Sunday 28 February 2016

Kira-kira lagi beberapa belas bulan

Beberapa hari lagi akan masuk bulan tiga. Sekejap dan pantas masa berlalu. Tahun depan sepatutnya sudah tamat pelajaran PhD. Dan perlu meraih gelaran dukturah, inshaAllah. Allah dekatkan lah.

Lubna sudah ketiduran. Seharian bermain dan makan. Kadang-kadang dikacau dan dilepuk umminya jika kemahuannya tidak dilayan. Harus sabar mendidik anak kecil. Walau kadang-kadang goyah kesabaran, mengaumlah ummi seperti singa beberapa saat sebelum kembali waras semula dan menyesali akan perbuatan. Ummi harap lubna tidak meniru segala perilaku buruk ummi dan walid. Kami juga insan biasa. Tidak sempurna malah kerap berdosa. 

Dalam beberapa hari ini, semangat ingin berniaga meruap-ruap dari dalam diri. Hingga pudar sedikit semangat menulis tesis. Dalam kepala bermacam-macam perkara ingin diniagakan. Benarlah perniagaan adalah sumber rezeki. Bahkan bisa menjadi kunci kekayaan bagi yang berusaha. Mohon saya dan suami di antara yang bertuah menikmati kekayaan milik Allah di atas muka bumi ini, amin.

Baiklah, mau berehat. Nasi ayam menu hari ini...




Saturday 27 February 2016

Nasi mandy jenama flavour mills (مطاحن النكهة)

Sedap rempah ni. Cuma perlu dibaiki sukatannya dan teknik masak. Nasi mandy rempah dari Jordan...




Akan dijual di Malaysia nanti inshaAllah :).

Saya akan memberi resepi cara membuat nasi mandy menggunakan rempah ini pada pembeli sahaja inshaAllah. Setakat ni sudah ditempah sebanyak 40 kotak rakan di Malaysia. Mungkin perlu bawa lebih nanti untuk kegunaan masak sendiri juga.

Lubna mneyepahkan bilik sambil belajar..


Nasi minyak sambal ayam..



تقدم الأطروحة:
١- الفصل الأول: ٩ صفحات
٢- الفصل الثاني: ٣٦ صفحة
٣- الفصل الثالث: ١٦ صفحة

Wednesday 24 February 2016

Sejukkknyeee...

Cuaca kembali sejuk. Tak tahan. Minggu ni minggu terakhir bulan Mac. Perlu siapkan barnamij taalimiyy minggu ini juga. 

Sekarang dalam masa yang sama dah mula mengedit fasol 1,2,3. Mahu siap semua dengan sebaiknya sebelum kutip data nanti. Siapkan tamhid, draf fasol 4 & 5 sebelum pulang. Sekiranya tekun, akhir tahun ni juga boleh siapkan semua inshaAllah. Doakan saya.

Mee goreng mamak...


Karipap ayam...


Nasi lemak sambal sotong kering...hangus ikan bilisku...


Bubur nasi berlauk...


Kata mak di malaysia sangat panas sekarang. Tak terbayang dalam kepala macam mana pulang berpuasa nanti. Harap dipermudahkan. Lagi pun di sini musim soifiynya boleh tahan panas. Sama panas. Bezanya di rumah malaysia ada aircond, tapi di sini pastinya tiada.

Monday 22 February 2016

"Operasi ad-hoc!"

Jeng jeng. Kami telah melakukan sesuatu yang tidak dirancang untuk dilakukan seawal hari ini. Apa dia? Rahsiaaaa. Hihihi.

Semoga Allah permudahkan jalan ini. Bantulah hambaMu yang lemah ini ya Allah.

Hari ni beli tong gas. Buat stok sebelum habis.

Hari ini juga ana soimah. Ganti puasa yang berbaki lagi satu hari.

Lauk berbuka puasa, ayam masak lemak cili api...



Selit gambar lubna. Cuba teka yang mana satu?


Tergelak tengok gambar ni.:D

Sunday 21 February 2016

Berniaga sempena AGM 2016

Penat nak bercerita. Kisah semalam..:)




Seronok. Untung niaga agak memberangsangkan. Ini senarai makanan yang dijual...

MAKANAN
HARGA
BILANGAN
1.      Chicken ball
JD 0.60
= 1 cucuk / 3 biji
2.      Tuna roll
JD 0.25
= 1 biji
3.      Kuih keria
JD 0.25
= 1 biji
4.      Karipap sardin
JD 0.25
= 1 biji
5.      Nasi dagang
JD 1.25
= 1 bungkus
6.      Mee goreng kasar
JD 0.75
= 1 bgks

Selesai urusan di AGM, bergegas untuk ke usrah bulanan dan majlis perpisahan...




Hari ni tekadkan diri pergi ke UJ ambil kertas yang disemak Dr. Hasyimiy. Alhamdulillah doktor ada. Kemudian ke WISE pula untuk mengambil surat kebenaran menjalankan kajian di Malaysia. Dan bertemu musyrif serta mendapatkan feedback muhakkimin lain. Lepas tu balik dan beli makaan di burger hut. Seperti biasa ditemani anak dan suami tercinta.

Minggu ini perlu siapkan fasol 3 bahagian barnamij ta'limiy. Perlu bacaan lebih mendalam. Harap tiada apa yang mengganggu fokus.


Pepatah-pepatah Melayu

Biasa dengar tak pepatah-pepatah ini:

"Umpama tin kosong, bila diketuk bingit sekali"
"Cakap tak serupa bikin"

Pernah juga kita membaca potongan dari ayat quran ini:
 (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3
( سورة الصف )

Sebab itu Islam bagitahu:

"Kepimpinan melalui tauladan" (perilaku)
"Rasulullah adalah model bergerak yang paling terbaik"

Sebab Islam nak ajar, bila ingin memberitahu, menegur dan menasihati sesuatu perkara, yang terbaik adalah melalui tingkahlaku kita. Kita buat dulu yang baik, orang lain akan turut ikut buat baik.

Dan pepatah Inggeris pun ada sebut:

"Actions speak louder than words"

Ini tidak, bagi nasihat sana sini, pung pang pung pang, tapi bila lihat tingkah laku dan perbuatannya tak selari malah tak sama dengan apa yang diucapkan atau ditulis. Malu.

Sepertimana orang bukan Islam yang tertarik dengan Islam adalah kerana perbuatan muslim yang baik Kalau yang masuk Islam kerana nasihat dan ucapan berapa kerat je agaknya yang tertarik dengan Islam.

Dah lama duk perati orang-orang macam ni. Senyum kambing jelah dalam hati. 

Wednesday 17 February 2016

Mencari muhakkimin di UJ

Petang tadi dengan ditemani suami & anak serta u.ghazaliy kami menuju ke Uni of Jordan untuk mendapatkan dakatir yang diperlukan untuk menyemak adawat dirosah saya. Alhamdulillah berjaya menemui dr.Umayyah & dr. Hasyimiy. Malangnya dr.Haddad takde pula di ofisnya. Ahad ini inshaAllah akan mendapat keputusan semakan dari dr. Hasyimiy. Minta tolong u.ghazaliy tolong ambilkan nanti. Barakallahu fihi.

Menunggu dr. Umayyah menyemak kertas di luar ofis...


Rasa lega sedikit sebanyak. Hampir setiap hari melakukan solat hajat mengharapkan bantuan dari Allah memudahkan segala urusan PhD saya dan sahabat-sahabat. Hebatnya kuasa solat hajat memohon kepada Allah semata-mata. Inilah hikmah dari ujian yang dulu. Allah rindukan rintihan dan rayuan dari hambaNya. Selalu kita lupa, bila telah berusaha baru melakukan solat hajat. Bila hampir gagal baru ingin mendirikan solat hajat. Walhal sebenarnya sebelum berusaha lagi, perlu dahulu melakukan solat hajat agar Allah mudahkan jalan. Perjalanan mengharungi PhD ini telah mengajar saya.

Post gambar nasi kerabu air tangan suami beberapa hari lepas...


Sabtu ini akan berjualan di UJ. Harapnya larislah jualan kami.

Monday 15 February 2016

Ikan luot masak tiga rasa, teresek hati ayam

Harga ikan lout seekor JD 2.30. Boleh tahan sedap bila goreng dan dibuat masak tiga rasa. Rasa seperti berada di malaysia...


Teresek gaya saya. Makanan popular di kelantan. Ala-ala rendang tapi menggunakan rempah kari...


Menu tengahari hari ini...


Tengahari tadi jumoa musyrif dr.kilani. Rasa lega doktor offer serahkan kertas untuk dinilai kepada para dakatir yg ofis mereka berdekatan dengannya. Lagi pun susah juga nk menunggu doktor-doktor ni ada di ofis masing-masing. Syukur pada Allah atas bantuannya. Allah yang memudahkan segalanya.

