Thursday 21 January 2016

Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan umrah kami

Dalam beberapa jam dari sekarang akan menaiki bas menuju ke madinah.

Persiapan yang ada...


Doakan safar kami.


Wednesday 20 January 2016

الأغراض من ماليزيا

Kirim barang dari malaysia melalui cg.fauzi yang datang 


Isteri cg.li bagi buah tangan, kopok2..semoga Allah memberkatinya...





Kerutuk ayam berkuah...


Sambal tumis bawa ke madinah & mekah..





Monday 18 January 2016

Mee bandung, roti jala





Makan di rumah k.shima baru ni...


Nasi putih, kurma ayam & laksa kedah yang sedap! Nak kena cari resepi dan buat nanti...


Hari ni baru kemas baju sikit-sikit. Nak kena masuk dalam beg pula. Fasol 3 belum siap lagi. Merangkak pulak menulis kali ni.

Saturday 16 January 2016

ورشة بسيطة للعمرة

Semalam bertempat di kediaman u.ghazali & keluarga, berlangsung sesi taklimat umrah secara ringkas. InshaAllah sekiranya tiada aral melintang, minggu depan kamiakan bertolak ke sana menaiki bas.  Sekitar pertemuan semalam...





Salute dgn k.shila yang bersilat masakkan sarapan yang berat lagi bermacam-macam. Nasi lemak, ayam berempah, laksa, karipap. Kalau saya masak banyak macam tu mau pengsan kat dapur. Saya hanya bawakan kue teow goreng. Kebetulan teringin nak makan, buat satu adunan.

Rasa tak sabar mau sampai di madinah & mekah. Kali pertama mengerjakan umrah harapnya diterima Allah dan dipermudahkan segala urusan kami. 

Sarapan merangkap makan tenghari haru ini...


Rendang ayam, pulut kuning.

Sudah seminggu kami asyik bangun lewat. Lepas subuh tidur semula. Nikmatnya terasa. Bila mula kerja nanti, lubna ke sekolah sume di sini akan menjadi kenangan yang indah. Rindu bermalas-malasan  & santai memasak.

Hari ni juga ada jemputan makan di rumah k.shima lepas maghrib. Hairan jg sebab ikutkan diorg dah buat jamuan beberapa minggu lepas tp kami xdijemput. Mgkn rasa serba salah kot. Kui3.

Ok, fasol 3 dah masuk 7 halaman. Mahu siapkan banyak sebelum menunaikan umrah. Hajat nak balik bulan enam ini untuk kumpul data. Ya Allah permudahkanlah.

Hajat juga nak pergi turki tahun ni, nak pergi pesta buku di morocco. Waaaah banyak nk guna duit tahun ni. Piki piki balik malaysia nanti dah tak berpeluang bercuti panjang pegi jauh-jauh dengan kos berkali ribu gandanya. Umrah kami nipun dengan menaiki bas untuk tiga orang hanya RM4000. Murah. Tapi penatlah sikit naik bas hampir 24jam utk sampai ke madinah. Huhu. Xpelah, bila lagi nak merasa. Mujur pergi dgn rakan-rakan malaysia juga. Semoga dimudahkan urusan.

Monday 11 January 2016

الحمدلله تم تسليم نسخة مسودة من الفصل الثاني

الحمدلله قدمت الفصل الثاني إلى د.كيلاني صباح اليوم. هذا الأسبوع لازم أن أبدأ بكتابة الفصل الثالث. لا يمكنني انتظار الدكتور لانتهاء من التصحيح كله .الوقت يغار مني والساعة تدق أسرع مما أتوقع. 

رحنا اليوم إلى سيتي مول، وقبل ذلك تغدينا في مطعم جوهر اليمن لتناول زربيان وبرياني. يا سلام ما ألذ الطعام خاصة في لحظة الجوع. سنشتاق للأرز العربي عندما نعود إلى ماليزيا سنة قادمة. وعدت لنفسي ولزوجي أن آكل كل أرز عربي ثلاثة أشهر كل يوم قبل عودتنا إلى ماليزيا هههه












Sunday 10 January 2016

Dumpling..dumpling

Petang ni teringin makan dumpling. Google resepi dan taraa..


Isi ayam, udang, ketam stick, bawang putih, minyak bijan, garam, lada sulah. Hancur-hancurkan semua isi ayam, ketam dan udang serta bawang putih. Gaulkan dengan garam, lada sulah dan minyak bijan, siap.

Dohnya saya buat guna campuran tepung ubi, tepung gandum, tepung jagung, sedikit air panas. Campur semua bahan tepung dan gaul dengan air panas sehingga menjadi doh yang lembut lagi gebu.

. اليوم أنهيت كتابة 29 صفحة للفصل الثاني الحمدلله


Saturday 9 January 2016

Beberapa perkara yang buatkan rasa cepat nak marah


  1. Tidak sarapan pagi @ lambat sarapan pagi.
  2. Berbual @ bertemu dengan orang yang ingin memindahkan aura negatifnya kepada kita.
  3. Berbual dengan orang yang meminta pandangan tapi bila kita bercakap  ada saje yang dibangkangnya. 
  4. Orang yang suka menimbulkan isu @ soalan remeh temeh dan menyeret kita untuk turut sama membincangkannya.
Ok, selamat mebaca.

Thursday 7 January 2016

Selsema dan batuk belum mau berakhir

Masuk hari ni cukup seminggu batuk, selsema, alhamdulillah ala kulli hal. Yang ini lebih baik dari sakit demam panas khamis lepas. Ya Allah sakitnya demam panas sampai ke kepala berdenyut-denyut. Dada depan dan belakang terasa seperti dibakar. Tambah sakit bila demam musim sejuk dengan suhu malam mencecah antara 3-8 darjah celcius, rasa seperti mahu pulang ke malaysia saat itu juga. Puas sudah duduk di negara beriklim sejuk. Mahu main salji pun sudah jemu akibat tak tahan dengan suhu yang sejuk.

Makan hari ini, nasi kuning gulai ikan makeral...



Makan semalam nasi minyak...




Nasi ayam suami masak beberapa hari lepas...


Bila dah sihat sedikit macam-macam rasa nak masak. Timbang semalam berat susut dalam 1-2 kg. Bukan lemak yang susut mungkin kehilangan air akibat demam beberapa hari.


Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...