Wednesday 23 January 2019

Cat ruang tamu

Jenama nippon jenis green shoot RM35 seliter.

Hias rumah sikit-sikit sebab takut tersalah hias. Warna hijau ni pun mula-mula rasa tak sesuai je lepas cat. Tapi lama-lama oklah nampak. Beli dua liter tapi guna 1.5 liter sahaja. Asalnya nak guna wallpaper tapi bila kira-kira keluasan dinding di situ akan menjerut RM700. Huhu. Sedangkan cat baru RM70. Haha. Saya cat di bahagian bawah, suami sambung di bahagian atas dan kemasan. Siap jugak walau penat.

Cuba rasa di TY cafe Terengganu...



Oklah, untuk kelainan boleh cuba makan di sini. Harga standard hotel biasa. 

Wednesday 16 January 2019

Dunia tempat ujian

Ujian bekerja berbeza dengan ujian belajar. Tapi perasaan bebanannya masih sama. Tiada seorang yang bebas dari diuji selagi hidup.

Terimalah. Alhamdulillah.

Untuk setiap kata-kata, perbuatan dan sangkaan orang yang menyinggungkan biar Allah yang membalasnya. Cepat atau lambat balasannya pasti ada.

Bila buat jahat hati akan sentiasa gelisah. Hilang nikmat tenang bila asyik gelisah dan susah hati kerana banyaknya hati yang disakiti.

Saturday 12 January 2019

Potluck di pejabat

K.ti ajak buat potluck setelah sekian lama aktiviti ni terhenti sejak masing-masing sambung belajar. Teringat kenangan dulu kami mengagih giliran memasak dan makan sama-sama di atas lantai bilik pejabat. Seronok dan makan dengan banyak sekali.

Khamis baru ni saya masak tomyam dan kti masak nasi dan sayur. Ajak syikin dan k.zan sekali. Hasilnya...


Tersandar kekenyangan. Kalau hari-hari potluck memang gemuklah masing-masing. Plan seterusnya selasa depan pula inshaAllah. Dapat buat sekali seminggu dah cukup bagus. Rutin harian berbeza menjadikan hidup lebih bermakna.

Balik Kelantan

Hampir dua bulan tak balik kampung suami. Rasa macam-macam nk makan bila balik. Seronok tengok pelbagai jenis makanan terjual dari pagi sehingga ketengah malam.
Pagi jumaat membeli di pasar sambil mendengar kuliah sebagai halwa telinga.  Tengahari sabtu makan nasi ulam cikgu. Malamnya beli nasi air dingin yang pelbagai jenis. Lewat malam ada food truck & warung-warung seperti pasar malam di tengah bandar. Memang tak boleh nak berdiet bagi sesiapa yang datang kelantan.

Sunday 6 January 2019

Beli kerusi chaise lounge & hias meja belajar anak

Ini antara kerusi idaman saya. Kalau boleh nak satu set tapi apakan daya kerana saiz kewangan yang terhad ditambah pula saiz ruang tamu yang terhad. Maka terpaksa berpada-pada bila membeli perkakas rumah.

Pilih warna hijau lumut supaya dapat digandingkan dengan sofa lain. Cantik warna ni. Suka sangat. Harga RM1030 plus kos pos RM250. Beli dari syt furniture yang saya jumpa melalui facebook. Puas hati. Dalam masa seminggu sampai...


Bunga hujung dinding habis dinoda anak teruna. Benci betul agaknya tengok bunga tu kat situ habis ditariknya satu-satu 😂. Itu bunga masa saya kawin dulu-dulu. Bunga untuk hiasan pelamin. 

Bekalan ke ofis hari ini...

Malam ni kemas meja belajar lubna. Petang tadi singgah dengan suami kedai diy. Saya beli wall paper self adhesive yang murah untuk ditampal pada meja. RM8.40 satu gulung. Hasilnya...

Corak yang dipilih oleh anak. Oklah seragam dengan cat dinding. Pasu bunga tu lepas beberapa minit terbang atas katil mengenai dinding masa saya sedang solat tadi. Mujurlah tak pecah. Hasil perbuatan si adik yang pantang betul tengok bunga 😂. Habis ditarik-tarik dicampak-campak.

Ok li ilmikum, meja belajar ni duduk dalam bilik tidur utama. Lubna masih berkepit tidur bawah ketiak saya. Huaa. Ada sudut bilik yang saya berhajat nak buat sudut kerja untuk saya terpaksa dikorbankan. Nampak gaya tunggu anak besar duduk bilik sendiri baru dapat buat.

Dan seperti biasa bila ada sebahagian rumah kemas, ada sebahagian rumah pulak yang bersepah. Jangan ingat rumah saya kemas sepanjang masa. Malu nak tunjuk sisi balik tabir kawasan bersepah. Belum lihat rumput kat luar yang panjang. 😭😭.

Bilalah nisfu qalbi nak habiskan memotong isk3. Padahal dah beli mesin rumput elektrik. Tapi saya masih takut nak pegang 😂. Kalau berani memang takde nak tunggu suami. Licin saya kerjakan. Esok kena pujuk lagi habiskan potong bahagian hadapan rumah. Harap berjaya.

Saturday 5 January 2019

Paya bunga hotel

Sementara harga promosi RM100 untuk bilik deluxe kami book untuk satu malam. Tujuan utama nak mandi kolam. Seronok alhamdulillah. Keluarga kakak pun tempah sekali. Idea kakak untuk kami cuba bermalam di sini.
Untuk breakfast ada nasi minyak gulai ayam, pulut kuning, mihun goreng, sosej, kacang panggang, mi sup, bubur, pastries, kuih muih, bijiran, omelette, roti canai. Fuh banyak betul. Mohlah try duduk sini satu malam memang berbaloi.

Kaunter hotel di ground floor. Parking di aras 6. Bilik hotel antara aras 8 - 18. Untuk kad parking perlu bayar RM50 masa check in dan akan dipulangkan masa check out.

Wednesday 2 January 2019

Darjah satu

Alhamdulillah, urusan pendaftaran anak darjah satu berjalan lancar.

Jumpa kawan ketika pasti dulu sedikit sebanyak memudahkan urusan persekolahan baru.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...