Sunday 30 October 2016

تعديلات جوهرية


Tengahari tadi hampir sejam menunggu musyrif di qism. Rupanya doktor ada ijtima' munaqosyah khuttoh. Takpe saya sabar menunggu. Yang pasti saya malas mahu berulang-alik ke jamiah kalau pulang dengan tangan kosong hari ini. Cuma kasihan pada suami dan anak yang menunggu dalam kereta. Mujur cuaca agak dingin walau mentari terik memancar.

Banyak pembetulan perlu dilakukan seperti yang dijangka. Rasa takut untuk mengambil tashih fasol tiga, empat dan lima dari doktor tapi perlu juga hadapi. Kalau tidak sia-sialah usaha selama ini. Rintangan perlu dihadapi. Baiki sikit-sikit inshaAllah lama-lama selesailah, pujuk hati sendiri. Berapa kali rasa mustahil hadir dalam diri, tapi rupanya untuk sekejap masa cuma. Yang penting ada usaha untuk membetulkan segala yang diminta pleh doktor.

Tadi terserempak dengan jawahir. Rupanya dia nak masuk ijtima' munaqosyah khuttohnya. Sempat borak-borak pendek. Makin kurus dia. Bukan main suka bila saya kata dia makin kurus. Memang dia berdiet katanya. Malu pulak pada diri sendiri. Terasa gemuk gedempul dengan perut makin memboyot.  Di jordan ni susah juga nak jumpa orang gemuk baik laki mahu pun pompuan. Jadi saiz saya ni kalau di sini dikira memang tombam. Berbeza kalau ke UK kebanyakan orang tempatan di sana gemuk-gemuk. Saiz baju dan seluar pun besar-besar sedap memilih saiz untuk diri sendiri. Kira saiz saya ni antara yang kecil kalau di UK. Tapi di jordan ni huaaa malu je nak pilih jubah atau kasut. Harap labuh je jubah tapi pinggang dan lengannnya kadang-kadang kecil untuk saiz saya. Nasib badan.

Banyaknya bercakap bila nk baiki fasol?? Oklah sambung nanti. Esok nak ke EMJ juga untuk tolab ithbat tajdid iqomah untuk keluarga.

Friday 28 October 2016

Angin memasak...

Nasi minyak kari ayam rempah kashmir beli di kedai pakistan di UK...


Nasi goreng ayam popper. Ayam tu resepi suami...


Nasi lemak bungkus....



Antara barangan yang dibeli ketika di Uk baru ni...


Elaun sara hidup baru je dapat jumaat baru ni alhamdulillah. Iqomah saya telah pun ditajdid semalam. Hari ni berhajat untuk bertemu musyrif inshaAllah. Tinggal lagi lima bulan sebelum tamat kontrak SLAI. Kalau perlu tambah bulan perlu tampung dengan duit sendiri. Kheir inshaAllah.


Thursday 27 October 2016

Hidup seperti bola...

Kadang kita di atas, kadang kita di bawah...

Takde seorang pun manusia yang kedudukannya sentiasa di atas. Jadi berhentilah merasa sentiasa hebat apatah lagi kalau hebat level biasa-biasa sahaja.

Bila kita di bawah pula ingatlah langit tidak selalunya mendung. Sabar, doa, usaha dan tawakkal kunci untuk merasa berjaya. Sabar sabar. Masanya akan tiba. Kalau tidak Allah tak akan sebut dalam Al-Quran mintalah pertolongan dengan penuh kesabaran dan solat. Teringat cerita patahnya sebelah sayap. Tingginya tahap kesabaran yang dilakonkan oleh ummi nazirah. Walau pun hanya lakonan tapi boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sebenar.

Lain orang lain definisi kejayaan. Kejayaan yang kita dapat hari ini mungkin kejayaan yang tidak bermakna untuk orang lain. Begitu juga sebaliknya. Berhentilah merasa lebih bagus.

