Sunday, 22 March 2026

Raya di Kelantan

Pagi raya kedua jam 7.50am bertolak ke Kelantan memenuhi open house ummi mak tiri suami. Samapi di Kota Bharu dalam jam 10.40am alhamdulillah jalan lengang walaupun hari raya kedua mungkin kerana awal pagi orang belum keluar beraya. Di rumah ummi..


Ada sup tulang daging makan dengan bihun, ada roti jalan kuzi ayam, nasi imput dan rendang ayanm serta daging..

Rumah mak long pula ada nasi beriani sambal ayam, gulai ayam style kelantan yang sedap betul serta laksa penang. Tapi sebab kenyang sangat jadi makan sikit sahaja..

Rumah mak ayah kepada kawan baik suami Fakhrul..macam2 menu ada tapi perut dah tak dapar menerima lagi..merasa sedikit lontong yang sedap..

Nikmatnya makan tapi perut dah seperti zaman muda dulu. Rasa rengsa kalau terlebih makan.

Pagi ni raya ketiga bertolak balik ke Terengganu pula pada jam 7.40 pagi. Ada kenduri aqiqah anak kawan Syikin pula. Adik dari Johor pun baru sampai dari rmah mak semalam.  Sampai rumah menghampiri jam 11am alhamdulillah jalan x jem juga.

Kenduri aqiqah di rumah kakak Syikin...


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك