Wednesday 26 February 2014

Cerita balik dari jamiah

Saya jarang cerita pasal aktiviti di universiti. Semalam kelas abis jam 6 mlm. Tengok kt luar dah gelap. Rasa xbes nak naik teksi. Handset pulak tertinggal kt umah. Caj & terlupa nk ambil. Rasa nak tanya  pada rakan Arab duduk sebelah samada balik nnt dia drive atau naik teksi. 'Abir namanya. 

Mujur 'Abir sanggup lalu jalan tabarbour. Dia pun offer nak hantarkan. Alhamdulillah. Dalam kereta kami borak2 pasal kelas dgn dr. amin. Perbincangan dlm kelas ttg perbezaan individu dlm pendidikan. Doktor minta masing2 cerita background pekerjaan anak2 @ adik-beradik. Tiba giliran 'Abir, doktor amin dgn yakinnya bkata: awak pasti mmpunyai anak yg ramai! Ceritakan background mereka yg pastinya berbeza. 'Abir tersipu2 kelat. Oh, rupanya 'Abir belum berkahwin. Doktor pun seakan terkejut. Klihatan Abir sgt malu. Spnjg kelas dia xdpt fokus slps peristiwa tadi.

Dalam kereta dia bgtahu bagaimana malunya dia apbila doktor sangka dia dh bkahwin & punya anak2. Habis satu kelas tahu dia belum berkahwin. Saya tumpang simpati. Sangat sensitif bab ini. Sape yg xnk kahwin, tp jodoh yg belum sampai. Saya doakan dlm hati buat dia.

Abir offer utk balik dgn dia setiap selasa skiranya dia bkelapangan. Rasa lega. Terima kasih 'Abir. Hanya Allah yg dpt membalas jasamu. 

Hari ni xde kelas. Mood nk masak zerro. Tp sbb lapar, & kasihan tgk suami ngn anak lapar, masaklah apa yg patut...

Makan pagi, nasi putih, ayam goreng, kicap...haaaa, ingat saya rajin ke masak tiap hari. Ada hari saya malas sangat tau. xmakan pun xpe, eh pelik je xmakan...


Makan tenghari...


Mkn mlm semalam...ni pun lepas balik kelas semalam, rasa nk makan tp xde idea nk masak apa. nk masak lebih2 malas sgt pulak...suami buat popcorn, sy buat pasta semangkuk je...


Hari ni dpt duit hasil jualan buku teks bahasa Arab (Al-Mursyid) di UniSZA. Jumlah semua sekali dalam RM854 kami dapat tiap seorang selepas dibahagi 5. Alhamdulillah. :)

Saya perasan mood memasak dan makan saya membuak2 seminggu sebelum uzur. Tapi dalam minggu uzur, huh malas benar masak. Makan je apa yg ada. Time ade kelas camni lagilah mood tunggang terbalik. Pelik kan perempuan penuh dgn mood & emosi. Pening suami.




No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah