Wednesday 12 August 2015

تم تسليم نموذج تعيين مشرف وعنوان أطروحة

Alhamdulillah tengahari tadi selesai dapatkan cop dari qabul wa tasjil pada namuzaj yg diisi smlm. Lupa plk amik gambar borangnya. Dalam masa 2 minggu ni inshaAllah akan dipanggil utk ijtimak munaqoshah khuttoh. Harapnya selesai sebelum pulang sekejap ke msia. Alhamdulillah di sebalik rs geram dgn printer pagi tadi (rupanya font arabic transparent yg bmasalah!), ditambah dgn lubna yg merengek inginkan perhatian, berjaya juga akhirnya. Cuma belum berjaya menahan sabar bila lubna kacau. Sekarang dh macam tarzan dah rasa bila geram dgn lubna. Kesian lubna.

Duk piki piki. Rasanya ada banyak hikmah dr keguguran baru ni. Duk piki piki juga rasanya perlu lagi tangguhkan kehamilan. Mungkin selepas bulan 11 tahun depan baru bersedia menimang cahaya mata semula memandangkan tengah tahun depan perlu mengkoleksi data pula. Piki piki haru biru juga kalau tgh nak collect data, sibuk pulak nak beranak. Hmm entahlah, ikutkan hati mau anak kedua scepat yg mungkin. Tp kekangan yg ada ditambah kurang kesabaran menjaga anak rsnya xpelah lewat sedikit pun. Piki piki 2-3 orang anak pun sudah cukup inshaAllah klu ada rezeki lagi. Orang lain umur 31 dah ada 3-4 orang anak. Xpelah ini yg terbaik Allah takdirkan. Alhamdulillah atas rezeki lain yg Allah berikan.

Sbelum asar tadi sy buat karipap menggunakan baki inti baru ni. Seronok sungguh bila dh berjaya kelim karipap sendiri. Biasanya gn acuan karipap tp skrg sejak dh pandai kelim rs seronok plk bt sendiri...


Goreng separuh masak. Mudah nak simpan dalam freezer nanti. Sy suka karipap! Feveret kuih sejak kecil lagi.

Ok, nak sambung berehat. Esok lusa baru sambung semula buat perincian adawat dirosah inshaAllah.

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah