Thursday 27 August 2015

متابعة نموذج تعيين مشرف وإقرار خطة الأطروحة

Entah kenapa selepas beberapa minggu bersemangat menyiapkan mukhottot demi mukhottot, hari ini rasa pudar segala. Pagi tadi bertemu dr.tahani ingin memaklumkan mukhottot yg siap diubah berdasarkan tajuk baru yg diterima. Menerima borang lain perlu diisi utk confirmation tajuk & mukhottot yg baru siap ditulis. 

Isi maklumat peribadi, naik pula ke qabul wa tasjil utk pengesahan, turun smula ke qism utk berjumpa dr.kilani bg mdapatkan sign & semak mukhottot baru. Perlu sedikit lgi pembaikan baru. Siap dibaiki ahad ini baru dapatkan signnya. Selepas tu baru dptkan 3 lagi sign dakatir yg masuk ijtima' baru ni dlm kepala pusing berfikir mcm mana nk berjumpa 3 org dakatir ni sdgkn masing2 tiada ofis sendiri! Ya pensyarah manahij tidak punya bilik kerana ruang pejabat yg tidak cukup. Kebanyakan pelajar2 ijazah lanjutan akan ke rumah musyrif masing2 utk berurusan kecuali sekiranya doktor ada di universiti. Paling benci buat urusan remeh spt ini. Ke sana ke mari demi mdapatkan sekeping tandatangan.

Hakikatnya memang begitulah urusan di jordan ini. Mungkin jg sama di negara arab lain. Demi krn tandatangan, atau sekeping cop, perlu turun naik bangunan @ pindah dari satu bangunan ke bangunan yg lain. Sabar sajelah. Nak marah pun diri sendiri jgk yg pilih datang ke sini. Padan muka. Hua2.

Mau keluar sjkp, beli brg bg menghilangkan rs benci & meluat. Pdhl bila keluar jumpa lagi arab yg meluatkan. Dugaan betul hidup di sini. Jumpa arab yg baik pun rs mcm prejudis. Nasib badanlah. Kesian plk arab yg baik2.

--------

Hari ni hari pertama uzur. Mood terumbang ambing. Lagi beberapa hari mau pulang ke msia. Lantaklah tesis tu. Klu sempat dpt tandatangan baguslah, klu xsempat biaq pilah. Menyusahkan orang je. Kita dh sungguh2 buat, duk main dgn prosedur dia ke hulu ke hilir mau terbakaq hati perasaan. Klu bukan sbb nak balik msia skjp, mmg xlayan nk buat cepat2. Nasib baik ada kereta dan suami drivekan sana sini. Klu tidak xtaulah nk ckp apa.

Menu beberapa hari ni. Minggu ni asyik nak makan lauk berlemak saje...






Mee sizzlinh mkn di umah midah baru ni. Sedap betui. Karipap pun ada. Berbiji2 sy makan. Xmalu betui..kih2


Ok, balik msia nnt nak masak utk ahli keluarga pula makan ramai2. Nak beli seafood banyak2. Doakan safar kami pergi & kembali selamat dan dipermudahkan Allah, amin.


Tuesday 25 August 2015

منشغلة بمخطط جديد

Dalam beberapa hari ni sangat sibuk. Sibuk membaiki mukhottot utruhah yg perlu ditukar selepas ijtima' peringkat qism ahad baru ni.

Dapat tajuk baru pulak tu! Hampir separuh proposal perlu diubah dan ditambah. Alhamdulillah ala kulli hal. Yang pasti aktiviti menulis lebih menyeronokkan dari pergi ke kelas. Kioh2.

Kisah munoqosyah baru ni haru juga. Dapat panggilan telefon dr qism utk dtg jam 1 ptg. Tunggu punya tunggu rupanya jam 2 petang baru para doktor berkumpul di bilik roisah qism. Panas juga hati. Kebetuan ada 4 orang student pula dipanggil utk munaqosyah. Ikut giliran masing2 berdasarkan tasalsul tahun kemasukan PhD. 2010, 2012, 2013. Haa dalam hati confirm sy orang terakhir hu3. Dalam jam 3 lebih barulah sy dipanggil masuk. Dari jam 1 lebih menunggu, masuk dalam bilik roisah badan sy dah lesu. Kelihatan 4 orang doktor pun kepenatan tapi masih kelihatan happy di sebalik 'pertengkaran' demi 'pertengkaran' yg kedengaran sampai ke luar bilik. Kelakar betul arab ni.

Masuk dalam ijtima', sy perlu bentang proposal dlm 5 minit, xsampai 5 minit sy berenti cakap. Tengok muka doktor sume macam nak terlelap je. Kot2 bosan dengar sy cakap jd pandai2lah  benti. Kena pulak jadi orang terakhir. faham2jelah. Tapi ada bagusnya jugak. hihi.

Dipendekkan citer sy kena ubah tajuk. Hampir keseluruhan pulak tu. Dr.toha xsetuju langsung dgn tajuk sy. 3 doktor lawan 1 doktor. 1 doktor tu yg menang sbb suara dia paling lantang. kih2. Xpelah, bila ditengok2 tajuk yg doktor cadangkan lebih mudah. Alhamdulillah ala kulli hal.

Berhajat ingin menghantar mukhottot yg baru khamis ini inshaAllah. Doakan saya. Sudah menyiapkan proposal bg fasol 1, hampir menghabiskan fasol 2, harapnya malam ini siaplah fasol 3 inshaAllah.

Sunday 23 August 2015

Ke sana ke mari sampai juga di jamiah Al-bayt

Lepas jumaat baru ni midah ajak ke majlis besday anak kawannya di mafraq. Asyik pegi umah kawan midah je, ki3. Dalam hati harapnya adalah nasi minyak teringin betul. Sampai2 saje tengok ada sambal ayam. Wah harapan menjadi realiti rupanya...


 Balik dr mafraq singgah di jamiah Al-bayt...


Asalnya dulu adalah kem askar. Jarak antara satu bangunan ke satu bangunan boleh tahan jauh. Mujur tanah landai tidak berbukit seperti di amman.


Baru sy perasan kawasan di amman tanahnya tidak landai. Turun naik tanahnya. Klu bawa keta ai mmg sy xlepas sbb kecut perut. Di celah tanah tulah bangunan2 tinggi dibina. Apartmen di lereng2 bukit. Gerun. Tapi di tanah landai seperti di mu'tah dan mafraq xbanyak apartment & bangunan tinggi. Pelik tapi benar.

Di bawah pula buku2 utk dijual di msia nnt...upacara cari buku dh stop. Akrg nk fokus pd rempah dan brgn tuk ahli keluarga shj.


Ajak midah amni makan nasi petang sabtu...

Thursday 20 August 2015

Menghitung hari...

Rasa xsabar ingin pulang. Tapi gusar kerana belum menerima apa2 makluman mengenai tarikh munaqosyah khuttoh. Dalam seminggu ni langsung xmenyentuh risalah mahupun membaca. Sibuk update barang dagangan dan membeli sana sinun. Pagi tadi cek currency lagi, ya Allah sudah mencecah RM 5.82 untuk sedinar. Rasa lemah. Beberapa bulan ini terpaksa bergantung kepada duit gaji memandang elaun sudah pun kehabisan. Bulan 10 nanti baru elaun baru akan masuk.

Tiket flight saje mencecah hampir RM7000 untuk 3 orang. Belum masuk belanja di Msia lagi nanti. Dalam kepala duk piki2 apa cara untuk menambah pendapatan lain. Pulang dari Msia pula perlu membayar roadtax  kereta dan perlu renew visa suami dan anak. Situ saja sudah melibatkan hampir RM800 dan ditambah lagi dgn keadaan ekonomi yg jatuh terasa lebih perit. 

Hasil jualan buku2 dan rempah2 pula dapatlah menampung sikit perbelanjaan di Msia nanti. Tapi kalau dicongak2 untung yg dapat tidak setimpal dengan harga tiket flight yg beribu2 ringgit. Xapelah rezeki Allah itu ada. Kheir inshaAllah di sebalik kejatuhan ekonomi. Harapnya cepatlah ekonomi kita pulih sebaiknya. Harap juga pemimpin yg pecah amanah cepat2lah turun. 

Bercakap ttg ekonomi terkenang tentang hal ehwal negara. Sana sinun bersengketa sesama dalam parti atau parti yg berbeza. Itu dalam parti, belum lagi sengketa dalam jabatan, sesama rakan sekerja, sesama rakan sepengajian. Belum lagi sengketa sesama ahli agama yg belajar agama dan yg tahu agama, sama saje seperti orang yg tidak belajar agama dan tidak tahu agama. Jangan terkejut di fakulti2 pengajian islam di universiti2 pun ada sengketa masing2. Mohon dijauhkan dari sengketa2 seperti ini. Ego, buruk sangka, berasa lebih baik dan suka menunjuk2 punca utama sengketa sesama ahli agama. Saya bukan ahli agama sy hanya belajar b.arab dan mengajarnya serta cuba menjadi orang yg faham agama dan mempraktikkan agama semampu mungkin.