Sunday 14 February 2016

Tahun 2016 dan rancangan kewangan

Setiap kali melihat orang berbelanja dengan 'boros' setiap kali itu hati akan terdetik, beraninya mereka menanggung risiko ketirisan duit pada kemudian hari. Membeli itu ini dengan tujuan menunjuk-nunjuk adalah sangat sadis, tambah malang bila menunjuk-nunjuk depan orang yang sebenarnya lebih kaya daripadanya tanpa pengetahuannya. Malu. Tolonglah jangan buat macam tu.

Saya tidak sanggup berada dalam kesempitan duit. Lebih baik saya berdikit-dikit berbelanja dan berkira-kira ketika membeli dalam keadaan saya sebenarnya punya bepuluh ribu atau berjuta dalam simpanan. Itu lebih baik untuk saya daripada berjimat cermat kerana simpanan hampir mencapai angka zero. Itu sangat tragis.

Simpanlah duit untuk masa hadapan. Kalau pun bukan untuk kita, untuk orang-orang yang tersayang di samping kita. Walau pun orang kata buat apa simpan banyak-banyak akhirnya bila meninggal tak dapat guna jugak. Ya, sebenarnya kita menyimpan bukan untuk diri kita sahaja. Untuk orang-orang tersayang ketika kita tiada nanti. Anak dan pasangan kita. Bila kita tiada, atau tidak berkemampuan mencari rezeki harapnya insan-insan tersayang masih dapat meneruskan hidup dengan simpanan yang kita sudah lakukan. Tidak meminta-minta dan tidak mengharapkan belas ehsan orang lain. Mohon Allah jauhkan dari kesempitan hidup.

Bila perlu menyimpan? Masanya tidak terhad. Bila-bila saja kita mendapat duit atau wang, maka dari situ sepatutnya bermulanya amalan menyimpan walau pun sedikit. Ketika di sekolah rendah dan menengah dulu, tiap kali dapat duit belanja harian kita akan simpan sedikit walau pun sepuluh sen. Ketika masuk universiti, bagi yang mendapat pinjaman atau ditanggung mak ayah juga harus menyimpan. Jangan dihabiskan semuanya dalam satu sem seperti mana yang dilakukan ramai pelajar.

Pendek kata, setiap kali mendapat sejumlah wang, setiap kali itulah kita perlu menyimpan dan berjimat-cermat. Jangan berjimat ketika wang sudah hampir habis. 

Bagaimana untuk berjimat? Iaitu dengan menyimpan. Bagaimana untuk menyimpan? Iaitu dengan berjimat. Saling berkaitan. Siapa yang berjimat, pasti dia seorang yang suka menyimpan. Siapa yang menyimpan, biasanya dia seorang yang berjimat cermat juga. Jarang jumpa orang yang ada salah satu daripada dua sifat tersebut, samada dia ada kedua-dua sifat tersebut atau memang takde langsung kedua-duanya.

Jemput adik-adik WISE

Semalam jemput adik-adik di wise bayt asma makan tengahari di rumah. Tak ramai pun diorang datang berlima termasuk dua orang dari markaz lughah. Jamu makan nasi ala-ala hujan panas tapi ubah suai sana sinun...


Kurma ayam...


Kari dalca hati pedal ayam dan sayur-sayuran...


Kuew teow pagi tadi beli kuew teow kering di mekah baru ni. Rasanya sedap lagi kuew teow saya buat sendiri...


Ada lebihan kuah kari dalca & kurma ayam dari jamuan semalam, jadi ciptalah resepi nasi baru. Nari kurkadal...


Makan dengan ayam goreng bersalut tepung berperisa, daun pudina dan kobis rebus. Ya Allah sedap betul. Suami ajak buka kedai jual nasi ni balik malaysia nanti. Keh3. Siap nak patternkan sekali nama nasi dan resepinya sekali dan tak bagi tulis di blog. Hahaha. Tapi kan seronoknyalah kalau betul-betul dapat jual makanan balik msia nanti.

Oklah, fasol tiga dah masuk 14 halaman. Sekarang tengah membaiki fasol satu semula dan menambah sana sinun. Perkembangan penulisan saya:

Fasol 1: 8 halaman =(
Fasol 2: 34 halaman
Fasol 3: 14 halaman
Fasol 4: ...
Fasol 5: ...

