Tuesday 31 January 2023

Petrosains KLCC... Terengganu - Seremban - Melaka - KL - Terengganu..

Tujuan utama...petrosains KLCC..


Perjalanan Sabtu pagi ke Melaka dari Seremban. Bertolak dalam jam 9am lepas sarapan. Bergambar kenangan dgn makcik2 dan pakcik sebelum bertolak...

Sampai Melaka dalam jam 11am lebih. Terus ke rumah adik di Alor Gajah..rumah baru pindah xsampai setahun duduk...

Dua malam di Melaka. Merata riti berjalan. Seronoknya tengok bandar Melaka. Dah macam bandar KL.

Singgah di restoran Sultan salai sebelum ke rumah adik. Bungkus daging salai berlemak, keli salai lemak kuning dan siput sedut. Sedap tapi tak berapa pedas bagi saya. 

Taman rama-rama Melaka. Dewasa RM27, kanak2 RM22 (3-12)..
Macam2 ada. Kerusi pun ada banyak bila penat berjalan boleh duduk.



Ada buaya, ular eh macam2 ada walaupun nama taman rama-rama. Ada rumah coklat jg boleh beli coklatnya sedap juga.

Ini pula di Afamosa oulet..banyak baju berjenama je..xmenarik sgt..tp bangunannya cantik


Beli beg kraf di sini dan bekas tisu. Oklah ada tanda kenangan.

Singgah di Masjid Selat Melaka solat Maghrib di sini...

Restoran parameswara, Umbai Melaka...popular tempat ni kata adik...lebih kurang 40 minit dr rumah adik..

Order ini...tiga rasa kurang sedap sosnya..yang lain memang sedap..
Boleh request masak asam pedas melaka juga. Semua sekali RM240..fevret saya asam pedas..

Cafe Markisa..zombi platter RM65..steaknya memang sedap..

Suasana sekitar cafe..

Petrosains KLCC. Sebab utama ke pantai barat...



Ada jambatan gantung di bawahnya ada dinasour. Menarik!

Dewasa RM16.50. kanak2 RM6.50. Beli melalui traveloka online.

Parking di bahagian bawah KLCC RM5/jam. Dalam 3 jam lebih juga kami duduk dalam ni.

Ikea Cheras...parking RM1/jam..lamb shank RM42..


Sedap! RM22..ayam separuh...

Puas hati. Kali kedua pegi ke ikea cheras..besar dan lawas berbanding ikea Damansara. Makan aiskrim pulak sebelum balik. Saya dan adik berpisah di sini. Saya ke teluk panglima garang rumah sepupu suami dan bermalam di sana. Adik sekeluarga balik ke Melaka semula..

Friday 27 January 2023

Cuti2 Malaysia

Seremban - Melaka - KL

Kuala Pilah.

Sampai dah di rumah makcik di Seremban..rumah atok saya suatu ketika dulu..makcik renovate tapi belum sempat atuk duduk dijemput Ilahi kerana sakit tua di hospital..sedih..

Kawasan kedai yang berwajah baru..


Eh ni gambar kenduri di rumah kti🤣... sedapnyee 

Thursday 19 January 2023

Teman suami ke Kelantan

Selasa baru ni ke kalate balik hari. Saya amik cuti. Tujuan teman suami ke Kelantan untuk urusan penamaan tanah pusaka.

Lubna periksa jadi minta tumpang balik dengan kawannya sumayyah.

Bertolak jam 8.30 daj sampai jam 11.30 gitu. Beli nasi sumatera.

12.30 sampai di depan jabatan galian dan tanah negeri kelantan. 

Ingat selesai cepat.  Menunggu sehingga jam 3.30 baru dipanggil masuk suami dan adik beradiknya.

Terukan servis jabatan kerajaan. Zahir dan batin disumpah 😆.

Orang kerja kerajaan ramai mengeluh duit gaji tak cukup. Mungkin puncanya takde keberkatan dalam rezeki. Mengular lagi banyak dari buat kerja.

Makan pagi ini. Laksa johor pes adami...


Lepas ni nak buat karipap pula. Inti dan doh dah siap.

Baru ni beli tong gas yang ringan tu. Tukar dengan tong gas lama perlu bayar RM30 sahaja. Ringan mcm tong gas biasa yang kosong kata suami. Puas hati sunggu dia dapat beli. Dah bertahun ratib naknbeli😆.


Saturday 14 January 2023

Selenggara rumah..

Dah masuk tahun baru. Banyak peralatan di rumah perlukan maintanenca dan dibaiki. 

Antranya kipas dalam bilik utama yang bertahun perlahan...

Suami ke kedai dan dinasihatkan tukar motherboard terus. RM58 dan hasilnya alhamdulillah.

Lampu di dapur pun perlu ditukar..dinding juga masih dalam proses mengecat. Terima kasih abang bantu buat kerja2 tough ni. Saya ni semangatnya tinggi tp kadang lelah juga.


Macam masuk rumah baru pulak.

Sebelum Ramadhan InshaAllah settle mana boleh.


Di rumah kakak minggu lepas. Tidur semalam anak2 nak main dengan sepupu...

Kerja. Sebelum masuk ke dewan senat untuk mesyuarat semakan program BAS..

Anak teruna di pasti..hari2 kena marah dgn ummi walid..😂

Monday 2 January 2023

Nasi beriani..

Tulang dah naik harga RM30 sekilo.

Minta suami beli belakang unisza. 

Petang balik kerja saya dan suami masak nasi beriani.

Nasi arab al-nakhlah beli sabtu baru ni..sedulang campur RM60 + RM3 tax..hmm tax apa kebenda ye..rasanya 4/10...tak menepati rasa. Infatkan setelah sekian lama tak beli semakin improve rasa dan rupa tapi tidak rupanya...

Cuti krismas

Tak pergi ke mana cuti ni. Kesian juga ke anak2.

Nanti mnggu depan macam nak sewa hotel mandi kolam.

Hari ni ke rumah mak. Ada majlis kesyukuran di perumahan mak. Mak ajak makan sekali.

Nikmatnya gulai daging.

Beli kek untuk birthday adik bongsu...

Budak kecik ni yang tak sabar nak makan.

Beli di kek sedap kuala ibai. Sebiji RM30. Perisa kek span vanilla. Sedap juga.

Esok jamuan di rumah kti pula. Seronoknya makan gulai!

Hari ni saya uzur. Awal 3 hari dari bulan lepas. Patut bermain banyak perasaan minggu ni. Bad mood, moody semua ada.


AKS fakulti 2022

Kisah semalam sempena AKS FBK di hotel paya bungo. Meriah AKS kali ni dan makanan sedap2..berbaloi datang. Tahniah pada pengarah dan seluruh AJK...

Tak jangka. Isi form anugerah PdP dan akhirnya tercalon..

Alhamdulillah. Dapat voucher RM180.

Sekitar majlis..

Ambil cuti hari ni dan balik kelate tghari lepas selesai kelas dan bertolak ke kelate dari unisza. Tak mau ganti kelas.

Ikan bakar asam di kelate...
Bawa anak2 berlibur di aeon mall..

Ramai orang sebab cuti sekolah.

Hotel W cemerlang..kali ketiga duduk sini sebab rumah sepupu ada yang demam dan bilik penuh kena kuarantin diri..anak2 pulang mmg asalnya nak duduk hotel..

RM94 semalam. Kadang dapat bilik besar kadang bilik kecil. Kali ni dapat bilik yg besar alhamdulillah.





Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...