Wednesday 26 October 2016

England & Turki 2016

Alhamdulillah, impian yang telah pun tercapai. Tiadalah ia tercapai melainkan dengan izin dan rezeki daripada Allah. Terima kasih suami atas sokongan dan bantuan walau pun suka benor berjalan laju meninggalkan anak isteri di belakang waaaa.






Ada sedikit tips atau pesanan nak tulis untuk yang berminat nak ke negara Eropah. Sebelum terlupa saya letak  dulu beberapa perkara:

1) Bawa tisu basah bagi yang tak biasa bersuci menggunakan tisu kering semata-mata. Jamban di UK tak disediakan paip air. Tak perlu susah payah isi air dalam botol, leceh. Merecik-recik. Better guna tisu basah yang banyak terjual untuk kegunaan baby dan laplah banyak-banyak. Saya memang tak boleh cuci sikit-sikit sekurang-kurangnya ada tisu basah rasa lebih suci dan bersih. Tandas di Turki ada air di bahagian dalam mangkuk jamban, sedikit lega tapi untuk puas hati boleh lap dengan tisu basah dan kering pula lepas tu- Perkara saya paling risau ketika berada di luar negara ialah bagaimana untuk bersuci andai tiada air!

2) Buka penggunaan kad debit untuk luar negara. Boleh telefon bank sebelum memulakan safar.

3) Orang asal UK baik dan ramah kecuali immigran dari bangsa India perasan bagus kot, dan Amerika Selatan yang tak malu bertekak dan bercakap kuat depan khalayak ramai. Orang Arab dan pakistan di UK nampak baik dan sopan. Orang di Turki pulak agak kasar sama macam arab malah mungkin lebih kasar dari Arab Jordan. Tak perlu keluar, dalam epot pun kita akan jumpa orang Turki yang kasar terdiri dari staf epot hinggalah ke penjual dalam epot. Perbezaan ketara orang UK tak berapa ramah dengan kanak-kanak walau pun diorang sangat menjaga kebajikan kanak-kanak, tapi orang Turki sama macam Arab Jordan ramah dengan kanak-kanak walau pun kita tak pernah kenal.

4) Bila masuk masjid di Turki walaupun surau airport (mescit) mesti lap kaki dengan tisu dulu lepas berwuduk. Pastu pakai stokin. Kalau tidak kena tegur pulak nanti. Belum kena tegur tapi pernah baca pengalaman orang lain dan pengalaman sendiri lepas wuduk je cleaner tunjuk tisu. Maksudnya kena laplah dulu. Lain tempat lain pulak caranya, kalau di Jordan emak saya pernah kena tegur makcik penjaga masjid sebab amik tisu lap kaki lepas berwuduk. Hish apa punya orang mujur kita nak lap kaki kering daripada kesat kat carpet masjid. Macam-macam perangai manusia.

5) Jangan lupa ke kedai 1 pound di UK banyak juga barang-barang boleh tahan murah. Lagi2 jika dibandingkan dengan harga di Jordan ni meamng di UK lebih murah. :(


Sepanjang di UK ada beberapa daerah saje sempat dijejaki antaranya Derby, Nottingham, Cambridge dan London. Sempat juga menjamah nasi di Malaysian Hall kihkoh. Sepinggan nasi dan satu lauk berharga 3 pound.





Berapa kos seluruh perjalanan? Saya nyatakan seperti di bawah anggaran kasarnya:

Tiket flight Turkish airline Jordan - Heathrow, London - Jordan : RM6740 (3 orang)
Sewa kereta di UK: RM 1000 (Seminggu termasuk insurans)
Minyak kereta: RM 450
Air bnb: RM 316 (1 malam sahaja selebihnya tumpang di rumah adik)
Belanja: RM 1200

Total cost dalam RM9700 secara kasar. Berbaloi ke? Sebelum pergi dah congak-congak perbelanjaan dari Malaysia lebih besar dan lama sekiranya terbang dari Malaysia (Padahal tiket MAS ada je offer murah sama macam harga kami dapat dari Jordan. Tak aci betul) Cuma perjalanan 15 jam dari Malaysia sehala adalah sangat panjang dan membosankan. Jadi better pergi sekarang sementara berada di Jordan dan anak masih seorang. Lagipun dapat singgah Turki untk free tour beberapa jam. Penat memang penat tapi bila lagi nak merasa pengalaman seperti ini.

