Alyan dah berjaya puasa 10 hari.
Lubna uzur dari Isnin lepas.
Saya pula 3 hari pertama Ramadhan belum berpuasa kerana uzur.
US dan Israel menyerang Iran Sabtu yang lepas.
Dapat makanan percuma hampir setiap hari dari fakulti dan masjid.
Menu buka puasa semalam...
Suami berbuka dengan kawan usrahnya semalam.
Puding caramel air tangan suami..
Berbuka di rumah mak bawa nasi minyak kurma ayam..
Ke bazar Ramadhan di pasar Manir beli ayam panggang. Tak rasa nak membeli macam2. Nafsu makan agak menyusut sejak meningkat usia tapi masih suka ambil gambar makanan..
Meni iftar tak ingat bila..
Hasil beli sosej German di ShahAlam baru ni..
Moreh A&W teringin airnya..
Minggu ni semester belum mula jadi rasa sedikit tenang.
Lepas ni mungkin akan mula sibuk kalau betul pegang jawatan.
No comments:
Post a Comment
شكرا على تعليقاتك