Kalau di WISE uni penulisan tesis PhD mestilah tidak kurang dari 150 halaman dan tidak lebih dari 200. Mak oii jauh lagi perjalanan terasa. Masih belum sampai separuh dari minimum halaman yang dikehendaki.

Adawat dirosah telah pun siap sedia untuk disemak penilai. Sekarang tinggal nak bina program pengajaran pulak. Harapnya berjaya mendapat kelulusan melaksanakan kajian penyelidikan bulan 6 ini di unisza. Doakan saya ye para pembaca.

Tuesday 9 February 2016

Bonus Tabung Haji

Saje gatal tangan nak cek TH online. Buka baki akaun tengok jumlah yang tertera melebihi jumlah sepatutnya, alhamdulillah. Lihat penyata akaun untuk bulan dua, sejumlah bonus tabung haji (5%) berjumlah dot dot dot telah dimasukkan berserta bonus haji (3%) berjumlah RM299.40. Suka. Dalam kepala mencongak-congak perancangan kewangan yang telah dibuat. Banyak lagi perlu disimpan untuk penggunaan masa hadapan terutama balik dari habis belajar nanti.

Beli kereta, perabot rumah antara perbelanjaan terpenting perlu dikeluarkan apabila pulang ke Malaysia nanti. Kereta saga dulu saya lepaskan pada adik. Jadi perlu kereta baru bila masuk kerja nanti. Kelengkapan rumah belum cukup sepenuhnya. Macam-macam dalam kepala.

Semalam bertemu musyrif dan tunjukkan sebahagian fasol tiga yang telah dibuat. Doktor bagi senarai dakatir sebagai muhakkimin menyemak adawat dirosah. InshaAllah di sebalik rasa gelisah, harap Allah mudahkan urusan pencarian penyemak dalam seminggu dua ini inshaAllah. Perlu membuat surat kebenaran kajian juga bulan ini.

Kena stop blog. Macam-macam belum siap lagi ni.

wada'an.

-----------

Ghada' kami hari ni...


Masih belum berjaya buat kurma ayam macam mak & mak cik mimi buat. Kena usaha lagi.

Pizza semalam suami buatkan...


Semalam kami kemas bilik. Rasa lapang dan seronok membuat kerja tesis selepas bilik bersih. Terima kasih abang. Sayang abang kerana Allah...


Sejadah di di mekah baru ni buat alas meja hihi. Dari dulu suka guna sejadah buat alas meja lebih-lebih lagi kalau sejadah tu ada gambar binatang atau tanda yang menganggu khusyuknya solat. Mudah kerja, mouse pun boleh guna atasnya.









Saturday 6 February 2016

قصة البارحة

Jemputan makan malam HEWI III di sweileh malam tadi. Nasi tomato...



Memandangkan tak pernah pergi program Hewi tahun-tahun lepas walaupun telah dijemput maka kena penuhi juga jemputan kali ini. Tahun depan mungkin dah tak berkesempatan untuk datang lagi program adik-adik siswi ni.

Makan tengahari hari ni, kari sotong dan udang...



Makan tenghari semalam. Sambal tumis lada besar saya buat banyak-banyak dan simpan bila malas melanda. Hanya perlu keluarkan dari peti ais dan makan dengan nasi putih...



Thursday 4 February 2016

Servis kereta 2016

Hari ni servis kereta di Tobarbour. Perlu catat harganya untuk rujukan akan datang:

1) Minyak hitam: JOD 21
2) Minyak filter: JOD 3
3) Wiper 2: JOD 6

Tong gas kami masih belum bertukar. Last tukar 12/12/2015. Mungkin bulan depan perlu beri baru.
Lesen keta bulan tiga perlu renew. Siap siaga dgn dokumen dan duit.


Tuesday 2 February 2016

Jemputan makan di rumah en.husni

Hari ni kami ke jubaihah memenuhi undangan makan malam di rumah en.husni. Rombongan umrah baru ni semua dijemput sekali...



Kebetulan hari lahir zainab anak bongsu mereka...



Monday 1 February 2016

عمرة مباركة إن شاء الله

Penat masih bersisa. Jam 5 pagi ahad kami sampai di Amman alhamdulillah. Perjalanan menaiki bas sejauh 1500km sememangnya meletihkan. Mujur bas tiga seat besar dan lebar mengurangkan rasa lenguh di badan. Ala kulli hal alhamdulillah. Rasa rindu pada kaabah, mekah dan madinah sudah mula menjelma hadir saat ini.

