Saturday 19 March 2016

Turki dibom lagi

Rasanya sudah kali ketiga berlaku insiden pengebom berani mati di turki dalam tahun ini. Rasa berdebar dan sedih kerana mungkin hasrat mahu ke sana tidak dapat direalisasikan tahun ini. Rasa gusar dengan apa yang berlaku di sana. Rasa berdebar sebab bulan lepas sibuk mencari tiket untuk ke turki bulan tiga ini tapi berakhir dengan membeli tiket pulang ke malaysia dahulu. Akhirnya menangguh hasrat ke turki. Bila berlaku insiden-insiden seperti ini semakin tawar hati untuk ke sana. Semoga Allah mudahkan urusan umat islam di sana. Sedih dan terkilan.

Hari ni menziarahi hanilah di sweileh  itupun selepas dijemput ke rumahnya. Saya ni kalau orang tak je pit memang tak pegi kui2. Bukan apa, takut menyusahkan orang kalau datang tiba-tiba tanpa diundang. Dijamu mee kari yang sedap sungguh...


Tak pernah puas makan mee kari. Sedap betul. Hampir 5 jam berborak tak sedar hari hampir senja. Sebelum maghrib kami pun meminta diri.

Makan malam mee goreng sahaja...


Semakin hampir penghujung bulan tiga.

نقترب من أواخر شهر مارس، أتمنى نهاية سعيدة لهذا الشهر إن شاء الله. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah