Tuesday 21 July 2020

36 minggu 4 hari...

Pagi ni check up di klinik desa lagi. Alhamdulillah semua ok. Berat 90kg😂. Tak perlu check up di klinik kesihatan dah. Kecuali kalau due date belum bersalin baru misi akan referdengan doktor di sana.

Proses check up kehamilan kali ini lebih lancar dan mudah rasanya. Tak perlu menunggu lama di klinik desa. Polisi baru semua pesakit perlu siap dirawat kurang dari tempoh 1 jam. Ini yang saya baca di papan makluman klinik.

Kakak test baju sekolah setelah sekian lama tak bersekolah. Ahad ni inshaAllah akan mula bersekolah semula. Si adik jeles minta baju sekolah juga. Mujur ada baju sukan kakak masa pasti dulu. Lepaslah hawa dia berangan nak gi sekolah jugak.

Berhajat nak hantar si adik ke pasti nanti. Umur 4 tahun dah boleh masuk pasti kalau boleh urus diri sikit-sikit dan emosi. Sekarang baru 3 tahun lebih. Tak lama dah.

Makan malam hari ini. Ringkas dan habis...


Suami pun puasa hari ini. Sederhana sahaja juadahnya. Ikan talapia saya beli di pasar manir. Beli 3 ekor talapia dan seekor patin. Semua sekali RM34. Agak murah.

Potluck raya bersama rakan sejabatan beberapa minggu lepas. Saya bawa soto. Nikmatnya makan ramai-ramai...

Makan di pizza hut beberapa minggu lepas juga. Lengang je suasana sebab susunan meja kerusi pun terhad kerana mengikut sop. Ramai yang take away.

Kecewa ibu mengandung...

Petang tadi beli nasi minyak gulai ayam dua bungkus, nasi ala kakwok dua bungkus.

Sampai rumah saya goreng saki baki nasi putih, suami goreng fries dan bakar seketul daging steak perap.

Alangkah kecewa nasi yang dibeli tak sedap😫. Rasa rempah gulai tak sempurna tumis, ayam goreng pulak tak garing dibubuh pula pewarna. Anak-anak makan tak habis. Saya nak makan pun x lalu. Kecewa orang melayu berniaga macam ni. Sebab tulah saya selalu ragu-ragu nak membeli nasi di kedai atau warung.

Kalau macam nilah cara masakan dengan kebersihan yang ala kadar, tak perlulah kita membeli untuk tolong orang melayu berniaga. Kebanyakkannya meniaga tuk dapat untung bukan untuk kepuasan pelanggan.

Baik beli di mcd atau kfc atau nasi kedai arab. Rasa konpem dah sedap.

Saya tanya lubna, sedap ummi masak ke beli kedai. Sedap ummi masak katanya. Saya cakap kat suami, rasa teruk dah masakan saya sejak malas memasak ni. Rupanya rasa makanan di kedai lebih teruk.

Takoyaki air tangan suami...

Walaupun masakan di rumah ringkas tapi rasa puas. Kalau pergi rumah kenalan atau rakan saya prefer makan masakan tuan rumah dari yang dibeli. Masakan tuan rumah bukan selalu boleh rasa, masakan kedai sendiri pun boleh beli. Masakan tuan rumah tak cukup bahan pun rasa sedap, masakan kedai kalau bahan tak cukup boleh mengundang rasa marah.

Sunday 19 July 2020

Hidup merantau...

Kerap kali saya belek tahi lalat panjang di tapak kaki dan terkenang kata-kata orang dahulu kalau ada tahi lalat di tapak kaki maknanya langkah panjang. Berjalan jauh.

Ye sejak dari kecil saya bercita-cita melihat negara orang. Tapi pada usia 29 tahun selepas berkahwin Allah makbulkan. Allah mudahkan selepas berkahwin dengan suami pendorong semangat saya sehingga ke hari ini.

Sehingga kini impian saya tak akan pernah pudar. Saya ingin lagi merasa kehidupan di negara orang walau perit dan pahit di sebaliknya.

Sedap pulak makan atas lantai...

Walau perut makin boyot tapi rasa sedap makan sambil bersila. Cuma bila nak bangun alahai beratnya terasa badan...


Nasi maqlubah malam hari...

Nasi maqlubah pagi esok hari...

Suami memang suka benar nasi arab. Saya pun sama tapi xdelah boleh makan hari-hari. Bila teringin sekali sebulan paling kurang akan masak nasi arab.

Lagi koleksi makan dalam dulang sambil bersila...





Friday 17 July 2020

Menghitung hari

Sudah hampir 37 minggu kandungan. Rasa pendek nafas sekali sekala. Tidur malam memang tidak lena. Kerap membuang air kecil dan kesukaran berpusing kerana perut yang kian membesar. 

