Wednesday 30 April 2014

Mat'am yamani pula..

Sebab muak nak mkn mskn sndiri jadi hari ni kami kluar mkn di sbuah mat'am yamani di bndr Tabarbour jg. Kami jln kaki je...






زربيان بلحم و رز برياني بربع دجاج.....ya salam, sgt sedap! JOD 7 semua skli..mmg sedap rempah2nya...berbaloi jln kaki dlm 2.5km...xsabar nk bawak ahli kluarga, rkn2 dtg merasa..ni masih teringat klazatannya. 




Nasi mansaf

Memperkenalkan nasi mansaf, makanan asal masyarakat Jordan. Dimakan dgn jameed sjenis susu kambing yg dijadikan sup dan kuah dimakan dgn nasi dan roti...






Tuesday 29 April 2014

Kuzi ayam...

Hari ni masak kuzi ayam. Bnyk sgt rempah2 bwk dr Msia xabis2 gn. Xlama lg nk balik bcuti di msia bawak plk stok baru xabis2 kui3.

Kuzi xcukup bhn. Xde kismis & gajus...kcg numcis tu sy minta suami kukuskan sj dlm microwave. Sng keja. Petang ni sy exam lg. alhamdulillah....




Mee hoon bandung. Ni mkn malam smlm...xtau nk msk ape, cmpk2 jd mee bandung...

Monday 28 April 2014

أدعو لسلامة أهلي كل يوم...

Duduk jauh macam ni hari2 risaukan keselamatan dan kesihatan ahli keluarga di Malaysia. Terkenang atok2 dan nenek yg sudah tua dan uzur. Risau sekiranya xberkesempatan berjumpa dgn mereka. 

Risaukan keselamatan mak ayah, adik beradik, anak2 sedara, sanak saudara. Setiap kali tahu diorg akan musafir sana sini dalam Malaysia sklipun akan terdetik rasa risau akan keselamatan perjalanan mereka. Ya Allah, sejahterakanlah mereka di mana shj mereka berada.



Dah penghujung April...:)



Nasi lemak sambal ikan tongkol. Ni baki ikan tongkol yg kami beli awal bln di city mall. Dh lm tcongok dlm freezer, baik masak ssuatu.

Sunday 27 April 2014

Penat! Kelas batal! Imtihan batal...

Sebelum sampai pintu depan WISE uni, jln jam teruk, sy pun minta teksi spy turunkan sy di jalan blawanan. Teksi buat pusingan uturn . Jem yg sgt2. Turun teksi. Jalan sikit utk naik jejantas. Dari jauh nampak Mahmud rakan sekelas.

Eh, dia nak gi mn? Xkan nk lintas jalan sdgkn jejantas depan mata ada. Getus hati. Gitu gini mahmud pun nmpk sy. Ma fi muhadharoh...kata mahmud. Terkejut sy dgr dlm kebisingan kenderaan2 depan uni. Wallah? Ma fi imtihan? Tanya sy smula. Sy ingat mahmud bt lawak @ saje nk main2. Ai wallah, jawab mahmud smula.

Hmmm...rs penat yg amat. Sudahlah panas. Kepala pula dh tepu mbaca tp xdpt diluahkan hari ni. Klu tahu baik baca utk imtihan selasa ni pula. Sy mik kputusan jln kaki je smpi ke trafik light tabarbour, fuh, penat rupanya. Dlm 3 km utk smpi ke trafik light. Cuaca panas dan jln pula mbukit. Semput. Keta plk laju. Tahulah mcm mn Arab bw keta. Dlm hati bdoa jgnlah ada yg langgar dr blkg. Nauzubillah.

Sampai trafik light tabarbour, sy singgah daramegh. Hi3. Beli baju baby & alas2 meja utk bwk blik msia. Xpdn dgn penat tu. Nafsu besar. Turun bawah mall, singgah carrefour pula. Nafsu yg diturutkan. Beli itu ini tp xbnyk takut berat nnt klu kn balik jln kaki lg 2km plk nk smpi umah. Turun naik bukit. Mujur ada teksi time nk balik dari carrefour. Lega.

Sampai umah, citer kt suami pe yg blaku pastu tolong dia bt pizza...utk mkn malam. Pdhl td baru je mkn cucur...


Nasi lemak & imtihan nisfiy

Nasi lemak tanpa santan, sambal sardin ikan makerel bt sendiri...sarapan pagi kami awal hari ni dlm kul 9 lebih gitu. Biasa kul 11 baru nk mkn berat skli dgn mkn tghari. Kui2...



Petang ni ada midterm exam. Baru nk bersiap ke jamiah. Doakan.

Makan cucur dgn kopok sbl keluar berjihad. Air tangan suami...



Saturday 26 April 2014

Majlis aqiqah anak u.yusof

Hari ni kami memenuhi jemputan majlis aqiqah u.yusof (student phd hadith) dan isteri yanti di sweileh. Makan daging kambing & nasi arab...


2 dulang utk muslimat, 2 dulang nasi utk muslimin, ayam & daging. Memang banyak!

K.husna (phd tafsir) & anaknya...edaya (ijazah) tudung pink...


Belah kiri k.su ( isteri u.akramin), hamidah tudung ungu duduk (anak allahyarham u.harun taib)...


Sempat mik gambar di bhgian muslimat saje. Bilik2 penuh jd tmpt makan tetamu smpi ke master bedroom. Kui3. Mcm tulah kehidupan kami student2 di perantauan. Sekali-sekala majlis mcm ni bila ramai2 xkisah dah privasi dlm umah. Yg penting kami boleh bkumpul & berborak slps bhari2 masing2 terperap dlm umah, keluar pun pegi kelas & beli barang.

Nanti giliran umah sy plk bila2. Kn beli mocket utk ruang tamu depan yg besar tu. Smlm suami dah siap basuh lantainya. Mgkn minggu satu lagi kluar beli mocket, inshaAllah. Nak cari carpet yg cantik juga klu ada yg murah. Cepatlah abis exam selasa ni. Xsabar nk gi beli-belah.

Yang bawah ni pizza sarapan kami pagi tadi..pizza tuna & pizza mortadella...




Friday 25 April 2014

Faedah menulis...

Sedang membaca perbezaan akal manusia & haiwan ialah kemampuan manusia utk mengingati semula kejadian lepas. Ditambah lagi kemampuan manusia menulis kembali pengalaman2 yg telah dillalui dgn tujuan rujukan utk diri sendiri & akan datang. Manfaat yg manusia lain akn perolehi dr tulisannya juga lebih besar kesannya.

Umpama menulis blog ni, bila kita tulis sgala pengalaman yg kita lalui, kita baca semula, kita akan mjadi lebih matang utk tulisan & tindakan kita pd masa akn datang. Kita memberi pembaca lain gambaran & pengalaman baru serta masing2 belajar dari kisah dan cerita org lain.

Begitulah budaya Islam dahulu berkembang. Mereka menulis segala ilmu, dan manusia yg hidup selepasnya menjadikan tulisan & ilmu itu sbgi rujukan pg zaman mereka pula. Bila mana aktiviti menulis itu terhenti, maka manusia pd zmn seterusnya akn muka mencedok pengetahuan dari luar yg mgkn menyalahi Islam, dan mengangkatnya sebagai karya yg agung.


Saya ada terbaca, kesilapan besar ulama' pd zaman sebelum kejatuhan empayar Islam ialah mereka enggan menerima segala ilmu2 moden kerana disangkakan menyalahi syariah Islam. Akhirnya kerajaan Islam jatuh, org Islam tidak berkembang. Sedangkan ilmu Islam syaratnya hendaklah bersifat syumul iaitu meliputi segala ilmu2 syariah & ilmu2 terkini mengikut peredaran zaman. Sekiranya memfokuskan pada satu jenis ilmu iaitu syariah maka ia bukanlan sifat ilmu yg sebenar dlm Islam. Islam adalah keseimbangan antara ilmu2 akhirat & dunia.

Rujukan kitab:

عبد الله، عبد الرحمن صالح (١٩٨٦). المنهاج الدراسي أسسه وصلته بالنظرية التربوية الإسلامية، مركز ملك فيصل للبحوث والدراسات الإسلامية.

