافية والصحة دائما إن شاء الله.

حسنا أشعر بالتعب الشديد. أحس كأنني أترك الرسالة في زمن طويل وينبغي علي الاسترجاع إليها غدا إن شاء الله.


Friday 22 April 2016

Usrah mutazawwijat




Alhamdulillah.

Selesai usrah kami ke hospital israa' melawat anak ustaz hanafi UIAM yang dimasukkan ke wad kerana     sakit bengkak hati & hepatitis. Semoga lekas sembuh inshAllah.

Thursday 21 April 2016

Kari beriani kambing



Perap kambing, yogurt, halia tumbuk, bawang putih tumbuk, garam, rempah kari adabi, rempah beriani, daun ketumbar racik, serbuk cili, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar 30 minit. Tumis bunga lawang, biji pelaga, kilit kayu manis, bawang besar, tomato, cili besar potong dalam campuan minyak biasa & ghee. Letak kambing dan tumis hingga pecah minyak. Letak air dan kentang. Masak dalam pressure cooker sehingga 40 minit. Lagi lama lagi lembut daging.

Cicah dengan roti pun sedap.

صباح اليوم كنت أصحح قائمة المراجع وأعمل تعديلات بحسب كيفية التوثيق في دليل إعداد الرسالة للجامعة، لم أنتهي بعد من التصحيح وسأكمله هذا الأسبوع إن شاء الله.

Roti nan cicah kari kambing beriani pula untuk makan petang....


Roti nan gebu bercheese air tangan suami tersayang....


Saya tambah kuah kari beriani...


صحتين!

Tuesday 19 April 2016

Cerita hari ini

ذهبت إلى الجامعة للحصول على توقيع المشرف لتقرير تقدم دراستي في الأردن

العملية من إجراءات عادية لموظفي الجامعة الذين يواصلون دراستهم في مرحلة الدراسات العليا داخل أو خارج البلد

Lega mendengar musyrif setuju dengan pilihan sampel kajian di UniSZA nanti alhamdulillah. Rasa nak buat kenduri kesyukuran. Setiap yang susah selepasnya ada senangnya. Janji Allah. Tapi untuk melepasi yang susah tu ya Allah dugaannya harus disertai dengan sabar walau dalam tangis.

Sejak beberapa hari teringin makan nasi arab kedai. Selesai di jamiah bersama suami dan anak menuju ke kedai nasi bukhari dan mat'am jauhar yamani. Dua kedai dengan dua jenis nasi...

رز  زُربِيان ورز بخاري بالدجاج، ٣ دنانير لكل وجبة تقريبا


Lubna masih ok ke sekolah hari ni. Alhamdulillah. Harapnya berkekalan mood positif ke sekolah sebab ummi pun dah siap bayar JD60 untuk sebulan. Kalau tidak...

Pejam celik dah hampir tiga tahun duduk jordan. Makin lama makin serasi dan seronok. Yang tak seronoknya bila duit RM jatuh otomatik rasa sempit untuk teruskan kehidupan di sini. Tadi cek currency oklah sikit duit kita 1 dinar mrnyamai RM5.42. Masa dah seronok nilah masa untuk pulang ke Malaysia pun hampir tiba. Kelakar pula, mula-mula dulu tak sabar nak balik sekarang terbalik pula. Suka dengan ketenangan di sini, cuaca sejuk-sejuk (kalau sejuk sangat masa winter tak berapa suka), makanan yang sedap dan arab yang baik.

Ok lubna nak buzoh!

Monday 18 April 2016

الأحاسيس السلبية

Kadang-kadang datang angin negatif dalam diri. Rasa down, takde mood, gelisah, sukar untuk tidur walau badan penat. Perasaan negatif yang tiba-tiba menyinggah tanpa sebab. Bila datang perasaan seperti ini sangat tidak sedap.

Mungkin kurang bersenam badan jadi lesu dan tidak aktif. Padi-pagi hajatnya bila hantar lubna ke sekolah dapatlah berjalan kaki dengan suami inshaAllah esok!

Banyakkan istighfar dan zikir..Kadang-kadang terlupa akan hal ini...

Atau mungkin juga merasa terkejut dengan berita pemergian sahar....insan terpilih untuk pergi pada usia yang agak muda. Dia sudah tenang di sana. Sudah bertemu dengan tanahnya tempat beristirehat dari kesibukan dunia. Saya pula?

--------

Kek pelangi kukus resepi dalam tnet..كيك قوس قزح


Sedap dan terlebih manis. Buat separuh adunan saje sebab takut tak habis. Rupanya tak cukup. Bab-bab kek saya suka ajak suami buat sekali. Sebab malas betul nak memegang mesin putar tu. Tugas saya hanya sedia bahan saja. Keh3.



اليوم الثاني إلى الروضة



Sangat bahagia bila tengok anak gembira. Ummi doakan lubna berjaya dunia dan akhirat inshaAllah.

Lubna xde pun saya tak buat tesis juga. Rasa mahu berehat dan bersenang-lenang sahaja. Teruk juga macam ni.

Pagi tadi mendapat berita rakan ketika di UIAM dulu meninggal:(. Sahar namanya. Baik dan comel orangnya. Suka dengan dia sebab kelakar. Saya hanya sempat kenal dengannya sekejap ketika master dulu dan sempatlah berkenalan sehinggalah masing2 bertemu semula di facebook. Allah yarhamuki sahar wa yardho anki...entis sabiqoh we ehna lahiqun..engkau pergi dulu dan kami akan menyusul...

Jadi apa persediaan kita untuk MATI?

Hamba Allah yang seceria dan secomel sahar sekejap sahaja Allah tarik. Takde penentu usia untuk mati. Kalau sudah ditulis di luh mahfuz tiada apa yang dapat merubah.

Hanya yang bisa berubah adalah diri kita sendiri. Berubah menjadi yang lebih baik dan disenangi manusia. Berubah untuk bekal ke akhirat. Berubah untuk tidak terlalu memikirkan dunia dari harta, pangkat, nama, gelaran, penghormatan, anak dan segala kebanggaan yang manusia suka kejar.

Sahar pergi tanpa meninggalkan pasangan dan anak. Kelihatan mudah walau mungkin saya tidak tahu kisah lain di sebaliknya. Tapi saya, andai saya pergi dulu akan meninggalkan anak dan suami tersayang. Harta yang sudah terlekat dalam hati. Hari-hari berfikir bagaimana mereka andai saya tiada? Hari-hari berfikir bagaimana keadaan saya, andai mereka pergi dulu meninggalkan saya? Bagaimana keadaannya bila emak dan ayah tiada? atau adik beradik dipanggil dahulu mengadap Ilahi?

Jawapannya adalah bertindak mempersiapkan diri dari sekarang.....

--------

Ayam masak singgang pedas...



Menu hari ni. Hirup kuahnya sedap betul. Kunyit hidup, lengkuas, serai, bunga kantan ramuan yang bagus untiuk rawatan dalaman badan. Masakannya sama macam masak lemak cili api ayam cuma yang ni tak bubuh santan.


Sunday 17 April 2016

Gulai lemak kuning ikan masin

Dah lama tak makan lauk-pauk kampung macam ni...



Minggu ni tekak nak makan yang tak berapa berminyak. Alhamdulillah rasa segar badan bila kurang consume minyak dalam makanan. Ikan bakar, ayam bakar, sayur air, tomyam sumenya tanpa minyak.

Hari ni hari pertama lubna masuk raudhoh. Bayar JD 60 untuk sebulan sekali dengan bas ambil dan hantar. Lubna dalam kelas KG1...


Bawa bekal karipap sardin tiga biji dan air masak untuknya. Waktu datang jenguk tadi tengah makan karipap. Lubna macam tak kisah pun ummi takde sebelah dia hihik. Hari-hari sebut nak gi sekolah, nak naik bas. Haaa hari ni ummi dan walid dah realisasikan impian lubna. Balik sekolah nanti konpem berabuk cakap b.arab dengan ummi dan walid. Kihkoh. Raudhoh ni dekat je dengan rumah. Kira area belakang syaqqoh kami. Senanglah kalau ada apa-apa cepat je boleh sampai.

