Tuesday 29 September 2020

Penghujung September 2020

Pejam celik dah hujung September 2020. Tak lama lagi tahun 2021 menjelma.

Hari ni dah 52 hari selepas melahirkan anak. Rasa sengal di perut sudah hilang. Boleh solat pada hari ke 50 alhamdulillah. Berdoa agar Allah memudahkan urusan ibadah saya supaya tidak lewat solat atau caca merba kerana melayan baby baru dan karenah anak-anak lagi. Dapat menambah dan konsisten melakukan ibadah sunat terutamanya solat dhuha dan solat rawatib. Puasa sunat saya belum mampu lagi untuk konsisten. Dalam banyak ibadah puasa adalah paling sukar untuk saya konsisten mengamalkan.

Dua tiga hari ni agak bersemangat menyiapkan bahan poster untuk pertandingan inovasi bahasa Arab anjuran UPSI. Rasa lebih bertenaga selepas mula bersolat dana baby lebih banyak tidur. Alhamdulillah moga Allah mudahkan urusan harian kami. Rasa gusar memikirkan keadaan bila mula kerja nanti.

Sebelum terlupa nak catat kos autogate RM1400 siap dipasang lebih kurang dua minggu lepas. Mudah kerja suami nak keluar masuk beli barang dan ambil anak dari sekolah tak perlu terbongkok-bongkok buka tutup pagar. Kadang-kadang anak-anak suka bermain di luar, rasa tak senang hati pintu tak bertutup. Belum lagi hujan atau balik lewat malam, autogate memudahkan urusan.

Ok, nak siap sidai kain dulu sebelum anak jaga.



Sunday 6 September 2020

Berat Halaa 3.8kg

Pada hari ke 20 berat Halaa dah mencapai 3.8kg. Alhamdulillah. Ummi suka baby debab haha.

Cuti hujung baru ni ke rumah kakak di Dungun bawa anak-anak maik dengan sepupu-sepupu. Tidur semalam di sana. Seronoklah anak-anak main sama-sama. Kakak masakkan lauk pantang. Tapi saya tak pantang sangat pun hihi..



Beli ikan lunak harga promosi RM75 dengan agen JRM di Dungun. Dapat dua pek ikan dan air asam jawa. Ya Allah sedap sangat...

Goreng sambal petai daging...

Hari ni genap 28 hari lepas bersalin. Rasa baru je berlaku. Luka di perut dah agak ok cuma masih rasa sengal bila nak bangun dari katil atau nak beralih kedudukan badan ketika sedang baring.



Tuesday 1 September 2020

Bila isteri terlebih rajin...

Dalam masa berpantang ni dua tiga kali rasa stress dan menangis sendirian.

Bila rasa sakit badan dan nak dibelai dan urut suami tak dapat nak buat. Rasa sedih dan letih. Kadang berangan indahnya kalau ada nanny tolong tengok anak dari a-z dan urus semua urusan rumah.

Awal berpantang saya usaha bantu urus rumahtangga mana yang boleh. Walhal badan masih tak rasa sihat tapi kerana kasihankan suami saya gagahkan diri. Tapi suami ingat saya dah kuat dan sihat. Akibatnya bila rasa tak sihat saya terpaksa buat juga sebab suami ingat saya boleh buat padahal saya masih dalam berpantang emosi, mental dan fizikal. 😔

Sekarang ni tengah menyusu anak, sambil pakai pampers dan baju anak kedua, sambil tengok anak sulung buat kerja sekolah. Benda macam ni bila berulang berkali akan membawa rasa stress pada ibu. 

Apapun saya bersyukur suami dapat bantu bahagian lain. Bantu saya mencucuk ubat heparin selama 10 hari pagi malam, bawa anak ke klinik kerana kuning, memasak, sidai baju, beli barang harian..banyak lagilah perkara yang saya tak boleh nafikan di sebalik kekurangan yang ada. Alhamdulillah.

Lubna dapat hadiah sempena pertandingan mewarna hari merdeka di sekolah...

Makan steambot petang tadi...



Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...