Perjalanan dr Amman-Madinah, Mekah: 31 jam
Urusan di hudud: 13 jam
Perjalanan balik: 22 jam


20 dewasa dan 10 kanak-kanak memenuhi ruangan bas.

Menunggu giliran sebelum masuk ke raudhah. Sesak dan harus tabah untuk sampai di carpet hijau...


Masjid nabawi, madinah...


Singgah makan dalam perjalanan...satu set berharga SR22


Di Jeddah SR62...


Tenang melihatnya...


Gambar banyak dalam anset suami. Akan diupload nanti.




Kos perbelanjaan:

Pengangkutan, visa & hotel: JOD 255 + JOD 255 + JOD 110
Hudud: JOD 10 + JOD 10 + JOD 10
Makanan & barang2: RM 1100

*JOD 1 = RM 6.20

Bila dicongak-congak dalam RM 5000++ habis untuk kami bertiga. Umrah selama 8 malam 9 hari. Berbaloi sangat jika dibandingkan umrah dari malaysia. Alhamdulillah. Cuma tahun depan sekiranya ada rezki mahu naik flight pula ke mekah. Rasa rindu berada di sana. Dan mahu sampai cepat. Kalau naik bas walaupun lebih murah tapi tak tahan menunggu lama di hudud. dan paling teruk tandas2 awam sepanjang perjalan sangatlah teruk!! Najis merata-rata. :( Teruk betullah arab ni. 

Sepanjang berada di madinah dan mekah saya dan suami menggunakan line zain. Kebetulan di jordan lagi saya memang menggunakan line zain untuk panggilan sahaja, jadi sebelum bertolak ke madinah saya hanyta topup 3 dinar khas untuk berhubung dengan suami di sana nanti. Suami pulak sampai saje di madinah, beli zain di kedai kecil berdekatan dengan hotel tempat kami menginap, elyas hotel. Harga kad zain ni 40 riyal. Ingatkan boleh buat call je rupanya boleh subscribe internet dengan kadar 10 riyal. Jadi deduct 10 riyal untuk internet, 30 riyal untuk panggilan sangat mencukupi. Internet pula buka khas untuk whatsapp berhubung dengan ahli rombongan umrah bersama dan mendapatkan tentatif yang diupdate oleh ketua rombongan us.ghazali.

Sebelum terlupa mahu mencatat di sini elaun bagi feb-mei dah pun masuk alhamdulillah. Sebelum bertolak untuk umrah saya hantarkan emel ke bahagian SLAI KPT maklumkan agar tiada kelewatan menerima ESH seperti pernah berlaku pada tahun lepas. hihi. 

Ini senarai yang saya sediakan untuk persediaan menunaikan umrah untuk saya:



PAKAIAN
·         Tudung jalan 3
·         Baju tidur 2
·         Kain batik 1
·         Anak telekung 2
·         Seluar kecil 4
·         Skirt labuh 2
·         Baju dalam 3
·         T-shirt labuh 1
PAKAIAN SOLAT
·         Telekung tudung putih 1
·         Stokin 2 helai
·         Stokin tapak biji2
·         Jubah 2 helai
·         Seluar labuh 2
·         Skirt labuh 2
·         Sarung lengan 1
·         Ma’thurat 1
KASUT & SELIPAR
·         Kasut hitam
·         Sandal jalan asadi
TOILETARIES
·         Plastic kosong 10
·         Berus gigi
·         Ubat gigi
·         Syampu
·         Sabun mandi
·         Span mandi
·         Surat kabar lama
·         Tuala
·         Tisu basah
·         Tisu
·         Sapu tangan
·         Seterika
UBAT2AN
·         Ubat tahan haid
·         Yu yee
·         Minyak cap kapak
·         Pil chi ki tek aun
·         Minyak gamat
·         Minyak panas
·         Plaster
·         Korek telinga
·         Paracetemol lubna buntut
·         Lotion/minyak bayi
·         vaseline
MAKANAN
·         Air masak botol


·         Bantal bas
·         Selimut

PERKAKAS DAPUR

Rice cooker
Pisau 1, gunting 1
Plastik kosong 5
Tisu basah, tisu kering tebal
stevia
Kertas minyak 10 helai
Cawan plastic 10
Plastik safrah
Senduk nasi, senduk lauk
Garam, minyak
Pinggan polistrin 9 kpg
Surat kabar lama
Sudu, garfu plastik
Sabun, span basuh pinggan
Sabun basuh kain
Bawang putih, bawang merah,
Plastik isi mknn 5, getah
Kettle



Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...