Ok, nk tunggu lubna pulak sampai umah. Tugas walid sambut lubna nanti. Berlari-lari walid ke pintu tiap kali bunyi macam bas. Kih2.


Saturday 16 April 2016

Sayur lemak putih

Hari ni masak sayur lemak putih. Bakar ikan sikit dan masuk sekali dalam kuah style terengganu...


Roti nan semalam suami buat. Sedap betul makan dengan sambal bilis atau kuah dal...


Baru ni ke jumruk Amman untuk tajdid rukhsoh sayyaroh. Dalam JD 32.50 kos renew kali ini. Valid tuk dua bulan sampai jun sahaja memandangkan insurans saya habis pada jun juga. Kena siap siaga duit lagi sebab kos insuran sini agak mahal. 

Dalam perjalanan bertolak jam 8.05 pagi jalan agak lengganh arab dah masuk ofis...


Cuaca nampak panas tapi masih sejuk sesekali angin tiup meremang bulu roma kesejukan...


Suka dengan cuaca rabi'. Rasa sejuk yang sedap. Pasti rindukan suasana ini tatkala di Malaysia nanti.

Selsema sejak semalam. Sakit kepala juga sebab selsema. Cuaca sejuk dalam rumah sebab cahaya mentari tak berapa masuk. Minggu ni banyak hal kena buat. Hantar lubna ke raudhoh, jumpa musyrif, beli barang dapur, ajar adik-adik markaz lughah nasi mansaf, usrah di sweileh, kelas b.arab sabtu nanti. Padat pulak akitivit. Semuanya berebut sebelum pulang ke Malaysia untuk kutip data nanti.

Risau kalau elaun sara hidup masuk lambat. Sewa rumah perlu dibayar sebelum pulang bebepapa bulan. Kalau boleh tak mahu kacau duit gaji. Harap dapatlah lebih awal inshaAllah. Julai ini ada kenaikan gaji lagi berdasarkan janji kerajaan pada bajet lepas kenaikan gaji dua kali tahun ini. Dalam hati rasa manis. Cuma gusar dengan elaun di sini dan beberapa perkara. Istighfar.

Santai tesis di rumah k.yah

Alhamdulillah dapat banyak info dari u.yusof berkenaan tesis. Pengalaman dan cabaran yang beliau hadapi sedikit sebanyak memberi manfaat pada diri untuk muhasabah agar tidak lena dan hanyut. Terima kasih tuan rumah k.yah & u.yusri atas jemputan dan makanan...




Saya bawa colek kelate dari rumah. Makanan feveret suami ketika bulan puasa.


Tuan rumah jamu nasi putih, tomyam, ayam goreng berempah, ulam, sambal belacan dan budu serta karipap. Sedap sungguh makan ramai-ramai.

Wednesday 13 April 2016

الحمدلله ثم الحمدلله

Semalam telah menyelesaikan beberapa perkara di jamiah. Jumpa Dr. Abdul Latif di qism lughoh arabiyyah untuk mendapatkan kertas adawat yang mohon disemak. Rupanya doktor tak tengok pun lagi. Jadi kena beberapa minit duduk mengadapnya menjawab soalan-soalan berkaitan sebelum doktor setuju dengan adawat yang saya nak gunakan nanti.

Siap di situ saya menuju ke ofis Dr.Kilani musyrif saya untuk mendapatkan draf yang saya hantar dua minggu lepas. Memang saya catat dan ingat bila saya hantar. Bawah setiap draf saya akan catat tarikhnya.

Terakhir sekali ke ofis qism manahij wa tadris untuk mendapatkan surat kebenaran WISE bagi memudahkan saya memohon kebenaran menjalankan kajian di Malaysia nanti. Walhal saya sudah pun memohon kebenaran dgn UniSZA dan PPI lebih awal menggunakan surat pengesahan tajuk dan lantikan musyrif sahaja. Kih3.

Kemudian naik pula ke bahagian atas jamiah di atas bukit untuk ke bahagian muhasabah untuk memohon isbat tolib dan membuat bayaran sebanyak JD1 sebelum boleh ke qabul wa tasjil untuk mendapatkannya. Sampai di qism muhasabah dalam jam 2 petang dan staf sana kata pejabat dah tutup! mohon datang esok pula. Cisss...paham pahamlah sendiri apa perasaannya.

Jadi hari ni dalam jam 10.30 pagi ke qism muhasabah semula dan ke qabul wa tasjil yang terletak bersebelahan bangunan untuk mendapatkan isbat tolib. Tujuan ambil isbat tolib untuk renew lesen kereta yang telah tamat isnin lepas. Tiap sem mesti kena tajdid rukhson kereta sebab ia hanya ditajdid by semester. Panjang betul citernya. Huhuhu. Esok cerita lain pula di jumruk Amman. Harap Allah mudahkan juga urusan esok pagi inshaAllah.

Semua ini tidaklah Allah permudahkan melainkan dengan bantuan dari suami yang setia menemani dan memandu ke sana sini. Setia menunggu dalam kereta sebab isterinya ni penakut nak bawa kereta kat sini. Isk3. Time kasih dan lubna. I looovve you walapun kadang-kadang suka marah abang. Huhuhu.

Surat mohon permudahkan pelaksanaan kajian saya dari WISE uni untuk kegunaan di Malaysia nanti. Pak cik mak cik abang kakak UniSZA kalau tak faham b.arab tu buat-buat faham jelah ye. Kat sini surat takde yang dalam b.inggeris. Kehkoh...


Oklah ni dapat yang bertaip kalau pegi di sesetengah pejabat kerajaan suratnya bertulisan tangan lagi dengan khat yang masyaAllah memang cantik kih32. Pernah saya letak surat tersebut tahun lepas untuk urusan pembelian kereta di blog ini.

Selesai di jamiah singgah di raudhoh belakang rumah. Hajat nak masukkan lubna ke sekolah. Bincang dengan guru besar raudhoh. Tanya tentang rusum dan sebagainya. Ahad ini inshaAllah akan tasjil lubna dan stat masuk raudhoh. Ya Allah jagalah lubna dari sebarang kekerasan dan perkara tak elok sepanjang di raudhoh nanti. Risau ummi. Dengar kanak-kanak arab jerit-jerit waktu main tu pun ummi dah gerun. Kheir inshaAllah. Sebulan sahaja sebelum pulang ke Malaysia sekejap. Harap banyak manfaat untuk lubna inshaAllah.

Bubur caca pisang campur-campur...


Perancangan saya untuk bulan ini:

-Masukkan lubna ke raudhoh.
-Kelas bahasa Arab dengan Hiba.
-Kelas masakan Nihad.

Kita merancang Allah yang tentukan. Semoga yang terbaik untuk kita smeua inshaAllah.

Ok, mahu membuat kerja-kerja. Sambung nanti. وداعا

Monday 11 April 2016

Tulisan Pak Suzardi cetus semangat

Suka baca tulisan suzardi di FB. Antaranya meminta kita berfikir seperti di atas. Boleh jadi benchmark untuk pencapaian kita dari sudut kewangan pada hari ini.

Simpanan 10% dari gaji (saya menyimpan lebih dari ini)
Duit untuk mak ayah (pernah stop sekejap skrg sambung semula)
Daftar haji (RM 1300 sahaja untuk daftar haji di TH)
Simpanan tabung haji mencapai RM10,000 ( selepas setahun bekerja sudah menyimpan angka ini)
Simpanan 7 bulan perbelanjaan (saya letakkan jumlah perbelanjaan menyamai jumlah gaji bulanan)

5 perkara yang perlu dilakukan sebelum boleh melabur ke tempat lain. Alhamdulillah sudah berjaya mencapai 5 soalan di atas ketika sebelum berumur 30 lagi. Sekarang nak masuk 32 tahun. Sudah membuat pelaburan di beberapa tempat juga. Kunci utama untuk berjaya dalam menyimpan dan memberi ialah berJIMAT! Jangan boros dan jangan boros. Full stop. Tak payah nak minta tips lain kalau sendiri tak mahu berjimat. Hasil berjimat cermat dan menyimpan akan dapat dilihat beberapa tahun seterusnya. Dan sekarang saya menikmati pulangannya setelah 6 tahun dalam perkhidmatan.

