Saturday, 14 March 2026

Kelantan pada minggu Ramadhan terakhir

Merasai suasana bazar dan kedai makan di Kelantan ketika Ramadhan. Menggamit kenangan lama. Tak banyak gambar diambil sebab sibuk melihat makanan dan terlupa.. 

Singgah test drive chery omoda. Pasar Siti Khatijah, pasar berek 12, pasar kampung Cina, kuih muih Thai di Besut, nasi kerabu kadok yang sangat sedap walau terpaksa menunggu lama beratur hampir sejam.

Kalau dulu ikut mak ke sana ke mari cari pinggan mangkuk raya, hiasan rumah tapi saya pula skrg ke sana ke mari angkut anak cari makanan sedap. Rasa bersalah pula tapi inilah aktiviti paling menarik jika travel atau keluar berjalan. Mungkin  satu hari nanti dah tak teringin semua ni sebab dah puas.

Kalau di Terengganu pun dah rasa kurang hendak membeli makanan luar. Tak sama masa mula2 balik dari Jordan hampir tiap hari beli makanan luar. Kalau bazar Ramadhan mana tempat yang ada kami pergi. Sekarang tidak lagi. Nafsu semakin boleh ditahan mungkin dah umur 40an kot. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك