Sunday 12 July 2020

35 minggu 6 hari

Esok genap 36 minggu kehamilan bersamaan 9 bulan mengandungkan zuriat ketiga ini. Pagi tadi pertemuan last dengan pakar di KK Manir. Alhamdulillah baby dah memusing ke bawah kepalanya. Kalau ikut Rabu baru ni masih breech (songsang) ketika check up rutin ibu hamil.

HB saya 11.7 normal. Berat 89kg. Lain-lain ok dan takde sebarang masalah untuk bersalin normal kata doktor pakar. Entahlah kalau ikut senang czer sebab sakit masa bersalin sekejap berbanding normal delivery. Saya tak tahan menanggung sakit kontraksi ya Allah azabnya. Tapi czer sakitnya selepas bersalin huhuhu.

Persediaan barang ke hospital dah 80% siap. Saya kemas ringkas sahaja memandangkan dah ada pegalaman bersalin sebelum ini. Maka tak perlu banyak sangat barang. Cuma berdebar sebab kali pertama beranak di hospital bersalin baru untuk ibu dan anak. Anak sulung dulu hospital lama. Anak kedua di Jordan.

Bersalin kali ini saya mohon agar Allah kurniakan kekuatan dan sabar menahan sakit dan cabaran ketika di hospital nanti. Kena bersedia mental untuk apa-apa kemungkinan seperti dapat wad kelas ketiga yang padat, tandas yang kotor, misi yang cerewet atau garang. Huhu. 

Kena bersedia dengan suasana yang tidak selesa dan kena fokus untuk selamat melahirkan dan tidak takut melihat perkakas hospital. Rasa nak cepat beranak dan balik rumah segera. Suami takde di sisi pun xpe memandangkan anak2 yang ada perlu dijaga dan musim pkp ni rasanya suami tak boleh teman. 

Ini gambar sempena ulangtahun saya dan suami yang ke 9. Pejam celik sekejap je kan bang...

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...