Friday 30 April 2021

Manisnya bau baby...masak tempahan nasi Arab talam

Sedapnye bau baby. Harum manis gebu. Abis ummi gomol-gomol. Nasiblah jadi anak ummi...

Beli playpen untuk baby... 


RM42 beli di shopee. Tapi tak lama duduknya. Meraung-raung panggil ambil. 

Masak tempahan nasi mandy Jumaat semalam dua talam... 


Tempahan nasi zurbiyan dan maqlubah Khamis baru ni... 

Wednesday 28 April 2021

Iftor di Raia Hotel (TH)

Plan adhoc dengan syikin untuk iftor sama2 di hotel. Belek menu dan harga sana sinun maka sepakatlah kami ke Raia hotel iaitu bekas hotel TH dulu di jalan airport Terengganu.
Dewasa RM55, kanak-kanak RM27. 50 (6 - 12 tahun). Puas hati dan seronok sebab tempat lapang anak2 berlari sana sini lepas makan.

Penuh meja makan haha. 4 dewasa dan 5 kanak-kanak. Kambing bakar, mee kari, nasi tomato, nasi putih, sambal ayam, gulai kambing, udang dan sotong bakar, bubur lambuk, aneka sup, kuih kek, salad, cucur, kuetoew goreng, murtabak, buah2an, bubur kacang hijau, aiskrim, air. Fuh bab makanan mudah betul nak ingat. 😂




Gambar kenangan dua keluarga. Sejak dari anak satu sehingga dah beranak-anak. Haha. 


Anak2 kami sebaya dan hampir sebaya. Jadi tiap tahun kalau berpeluang kami akan iftor sama2. Kecuali sejak 2 tahun lepas saya stop sekejap iftoe di luar. Tapi kali ini tahun ini rasa teringin pula. Alhamdulillah puas hati. 



Sunday 25 April 2021

Selesai cat ruang keluarga

Alhamdulillah setelah hampir tiga minggu selesai cat ruang keluarga, ubah susunan lantai spc dan susun atur ruang tambahan. 



Rumah ni berapa kali ubah perabot. Haha. Tiap bulan ada je berubah kedudukan. 

Semalam juga orang dari TM datang pasang unifi di rumah. Sejam urusan ketuk sana sini pasang wayar alhamdulillah. 

Semalam juga kami ke giant mall nak perabiskan voucher RM150 yang dapat lepas redeem trureward kad kredit bank islam. Sepanjang guna kk bank islam dah banyak voucher kami tebus. Asal nak beli snek tapi beli jugalah keperluan lain. Jadilah RM373. Tolak voucher RM150, total RM223 kami berbelanja duit lain. Hmm bahaya pergi mall. Memang sekali seminggu atau sebulan sahaja lebih baik. 

Iftoe nasi lemak... 


Saturday 17 April 2021

Cat dinding ruang keluarga

Dah lama rancang tapi berjaya mula seminggu sebelum puasa. Dan sampai sekarang belum sudah. Hua3...cat jenama kansai RM121 5L. Code nama green glass. 


Baiki susunan lantai spc juga..

Xsiap lagi semua. Nanti dah siap saya tunjuk keseluruhan ruang. 

Ok, ini potluck jabatan beberapa hari sebelum puasa. Saya bawa nasi zurbiyan...

Ini pula saya bawa ke rumah mak untuk iftor. Yong taufu. Kakak sekeluarga dari Dungun pun datang juga... 

Servis aircond kereta

Semalam rasa aircond kereta hanya mengeluarkan haba walaupun dah capai maksimum suhu. Jadi hari ini ke bengkel servis ekon kereta di bukit Tunggal selesai urusan di pejabat.


Panas bahang ya Allah ramadhan ke enam tahun ini. Cek itu ini gas ekon ditambah dan filter ganti baru. Semua sekali RM115. Oklah yang penting rasa ekon kembali sejuk. Harap bertahan lama. 

Padahal servis kereta Disember tahun lepas di toyota kononnya dah servis sekali ekon. Tapi xde kesan sejuk pulih. Kami tetap bertahan sehinggalah semalam memang haba saja yang rasa. Dalam hati rasa marah dan kecewa pada servis toyota di Terengganu. 



Wednesday 14 April 2021

Buka puasa 2021

Hari kedua...


Hari pertama tak sempat mik gambar. Lapar dan penat sangat. 

Saman speed trap

Baru-baru ni sampai satu surat saman dari pdrm. Kesalahan pada 26 Dis 2020. Huhu. Had laju melebihi 70km/j. Jam 11.15 am. Jalan Tgau Kelantan. Cek balik di galeri gambar di mana kami berada ketika hari kejadian.