Harta, anak, pangkat semua adalah ujian dari Allah. Allah dah sebut dalam al-quran. Allah nak tengok macam mana hambaNya bila ada anak yg ramai yg dibanggakan, harta bertimbun dan pangkat serta darjat yg dikecap, bagaimana kita menguruskannya. Ada yg berjaya, ramai juga yg kecundang. Mohon sentiasa dikurniakan hati yg tawaduk, rendah diri dan tidak cepat marah. 

Oklah, memandangkan xlama lagi nk balik msia jd abiskan saki baki yg ada dlm peti. Menu humble kami...





-------

Baru je tengok emel unisza. Ada emel dari fajar ulung jual buku2 arab secara online. Aik, macam tau2 je sy pun tengah jual buku. Tapi kalau nak compare harga, buku2 yg sy jual banyak yg jauh lebih murah dari yg fajar ulung jual. Kih3. Kira harga kawan2 saje. Xamik untung banyak pun. Xpadan dgn duit minyak keta ke hulu hilir cari barang. Xpelah. Nampak gaya sebelum balik msia nanti sy kena borong sume buku2 arab akademik berkaitan bidang dan buku kanak2 di Jordan. Tengok harga fajar ulung jual gerun. Sy boleh dapat harga 20-30 hinggit lebih murah di sini. Belum lagi kalau beli di mesir, berganda2 lebih murah.


Tuesday 18 August 2015

معرض عمان للكتاب ٢٠١٥

Petang tadi lepas asar turun ke balad utk ke pameran buku yg berlangsung selama hampir seminggu. Rasa seronok melihat tambunan buku yg ada walaupun ada yg tidak menepati citarasa. Antara hasil tangkapan utk dijual pada rakan di msia nanti...


Buku2 citer ni ada yg berharga RM20 dan mempunyai 10 buah buku citer yg berbeza. Siap dgn baris & berwarna-warni. Ada yg datang dlm bentuk sebuah buku berharga RM15. Kalau xde yg beli pun nnt sy akan simpan buat koleksi peribadi. Belum tengok majalah2 masakan & kanak2 yg sy beli dan kumpul. Hihi.

Bahagian dalam...


Suasana dalam pameran...




Rambang mata tengok buku kanak2. Kalaulah dapat beli semua.


Tahun depan ada rezeki mau pergi ke ma'rod mesir pula. Berharap sgt dpt ke sana.

Aktiviti mencari barang dagangan

Barang dagangan untuk dibawa pulang ke Msia nanti. Tungguuuu...

Abaya kanak2 utk yg berumur 4-6 tahun...


Buku cerita kanak2 aneka jenis...Ni belum pegi marod kutub lagi ni...


Buki latihan nahu yg telah dibooking oleh knisak...


Rempah nasi arab yg ada: maqlubah, kabsah, ouzi, qidrah, mandy.
Rempah lain: Mixed spice, chicken spice, grilled chicken spice, syawarma, shish towuq.


Sebungkus RM5.00/50gm. Boleh masak utk 500gm beras basmathi @ lebih bg yg xsuka rempah banyak. Kalau sy masak biasanya satu cawan beras akan menggunakan satu sudu besar rempah shj. Rempah yg wajib beli sy cadangkan chicken spice. Biasa oang malaysia buat nasi arab, ayamnya selalu kelihatan macam ayam goreng dilumur kunyit shj. Automatik xjadi nasi arab. Dengan menggunakan chicken spice ni nasi arab kita akan menjadi lebih gempak dgn rasa rempah arabnya yg xde dijual di msia. 

Ada lagi barang2 lain yg sy xletak gambar. Telekung jordan, nahu wadhih, dan buku cerita tauladan. InshaAllah siap beli semua sy akan update pd rakan2 yg menempah.

Ok, petang ni mau ke marodh kutub di hasyimiy. Ingin mencari buku2 ilmiah dan buku citer kanak2 arab permintaan sahabat2 di malaysia pula inshaAllah. Minggu ni nak cari barang yg ditempah spt buku2 dan rempah2 arab, minggu depan baru mula mencari barangan utk ahli keluarga inshaAllah. Setakat ni penempah buku paling banyak ialah k.nisak, dan penempah rempah paling banyak ialah k.ti dan k.shu. Semangat betul diorang ni. Hik2.

Sesiapa yg membaca blog ni (Khusus yg duduk di terengganu & kelantan) walau pun xkenal sy dan berhajat ingin menempah rempah2 arab boleh komen di bawah. InshaAllah akan diusahakan sebelum 24hb ini. Bagi yg duduk luar dr tganu dan kelantan akan diusahakan utk pos sekiranya berbaloi keh2.