Nasi impit 'ambeng' & tajeen ayam



Makan tenghari ni sy bt style mcm smlm juga. Buat mer goreng gn spagetti. Tambah ayam goreng sikit. Telur mata. Sambal kosong. Timun. Yg lain sume baki dari mkn smlm. Memanglah sgt sedap. Banyak pulak tu masak mee. Hmmm. Lps ni kn sukat masak.

Malam ni kami mkn tajeen ayam. Suami nk makan mcm yg kami prnh beli kat mat'am dar darak. Cari resepi dlm tnet, jumpalah bberapa yg bkenan. Jd masak dlm pressure cooker 25 minit. Lembut ayam & sayur2...


Nasi masak scawan dptlah sepinggan. Tajeen chicken...





Thursday 24 April 2014

Lontong kering...konon2

Sedap tau wlu pun nmpk mcm tah apa2 lauk pauk ni. Sbnrnya pagi tadi kawan dr sweileh dtg nk baiki laptop dgn suami. Jd kami pun jamu rendang ayam, pulut kuning & nasi impit. Kebetulan ada lebihan, saya pun olah bt lontong kering tuk mkn ptg. Hasil jenguk2 blog2 resepi.

Sy tambah kobis goreng kicap, telur mata, sambal udang kering & suami bt sambal kelapa. Mee goreng tu baki sarapan pagi tadi. Masuk sekali dlm menu lontong kering ni.



Sedap sgt2! Cubalah nnt. Boleh pelbagaikan lauk. Tambah rendang ayam @ daging.

Mood baca sy turun naik. Hari ni tgh baca hanyut piki benda lain. Ahad ni exam dah. Permudahkanlah ya Allah.

Wednesday 23 April 2014

Dapat lesen keta Jordan

Lega rasa lepas bsusah payah bt urusan utk dptkan lesen keta. Hari ni selesai. Panjang citer nak boleh ke dapat lesen ni. Dah siap cop sana sini, sampai di kaunter kena balik semula sbb nama pada kad iqamah xlengkap. Esoknye pegi balai polis tukar nama di sana, pastu amik surat pengesahan pelajar baru. Esoknya lagi pegi semula ke Idarah taswiq (mcm JPJ kat msia). Jumpa pegawai itu ini. Buat urusan apa yg patut.

Gitu gini, bayar dlm JOD 203 (RM938) tanpa sebarang test bertulis dan amali, sy dapatlah kad ni:)..Rasanya macam sy wanita malaysia pertama yg dapat lesen keta kt Jordan ni. keh3..xprnh dgr lagi student msia pompuan yg pernah mohon lesen keta kat sini...


Balik dari urusan lesen, singgah beli tajin ayam di mat'am dar darak...sedap! Mkn dg nasi putih...JOD 6 (RM27) arganya. mahal jgk ye dlm RM..mmg xboleh convert ke RM klu nk beli apa2 kat sini...1 JOD = RM4.60..Klu yg di UK 1GBP = RM 5.50.. Telan air liur..



Beli strawberi di al-kourd...JD 2.50...berbaloi, kat msia xdapat strawberi semurah dan semanis di sini...tempat dia mestilah murah kan..


Ceri segar...crunchy...


Penat nk tulis. Minggu ni paling sibuk. Urusan lesen, bahas, imtihan berkumpul sume minggu ni.


Yang ni mkn semalam di mat'am dar darak...shish towuq ayam dan nasi mandy..JOD 12 sume sekali (RM55.50). Portion nasi makin sikit kt mat'am ni. Memang sikit sangat dari dulu. Hmmm, xpuas hati..mujur ada shish towuq memang sedap dan kenyang sgt..


Tak habis, bungkus bawa balik. Kawan2 yg nak datang sini, nanti sy belanja makan shish tawoq yg sgt sedap tu.

Tuesday 22 April 2014

Menu tengahari: nasi kak wok yg xjadi

Hari ni kami try bt nasi kak wok yg sgt sedap & popular utk bekfas di kelantan. Tahu nasi ni pun lps kawin dgn suami asal kelantan. Mmg sedap sgt nasi & gabungan lauk yg simple. xsia2 kawin dgn org kelantan, ha3.

