Saturday 5 March 2016

Facebook 'surat khabar' online

FB dah jadi seperti surat khabar. Orang buka setiap hari untuk tahu perkembangan 'dunia' dan gosip serta viral yang takde memberi manfaat pun sebenarnya. Buka FB banyak bicara kosong saje. Lagi ramai friends lagi banyaklah bicara. Surat khabar dan pengarangnya bukan semua beritanya sohih dan boleh dipercayai. Macam itu jugaklah Facebook. 

Daripada kita sibuk update status, komen status orang 24 jam, baiklah kita cari dan baca blog-blog cerita pengalaman bermacam jenis orang yang boleh dijadikan teladan dan sempadan. Blog orang berniaga hingga berjaya, blog pengalaman pelajar-pelajar yang telah mendapat PhD masing-masing, blog tambah punca pendapatan, blog soal jawab agama (atau mgkn boleh dengar ceramah dalam youtube), blog 1001 pengalaman orang, blog masalah kehidupan, blog resepi (xpernah miss) antara jenis blog yang saya suka baca, rujuk dan jadikan sebagai pencetus idea dan semangat. Tapi kalau buka FB tak dapat apa pun haha. Banyak copypaste dan bicara tanpa tindakan.

Hari ini telah menghantar emel kepada knisak untuk panjangkan surat mohon kebenaran menjalankan kajian di PPI, dan emel kepada amirah untuk menyemak adawat dirosah saya. Setakat ini baru ada 6 orang penyemak. 7 orang sudah cukup kata musyrif.

Mood menulis agak lembap minggu ini dan lepas. Satu hari hanya berfikir dan mampu menghasilkan purata satu ayat. Harus sambung membaca menulis semula. إلى اللقاء

--------

Sekejap je menjenguk tesis, last-last ke dapur juga akhirnya...




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah