Sunday 2 February 2014

Tersinggung menyinggung...

Tak mungkin duduk sini berlama-lama. Rasa bosan jauh dari keluarga, kawan-kawan, makanan2 kegemaran terutama bila dirundung masalah & tekanan emosi. Kat sini kawan pun xde, yg ada rakan sekelas, yg ada rakan senegara. Tapi hati lain-lain, seronoknya sekejap, hati xbertaut. Mesra atas talian maya, kaku bila bsemuka.

Walau pun ada suami & anak, tp kdg2 hati rasa sunyi. Mungkin sbb asyik jauh dari Allah. Hati mula rasa kosong. Tambah kosong bila suami xfaham kesempitan & tekanan yg kita rasa. Lelaki hanya fikir logik & mengenepikan perasaan. Bila emosi tidak diberi perhatian bermakna suami telah membuang sebahagian dari diri isterinya. Perempuan & perasaan seperti lagu & irama. Xde perasaan xdelah wanita. Bila perasaan xdibaikpulih, rosaklah perempuan tu. 

"Sebaik-baik lelaki, adalah yg terbaik dgn ahli keluarganya. Dan akulah yg paling terbaik..", sabda Nabi Muhammad s.a.w. Betapa nabi menekankan sifat paling terpuji pd seorang lelaki adlh berusaha menjadi yg terbaik kpd isteri & anak2. Tapi bukan senang rupanya utk memuaskan hati isteri & anak. Seperti mn sukarnya nk jadi isteri yg solehah, mcm tu susahnya nak jd suami terbaik pd ahli keluarganya. 

Macam mn nak jadi suami terbaik? Pada sy cukup dgn perkara di bawah:

Pujuk sesungguhnya bila nampak isteri diam tanda merajuk.
Pujuk sesungguhnya bila nampak isteri diam tanda merajuk.
Pujuk sesungguhnya bila nampak isteri diam tanda merajuk.
Pujuk sampai dia tersengih senyum. Jangan bagi melarat rajuknya.

Memang bukan senang suami nak puaskan hati isteri utk sume perkara. Tapi ingatlah satu perkara, bila xdpt nak bagi apa yg isteri nak, pujuklah dia dgn kata2 yg baik, dgn pemberian yg diganti dgn sesuatu yg lain. Jangan sesekali diam @ pulang dgn tangan kosong bila suami xdpt bg apa yg isteri minta! Kebanyakan masa isteri xkisah klu xdpt sesuatu yg dia nak tapi sangat SEDIH bila xde kata2 yg baik memujuk spy jgn sedih bila xdapat.

Perempuan mcm budak2,bila xdpt sesuatu dia akn sedih & kdg2 menangis, maknanya dia nak perhatian dari seseorang utk pujuk dia, pulihkan keinginan dia yg xkesampaian. Nampak mcm mengarut, tapi itulah sebenarnya perempuan iaitu isteri anda sendiri.


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Kenaikan pangkat..rezeki dari Allah

Alhamdulillah..ambil surat kenaikan pangkat di pejabat pendaftar dengan Syikin..rezeki kami sama2.. alhamdulillah