Wednesday 12 August 2015

تم تسليم نموذج تعيين مشرف وعنوان أطروحة

Alhamdulillah tengahari tadi selesai dapatkan cop dari qabul wa tasjil pada namuzaj yg diisi smlm. Lupa plk amik gambar borangnya. Dalam masa 2 minggu ni inshaAllah akan dipanggil utk ijtimak munaqoshah khuttoh. Harapnya selesai sebelum pulang sekejap ke msia. Alhamdulillah di sebalik rs geram dgn printer pagi tadi (rupanya font arabic transparent yg bmasalah!), ditambah dgn lubna yg merengek inginkan perhatian, berjaya juga akhirnya. Cuma belum berjaya menahan sabar bila lubna kacau. Sekarang dh macam tarzan dah rasa bila geram dgn lubna. Kesian lubna.

Duk piki piki. Rasanya ada banyak hikmah dr keguguran baru ni. Duk piki piki juga rasanya perlu lagi tangguhkan kehamilan. Mungkin selepas bulan 11 tahun depan baru bersedia menimang cahaya mata semula memandangkan tengah tahun depan perlu mengkoleksi data pula. Piki piki haru biru juga kalau tgh nak collect data, sibuk pulak nak beranak. Hmm entahlah, ikutkan hati mau anak kedua scepat yg mungkin. Tp kekangan yg ada ditambah kurang kesabaran menjaga anak rsnya xpelah lewat sedikit pun. Piki piki 2-3 orang anak pun sudah cukup inshaAllah klu ada rezeki lagi. Orang lain umur 31 dah ada 3-4 orang anak. Xpelah ini yg terbaik Allah takdirkan. Alhamdulillah atas rezeki lain yg Allah berikan.

Sbelum asar tadi sy buat karipap menggunakan baki inti baru ni. Seronok sungguh bila dh berjaya kelim karipap sendiri. Biasanya gn acuan karipap tp skrg sejak dh pandai kelim rs seronok plk bt sendiri...


Goreng separuh masak. Mudah nak simpan dalam freezer nanti. Sy suka karipap! Feveret kuih sejak kecil lagi.

Ok, nak sambung berehat. Esok lusa baru sambung semula buat perincian adawat dirosah inshaAllah.

Tuesday 11 August 2015

Alhamdulillah!

Tengahari tadi sy hantar pembaikan manhaj dirosah kepada dr.kilani. Alhamdulillah doktor kata ok dan boleh dihantar utk munoqasyah peringkat qism. Lega. Esok akn ke jamiah semula utk dapatkan pengesahan dari qabul wa tasjil selepas isi borang dgn ala' setiausaha dr.tahani roisah qism manahij wa tadris. Waktu jumpa dia pun ada cerite jg sbnrnya. Tp malas nak taip. Hua2.

Ok, sudah 4 hari suami puasa syawal tp sy baru 2 hari. Huhuhu. Rs xlarat dgn sibuk nk siapkan khuttoh serta cuaca yg panas. Bnyk betul alasan. Padahal malas nak puasa sbnrnya kan. Sbb xpose jadi kena masak utk org berbuka puasa dgn harapan dptlah pahala orang yg berpuasa itu. Kih2. Menu berberapa hari ini...




Dua hari lepas basm sekeluarga datang ke rumah kami. Dah lama xbersua muka. Sy jamu mee goreng yg biasa2 saje. Penat nak memasak kebetulan ahad lepas baru balik dr jamiah juga...


Ok, nak berehat. Rasa penat banyak berfikir. Lagi2 saat ekonomi msia jatuh. Berfikir tang mana lagi nak berjimat cermat & menambah pendapatan. 1 dinar jordan sudah menyamai RM 5.63. Allahul musta'an.


Sunday 9 August 2015

Pertemuan dgn musyrif kali ke-4

Hari ni berjumpa lagi dgn dr.kilani. Kena baiki pulak bahagian manhajiyah dirosah. Doktor nak yg lebih detail. Ok, sy akan baiki lagi dan cuba utk hantar esok inshaAllah. Semoga berjaya salwa!

Semalam kami pergi ke open raya global ikhwan (bekas arqam) di jerash. Ajak amni & midah sekali. Ingatkan sampai2 boleh makan terus rupanya kn dgr ucapan dulu, hihu. Xpelah yg penting dpt makan sedap & free. Sedap sungguh kalau makan free ni...





Ramai jemputan arab berbanding melayu. Yg paling sedap kambing bakar tp yg tulah paling sikit. Rasanya lepas ni xde dah majlis open raya memandangkan syawal pun dh nak sampai ke penghujungnya. 