Dalam galeri gambar pada 26 Dis ada beberapa keping gambar di La Hot Spring. Jam 11.25am siap dengan snapshot screen google map berada pada kedudukan T142. Masa ni dalam perjalanan ke sana dan saya tengah belek gambar anak dalam galeri. Kebetulan sungguh. Haha. Buka blog pula memang ada kisah kami ke resort tersebut. Iniah kelebihan  blog dan galeri bergambar.
Pernah ketika di UK dulu ketika masuk ke homestay air bnb, saya sempat snap gambar bilik yang comel. Dari setiap sudut gambar diambil. Masa untuk pulang kebetulan beg tangan saya terjatuh mengenai cermin dua sisi meja tidur. Ada kesan retak. Ya Allah berdebarnya. Rasa macam tak kuat jatuhnya tapi macam mana boleh retak. 

Dalam hati rasa yakin bukan beg saya yang jatuh punca cermin retak. Balik ke Jordan saya scroll gambar ketika di UK. Terjumpa gambar masa mula2 masuk ke bilik yang comel itu. Kebetulan gambar cermin sisi yang sedia retak ada juga dalam gambar. Subhanallah. Lega yang amat sebab bukan beg saya punca retak. Kalau saya jumpa gambar nanti saya tepek di sini. Kenangan sungguh.

Oleh itu jangan kedekut nak ambil gambar dan catat di mana2. Mana tahu satu hari nanti kita memerlukan seperti kisah saya di atas. 

Ok berbalik pada saman. Maka saya pun buat semakan di myeg, terkezut sebab ada dua saman lama huahua. Ini sah masa saya di Jordan adik no 3 saya sambung bayar kereta saga saya. Tahun 2013 dan 2015. RM150 tiap satu. Bila dah tiga saman jadi RM450. Garu kepala. Mesej adik maklumkan hal saman. 

Jadi malas nak pening kepala, saya pun google cara nk bayar saman pdrm. Jumpa pula aplikasi mybayar
 Ya Allah tak sangka dapat lagi potongan saman menjadikan RM80 tiap satu. Alhamdulillah. Bayar terus RM240. Lega. Malas nak piki dah. 

Saturday 3 April 2021

Tidak mudah.. Tetapi kita boleh

Tidak mudah membesarkan anak. Penat letih stress semua ada di sebalik rasa gembira melihat telatah mereka.

Kadang rasa mau lari. Rasa mau kembali ke masa honeymoon berdua dengan suami sahaja masa mula-mula kahwin dulu. Tapi xpelah, bila anak dah besar, ummi walid akan honeymoon semula fasa pengantin lama.

Wajah saya sekarang rasanya lebih tua dari usia. Tak terurus kulit wajah dan penampilan. Baju rumah juga banyak yang sudah lusuh. Rasa dah lama tak bercantik di rumah.

Oklah, baru ni beli kain dapur jenama norwex. Orang kata bagus. Saya pun pantang betul bab mencuci ni rasa nak cuba juga. RM26 sehelai...


Setakat guna ni rasanya tidaklah wow sangat. Tapi tadi masa lap atas dapur gas besi hitam tu eh senangnya hilang kesan kotoran minyak yang lama. Tak perlu sabun untuk gonyoh. Ok esok saya akan cuba semula. Suami kata takde yang istimewa sangat. Tapi mungkin belum betul2 guna. 

Beli snake and ladder saiz besar tuk anak-anak.. Oklah tp kain dia sekali gerak abis yang lain bergerak... 

Baru ni tengok show kereta di parking depan dewan UniSZA. Tertarik dengan mitsubishi expander. Best sangat harga pun ok, harga lebih 2k je dengan kereta kami sekarang😂. Ada 7 seater, panaromic view camera, 1.5 cc je. Oklah untuk kereta keluarga. Harga otr RM94k. Rasa berbaloi. Rasa nak jual kereta yang ada sekarang tapi sayang pula kalau perlu kereta sedan senang nak bawa ke mana-mana berbanding mpv. Nak kena istikharah. Kalau beli mungkin paling awal tahun depan. Masa tu gaji pun dah naik sikit. 

Baru ni hantar kereta ke bengkel untuk cat calar dan skirting yang pecah sedikit akibat suami langgar batu jalan dan batu longkang. Baiki juga skirting yang renggang. Total RM450. Ini kedai kedua yang abah cadangkan. Kalau kedai pertama minta RM550. Dalam 100 juga bezanya. Alhamdulillah ala kulli hal. 



Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...