Sunday 26 February 2017

Jamuan umah fatihah

Jamuan yang tihah buat sempena meraikan sahabat yang akan pulang ke Malaysia. Katanya sempena meraikan saya yang akan menyusul pulang mac nanti juga inshaAllah kui2...timo kasih tihah atas makanan yang sedap...



Ni citer semalam ajak adik-adik wise dalam 6 orang makan tengahari. Ajak nan dan suaminya sekali yang tak dapat datang minggu lepas sebab pergi umrah...


Pagi tadi cek doktor lagi. Kandungan sudah cecah 38 minggu. Kepala baby semakin menurun tapi masih tinggi. Tekanan darah naik pulak 125/80 huhu. Doktor suh pantau makanan bergaram kalau boleh jangan makan garam. Waaaaaa. Sekarang dah beberapa hari makan ubat kawal tekanan darah. Cuma semalam terlupa makan dan pagi tadi pegi klinik awal jadi memang tak makan lagi ubatnya.

Sepanjang hamil di Jordan ni ada beberapa makanan yang saya mengidam sangat nak makan:'( antaranya keropok lekor, lemang & rendang, kurma ayam ucu makan dgn nasi impit...ya Allah sedapnyee. Rasa nak menangis bila teringat-ingat. Padahal nak balik Malaysia tak lama dah pun. Teruk betul.

Monday 20 February 2017

Jemput makan

Sabtu lepas jempur rakan-rakan seangkatan menjamu tengahari di rumah bersama keluarga masing-masing...




Lauk-pauk campur...


Tunggu walid buat rawatan akar gigi di hospital Jordan dengan pelajar tahun lima kyang buat praktikal amali klinikal. Free of charge:)...



Hasil seni lubna...



Pagi tadi ke EMJ minta tasdiq terjemahan surat  nikah untuk kegunaan tasjil mawlud nanti. Capek  bila makin sarat ni. Kandungan dah nak masuk minggu 38. Mengah-mengah.

Pagi esok ada murajaah di klinik. Rabu pegi EMJ semula ambil dokumen tadi. Nanti nak telefon KPT tanya pasal yuran dah bayar ke belum. Emel langsung dah tak dibalas. Apa kena dengan manusia-manusia yang makan gaji tapi takde dedikasi? 

Lepas tu nak telefon unit latihan cuti panjang UniSZA pun ada emel yang belum berbalas.

Baik KPT mahu pun UniSZA time suh abiskan phd tu berkobar-kobar antar emel peringatan sana sinun. Bila kita dah habis tanya urusan2 yang berkenaan liat mahu dibalas emel. Bila kita belum habis belajar sibuklah bertanya konon2 cakna, bila kita dah abis dengan jayanya senyap jah macam takde ape-ape. Bertanya pun sebab nak mengecam. Hipokrit.

Friday 17 February 2017

Dah pertengahan shahr febroyir...

Makan minum, makan minum pejam celik pejam celik dah masuk bulan dua 2017. Cepatnya masa berlalu. Masuk bulan enam umur genap 33 tahun. Rasa tua dan tubuh pun makin menua. Nafsu saje belum tua-tua.

Kalau dihitung-hitung lagi tiga minggu tarikh due date. Perut makin maju ke depan. Baby pulak semakin mengeras dan sejak semalam kurang aktif bergerak. Berdoa sentiasa dapat bersalin normal dan diringankan rasa sakit bersalin dan selepasnya. Rasa ngeri bila terkenang kesakitan bersalinkan lubna dulu. Fobia sampai dua tahun huhu.

Kali ini baby lelaki tak tahu pula apa ujian dan fasa kesakitannya. Semasa kelahiran dan selepas kelahiran sering menghantui perasaaan. Sebab itu kalau boleh nak selesaikan semua perkara sebelum bersalin. 

Urusan kargo barang banyak dah selesai tapi masih ada barang-barang perlu dikargo. Urusan kereta tadi baru bercakap dengan saudara Yasin harap dia boleh bantu kami jual atau tinggalkan kereta tanpa sebarang bayaran. Hmmm risau pulak pasal kereta ni. Risau kena bayar banyak beribu-ribu semestinya. Urusan di jamiah pula perlu ke alaqot ammah hantar iqomah dan idarah maliyah serta mendapatkan sijil senat di qabul wa tasjil seminggu sebelum balik Malaysia dalam keadaan masih dalam pantang. Urusan bersalin lagi huhu. Selepas bersalin perlu daftar kelahiran, ke kedutaan dapatkan passport kecemasan untuk baby nanti untuk menempah tiket pulang. 