Sekian melaporkan.

Friday 7 August 2015

Beraya ke Irbid, Jordan

Semalam ahli2 SELAMA bersama keluarga masing2 mengadakan jaulah raya ke Irbid. Perjalanan menaiki bas sejauh 110km dr Amman benar2 mengujakan. Seronok walau un penat dgn cuaca sedikit panas.


Bertolak jam 7.45 pagi dari sweileh. Berhenti singgah di jarash & ajloun. Di jarash kami berenti makan pagi sambil berpicnic makan nasi lemak tanpa sambal. Waaaa haru betul. Sambal tertinggal dgn rakan lain yg menaiki kereta & bertolak lewat selepas solat jumaat. 




Berenti di ajloun castle melihat istana tinggalan sejarah yg penuh dgn peristiwa...




Sampai di irbid berkumpul di umah nadia & suaminya...ramai2 mik gambar bersama pelajar iazah lanjutan msia yg berada di irbid...



Dijamu dgn nasi putih serta kuih muih yg sedap2 belaka..berapa pinggan makan...



Alhamdulillah seronok. Pengalaman pertama menaiki bas sekolah di sini. Saje naik bas ikut rakan2 lain yg xde kereta. Dalam bas boleh borak2 & beramah mesra. Lebih menyeronokkan.

Thursday 6 August 2015

Sudah Ogos 2015

IPejam celik, nafas hembus sudah hampir penghujung 2015. Tahun 2013 yg lepas sewaktu mula2 sampai di sini sampai mencongak2 bulan sekarang seharusnya sudah lega dari kelas dan mula bergelumang dgn penulisan thesis. Alhamdulillah Allah makbulkan di sebalik suka dan duka yg telah dihadapi pada hari2 yg lepas. Rasa hebat sekejap. Kihkoh.

(Lagi 2 jam masa pertemuan dgn musyrif utk kali ketiga. Tulis blog dulu.)

Malam tadi jiran belakang umah basma call. Katanya nak bagitau satu berita. Berdebar. Tanya padanya berita gembira atau sedih. Kata basma berita gembira sudah pastinya. Lega. Abu Umar berjaya mendapat tawaran belajar dgn tentera malaysia di malaysia! Oh gembira sungguh mendengar perkataan Malaysia tu. Selang beberapa saat baru sampai mesejnya yg sebenar. Mabruk2 ucap sy. Rasa gembira dan sedikit sedih. Gembira sebab sy tahu basma dan keluarganya sangat mahu menjejakkan kaki ke Malaysia. Rasa berbesar hati menerima kedatangan mereka walau pun sy mungkin xde di msia menyambut mereka. Sedih sebab tahun depan kami akan ketiadaan jiran yg paling rapat walaupun sejak akhir ini kami jarang berhubung kerana kesibukan masing2. Rasa gembira. Rezeki yg Allah aturkan utk mereka. Lihatlah rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Siapa pernah tahu rezeki masing2. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Kadang2 kita xrasa pun ia satu rezeki pada awalnya. Tapi pertengahan dan akhirnya baru kita sedar ia adalah rezeki yg sgt bernilai dari Allah lebih hebat dari rezeki yg pernah kita minta2 dahulu. Rezeki yg akan bertukar menjadi sebuah NI'MAH (نعمة) apabila disyukuri.

Rezeki makanan, pasangan, harta, kesihatan, masa yg lapang utk beribadah dan bekerja semuanya akan mejadi ni'mah bila kita sedar adanya ia untuk disyukuri. Alhamdulillah atas semua ni'mah Allah. Mohon agar Allah tidak tarik segala ni'mah yg ada.

Sambung lagi.

--------

Selesai jumpa dgn dr.kilani tadi. Ada sedikit pembetulan khofif. Isnin ni berhajat nk hantar semula selepas pembaikan inshaAllah. Harap sempat masuk ijtimak sebelum bulan 9 ini ameen ya Allah. Siap di jamiah kami ke syari' garden utk menghantar laptop student sini yg ingin dibaiki. Kemudian kami ke abdali pula utk mencari buku. Rambang mata...



Ok, mau berehat. Esok akan berjaulah raya ke abdali dgn geng2 SELAMA. Malam ni nak bt karipap dan baiki khuttoh inshaAllah.


Tuesday 4 August 2015

Dapur Tobarbour

Dapur tobarbour kembali berasap...




Penat. Baru lepas pulang dr city mall. Cuaca di luar mmg panas. Hangat berbahang.

نعوذ بالله من حرارة النار الجحيم

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...