Wednesday 30 March 2016

Hantar hamidah & amni

Malam tadi kami bersama rombongan pelajar di Jordan mengiringi midah dan amni yang pulang ke Malayisia for good. Di mator queen alia...



Sekejap saje terasa masa berlalu. Harapnya awal tahun depan kami akan pulang for good dan saya mengenggam syahadah dukturah inshaAllah.

Ini tesis saya. Haha. Bukanlah. Ini tesis yang saya pinjam dari musyrif. Tesis bekas pelajar bawah seliaannya...


Saje nak tengok gaya penulisan yang sepatutnya.

Tengahari semalam bawa nasi bungkus ke rumah midah makan sama-sama...


Sy masak kari ayam, sayur kobis goreng, begedil, acar buah, sambal belacan. Tuan rumah tambah sambal tumis dan ikan bilis goreng nyakut molek org kelate kata. Betul ke? Keh2. Makan bersama buat kali terakhir di bumi Jordan dengan midah dan amni. Baca blog ini tahun-tahun mendatang saya pasti menangis dan rindukan segala ketenangan di sini.

Beberapa hari ni fokus tesis terganggu. Pertemuan dengan adik2 HEWI Amman dan sibuk merancang program talk dgn Dr. Raihanah. Sorang ahli saje boleh menghuru-harakan rancangan. Elok semua setuju tiba-tiba datang mencadangkan yang lain. Sudahlah datang lewat perbincangan, cadang pula yang bertentangan, rungut beberapa ahli mensyuarat whatsapp.

Dalam hati selalu tekad untuk habiskan PhD ini secepat yang mungkin. Tapi bila terkenangkan habis PhD perlu segera masuk bekerja, hati jadi tawar semula. Entah apa mehnah dan tribulasi alam pekerjaan apabila sudah ada PhD nanti. Paling benci sekiranya perlu menghadapi suasana persekitaran dengan rakan sekerja yang punya sikap negatif. Mungkin perlu lebih banyak isolatekan diri nanti dan berhati-hati memilih rakan untuk team work. Fokus pada mengajar dan menulis inshaAllah.

Selasa baru ni sempat saya menghantar draf adawat dirosah yang telah dibaiki pada dr.kilani. Harapnya cepatlah proses musyrif menyemak. Lagi dua bulan sebelum pulang ke malaysia untuk collcet data. Perlu mula menulis draf fasol 4 & 5 mana yang boleh.

Sunday 27 March 2016

دعوة الأصدقاء للمأدبة الغدائية

Semalam kami menjemput beberapa rakan makan tengahari di rumah. Sambil menjamu sambil bercerita. Yang perempuan belum puas berkongsi cerita, yang lelaki dah surrender. 

Mee kari, nasi putih lauk campur...


Kek dan karipap sardin...


Kek velvet keju leleh. Kental sikit rasa kek sebab saya buat malam hari dan jamu pada keesokannya. Mungkin ada apa-apa bahan yang boleh mengekalkan kelembapan pada kek yang saya tak tahu. Ovelet mungkin?


Seperti biasa gambar orang selalu lupa nak ambil!

Berekerimen di dapur buat acar buah...


Karipap sardin lagi baki inti semalam saya buat sardin ingat nak bagi karipap pada dr.nadi tapi tak jadi pula...


Friday 25 March 2016

Jamuan makan adik-adik WISE

Chickenn grill hari ini...


Buat karipap sardin untuk tetamu esok hari...


Yee mee basah semalam...


Jamuan makan di rumah adik-adik ijazah WISE uni sempena perpisahan dgn hamidah yang akan pulang ke Malaysia...nasi tomato ayam sambal, sedap betul...


Sebelum balik bergambar bersama-sama...


من الذكريات الحلوة يوما ما...

Wednesday 23 March 2016

معرض الكتب في جاليري رأس العين

Baru hari ni tengok iklan pameran buku di Amman. Apa lagi lepas solat zuhur bergegas ke sana. Rasa dah lama tak beli buku. Kalau boleh mahu bawa pulang terus ke malaysia jun ini.

  


Singgah wasat balad beli ikan-ikan...


Kali pertama jumpa ikan selayang di Amman! Sebelum ni pernah jumpa ikan kembung...


Makan tenghari tilapia bakar lagi...


Lauk feveret dari dulu tempoyak ikan bilis..!


Beli buku cerita kanak-kanak di ma'rod. Pantang tengok buku cerita saya mesti akan tertarik untuk beli. Suka dengan bahasa buku cerita santai dan boleh kita gunakan dalam perbualan seharian. Harap berguna untuk bahan mengajar di Malaysia nanti inshaAllah.




Tuesday 22 March 2016

Macam mana saya menguruskan kerja tesis?

Jawapan kepada soalan di atas adalah membuat tesis macam biasa sahaja. Takde nak asing bilik belajar dari bilik tidur. Hanya mengharapkan belas ehsan suami menjaga lubna dan simpati lubna terhadap saya ketika sibuk mencurahkan idea.

Tak gemar membaca dan menulis di library. Suasana yang sunyi dan rasmi membantutkan idea dan membunuh rasa santai pada apa yang dibaca. Lagi pula malas mahu berangkut segala perkakas keluar dari rumah semata-mata untuk menulis! Belum sampai jamiah agaknya sudah penat menyiapkan segala. Sampai library mungkin berangan atau sibuk tengok orang pula. Tak payah mengada-ngada. Duk sajelah di rumah tu. Pandai-pandailah bawa diri. Tu nasihat untuk diri saya, lain orang lain cara.






Monday 21 March 2016

Mansaf lagi

Tadi jumpa musyrif, perlu baiki sedikit bahagian adawat dirosah. Alhamdulillah lebih jelas selepas berjumpa doktor. Balik dari jamiah menuju ke sameh mall dengan suami dan anak. Shopping centre tempat kami melepaskan kebosanan bila berhari-hari tak keluar rumah. 

Balik rumah masak mansaf. Tiba-tiba teringin lepas tengok jameed sail di peti ais pasaraya. Apalagi ketung ketang di dapur...



Makan dengan cili hijau dan bawang kuning sedap betul. Saya gabungkan kaedah penyediaan mansaf ni mengikut cara ummu abdullah dan basma. Yang pasti saya lebih suka jamed jenama teebah dan laban syaneneh yang digunakan basma sebab rasanya kurang masam.

Ok, mau solat asar.

Sunday 20 March 2016

Kari

Makan petang mee kari..Cair sikit sebab salah bajet rempah..


Kari kambing...



Lauk kegemaran saya daripada dulu lagi adalah kari. Muka saje macam cina tapi selera mamak. Vadai, roti canai, antara makanan india yang saya sangatlah suka.

Dalam kabinet dapur berapa banyak jenis kari dari malaysia belum habis-habis pakai lagi. Tambah lagi dengan orang bagi menjadikan stok rempah kari tak pernah habis. Kari adabi, kari mak siti, kari faiza, kari babas, kari alagappas, kari cap kg langgar, kari gulai cap perempuan masak, lari madras. Berapa banyak stok kari ada kat jordan ni huhuhu. Dalam banyak-banyak rempah kari ni yang paling saya suka ialah kari adabi, kari kg.langgar dan gulai perempuan masak. Jenama yang ini paling sedap pada tekak.

Belum campur rempah lain kerutuk, kuzi, dalca, gulai darat, rempah kambing, kurma, sup huahuahua. Rasanya tahun depan pun belum habis lagi rempah-rempah ni.

Tambah lagi tak dapat masak kari hari-hari sebab suami tak berapa minat makan kari. Tapi yang peliknya kalau masak dia juga yang makan sampai menjilat periuk kui2.

Tak dapat lelapkan mata. Lubna batuk-batuk.

Ok rasa mengantuk pulak. Ayat berterabur semenjak dua menjak ni.

Saturday 19 March 2016

Turki dibom lagi

Rasanya sudah kali ketiga berlaku insiden pengebom berani mati di turki dalam tahun ini. Rasa berdebar dan sedih kerana mungkin hasrat mahu ke sana tidak dapat direalisasikan tahun ini. Rasa gusar dengan apa yang berlaku di sana. Rasa berdebar sebab bulan lepas sibuk mencari tiket untuk ke turki bulan tiga ini tapi berakhir dengan membeli tiket pulang ke malaysia dahulu. Akhirnya menangguh hasrat ke turki. Bila berlaku insiden-insiden seperti ini semakin tawar hati untuk ke sana. Semoga Allah mudahkan urusan umat islam di sana. Sedih dan terkilan.

Hari ni menziarahi hanilah di sweileh  itupun selepas dijemput ke rumahnya. Saya ni kalau orang tak je pit memang tak pegi kui2. Bukan apa, takut menyusahkan orang kalau datang tiba-tiba tanpa diundang. Dijamu mee kari yang sedap sungguh...


Tak pernah puas makan mee kari. Sedap betul. Hampir 5 jam berborak tak sedar hari hampir senja. Sebelum maghrib kami pun meminta diri.

Makan malam mee goreng sahaja...


Semakin hampir penghujung bulan tiga.

نقترب من أواخر شهر مارس، أتمنى نهاية سعيدة لهذا الشهر إن شاء الله. 

Kelas masakan mansaf & malfuf






Seronok sangat bila belajar ramai-ramai macam ni alhamdulillah.

Saya bawa kek ke usrah juga...



Bertungkus lumus menyiapkn kek sorang diri waktu suami solat jumaat. Biasanya suami membantu. Bersusah-payah mencari barang sambil memutar bahan kek.

