Thursday 27 February 2014

City mall, amman lagi

Akibat kkurangan duit cash jadi smlm kami tpaksa kluar pegi city mall utk kuarkn sikit duit gaji & cash utk pbelanjaan & sewa umah bulan 3 ni. Elaun mcm biasa, xnmpk batang hidungnya. Hanya Allah yg dpt mbalas 'penganiayaan' dr kalian, warga KPM.

Lepas kluar duit dr ATM berjumlah RM 2400 = JOD 500, kami pn munuju ke farmasi membeli ubat suami & terus ke food court utk beli sedikit mknn. Pusing2 akhirnya pg KFC saje. JOD 5.300 skali dgn tax...


Tgh mkn ada 2 orang wanita muda Arab nk bgambar dgn lubna. Ambiklah jgn bawak lari sudah...lubna kn kiss dgn kesan gincu tpalit kt pipi..kui2


Sampai umah, lubna nk jln2 kt hlmn xmau masuk dlm umah. Sian anak umi boring terperap dlm umah...


Balik umah minta suami mik gambar. Rs mcm dh gemuk bnyk. Tp xtahulah dlm gmbr kjp nmpk gemuk kjp x, pdhl mmg gemuk pun..perasan lebih...kami yg manis spt hempedu..


Mkn mlm ummi malas nk masak beria...chicken pai yg sedap tp rupanya boleh mbuatkan ummi ditendang dr mn2 sekolah masakan...












Wednesday 26 February 2014

Cerita balik dari jamiah

Saya jarang cerita pasal aktiviti di universiti. Semalam kelas abis jam 6 mlm. Tengok kt luar dah gelap. Rasa xbes nak naik teksi. Handset pulak tertinggal kt umah. Caj & terlupa nk ambil. Rasa nak tanya  pada rakan Arab duduk sebelah samada balik nnt dia drive atau naik teksi. 'Abir namanya. 

Mujur 'Abir sanggup lalu jalan tabarbour. Dia pun offer nak hantarkan. Alhamdulillah. Dalam kereta kami borak2 pasal kelas dgn dr. amin. Perbincangan dlm kelas ttg perbezaan individu dlm pendidikan. Doktor minta masing2 cerita background pekerjaan anak2 @ adik-beradik. Tiba giliran 'Abir, doktor amin dgn yakinnya bkata: awak pasti mmpunyai anak yg ramai! Ceritakan background mereka yg pastinya berbeza. 'Abir tersipu2 kelat. Oh, rupanya 'Abir belum berkahwin. Doktor pun seakan terkejut. Klihatan Abir sgt malu. Spnjg kelas dia xdpt fokus slps peristiwa tadi.

Dalam kereta dia bgtahu bagaimana malunya dia apbila doktor sangka dia dh bkahwin & punya anak2. Habis satu kelas tahu dia belum berkahwin. Saya tumpang simpati. Sangat sensitif bab ini. Sape yg xnk kahwin, tp jodoh yg belum sampai. Saya doakan dlm hati buat dia.

Abir offer utk balik dgn dia setiap selasa skiranya dia bkelapangan. Rasa lega. Terima kasih 'Abir. Hanya Allah yg dpt membalas jasamu. 

Hari ni xde kelas. Mood nk masak zerro. Tp sbb lapar, & kasihan tgk suami ngn anak lapar, masaklah apa yg patut...

Makan pagi, nasi putih, ayam goreng, kicap...haaaa, ingat saya rajin ke masak tiap hari. Ada hari saya malas sangat tau. xmakan pun xpe, eh pelik je xmakan...


Makan tenghari...


Mkn mlm semalam...ni pun lepas balik kelas semalam, rasa nk makan tp xde idea nk masak apa. nk masak lebih2 malas sgt pulak...suami buat popcorn, sy buat pasta semangkuk je...


Hari ni dpt duit hasil jualan buku teks bahasa Arab (Al-Mursyid) di UniSZA. Jumlah semua sekali dalam RM854 kami dapat tiap seorang selepas dibahagi 5. Alhamdulillah. :)

Saya perasan mood memasak dan makan saya membuak2 seminggu sebelum uzur. Tapi dalam minggu uzur, huh malas benar masak. Makan je apa yg ada. Time ade kelas camni lagilah mood tunggang terbalik. Pelik kan perempuan penuh dgn mood & emosi. Pening suami.




Tuesday 25 February 2014

Perkembangan lubna 1 tahun 3 bulan 1 minggu

Wlupun malas, kn tulis jugak. Untuk rujukan masa akn datang.

Apa lubna dah pandai buat?

Pakai selipar dua2 belah & bjalan dgnnya tapi masih lmbt2.
Baling sume barang di tangan.
Naik atas bekas @ barang tinggi & amik brg atas meja.
Jenjet kaki.
Lompat kaki sblh. 
Mulut kumat kamit ikut bersolat. Rukuk sujud meniarap.
Gigi baru 6 btg, 4 atas 2 bawah. Nmpk gg bawah nk tumbuh lg.
Belum berbutir sebutannya. Ikut yg kita sebut je: "Awa, abang, nak, dah, nah, la'.."
Fokus pd rncgn tv yg dia suka.
Dah pandai detact nada lagu & suara. 
Suka tgk video & gmbr bergerak.
Suka makan.
Sume benda kecik terus amik masuk mulut.
Ambil bantal selimut campak atas lantai, kumpul2 pastu baring atas tu.
Ambil bantal & baju bersih letak dlm bakul kotor & bakul bersih.
Ambik tisu lap hidung & mulut sendiri, pastu lap ummi, pastu buang dlm tong sampah.
Klu nk sesuatu dia akn pg & tunjuk benda tu sambil rengek2.
Suka ketuk kpala ummi walid dgn brg ada di tangannya.
Klu bwk jln kluar umah, dh mula aktif nk bgerak sn sini sorang2. Xmau pgg tgn.
Suka main sembunyi2.
Dah pandai mlarikan diri klu kita nk bawa msk bilik air basuh kencing berak. Puas kejar.
Suka main kejar2. Mjerit2 suka kita kejar. 
Lembang barang. 











Elaun yg tertunggak 2 bulan

Ya, dah 2 bulan elaun sara hidup (ESH) dari KPM belum sy perolehi. Rakan2 di sini sume dah dapat. 2 hari lepas saya berasa sangat marah dgn kelewatan ini. Tapi hari ni lebih tenang & xmau memikirkan sgt. 

Klu terpaksa guna sj duit gaji utk bayar sewa umah & letrik utk bulan mac nanti. Marah marah pun xguna. Bukan diorg boleh buat cepat pun proses elaun tu. Cuma terkilan dgn sikap lps tangan & lewa yg berlaku di KPM. Mujur hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah.

Apa pun lps ni kn sentiasa bersedia. Xtahu apa lg kemungkinan berlaku dgn elaun & yuran. 

Oklah, pagi ni mkn nasi goreng mcm smlm. Suami kata dia suka, esok nk mkn lagi nasi goreng & ikn goreng yg sama. Saya pulak dah muak...



Tengok aksi lubna...




Petang ni ada kelas dgn Dr. Amin Badar. Harus bersiap siaga membaca sekejap.







Monday 24 February 2014

Nasi goreng ikan goreng

Pagi ni rasa lapar. Bergegas ke dapur masak nasi putih utk bt nasi goreng. Siang ikan mekerel utk digoreng. Hasilnya...


Makan hingga menjilat dulang. 


Suami ada gout. Beberapa hari ni buku laki kaki kanan naik mbengkak kemerah2an. Almk, mesti suami marah sy tulis pasal dia ada gout. Klu boleh dia xnk org tahu dia sakit gout. Tp sy pulak xpandai berahsia. Sume org sy nk cakap. 

Oklah, jadi suami minta buat air sayur2an dari btg sader, carrot ungu & daun parsley utk diminum begitu saje...



Xlalu saya nak minum. Tapi suami apa saje boleh telan. Kagum saya. Semoga suami cepat sembuh, ameen.


Sunday 23 February 2014

Kelas minggu kedua!

Minta kt suami carikan gadjet countdown utk letak kt blog. Boleh tahu lagi berapa lama duk sini. Hai, mcm xsabar nak balik msia. Suami pun carikan & tepek kt sebelah tu. Dah mcm diari blog sy ni. Tepek itu ini.