Trip di Turki adalah free sebab ikut free tour visit bawah turkish airline. Jimat kos pengangkutan. Boleh lihat di website mereka untuk maklumat lanjut dan syarat.

Tahun akan datang ada rezeki mahu ke Jepun dan korea pula InshaAllah. Bosan sudah melihat suasana eropah dan berhampiran dengannya rasa sama saja bandar London, Istanbul, Amman. Huhu. Mahu melawat negara-negara asia yang belum pernah sampai.

Penat tak safar dengan anak empat tahun dan mengandung lima bulan? Jawapannya memang penat! Ini baru seorang anak kalau lebih dari tu memang bersiar-siar sambil merangkak nampaknya.

Negara yang telah dijejaki sehingga kini:

Beijing (2011)
Jordan (2013-kini)
Oman (2014)
Mekah, Madinah (2016)
United Kingdom (2016)
Turki (2016)

Visa pendudukan setahun kami tamat pada 24 Okt 2016. Baru ni sampai di airport Jordan pada 26hb. Berdebar juga kot kena denda lewat jd1.5 sehari. Mujur juga pegawai imegresen tu tak berkira. Dilepaskan kami tanpa sebarang bayaran denda alhamdulillah. Bercakap dengan kawan di UK, visa pendudukan mereka perlu direnew setiap lima tahun sekali. Waaaa. Tak macam di Jordan ni tiap tahunlah gigih ke sana ke mari renew visa diri sendiri dan keluarga:(. Fotostat sana sini sinun.

Mula-mula buat permohonan muwafaqoh dari jamiah dulu, tunggu dalam tiga minggu. Siap muwafaqoh pegi semula jamiah amik suratmuwafaqoh. Then baru dapat renew visa sendiri di balai polis. Siap visa sendiri dalam masa sehari, baru boleh pergi EMJ untuk pengesahan renew visa untuk ahli keluarga pula. Dapat pengesahan dari EMJ baru pegi wizaroh dakhiliyyah untuk hantar permohonan dan mendapatkan muwafaqoh dalam masa 2-3 minggu datang semula untuk ambil surat muwafaqoh. Last baru ke balai polis untuk buat visa baru untuk ahli keluarga dan bayarlah jd30 sorang. Tiap tahun tau kena ulang benda yang sama. Duk bayang camnolah yang anak sampai tiga lima orang. Jenuh nak isi borang dan fotostat dokumen-dokumen. 

Monday 17 October 2016

طلب بطاقة جديدة

Semalam suami try withdraw duit dari atm bank islam Jordan tapi masih gagal. Akhirnya kami decide masuk dalam bank tanya apa yang patut buat. Eh baru perasan rupanya tarikh expired kad debit ialah pada 9/16. Haha. Teruk betul. Buat urusan yang patut, lepas 10 hari baru boleh dapatkan kad baru. Huhu lama betul. Kalau di malaysia hari yg sama boleh dapat. Nak buat camno dah duduk di negara orang kena ikutlah peraturannya.

Semalam jumpa musyrif antar draf fasol 3,4,5. Lega yang belum lega sebab banyak lagi siri pembeulan demi pembetulan lepas ni. Lompong sana sini belum habis diturap.

Balik dari urusan di jamiah dan bank singgah beli ayam goreng...


Excited lubna tiap kali dapat kuar rumah...


Sampai rumah masak labu air lada hitam makan dengan ayam goreng...


Malam ni kami akan bertolak ke London inshaAllah. Penerbangan Turkish airline transit 3 jam di sana. Allah padaMu kami mohon agar dimudahkan safar ini.




Saturday 15 October 2016

Bila beberapa hari terperap dalam rumah...

Rasa sakit kepala bila tak hirup udara luar selepas beberapa hari memerap dalam rumah mengadap laptop, tv dan segala gajet yang ada. Sangat tidak sihat. Tambah dalam kepala ligat memikirkan perihal tesis yang perlu dibaiki dan baiki di samping melawan rasa kemalasan dalam diri yang membukit.

Dalam kepala ligat mencongak bila dan bila..متى سأتخلص من كل هذا?

Penat. Tapi bila difikir-fikir inilah yang terbaik daripada waktu ke kelas dulu dengan 13 mawad. Ini adalah terbaik. هذه الحالة أفضل بكثير من فترة الحضور إلى المحاضرة أفضل بكثييير. Bila teringat saat getir berhadapan dengan dr.hamdan rasa sekarang sangat lapang. Perasaan ke kelas seperti mengikat batu sebesar gunung di kaki. Melangkah ke kelas dengan penuh rasa berat. Alhamdulillah saya sudah melepasinya! أنا بريئة منه.

Ok, mahu solat maghrib dan bersiap ke sameh mall. Mau berjalan-jalan memecahkan lemak sambil mengempiskan perut poket.

---------

Tak sah kalau xde gambar makanan...


Stok meehoon bawa dari malaysia...


Nasi zurbiyan lagi dan lagi..sebungkus jod2.50 cukup tuk kami bertiga anak beranak...


Syawarma fevret suami terutamanya....



Wednesday 12 October 2016

تحويل العملة

Dua hari lepas beli tong gas baru.

Hari ni pergi balad tukar duit RM dan JD ke british pound. Bawa cash £300 cukuplah inshaAllah. Sewa keta dah bayar. Tinggal duit belanja lain-lain.

Nak pegi mana tu? Nak gi kembara ke UK seminggu inshaAllah.

Elaun sara hidup untuk Oktober-Januari belum masuk. Dengar kata ada kelewatan pembayaran esh untuk kali ini yang telah diwar-warkan di seluruh EMJ di setiap negara. Malangnya EMJ di Jordan ni takde pulak bagi khabar apa-apa. Baca surat kelewatan pun daripada internet selepas disiarkan dalam astro awani. Bosan sudah dengan sikap berlepas tangan pihak berwajib. Makin banyak berurusan dengan pelbagai orang, makin banyak perasaan negatif yang terhasil.

Kadang-kadang rasa nak duduk je dalam rumah. Tak perlu berurusan dengan sesiapa. Tapi duit masuk tiap-tiap hari. Haha.

Apapun, bersyukur sangat dengan apa yang ada sekarang. Peluang yang diberi untuk sambung belajar di luar negara. Dapat melihat negara dan budaya orang. Dapat melawat negara-negara lain berdekatan. Walau pun simpanan gaji menyusut tapi takkan sama dengan pengalaman berharga berjalan ke negara orang. Alhamdulillah. Moga ada lagi peluang lagi seperti ini selepas tamat belajar nanti. Teringat antara doa saya ketika umrah di depan kaabah yang lepas. Hihi.

Seperkara lagi nak tulis. Rasa @$%&! dengan orang yang menulis kat FB macam malaikat bagi nasihat tapi diri sendiri tak amal apa dia tulis malah melakukan sebaliknya pulak. Bagi nasihat rajin bersedeqah tapi dia kedekut. Bagi  nasihat tutup aurat sempurna tapi dia bergambar letak di FB pakai baju separuh lengan. Bagi nasihat suh bantu-membantu tapi bila diminta bantuan, jauh panggang dari api. Hipokrit.

Ok, nak buat kerja.


Tuesday 11 October 2016

Makan


Menu iftor hari ni alhamdulillah...


Nasi ayam semalam permintaan suami...


Nasi beriani yamaniy...ni beli bukan masak sendiri....ayam goreng mata'm khawali...jod3 dapat 4 ketul ayam...


Nasi mansaf sabtu lepas jod 5 beli di mata'm dar darak....


Semalam ambil pembetulan utk fasol 1 & 2 dari musyrif. Berhajat baiki segera yang mungkin. Mingggu ni atau minggu depan nak taslim fasol 3 & 4 pula. Kalau rajin dan fokus fasol terakhir iaitu fasol 5 sepatutnya boleh siap bulan ini juga. Tapi iman naik turun. Bila rajin alhamdulillah bila malas rasa nak ketuk diri sendiri.