Thursday 17 March 2016

Chicken chop



Chicken grill suami...


Fried Chicken chop untuk saya...



Time kasih abang tolong debone ayam dan realisasikan selera ini. Kih2. Tiba-tiba keinginan nak makan steak dan chicken chop datang menggebu-gebu. 

Resepi koleslow: Kobis, carrot, susu manis, mayonis, cuka, whipping cream.

Perlu tulis sbb sedap haha.

Tengahari tadi jumpa musyrif juga. Sempat serahkan draf bina' barnamij. Rasa macam slow je flow tesis. Musyrif macam tak kisah kalau saya lambat menulis atau lambat habis. Mungkin kebanyakan arab sini menulis lama dan tak terikat dengan mana-mana organisasi. Kalau tanggung sendiri memang xkisahlah habis cepat atau lambat. 

Kadang-kadang terpiki agaknya kalau belajar di UK macam mana pula keadaannya.

Tuesday 15 March 2016

الدراسة الاستطلاعية لمرة ثانية

Hari ni panggil lagi tiga orang tullab markaz lughah di sini sbgi sebahagian dari respondan pre-test. Kelihatannya perlu dibaiki sedikit lagi soalan-soalan. Semacam sukar difahami pelajar.



Simple saje jamuan memandangkan rasa malas nak masak. Mee goreng dan nasi lemak. Harapnya dapat tambah respondan dalam 2-3 orang lagi sudah memadai. 

Time kasih kepada suami yang membantu mengambil dan menghantar adik-adik ini. Awa sayang abang.

Facebook wall terpampang ganbar ini. Ayu sungguh rasa waktu ni. Majlis perkahwinan rakan sejabatan firdaus. Bersama rakan-rakan jabatan b.Arab yang lain dari kanan syikin, kti, knisak, k.zan dan saya. Waktu ni rasanya xsampai setahun perkahwinan saya dan suami...


Ok, lepas ni ada lagi tetamu-tetamu jemputan yang perlu dijemput dan dijamu. Perlu melihat jadual dulu baru menjemput. Adik-adik ijazah sini yang paling gembira bila dijemput makan ke rumah. Seronok menjamu orang yang suka makan dan tidak cerewet walau pun kita masak rasanya biasa-biasa saje. Hua2.

Monday 14 March 2016

Jangan berasa cukup dengan ilmu yang ada

Baru-baru ini dapat untung dari jualan buku Al-Muin berjumlah RM 254 seorang setelah dibahagikan kepada 5 orang penulis, alhamdulillah. 356 buah buku dijual kepada pelajar ijazah yang mengambil bahasa Arab di UniSZA. Sedikit untuk jualan diberi kepada jabatan, dan sebahgian masuk kepada akaun penerbit.

Menunggu hasil jualan buku Al-Mursyid pula walau pun jualan dijangka tak banyak setelah FKI bertindak mengeluarkan buku sendiri untuk pelajar mereka. 

Semalam juga telah menerima surat kebenaran dari UniSZA untuk menjalankan kajian PhD di Malaysia, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan di kelas nanti. 

Urusan dengan musyrif sedikit mencabar dan terganggu. Bila dicall kadang tidak diangkat. Menulis di bawah isyrofnya tidak banyak desakan. Tidak stress dan tidak terburu-buru. Rasa gembira sebenarnya tapi sedikit gelisah bila melihat musyrif orang lain sedia menetapkan date line untuk draf fasol masing-masing, tetapi tidak berlaku pada saya. Malah, saya sendiri yang menetapkan tarikh bila akan bertemu dengannya kembali dan bila saya akan siapkan. Kelakar juga. Pengalaman yang sama ketika master dulu. Bezanya kali ini rasa lebih lapang dan tenang walau pun kerap dikacau lubna.

Rakan-rakan PhD yang datang pada tahun 2013 bersama, ramai yg akan pulang tahun ini memandangkan masing-masing hanya mendapat tempoh 3 tahun pengajian. Hanya saya dan seorang lagi pensyarah Usim mendapat tempoh 3 tahun setengah yang tamatnya pada bulan 3 tahun depan. Rezeki kami alhamdulillah. Semoga baki masa yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya inshaAllah. Bumi Jordan pasti akan dirindui. Kalau ada paper yang boleh dibentang, jomlah kita pegi jordan semula 10 tahun dari sekarang, dapat lepaskan rindu pada bumi ini kata suami. Keh3. Dalam hati, banyak lagi tanah yang belum dijejak. Ada peluang mahu pergi ke negara lain pula inshaAllah.

