Saturday 26 February 2022

Semangat masak minggu ni...

Sebab tiap minggu berbelanja di mall jadi kena jimat dengan rajin memasak...


Sambal gesek terung, tempe salut tepung bestari dan pucuk ubi.. Waduh2... 


Kek batik air tangan suami. Terbaik... 


Bawa anak ke Ktcc Isnin baru ni. Ummi stress dan mahu menghilangkan stress. Keluar jam 6 petang, tak sangka maghrib di sana dan sambung pusing mall sebelum pulang... 



Kanak2 RM10, kalau tak bawa stokin kena beli RM5. Wajib ada seorang penjaga bersama. Baby kecil percuma masuk tapi kena bayar harga stokin.

Balik dari ktcc singgah a&w batu burok... 

 
Satu malam saje dah habis RM170. Lepas main, masuk pulak pasarayaku pasific, keluar jumpa pulak kedai bakery. Hmmm. Suami pulak ke Daiso sementara saya menemani anak2 bermain. 

Ok, ini potluck sesama ahli blok AB Selasa baru ni... 


Saya bawa ayam bakar. Seronoknya. 







Friday 25 February 2022

Dividen TH 2021 3.10%

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat lagi dividen TH dengan kadar yang agak tinggi (musim pandemik) sebanyak 3.10%.

Agihan dividen TH untuk tahun lepas saya dapat RM2569. Siapa nak bagi jumlah sebegini. Walau pun orang kata kecil je keuntungan TH ni, setakat tahun ini tiap tahun dividen lebih dari 2k yang diterima. Pernah dapat sehingga 4k juga masa sebelum pandemik melanda dunia.

Rasa lebih semangat untuk menyimpan demi pelaburan. Sebab tak pandai nak bisnes untuk tambah pendapatan. Boleh je bisnes nasi arab tapi tak sempat sejak ada anak kecil dan pegang jawatan.


Target saya untuk simpanan anak2 ialah sehingga mencapai 20k seorang saya akan berhenti menyimpan untuk anak2. Dan untuk diri sendiri saya akan pastikan berbelanja banyak mana pun baki cash tidak boleh kurang dari 70k. Ini penanda aras saya untuk menyimpan buat masa sekarang. 

Dijangka bulan 4 ni saya perlu bayar downpayment kereta dalam 10k. Rasa gelisah sebab menambah komitmen baru. Dah bincang dgn suami, perlu lebih berjimat cermat selepas ini.

Elaun kpp dan kenaikan tahunan saya dah siap tolak ke TH sejak bulan lepas. Nak belajar ikat nafsu yang sangat tidak berhemah sejak balik dari Jordan. Entry akan datang sy akan detailkan cara menyimpan saya selaku rakyat marhein yang pendapatan tidaklah kecil tidaklah besar. 

Asam pedas kepala ikan jenahak... 


Adik keenam dan Alyan... 



Wednesday 23 February 2022

Bengkel di Raia hotel

Bengkel penyelarasan markah PA Mauritius yang dikendalikan penyelaras pesisir U. Shahrizal... 



Saturday 19 February 2022

Nasi panas gulai daging..

Jamuan ringkas di rumah k. Ti Sedapnye nasi panas dan gulai daging.. 

Lembu seekor disponsor oleh abang k. Ti sempena kursus umrah katanya. Jamu makan di surau tapi kami ke rumah k. Ti. Makan sebelah periuk, berpinggan2 saya dan suami makan. 🤣

Wednesday 16 February 2022

Sign agreement pinjaman kereta

Hari ni ambil cuti kecemasan untuk sign agreement pinjaman kereta di Public Bank tingkat dua. 

Banyak juga dokumen perlu sign. Total bulanan tolak RM952. Sama dengan bulanan kereta vios sekarang. Huhu. 

Kos autolife insurance RM940.62. Belum dibayar lagi tunggu kereta sampai dulu nampaknya.

Jangkanya lagi beberapa bulan. Harap sempatlah menyimpan untuk downpayment dulu. Adhoc sungguh kan. 

