Wednesday 8 February 2017

Gula dikesan & tekanan darah naik

Sekarang sedang menunggu di iyadah dr.widad untuk check up tekanan darah dan bagi natijah fahsu sukkar semalam. Ini sume gara-gara natijah lab minggu lepas trace gula dalam darah dan sel darah merah yang tinggi.

Bila dipiki-piki bulan satu lepas hingga hari ini tak habis menyelesaikan urusan pelbagai. Hari-hari kepenatan. Dua hari lepas baru sudah kargo 10 kotak barang-barang.


Rebusan ayam bersama kunyit hidup, lada hitam, halia, serai yang ditumbuk...


Ikan seabream bakar lumur bawang putih, bawang merah, kunyit, serbuk ketumbar, buah keras dan garam dan sup sayur campur...


Macam-macam gaya dan fesyen anak ummi...


Kena jaga makan dah sekarang macam dalam pantang. Takut gula naik semula dan tekanan darah naik.

---------

Dr. Khitam saja yang ada hari ni. Setakat tahlil natijah sukkar alhamdulillah tobi'e kata doktorah. Tengok catatan tekanan darah dua hari lepas 120/80 doktorah kata ok tobi'e tapi kena kurangkan garam dalam makanan. Lagi dua minggu murajaah semula memandangkan usia kandungan dah mencecah 36 minggu. Tak dikenakan bayaran tadi. Consult pun secara berdiri saje kihkoh. Alhamdulillah. Nak jaga makan betul-betul dan banyakkan berehat. Sebulan lebih berpenat-penatan dengan membawa perut yang makin sarat. 

--------- 

Hari ni rasa lebih segar tambah result darah jayyid alhamdulillah. Jadi sambung mengemas bilik tengah pula buang segala macam kertas sepanjang menulis tesis dan kelas dulu. Walau rasa sayang tapi tak mungkin nak bawa balik Malaysia. Sampai di Malaysia pun tak tahu mahu letak di mana. Biar saja jadi kenangan yang segar dalam ingatan inshaAllah PhD Jordan 2013-2017 dalam kenangan.

Serabai je masak tapi mujur mood memasak masih ada...


Perkara yang paling bahagia antaranya bila suami dan anak makan habis apa yang saya masak. Tambah lagi kalau kena puji sedapnyeee ummi masak, kata lubna. Hihi. Ummi tak sabar nak bekalkan lubna makanan ke universiti nanti makan di asrama dengan kawan-kawan macam yang nenek dulu selalu buat tiap kali ummi nak balik ke universiti semula selepas cuti semester. Ummmi harap masak ummi semakin mantap dan sedap.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...