Tapi yg sy buat xdelah sesedap mcm di kelantan. Sy pun xtau rempah apa diorg gn. Nasi tu dibungkus dlm kertas minyak. Ada nasi putih, kari kosong, ketulan kecil isi ayam goreng & sambal belacan yg pedas. Melelh air liur teringat kngn mkn nasi kak wok di kelantan satu masa dulu.

Oklah, jom tgk nasi kak wa ni, suami tukar nama jadi nasi kak wa...sempena nama sy, rs glemer kjp...


Tadi baru je selesai satu bahas...



Petang nk nk kn antar pd dr. amin. Hrpnya xdelah pembetulan kn buat. Ok, nk berehat pula. Pagi tadi dlm kul 8.30 sy pg balai polis sorang2 sbb nk baiki nama pd kad iqamah. Malas nk angkut lubna pagi2 naik teksi. Jd beranikan diri kluar sorang2 ke bli polis tabarbour.

Nasib baik skjp urusannya. Kn byr dlm JOD10 utk kad baru. Hmmm pdhl diorg yg xtulis lengkap nama kita atas kad, tp kt jgk yg kn bayar smula. Xpelah nk bt cmne. Klu soalkn takut xmau baiki kita jgk yg susah. Siap iqamah, sy pegi universiti sy yg tletak bsebelahan balai polis utk dptkn surat pengesahan pelajar baru di bhgian pascasiswazah. Byr JOD 1 utk sekeping ithbat tolib. Penting utk bnyk urusan di jordan ni tmasuk pmbelian kereta.

Urusan di Marka tergendala

Semalam berpenat2an di jabatan pengangkutan amik cop, pengesahan. Tup2 sampai di kaunter utk urusan terakhir mndapatkan lesen kereta jordan, pegawai suruh tukar nama pada iqamah sbb nama ayah xpenuh. Hmmm. Jadi xdpt siapkan urusan dan kn pegi balai polis di tabarbour utk tukar nama pada kad iqamah. Sedihnya.

Balik dari idarah taswiq kami menuju ke jumruk di Abdali. Kami pergi dgn junior di sini, Amni namanya. Suami kpd anak bongsu allahyarham us. Harun Taib. Dia pun nk buat rukhsoh qiyadah jg. Dia dh beli keta tp belum buat rukhsoh lg. Jd smlm kami semua pergi sama2.

Gambar bawah ni di jumruk Abdali. Pak cik ni tugasnya menulis surat2 rasmi mcm pmbelian keta dll. Kelakar plk, kita di Msia gn sekretari menaip surat2, tp di sini tulis tangan dgn khat yg cantik. Bayarlah sedinar lps tu & dptkn cop pengesahan dr pgwi otomatik surat tu jadi sgt bharga...


Surat tulisan tangan siap dicop...



Oklah, blik umah dlm kul 2 kami mkn nasi beriani beli di mat'am tp xlarat nk mik gambar. Jemput amni mkn bersama.

Malam plk rasa teringin makan cheese cake. Ajak suami tolong buatkan. Suami mmg pandai & cekap bab buat kek, sy hmmm buat kek mck masak sambal...xde seni...





Lepas tu goreng mee hoon pulak...

Sunday 20 April 2014

Urus lesen kereta: استبدال رخصة قيادة

Pagi ni buat urusan terjemahan lesen keta di Jabal Hussein & permohonan penukaran lesen kereta warga asing di Kementerian Dalaman, Amman..

Urusan di wizarah dakhiliyyah turun naik turun naik bangunan, motifnya utk semakan dokumen, dptkn pengesahan, tandatangan & cop..sumenya di bilik yg blainan & ada yg kn masuk 2 kali bilik yg sama. Bila dicongak2 hampir 8 kali kluar masuk bilik2 pjbt, turun naik tangga. Sedar xsedar dlm masa 40 minit siap...

Bilik kedua terakhir sy masuk ialah sebuah bilik yg luas, tgk tag nama atas meja...wazir dakhiliyyah (menteri kmenterian dlmn) tb2 rasa gemuruh..kt msia xprnh kita dpt masuk sampai ke bilik pengarah utk dptkan sign tp kt sini xde yg mustahil.."awak boleh ckp b.arab?" Tanya wazir. " ya, tapi hanya arab fasihah", jawab saya bdebar. "Oh, itulah yg terbaik", jawab wazir. Senyum.