Sekarang saya cuba merancang kewangan suami dan anak pula. Saya risaukan mereka andai saya tiada lagi. :(

Juga merancang untuk mencukupkan jumlah simpanan tunai mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun depan inshaAllah. Caranya ialah berJIMAT dan perlu ada pendapatan tetap samada melalui makan gaji atau bisnes sendiri. Kalau ada side income juga lebih baik. Seperkara lagi perlu menyimpan di tempat yang boleh menggandakan wang sebagai contoh Tabung Haji. Saya sudah menikmati hampir RM 8000 dari bonus TH sahaja sejak menyimpan di sini selama 6 tahun. Yang lagi banyak menyimpan lagilah tinggi kadar bonusnya. Bertindak dari sekarang. Niat pergi haji dan saving. Belum pernah simpan di ASB sebab ada syubhah tempat dilaburkan. Suami pun tak bagi simpan di ASB.

Minggu lepas mendapat duit buku Mursyid dari fauzi berjumlah RM 548. Alhamdulillah, antara rezeki awal tahun ini. Tahun depan tidak tahu pulak bagaimana.  Perlu lebih istiqomah bersedeqah inshaAllah. Waktu sekolah dulu mana pernah terfikir semudah ini Allah nak bagi rezeki. Alhamdulillah. Saya doakan rezeki yang luas untuk rakan-rakan pembaca juga inshAllah. Doakan untuk saya dan keluarga juga.

Nasi biryani kambing

رز برياني بلحم الخاروف



Resepinya nanti tepek kemudian.

Esok nak ke jamiah ambil isthbat tolib dan mungkin ke jumruk amman untuk tajdid rukhsoh sayyarah yang tamat hari ni.

Tak tau kenapa padahal banyak pekara nak citer kat sini tapi bila buka blog hanya dapat citer sikit-sikit saje. Sekarang rasa kasihan pada lubna hari-hari sebut nak pegi sekolah. Serba salah sebab tak ajar lagi dia lepaskan pampers. Nak masuk raudhah sepatutnya sudah pandai ke tandas sendiri tapi lubna belum lepas lagi. Bantulah kami ya Allah mendidik lubna dengan sebaiknya. Kasihan anak ummi. 

Sunday 10 April 2016

BBQ di sutuh syaqqoh fatihah

Seronok!  Itu saja yang boleh saya gambarkan...nasi air k.yah, kari ayam tihah, ayam bbq, karipap sardin...


Mendengar kalam taujihi dari u.yusof yang baru sahaja menyelesaikan vivanya minggu lepas. Alf mubarak buat beliau...


Saya tolong tihah perapkan ayam malam sebelumnya sehingga jam 1 pagi, alhamdulillah sedap juga ayamnya kihkoh. Puji diri sendiri. Dan buat karipap sardin serta dibantu adik-adik...


Kaum lelaki membakar segala apa yang patut dibantu beberapa adik-adik ijazah terpilih...


Perjalanan menuju ke sweileh yang mendung...


Program bersama adik-adik ijazah baru ni...



Berbolok-bolok jugak saya cakap. Tambah dengan laju sebab nak kejar masa. No more dah lepas ni. Semalam ada adik-adik minta jadi panel untuk forum. Cepat je saya geleng kepala sambil minta maaf. Tak taulah, saya kurang suka bercakap di khalayak ramai. Lebih suka cakap personal atau dalam group yang kecil. Masuk debat dulu pun sebab nak improve b.arab itu pun dah rasa semput lelah terpaksa berdepan beratus-ratus biji mata mungkin. Alhamdulillah atas setiap pengalaman dan cabaran. Sekurangnya telah berjaya menyahut cabaran terhadap sendiri.

Ok, rasa dah lama meninggalkan tesis...! Macam ni nak join program lain. Tak payahlah salwa.

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...