Friday 7 October 2016

Beratnya beban dirasa...

Beban terasa memikirkan tesis.

Buntu bila bahan & maklumat tak mencukupi.

Rasa putus asa.

Sakit kepala.
 
Menangis sendiri.

Kadang apa yang dirancang awal tidak semestinya menjadi.

Banyak perkara perlu difikir.

Akhirnya lompong sana sini.

Tambah beban meminta bantuan orang.

Sakit kepala bila yang diminta bantuan seribu karenah.

Di sinilah sukarnya PhD.

Bila setiap perkara perlu justifikasi.

Hatta noktah hatta koma tidak terlepas.

Tidak tempat melarikan diri.

Melainkan hati mampu berdoa ya Allah bantulah aku...

Dalam hati mendung sejuta.


Thursday 6 October 2016

Selesai urusan seminggu...

Selesai beberapa urusan minggu ni:
 
Baiki kereta
Tolab muwafaqoh tajdid iqomah di jamiah
Jumpa musyrif
Check up kehamilan dengan dr.widad
Beli tiket ke jeng jeng jeng...:)

Minggu depan akan lebih sibuk. Dengan kesibukan baru dapat rasa nikmat masa yang ada. Macam dr.Maza sebut manusia kalau tak penat dia tak kan rasa nilai hidup lebih kurang macam tu bunyinya. Jadi jangan takut untuk berpenat-penat melaksanakan tugasan atau tanggungjawab atau mencapai cita-cita. Ayat yang tu buat saya terfikir patutlah rasa lebih berkualiti bila sibuk dengan sesuatu. Cuma penat tu tak payah cakaplah. Kesian lubna kadang tak terlayan :(. Bila penat kita break sekejap. Bercuti ke mana-mana...itupun kalau duit ada kihkih.

Scan anak ummi tadi...bulat..haha


Membesar dengan sihat sejahtera ye sayang. Ummi tawakkal pada Allah dan sandarkan padaNya segala apa yang di dalam rahim ummi. 

2 jam lebih menunggu giliran di iyadah dr.widad. Balik singgah beli nasi zurbiyan dengan suami dan anak...beli roti bashka...



Mujur iyadah dekat dgn rumah. Suruh suami balik dulu dengan lubna. Dah siap saya call semula. Next murojaah lagi sebulan. Harap tabah menurut rutin check up kehamilan. Demi kerana sayang yang dah empat bulan membesar dalam rahim ummi.


Monday 3 October 2016

أحوال السيارة

Tukar tayar keta musta'mal: JOD 13
Tukar bateri kereta baru: JOD 25

Murah sebab pegi dgn sohib bayt orang arab sendiri. Kalau pegi sendiri memang tak dapatlah harga tu. Nasilah jadi ajanib di negara orang.

Beberapa hari ni asyik makan nasi zurbiyan. Lazat sungguh nasi yamaniy ni. Malas nak mik gambar.

Sabtu lepas pergi ma'rod kutub. Singgah rumah k.yah dan ustaz yusri makan roti puri yang sedap hihi. Selesai makan kami bergerak sama-sama konvoi dengan sebuah lagi kereta lain.


Tak amik gambar di ma'rod malas nak bergambar. Lubna pulak tiba-tiba demam. Merengek tambah menangis nak mainan. Akhirnya beli buku dengan hiasan bagai, bilangan kalimah boleh dikira dgn jari, yang dibaca tak sampai 5 minit terus tidak dipedulikan. Melayang JOD 7.

Esok nak hantar dokumen untuk tajdid iqomah saya. Bosan sudah tiap tahun perlu tajdid visa dan kereta. Inilah yang terakhir inshaAllah.

Takde mood menulis. Ke laut nampaknya tesis sejak pulang ke sini. Malas mau berjumpa musyrif. Rasa diabaikan dan bergerak sendiri saje sejak mula menulis fasol dua. Nasib badan.


Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...