Kalau di Malaysia, kita bg segala dokumen di kaunter & tunggu di kerusi shj smentara pgwai kt dalam uruskan dokumen kita, cop sana sini..Tp di sini lps siap satu urusan kita kn bertemu pegawai lain utk urusan sterusnya, lps tu jumpa pegawai lain pula, tnggu arahan ke mn kita harus tuju & seterusnya..kita yg bergerak, para pegawai hanya menunggu di kerusi bilik masing2...kn faham arahan betul2 klu xnak sesat dlm bangunan besar yg asing..kelakar tp kami belajar wlupun rasa sukar. 

Esok pula urusan utk dapatkan lesen kereta di Marka pula, semoga Allah memudahkan urusan kami, ameen.

Saturday 19 April 2014

الوجبة الغدائية: رز كرابو

Nasi kerabu hari ni. Ketung-ketang ummi & walid di dapur, Lubna senyap2 main biskut dalam bilik, xamik gambar biskut berterabur tu dgn serpihan2nya. Sementara ummi nk amik penyapu pun lubna sempat mkn serpihan biskut atas lantai, klu ummi mik gmbr plk, agaknya lubna jilat terus dr atas lantai.

Oklah, jom makan...




Ringkas je masaknya. Rasa pun biasa2 je. Bt xsepenuh hati. Kui3. Sambal kelapa, kopok & ulam, daging bkr suami yg uruskan. Sy masak nasi, bt sambal, budu & goreng ikan.

لازم أن أستعيد للحصة  مساء اليوم.  تا تا...

Friday 18 April 2014

Himpunan 'Sejuta' online Journal

Untuk rujukan saya: (Akan bertambah dari semasa ke semasa)
The Turkish Online Journal of Educational Technology (TOJET) - (in ERIC),
www.tojet.net

The Online Journal of  New Horizons in Education (TOJNED),
www.tojned.net

The Online Journal of  Science and Technology (TOJSAT),
www.tojsat.net

The Online Journal of  Distance Education and e-Learning (TOJDEL),
www.tojdel.net

The Online Journal of  Quality in Higher Education (TOJQIH),
www.tojqih.net

التقويم

http://uqu.edu.sa/page/ar/131438


Lelah mengemas barang2 yg dipunggah Lubna...

Lubna dah hampir 1 tahun 5 bulan umurnya. Skrg sy mula terasa lelah dgn kelincahan lubna, sume benda dlm umah ni jd mainan dia. Periuk dlm almari, buku ummi, beg, kain2 bersih & kotor habis dipunggah jd mainan. Kerusi2 abis ditolaknya. Anset, remote berpuluh kali kn lempar. Biskut merata2 mkn, isk3. Baru sorang anak. Bilik dh mcm tongkang kn tiup puting beliung.

Makin nakal & licik lubna. Naik atas meja sambil nyanyi2 dlm bahasa dia. Panggil ummi ng walid dgn nama je. "Awa...wa.." Kdg2 keluar " aba..aba..(abang)". Dgn muka nakal tu, geram ummi.

Oklah, hari ni malas betul nk masak. Tapi sbb suami membutuhkan masakan saya, jd sy tabahkan hati utk masak. Kih3.




Ini masak cara org malas tp nak makan sedap. Idea nk masak xde. Mn yg tlintas dpn mata, sy bubuh dlm periuk.

Baca buku skjp tuk exam usbu' jai...


Tunggu suami balik dr solat jumaat, mandikan lubna. Kemas rumah utk dptkan mood baik yg baru...


Tu tabung air biru utk minuman kami setiap hari...


Ni penyidai kain yg sgt popular kt sini. Sy beli dua, satu tuk baju lembab lps basuh, satu lg utk baju2 yg dh pakai & nk pakai lg mcm tudung...pecah rahsia..sudai dlm rumah sj, kt luar habuk & debu berterbangan. Angin kuat...


Bilik tidur kami yg humble & tilam yg dhaif..


Mcm nilah kehidupan biasa kami anak-beranak di Jordan. Alah bisa tegal biasa. Ntah apa maksud tegal tu pun sy xtahu. Sedap nak guna je peribahasa mcm ni.

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...