Kari ikan pari...


Kari lagi. Guna rempah cap o. Sedap.

Berat halaa 18 bulan 9.2kg.

Menu bengkel buku bertema...

Sunday 13 February 2022

Kari kepala ikan salmon


Sejak pertama kali makan kari kepala ikan salmon di rumah rakan beberapa tahun dulu, suami terus jatuh cinta dengan kari kepala ikan salmon. Jadilah kari setelah sekian lama duk dalam peti ais. 

Ok, ini beli di Shopee apa tah namanya plug organiser kot. Beli dua satu untuk meja pc saya dan satu lagi utk TV. Harga RM25+-... 



Ok, ini order untuk bengkel buku bertema jabatan.sangat sedap sambal ayam merahnya. Murah saja RM7 satu kepala termasuk air. 

Saturday 12 February 2022

Test drive kereta

Perodua Aruz - murah, gegar2 masa naik. 
Perodua myvi - menarik dan selesa seatnya. 
Toyota rush - mahal, seat kecil dan rasa terkongkong. 
Toyota innova - mahal, rasa terkepung dan seat tengah dua shj. 
Mitsubishi xpander - Suka hati, rasa selesa dengan seatnya, xde rasa gegar. Smooth je. Seat dia cantik dan waterproof. 

Hari ni all out pusing bandar untuk test drive kereta. Nanti sambung cerita.


Xpander... 

Innova... 


Berkenan dengan xpander. Kena buat kira2 semula. Semoga Allah permudahkan dan ditunjuki jalan pilihan yang terbaik. 

Toyota vios yg ada skrg mgkn akan dijual satu masa nanti. Cuma sayang sebab dh habis tempoh servis dengan Toyota yang mahal nak die tu. Dah masuk 5 tahun cukup tahun ni bersama vios GX. Teringin pakai myvi pula. Seat selesa dan ruang kaki yang agak luas. Suka. Tapi kena berkira2.


Wednesday 9 February 2022

Suntik Halaa 18 bulan

Ke klinik desa tengahari tadi untuk suntik vaksin Halaa 18 bulan. Berat sudah 9.2kg, tinggi 77cm.Tak menangis nak ummi kena cucuk. Comel je tengok. Anak saya yang ini ada eczema yg agak teruk. Kesian tengok kaki dan tangannya. Misi pun tanya. Rasa sedih untuk Halaa. Kami nak bawa ke klinik Sulaiman nanti. Ummi kena ambil cuti untuk urus rumahtangga betul2.

Sejak jadi kpp, banyak urusan peribadi yang tertangguh. Pelajaran anak apatah lagi😭.

Saturday 5 February 2022

Grand river hotel KB dan cerita ceritu

Banyak nak kongsi cerita tapi penulisan selalu terganggu. Tengok gambar dulu sebagai kenangan akan datang...







Hotel Ibis, Kota Bharu...

Bermalam semalam di sini demi merasa hotel baru. Belanja mak abah juga di sini. Satu malam dalam RM150+ termasuk tax dan breakfast untuk seorang. Tempah dua bilik dan tambah harga breakfast untuk sorang dewasa (RM15) dan kanak2 atas 7 tahun (RM13). 


Ada balkoni... 


Kenduri di Kelantan. Ada dua jemputan sehari. Nikmatnya makan daging gulai..

Hajat nak ke Dabong menaiki KTM tapi keretapi terlepas😭. Tiket suami dah beli awal sebulan tapi begini jadinya. Persiapan yang tidak rapi dan berlengah serta saya sendiri tak berapa cakna dengan masa tiket. Burn RM70. 

Hari ketiga di Kelantan, sewa homestay ummi semalam RM250. Lepas kenduri terus bersiap balik ke Terengganu. Alhamdulillah ala kull hal. 


Tuesday 1 February 2022

Jamuan makan di fakulti

Seronoknya rasa dah lama takde jamuan begini. Jamuan dari PPBI  sempena tamat jawatan KPPBI Dr. Zikin, dan jamuan kesyukuran kambing golek Dr. Fauzi.









Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...