Petang ni ada kelas. Semalam gi kelas angkut suami ngn anak sekali. Kul 6 malam kelas smlm. Takutlah nk kuar naik teksi sorang2 pegi balik. Lagipun smlm kelas pertama, biasanya habis awal.& mmg awal pun balik kul 7 dah abis kelas. Itupun dh sunyi jamiah sbb kelas kami satu2nya yg ada mlm smlm. Jadi menunggulah teksi dgn suami & anak utk pulang ke rumah. Sunyi & suram2 tp mujur ada suami. Suhu pulak xberapa sejuk. Oklah bwk anak kecil menunggu skali.

Kelas semalam...gambar sembunyi...


Sampai lewat sikit kelas smlm. Masuk2 tgk ramai jugak student laki & ada sorang je student pompuan. Malu nk masuk. Tapi xkan nak balik pulak.

Oklah, dh lm rasa xletak gmbr masakan. Ceh...






Masak biasa je pun. Tp xkira nk ltk jugak kt sini. Seronok tau masak ni. Puas rasa tengok suami ngn anak mkn dgn habisnya. Rasa satu kegembiraan. Cewah.




 

Friday 21 February 2014

Dapur kesukaan saya moden & minimalis!

Saya sangat menginginkan sebuah dapur yang moden, lengkap dgn segala peralatan dapur yg canggih manggih. Bila boring sy akn berangan2 susun atur dapur saya di msia. Nak renovate itu ini. Ceh, mcm banyak duit. Tengok di google, banyaknya dapur2 moden yg bkenan di hati. Dapur yg sy minat, sy save gambarnya. Mudah bila nk rujuk nanti.

Suka dgn meja pulau di tgh2 tu..simple & kemas


Sy suka warna putih...tenang & bersih


Warna putih yg suci. Tp cuaca kt msia xberapa sesuai gn perabot putih. Udara kita mbawa debu. Perabot putih cepat jadi kuning. Xsama dgn negara yg beriklim sejuk...


Xberapa suka kabinet warna gelap tp susunan dapur ni kemas & simple..


Wah, cantiknya kamu dgn dinding aluminium tu sgt mbantu kerja2 mbersihkan kotoran...


Saya suka yg ini!


Dapat sinki besar camni satu best jugak tu...



Tu sume gambar ambil dari google. Subhanallah, cantik ya dapur2 ni. Simple & moden. Senang nk bergerak ke sana ke mari. Ruang yg sederhana. Warna cerah yg lapang. Boleh bersantai2 di dapur sambil mcuba pelbagai resepi. InshaAllah ada rezeki, umur panjang kita buat ye salwa.

Thesis Dr. Ghazali Yusri mencetus semngat saya

Tadi baru je baca beberapa helai thesis dr.ghazali yusry. Ada beberapa implikasi kajian dia yg menarik perhatian saya. Antaranya keperluan kepada skala & sistem penilaian oral bahasa Arab lebih rasmi & seragam di peringkat universiti di malaysia & antarabangsa. Setakat ni belum ada sistem penilaian oral bahasa Arab yg seragam boleh digunapakai di setiap peringkat pembelajaran. Memang ini tajuk yg sy nak ketengahkan dlm thesis sy nnt. 

Kena baca banyak lagi tentang isu penilaian kemahiran lisan. Banyak lagi maklumat yg belum tahu & xterupdate. 

Ada satu pandangan dari beliau tentang kepentingan membina ujian penilaian kemahiran (profiency test) untuk mengukur tahap penguasaan pelajar pada bahasa. Dan bukannya ujian pencapaian (achievement test) yg selalu kita guna pakai sekarang. Oh, sangat tepat. Semua kertas ujian yg kita buat lebih tertumpu kepada pencapaian pelajar bukan penguasaan mereka terhadap bahasa Arab. 

Kena baca lebih bahagian ni. Sebolehnya nk siapkan sorotan literatur yg kukuh semester ni. Wlupun kelas belum abis, sy masih boleh stat menulis apa yang patut. Harapnya tajuk sy ni diterima musyrif nanti.

