Sunday 25 April 2021

Selesai cat ruang keluarga

Alhamdulillah setelah hampir tiga minggu selesai cat ruang keluarga, ubah susunan lantai spc dan susun atur ruang tambahan. 



Rumah ni berapa kali ubah perabot. Haha. Tiap bulan ada je berubah kedudukan. 

Semalam juga orang dari TM datang pasang unifi di rumah. Sejam urusan ketuk sana sini pasang wayar alhamdulillah. 

Semalam juga kami ke giant mall nak perabiskan voucher RM150 yang dapat lepas redeem trureward kad kredit bank islam. Sepanjang guna kk bank islam dah banyak voucher kami tebus. Asal nak beli snek tapi beli jugalah keperluan lain. Jadilah RM373. Tolak voucher RM150, total RM223 kami berbelanja duit lain. Hmm bahaya pergi mall. Memang sekali seminggu atau sebulan sahaja lebih baik. 

Iftoe nasi lemak... 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...