Friday, 27 March 2026

Tembok pagar 2026

Beli pasir halus selori kecil RM200 upah hantar RM70 - Beli di tempat berdekatan rumah.

Jumlah: RM883
Bata RM224 x 2 pallet
Simen RM24 x 15 kampit
Besi - RM14 + RM25
Kapur cair 
Manir RM36

Upah buat tempok RM3500 + RM200

1 April tambah beli bata 2 pallet dan simen 5 beg = RM606. 

Hasilnya pada 2 April..

Panjang 80 kaki. 

Sunday, 22 March 2026

Raya di Kelantan

Pagi raya kedua jam 7.50am bertolak ke Kelantan memenuhi open house ummi mak tiri suami. Samapi di Kota Bharu dalam jam 10.40am alhamdulillah jalan lengang walaupun hari raya kedua mungkin kerana awal pagi orang belum keluar beraya. Di rumah ummi..


Ada sup tulang daging makan dengan bihun, ada roti jalan kuzi ayam, nasi imput dan rendang ayanm serta daging..

Rumah mak long pula ada nasi beriani sambal ayam, gulai ayam style kelantan yang sedap betul serta laksa penang. Tapi sebab kenyang sangat jadi makan sikit sahaja..

Rumah mak ayah kepada kawan baik suami Fakhrul..macam2 menu ada tapi perut dah tak dapar menerima lagi..merasa sedikit lontong yang sedap..

Nikmatnya makan tapi perut dah seperti zaman muda dulu. Rasa rengsa kalau terlebih makan.

Pagi ni raya ketiga bertolak balik ke Terengganu pula pada jam 7.40 pagi. Ada kenduri aqiqah anak kawan Syikin pula. Adik dari Johor pun baru sampai dari rmah mak semalam.  Sampai rumah menghampiri jam 11am alhamdulillah jalan x jem juga.

Kenduri aqiqah di rumah kakak Syikin...


Raya di Terengganu

Letak gambar dulu..di rumah emak abah.. 


Generate AI.. 

Menu raya.. 

Tahun ni ramai takde. Kakak  sekeluarga beraya di Mesir, adik ketiga balik raya rumah mertua di Sabah, adik keempat menetap di UJ dan kelima beraya di Temerloh dulu.

Sambut birthday Alyan dan Affan bersama. Baby bulan 3. Alyan 8/3 cukup 9 tahun dan Affan 25/3 cukup 4 tahun.

Gebu betul anak ummi sayang. Semoga semua membesar dengan sihat dan bahagia dunia akhirat. Beli kek chocolate fudge RM113 di SR kongsi bayar dengan adik. 

Untuk catatan sendiri, berat ketika berpuasa tahun ini turun kepada 85.6kg paling rendah dari 89kg. Tapi lepas raya naik jadi 87kg pula. Huhu. Berazam untuk turun sehingga 83kg paling kurang. Entahlah. 

Thursday, 19 March 2026

Dividen TH dan refund LHDN 2026

Tidak dijangka TH buat pengumuman lebih awal dividen 3.5% tahun ini dan masuk sehari selepas pengumuman, Alhamdulillah.

Refund LHDN pula masuk 18/3 secara tiba2 juga setelah sekian hari menunggu. Tahun ni agak lewat tapi x mengapalah asalkan dapat. 

Semalam juga ujian keluar duit atm di bimb unisza dan transaksi tak berjaya tetapi duit ditolak. Telefon segera bank islam dan petang tadi dah masuk semula Alhamdulillah.

Colek AMZ berdekatan rumah. Banyak ni RM15.. 

Masak rendang dan lontong untuk raya. Masak supaya tak kalut.. 


Iftar FBK 2026

Acara tahunan tapi ralat tak ambil banyak gambar..

Alhamdulillah. Sederhana tapi bermakna. 

Balik rumah bagi hadiah pada Halaa sebab berjaya tidur bilik sendiri dengan kakak lebih 30 hari.. 
Untuk Alyan besday boy yang belum beli kek tunggu ramai balik raya ini.. 


Saturday, 14 March 2026

Ramadhan kali ini...

Kali ini tak terasa nak ke bazar atau buffet Ramadhan. Ke bazar pusing dan balik sebab takde yang berkenan di hati dan takut makanan tak sedap atau basi. Dari sudut kebersihan paling diragui.

Makanan di rumah juga menjadi pilihan. Di samping lauk percuma dari fakulti @ masjid.

Cara berlauk Jie bagi. Rezeki bulan Ramadhan banyak makanan percuma. 

Redund income tax belum dapat walhal sudah diisi 1 Mac. Rupanya LHDN hold dulu sehingga minggu kedu Mac. Patutlah dan ramai yang marah. Entahlah, gaji naik pun tidak begitu terasa sebab kenaikan harga barang dan keperluan sara hidup. 


Kelantan pada minggu Ramadhan terakhir

Merasai suasana bazar dan kedai makan di Kelantan ketika Ramadhan. Menggamit kenangan lama. Tak banyak gambar diambil sebab sibuk melihat makanan dan terlupa.. 

Singgah test drive chery omoda. Pasar Siti Khatijah, pasar berek 12, pasar kampung Cina, kuih muih Thai di Besut, nasi kerabu kadok yang sangat sedap walau terpaksa menunggu lama beratur hampir sejam.

Kalau dulu ikut mak ke sana ke mari cari pinggan mangkuk raya, hiasan rumah tapi saya pula skrg ke sana ke mari angkut anak cari makanan sedap. Rasa bersalah pula tapi inilah aktiviti paling menarik jika travel atau keluar berjalan. Mungkin  satu hari nanti dah tak teringin semua ni sebab dah puas.

Kalau di Terengganu pun dah rasa kurang hendak membeli makanan luar. Tak sama masa mula2 balik dari Jordan hampir tiap hari beli makanan luar. Kalau bazar Ramadhan mana tempat yang ada kami pergi. Sekarang tidak lagi. Nafsu semakin boleh ditahan mungkin dah umur 40an kot. 

Friday, 6 March 2026

Pertengahan Ramadhan 2026

Banyak cerita tapi tak tercatat.

Alyan dah berjaya puasa 10 hari. 

Lubna uzur dari Isnin lepas. 

Saya pula 3 hari pertama Ramadhan belum berpuasa kerana uzur. 

US dan Israel menyerang Iran Sabtu yang lepas.

Dapat makanan percuma hampir setiap hari dari fakulti dan masjid. 

Menu buka puasa semalam... 
Suami berbuka dengan kawan usrahnya semalam. 

Puding caramel air tangan suami..
Berbuka di rumah mak bawa nasi minyak kurma ayam.. 
Ke bazar Ramadhan di pasar Manir beli ayam panggang. Tak rasa nak membeli macam2. Nafsu makan agak menyusut sejak meningkat usia tapi masih suka ambil gambar makanan.. 
Meni iftar tak ingat bila.. 

Hasil beli sosej German di ShahAlam baru ni.. 

Moreh A&W teringin airnya.. 

Minggu ni semester belum mula jadi rasa sedikit tenang.

Lepas ni mungkin akan mula sibuk kalau betul pegang jawatan.