Lebih menarik tentang ini:

"Satu kajian kes yang dijalankan oleh Samimy (2008) menunjukkan bagaimana seorang pelajar Amerika yang bermula daripada langsung tidak mengetahui bahasa Arab, namun akhirnya mampu menguasai tahap tertinggi bahasa Arab mengikut skala Oral Proficiency Interview (OPI) oleh American Council on the Teaching of Foreign Languages (ACTFL). Subjek kajian didapati telah menggunakan pelbagai bahan autentik dalam pembelajaran seperti berita Arab, musik, lagu-lagu Arab, bacaan al-Quran, puisi dan program televisyen. Malah kesemua bahan ini dirakamkan ke dalam ipod dan didengari di mana sahaja beliau berada. Beliau juga didapati mengintegrasikan dirinya dengan cara orang Arab berfikir malah melatih mulutnya untuk meniru sebutan orang Arab sama ada bahasa kolokial ataupun piawai. Beliau juga meletakkan disiplin dan latihan mendengar sebagai prasyarat untuk berjaya menguasai bahasa Arab sehinggakan beliau mampu menjadi tenaga pengajar bahasa Arab yang cemerlang." (Ghazali Yusri Abd Rahman, 2012-Tesis Ph.D yang belu diterbitkan)

Kalau buat sesi refleksi diri, yang saya dah buat:

Membaca al-Quran
Mendengar muzik arab & lagu-lagu kanak2 Arab
menonton rancangan tv Arab
Berlatih meniru sebutan Arab
Latihan mendengar dengan terperinci.

Kalau dilihat cara pelajar Amerika tu belajar bahasa Arab, nampak macam dia kurang bertutur secara langsung dengan orang Arab. Lebih banyak mendengar. Menggunakan alat bantu belajar seperti tv & gajet2. Sehinggakan berjaya menguasai bahasa Arab di peringkat tertinggi. Beliau lebih banyak mendengar cara sebutan penutur jati & cuba berfikir seperti orang Arab untuk bertutur. 

Pada pandangan saya, setelah beberapa bulan berada di bumi Jordan ni memang agak sukar untuk senantiasa mempraktikkan pertuturan dalam bahasa Arab. Terdapat beberapa kekangan antaranya:

1) Ketiadaan penutur jati bahasa Arab dalam rumah. Mustahil untuk saya bercakap 24 jam dengan jiran Arab semata2 untuk mempraktikkan bahasa Arab.

2) Kesukaran berbincang di dalam kelas memandangkan bahasa perbincangan pensyarah dan pelajar Arab menggunakan bahasa pasar yg sangat laju & kadang2 tidak berbutir pada pendengaran saya. Saya masih berusaha menangkap butiran sebutan mereka. Harapnya satu hari nanti boleh bertutur selancar org Arab.

3) Kewujudan gajet dan teknologi yang pelbagai membantu penguasaan bahasa Arab di rumah. Lebih mudah dan cepat serta selesa dan tidak berasa malu untuk mempraktikkan bahasa Arab di dalam rumah sendiri.

4) Saya lebih selesa mendengar dengan teliti perbualan orang Arab dan mempraktikkan sebutannya secara sendirian di rumah. Syaratnya saya harus mendengar dengan sangat teliti. Ramai xpercaya dgn hanya mendengar kita boleh kuasai pertuturan bahasa Arab, tapi sy sangat mengagumi kemahiran mendengar yg bersifat analisis. Benar2 membantu saya mempelajari bahasa Arab sejak dari dulu lagi.



Homemade bebola ayam!

Kat sini mmg xde langsung chicken ball, fish ball. Sy pulak mmg suka mkn chicken ball. Goreng, masak dalam lauk, buat sambal, buh dlm sup, mmg sedaplah sgt.

Jadi smlm beli isi ayam & hari ni buatlah dgn suami chicken ball. Pujuk2 sikit dia utk tolong bt jugak mmandangkan dia buat sedap baru ni.

Lepas gentel2 saya kukus dlm microwave spy dia kenyal sikit & senang sy nk simpan dlm peti ais.

Tadaa..





Dapat dalam 80 biji utk 3 ketul dada ayam sederhana besar. Heee..xsabar nk bt sup, sambal, buh dlm mee.

Resepi bebola ayam yg menyihatkan:

Ayam dada (dikisar) - 3 ketul dada ayam
Carrot (diparut)
Daun sup (kisar bsama ayam)
Bawang putih serbuk
Serbuk lada sulah
Garam
Kiub ayam 1 
Tepung jagung 2 sudu besar
Tepung ubi 6 sudu besar

Gaul2 dan bentukkan bulat. Kukus sparuh masak utk mudah simpan dlm fridge. Siap.

Sarapan pagi tadi, spagetti ala carbonara..


Makan tengahari, try bt sambal gn bebola ayam tadi...






