Saturday 3 April 2021

Tidak mudah.. Tetapi kita boleh

Tidak mudah membesarkan anak. Penat letih stress semua ada di sebalik rasa gembira melihat telatah mereka.

Kadang rasa mau lari. Rasa mau kembali ke masa honeymoon berdua dengan suami sahaja masa mula-mula kahwin dulu. Tapi xpelah, bila anak dah besar, ummi walid akan honeymoon semula fasa pengantin lama.

Wajah saya sekarang rasanya lebih tua dari usia. Tak terurus kulit wajah dan penampilan. Baju rumah juga banyak yang sudah lusuh. Rasa dah lama tak bercantik di rumah.

Oklah, baru ni beli kain dapur jenama norwex. Orang kata bagus. Saya pun pantang betul bab mencuci ni rasa nak cuba juga. RM26 sehelai...


Setakat guna ni rasanya tidaklah wow sangat. Tapi tadi masa lap atas dapur gas besi hitam tu eh senangnya hilang kesan kotoran minyak yang lama. Tak perlu sabun untuk gonyoh. Ok esok saya akan cuba semula. Suami kata takde yang istimewa sangat. Tapi mungkin belum betul2 guna. 

Beli snake and ladder saiz besar tuk anak-anak.. Oklah tp kain dia sekali gerak abis yang lain bergerak... 

Baru ni tengok show kereta di parking depan dewan UniSZA. Tertarik dengan mitsubishi expander. Best sangat harga pun ok, harga lebih 2k je dengan kereta kami sekarang😂. Ada 7 seater, panaromic view camera, 1.5 cc je. Oklah untuk kereta keluarga. Harga otr RM94k. Rasa berbaloi. Rasa nak jual kereta yang ada sekarang tapi sayang pula kalau perlu kereta sedan senang nak bawa ke mana-mana berbanding mpv. Nak kena istikharah. Kalau beli mungkin paling awal tahun depan. Masa tu gaji pun dah naik sikit. 

Baru ni hantar kereta ke bengkel untuk cat calar dan skirting yang pecah sedikit akibat suami langgar batu jalan dan batu longkang. Baiki juga skirting yang renggang. Total RM450. Ini kedai kedua yang abah cadangkan. Kalau kedai pertama minta RM550. Dalam 100 juga bezanya. Alhamdulillah ala kulli hal. 



No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...