Kadang bila citer dengan orang takde yang faham rasa stress yang dirasa. Sebab itu jarang nak citer dengan orang lain. Dia kena rasa sendiri baru tahu. Bila kita tak pernah rasa ujian-ujian yang orang lain rasa maknanya kita kena muhasabah diri yang kita mungkin tak mampu buat atau lebih teruk kalau ditimpa ujian yang sama.

Kadang tengok orang diuji dengan kehilangan anak sebagai contoh, ada yang mencebik tengok orang tu bersedih macam hilang akal dan iman. Padahal kita patut malu Allah tak uji lagi kita macam tu sebab Allah tahu kita lemah dan kalau diuji macam tu entah-entah kita lebih teruk keadaannya. 

Selagi kita hidup selagi tu kita takkan sunyi dari ujian. Ujian yang paling saya takut ialah ujan kehilangan mak abah, suami, anak dan ahli keluarga tersayang. Ujian sakit yang teruk. Ya Allah ringankanlah setiap ujian yang Kauberikan. 

Tuesday 14 February 2017

Rezeki awal tahun

Bonus gaji
Kenaikan gaji tahunan
Bonus TH 
Untung jualan buku Muin & Mursyid

Dapat duit kena beringat menyimpan. Misi saya nak cukupkan simpanan cash enam angka dalam masa tiga tahun dari sekarang inshaAllah. Biar nampak miskin guna barang takde jenama tapi simpanan kita cukup untuk hari mendatang dan hati sentiasa tenang tidak gundah. Itu yang saya pegang dari mula pegang duit sendiri. Saya boleh memberi dan bersedeqah bila saja saya mahu tanpa siapa punt tahu. Boleh berbelanja untuk sesuatu yang mahal bila saja rasa tiba-tiba teringin sangat.

Bila gaji sikit simpan cara sikit, bila gaji banyak simpan cara banyak. Jangan cari alasan untuk tidak menyimpan. Ada orang dapat duit seciput beli itu ini tak sempat menyimpan. Orang yang gaji 7-8 ribu pun takut nak boros belanja macam-macam. Ukur baju pada badan sendiri. Jangan ukur pada nafsu yang besar tak pernah surut. Biarlah orang tengok macam miskin tak setaraf dengan pekerjaan gaji beribu, rumah biasa, kereta biasa, baju biasa ulang pakai yang sama saban minggu. Ingat tu salwa.

Cerita minggu lepas. Progam dinner AGM PPMA di Sweileh minggu lepas makan nasi minyak yang sedappp...


K.yah, maisraha dan tihah yang turut hadir...


Kebetulan nak sangat makan nasi minyak ya Allah jannah betul rasa. Hihi.



Wednesday 8 February 2017

Gula dikesan & tekanan darah naik

Sekarang sedang menunggu di iyadah dr.widad untuk check up tekanan darah dan bagi natijah fahsu sukkar semalam. Ini sume gara-gara natijah lab minggu lepas trace gula dalam darah dan sel darah merah yang tinggi.

Bila dipiki-piki bulan satu lepas hingga hari ini tak habis menyelesaikan urusan pelbagai. Hari-hari kepenatan. Dua hari lepas baru sudah kargo 10 kotak barang-barang.


Rebusan ayam bersama kunyit hidup, lada hitam, halia, serai yang ditumbuk...


Ikan seabream bakar lumur bawang putih, bawang merah, kunyit, serbuk ketumbar, buah keras dan garam dan sup sayur campur...


Macam-macam gaya dan fesyen anak ummi...


Kena jaga makan dah sekarang macam dalam pantang. Takut gula naik semula dan tekanan darah naik.

---------

Dr. Khitam saja yang ada hari ni. Setakat tahlil natijah sukkar alhamdulillah tobi'e kata doktorah. Tengok catatan tekanan darah dua hari lepas 120/80 doktorah kata ok tobi'e tapi kena kurangkan garam dalam makanan. Lagi dua minggu murajaah semula memandangkan usia kandungan dah mencecah 36 minggu. Tak dikenakan bayaran tadi. Consult pun secara berdiri saje kihkoh. Alhamdulillah. Nak jaga makan betul-betul dan banyakkan berehat. Sebulan lebih berpenat-penatan dengan membawa perut yang makin sarat. 