Kisah semalam ke taj mall

Semalam kami keluar menaiki teksi menuju ke taj mall. Dalam teksi pemandunya tanya kami jalan ke sana. Eh, mcm xpatut je soalan tu. Kami pun bukan selalu pegi taj mall, mmg xingatlah jlnnya. Akhirnya pemandu teksi telefon kawan dia. Gitu gini sampailah kami di taj mall. Mcm2 sikap pemandu teksi. Belum masuk merokok dlm teksi.

Niat utama pg taj mall nak cari cili api mexico,cili harbanero & sea weed nk buat sushi. Smpi sana xde langsung cili yg sy nak:(. Akhirnya belilah benda lain. Cari udang pun xde. Hai, mmg nk kena balik msia skejap cenggini. 

Sebelum beli belah, kami cari food court dulu utk isi perut. Mmg xbuat sarapan & xmakan sbelum keluar kul 10 pagi. Saje nk mkn kt mall (pdhl duit bukan ada sgt pun). Klu sy mkn gitu gini pas zuhur kot baru kluar. Akhirnya minum air masak je.

Sampai di food court taj mall, bnyk kedai mkn belum buka. Yg dh buka mcd je. Dah lama boikot xmkn mcd. Tp perut dah lapar sgt. Akhirnya beli jugak. Sy beli burger, suami beli roti pita arab. Sedap jgklah tp xlah rs teringin nk makan lagi. Buat sendiri lagi sedap.

Lubna dapat belon kakak mcd bagi...


Oklah, habis dlm JD 43.25 utk brg2, teksi pegi balik JD 6.25. Hampir JD 50 jugak habis. Kalau convert ke RM dalam RM240. Hmmm, beli brg xlah bnyk mana. Lagilah xsabar nk balik msia cenggini.

Balik umah, saya dh stat pening & sakit badan. Suami pun kata tiba2 pening pelik. Tapi saya gagahkn diri masak nasi & lauk...


Rupanya malam tu sy uzur. Padanlah rasa penat, xde mood je. Suami pun lesu je lps balik taj mall smlm. Picitkn kepala dia. Lepas isyak dlm kul 7mlm kami sume dh tidur. Tutup sume lampu, lubna pun tidur jgk. Alhamdulilllah atas nikmat rehat yg Allah bagi. Sgt nikmat tidur dlm penat.


Wednesday 19 February 2014

Menu hari ni...

Pagi tadi jalan sekitar kedai2 di tabarbour. Sempat beli majalah باسم. Oh suka sgt. Sy bercita2 nk buat koleksi mjlh2 arab. Tp duit elaun xmasuk lg, tbantut skejap harapan.

 

Balik rumah, masak mknn tgahari. Pagi td makan mee hoon goreng yg kurang sedap huhu.


Sambal ni ala indonesia dish. Goreng potongan bwg, bwg putih, lada merah, tomato, lada hijau then mesin & perasakn dgn garam & gula.siap..




Utk minum petang, tiba2 rajin buat kuih. Apalagi, dgn xde sukatan saya pun buatlah kuih lompat tikam...



Suami kata sedap dah. Cuma teksturnya kurang mjadi sgt. Ok, lain kali akn buat lebih baik. Pertama kali seumur hidup sy buat kuih ni. Sbb xberapa suka buat kuih apth lg kuih muih tradisional. Jadi kt sini kn rajinkanlah diri.



Tuesday 18 February 2014

Wanginya bau bayi...

Suka betul cium lubna. Wangi je wlupun seminggu xmandi. Gebu je bila cium. Ummi sayang lubna tau. Rasa nk masukkan lubna dlm hidung ummi spy boleh bau lubna tiap masa.


Hari ni rasa sedih. Rasa gelisah piki pasal pelajaran dlm kelas yg kdg2 xfaham langsung doktor ckp apa, masalah transport nk ulang alik ke jamiah, tesis phd yg masih belum ada tajuk yg rasmi, elaun kpt yg dh 2 bulan xmasuk2, kebosanan dgn rutin harian, kerinduan nak balik malaysia, mata saya yg kabur penglihatannya smpi kdg2 pening terasa, sume bertindan2.

Tidaklah Allah mencampakkan rasa gelisah ini mlainkan bersebab. Untuk mentarbiyyah hati saya. Bantulah aku ya Allah. 

Hari ni mkn simple je...



Lok ching @ sate ikan. Xberapa jadi...






Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...