Pada usia kandungan 36 minggu, berat bayi dalam kandungan sudah cecah 2.6kg. Kemungkinan besar baby lahir 3kg ke atas kata doktor.

Sarapan dan makan tengahari beberapa hari lepas. Saya nak menanda skrip exam online. Siap cakap pada suami hari ni masak awal dan banyak sikit sebab nak tanda kertas. Harap semua behave...

Nasi mandy kambing tiba-tiba teringin...

Durian beli di pasar payang lagi. 3 bekas RM50...

 Daging dendeng, sup sayur. Simple saja masakan saya. Suami beli colek kaki ayam. Sedap dan pedas!


Asam pedas ikan kembung makan malam. Sejak beberapa menjak masakan saya ringkas sahaja. Asal semua kenyang😂



Sunday 12 July 2020

Urusan kerja...

Saya jarang bercakap tentang urusan kerja samada di blog atau media sosial. Sebabnya ia hanya mengundang rasa tidak seronok dan stress. 

Saya seronok bekerja walau kadang stess juga tapi tak seronok nak bercakap tentangnya dalam suasana yang santai seperti di blog. 

Nasi arab kedai Al-Baron. Ya Allah terubat rindu nasi arab yaman. Beli 3 bungkus nasi, oqdah dan syawarma. Cukup RM50...

35 minggu 6 hari

Esok genap 36 minggu kehamilan bersamaan 9 bulan mengandungkan zuriat ketiga ini. Pagi tadi pertemuan last dengan pakar di KK Manir. Alhamdulillah baby dah memusing ke bawah kepalanya. Kalau ikut Rabu baru ni masih breech (songsang) ketika check up rutin ibu hamil.

HB saya 11.7 normal. Berat 89kg. Lain-lain ok dan takde sebarang masalah untuk bersalin normal kata doktor pakar. Entahlah kalau ikut senang czer sebab sakit masa bersalin sekejap berbanding normal delivery. Saya tak tahan menanggung sakit kontraksi ya Allah azabnya. Tapi czer sakitnya selepas bersalin huhuhu.

Persediaan barang ke hospital dah 80% siap. Saya kemas ringkas sahaja memandangkan dah ada pegalaman bersalin sebelum ini. Maka tak perlu banyak sangat barang. Cuma berdebar sebab kali pertama beranak di hospital bersalin baru untuk ibu dan anak. Anak sulung dulu hospital lama. Anak kedua di Jordan.

Bersalin kali ini saya mohon agar Allah kurniakan kekuatan dan sabar menahan sakit dan cabaran ketika di hospital nanti. Kena bersedia mental untuk apa-apa kemungkinan seperti dapat wad kelas ketiga yang padat, tandas yang kotor, misi yang cerewet atau garang. Huhu. 

Kena bersedia dengan suasana yang tidak selesa dan kena fokus untuk selamat melahirkan dan tidak takut melihat perkakas hospital. Rasa nak cepat beranak dan balik rumah segera. Suami takde di sisi pun xpe memandangkan anak2 yang ada perlu dijaga dan musim pkp ni rasanya suami tak boleh teman. 

Ini gambar sempena ulangtahun saya dan suami yang ke 9. Pejam celik sekejap je kan bang...

Sunday 5 July 2020

Rakan datang

Sahabat saya dari Kelantan...

Fatihah namanya. Kawan sejak ijazah dan master. Sekarang sedang menyambing PhD di bawah slab UMK. Seronoknya dapat bersembang macam masa master dulu2. Makan sama2, gosip sama2. Hihi. Rindu zaman muda.

Friday 3 July 2020

Sofa chesterfield

Sofa idaman saya sejak kali pertama berkenalan. Chesterfield sofa. Kali kedua beli dengan syarikat yang sama dari KL. 3 seat sofa kain waterproof RM1980 + 250 (caj hantar). Alhamdulillah puas hati. Hihi. 


Mula-mula rasa ragu-ragu nak beli tapi memikirkan bila dah bersalin agak susah nak menghias rumah jadi sebaiknya beli sekarang. Ada lagi benda lain kena settle dan beli sebelum bersalin. Semoga Allah mudahkan dan mencukupkan rezeki kita semua untuk keselesaan hidup di dunia seterusnya di akhirat. Amiin.

Kalau dihitung kasar lagi sebulan lebih akan bersalin. Rasa takut menguasai. Sakitnya ya Allah. Penat dan gelisah. Kadang saya mengelamun mengenang nasib saat sakit bersalin nanti. Kadang datang perasaan andai saya pergi dulu. Sedih memikirkan anak-anak kehilangan ummi. Jauhkanlah ya Allah. mudahkanlah kelahiran dan penjagaan anak ini. Doakan saya.


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...