--------- 

Hari ni rasa lebih segar tambah result darah jayyid alhamdulillah. Jadi sambung mengemas bilik tengah pula buang segala macam kertas sepanjang menulis tesis dan kelas dulu. Walau rasa sayang tapi tak mungkin nak bawa balik Malaysia. Sampai di Malaysia pun tak tahu mahu letak di mana. Biar saja jadi kenangan yang segar dalam ingatan inshaAllah PhD Jordan 2013-2017 dalam kenangan.

Serabai je masak tapi mujur mood memasak masih ada...


Perkara yang paling bahagia antaranya bila suami dan anak makan habis apa yang saya masak. Tambah lagi kalau kena puji sedapnyeee ummi masak, kata lubna. Hihi. Ummi tak sabar nak bekalkan lubna makanan ke universiti nanti makan di asrama dengan kawan-kawan macam yang nenek dulu selalu buat tiap kali ummi nak balik ke universiti semula selepas cuti semester. Ummmi harap masak ummi semakin mantap dan sedap.

Monday 6 February 2017

Bonus TH 2017

Alhamdulillah walaupun peratus dividen dan bonus tabung haji lebih rendah dari tahun lepas sekurangnya dapatlah juga menambah sumber kewangan.

4.25% + 1.5% untuk tahun kewangan 2016.

Jumlah dividen dan bonus dapatlah dalam empat angka lebih kurang macam tahun lepas juga. Alhamdulillah. 

Pagi tadi pergi balad cari abaya dan lain-lain. Balik dari balad singgah mat'am jud wa juri beli masyawi musyakkal, ya salam. Jd 6.25 untuk setengah kilo masyawi. Ada syuqof, kabbab dan syish towuq...


Sedap sangat makan dengan roti. Ini gara-gara lepas makan masyawi dgn u.yusri dan k.yah sampai teringat-ingat terbayang-bayang depan mata. Hihi.


Rasa dalam pantang nanti minta suami beli ini saje makan dengan nasi panas dan sambal tumbuk campuran halia, kunyit hidup, bilis dan lada hitam yang digoreng tanpa minyak.

Ini kuew teow buatan sendiri kasar-kasar sebab xde alat gelek sampai nipis huhu...


Oklah penat sangat. Pagi esok jumpa doktor widad dan petang lori akan datang angkut barang-barang untuk kargo kapal. Sekotak dalam JD 18 dapat diskaun asalnya JD 20. 


Thursday 2 February 2017

نهاية الأشهر في الأردن

Sebab dah decide nak merasa khibroh wiladah di sini maka kami mendapatkan sebuah katil single percuma dari rakan yang sudah pulang ke Malaysia for good. Syukran abang tolong angkut dan pasang katil ni hehe. Bilik setinggan kami...


Dah dua hari makan pisang goreng bersalut susua manis dan keju ya Allah jannah! Petang lagi suami nak buat lagi...


Dua hari lepas pegi mukhtabar untuk fahsu damm dan bul. Selasa depan bawa result ke klinik dr.widad inshaAllah, jd 15 sekali kna bayar. Kandungan dah masuk 35 minggu hari ini alhamdulillah. Malam-malam dah tak selesa untuk tidur. Kejap ke kanan kejap ke kiri. Sedih dan penat. Moga Allah ganjari kesabaran ini dengan pahala di sisiNya.






Setiap hari tak pernah miss memasak. Hajat nak habiskan stok yang ada sebelum pulang for good. Sejak beberapa hari sibuk mengemas rumah dan mengumpul barang untuuk dikargo selasa ini. Capek    lil ghoyah. Dengan perut sarat terasa semput semakin ketara. Tiap kali kemas tiap kali tu selang-seli dengan berehat. Rumah tak payah cakaplah macam tongkang pecah lagi-lagi dapur tu kihkoh.

Usbu' jayy lagi macam-macam urusan. Pergi kedutaan amik cop, mesej orang kereta, muraja'ah kehamilan, telefon kpt tanya bila nak bayar yuran fasol, siap dokumen bersalin dan apa tah lagi tak ingat dah. 

Yang pasti nak settle banyak perkara sebelum masuk bulan tiga ni.

ربي يسر لنا أمورنا

Mengiringi kawan pulang ke Malaysia

Di mator queen Alia. K.nafisah zaujah u.kadir kiri sekali...


Gambar dengan k.shila xde dalam simpanan.

Balik dari mator singgah di mat'am turki. U.yusri belanja makan kabab, dajaj turkiyy dan syuqof...


Alhamdulillah sedap sangat tambah lagi orang belanja hik3...


Adik-adik ijazah WISE uni ziarah pagi tadi, jamu mihun goreng dan pizza...


Penat 34 minggu 3 hari. Sarat.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...