Wednesday 14 April 2021

Saman speed trap

Baru-baru ni sampai satu surat saman dari pdrm. Kesalahan pada 26 Dis 2020. Huhu. Had laju melebihi 70km/j. Jam 11.15 am. Jalan Tgau Kelantan. Cek balik di galeri gambar di mana kami berada ketika hari kejadian.

Dalam galeri gambar pada 26 Dis ada beberapa keping gambar di La Hot Spring. Jam 11.25am siap dengan snapshot screen google map berada pada kedudukan T142. Masa ni dalam perjalanan ke sana dan saya tengah belek gambar anak dalam galeri. Kebetulan sungguh. Haha. Buka blog pula memang ada kisah kami ke resort tersebut. Iniah kelebihan  blog dan galeri bergambar.
Pernah ketika di UK dulu ketika masuk ke homestay air bnb, saya sempat snap gambar bilik yang comel. Dari setiap sudut gambar diambil. Masa untuk pulang kebetulan beg tangan saya terjatuh mengenai cermin dua sisi meja tidur. Ada kesan retak. Ya Allah berdebarnya. Rasa macam tak kuat jatuhnya tapi macam mana boleh retak. 

Dalam hati rasa yakin bukan beg saya yang jatuh punca cermin retak. Balik ke Jordan saya scroll gambar ketika di UK. Terjumpa gambar masa mula2 masuk ke bilik yang comel itu. Kebetulan gambar cermin sisi yang sedia retak ada juga dalam gambar. Subhanallah. Lega yang amat sebab bukan beg saya punca retak. Kalau saya jumpa gambar nanti saya tepek di sini. Kenangan sungguh.

Oleh itu jangan kedekut nak ambil gambar dan catat di mana2. Mana tahu satu hari nanti kita memerlukan seperti kisah saya di atas. 

Ok berbalik pada saman. Maka saya pun buat semakan di myeg, terkezut sebab ada dua saman lama huahua. Ini sah masa saya di Jordan adik no 3 saya sambung bayar kereta saga saya. Tahun 2013 dan 2015. RM150 tiap satu. Bila dah tiga saman jadi RM450. Garu kepala. Mesej adik maklumkan hal saman. 

Jadi malas nak pening kepala, saya pun google cara nk bayar saman pdrm. Jumpa pula aplikasi mybayar
 Ya Allah tak sangka dapat lagi potongan saman menjadikan RM80 tiap satu. Alhamdulillah. Bayar terus RM240. Lega. Malas nak piki dah. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...