Dasar penuntut ilmu sepatutnya tidak pernah ada rasa puas belajar. Walau sudah belajar masih terasa belum cukup dan kerdil. Aib bagi sesiapa yang merasa cukup dengan apa yang telah dipelajari dan merasa tidak perlu lagi belajar. Lebih aib jika menyatakan dia lebih tahu dari orang lain, sedang orang lain melihat kekurangannya. Malah merasa megah dengan ilmu yang ada walhal belajarnya baru 4-9 tahun cuma. Imam terdahulu dan para ulama kibar tempoh belajarnya berpuluh tahun masih merasa tidak cukup dan jauh sekali ingin mendabik dada. Malulah.

Nasi kabsa kambing dan ayam



Dua kali masak nasi kabsa. Suami tak puas makan. Tomato puri takde jadi tak berapa gelap nasi. 

Buat gulai kambing sikit...



Sunday 13 March 2016

خمسة قرورش...

Lubna bagi duit 5 qurush untuk beli vitamin dia sendiri. Hahaha. Makin syatiroh anak dara ni. Dah pandai berjual beli. Mungkin selalu tengok proses bayar barangan di kaunter. Jadi nak praktik pula di rumah.
فطورنا صباح اليوم، رز مقلي عادي...



    تقدم أطروحتي لا يسير بسلاسة دائما ما تتداخل أمور خارجية تزعج التركيز على المطالعة والكتابة. رغباتي الآن كلها حيال .. طبخة وطهي...ولا أستطيع أن أمانع نفسي من تصفح صفحات الوصفات والأطباق الموجودة على النت.  اللهم  يسر لي أمري هذا  إياك أستعين ساعدني في إنجاز هذه الأمانة والمسؤولية.

راح نصفي الآخر إلى دورة د.نادي في الهاشمي، وأصلا اتفقنا على أن نروح معا وأستني في السيارة مع لبنى حين الدورة نظرا لعدم سماح النساء دخول  الدورة ، وهي مفتوحة للرجال فقط. ولكن قدر الله ما شاء ليس بإمكاني متابعته اليوم. أدعو له أن يروح ويرجع بسلامة إن شاء الله.
. لو كان يعرف كم أحبه وأقلق من سلامته طيلة حياتي هههه ولا أستطيع تخيل العيش بدونه يا روحي نصفي الآخر.    

Saturday 12 March 2016

Red velvet cheese cake

Alhamdulillah berjaya melaksanakan misi bersama-sama suami...


Saya sediakan bahan, suami tukang putar...


Resepi ambil dari facebook azlina ina. Sedap sungguh rasa kek. Gebu dan berlemak.

Ziarah midah amni semalam, masak beras 'nasi dagang' yang midah bagi sebelum ini, tapi yang sebenarnya ia bukan beras nasi dagang, tetapi adalah pulut hitam..hua2..lepas masak baru terdetik di hati nak jenguk google..redho sajelah...


Nasi putih sambal sardin, bila malas ini resepi paling sedap...



Bakat melukis lubna semakin menyerlah...


Red velvet kukus dan bakar version 1
Bahan2(buat susu masam atau buttermilk bukan butter pahamkan ye)
1kotak kecil susu ina pakai dutch lady yg rm1.80 tu semuakan dalam 200ml atau pon 3/4 gelas hampir penuh gelas bukan cawan ye
2sk pewarna merah atau meroon ina gune serbuk good warne die cap bunge ros
1sb cuke masakan
Satukan semua bahan jgn kacau bia 10 mnt
Kalau malas gune je yogurt 1/2 cawan tp rasa kurg sedap 


Ok sementara tu
3/4 ketul butter atau setengah ketul tu lebihkan sket
Mix dgn 1 cawan gule halus dalam 20 mnt atau smpai butter kuning jd warne cream
Masukkn 3 bijik telur satu2 masukkn mix dalam 10 mnt
Sementara tunggu bhn mix td kembang ayak kan
2 cawan setengah tepung gandum+1sk baking powder +1sk serbuk koko
Ok masukkn dalam bhn mix td tepung beselang dgn bhn buttermilk td(kacau dulu ye buttermilk nye)
Smpai abis..amik 1sk soda bikarbonat plus 1sb cuke campurkan die berbuih terus masuk dalm adunan td kacau rata je
Masukkn dalam bekas aluminium 8x4 panaskan kukusan dan kukus dalam masa 20 mnt kalau pakai kukusan penutup kaca atau 25 mnt pengukus biasa kalau bakar suhu 160 masa 20 hngga 25 mnt
*pastikan atas permukaan aluminium ttup plastik red v sgt sensitif kalau xttup permukaan kek jd liat k bg proses kukus la orite
Topping
250g cream cheese
1/4 cawan whipping
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair kalau nak leleh lebih tmbh kan
Blender semua tuang atas kek
Parut cheddar cheese dan hias sukati korg

https://www.facebook.com/zainudin.azlina/posts/1751177505116037

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...