Saturday 5 February 2022

Hotel Ibis, Kota Bharu...

Bermalam semalam di sini demi merasa hotel baru. Belanja mak abah juga di sini. Satu malam dalam RM150+ termasuk tax dan breakfast untuk seorang. Tempah dua bilik dan tambah harga breakfast untuk sorang dewasa (RM15) dan kanak2 atas 7 tahun (RM13). 


Ada balkoni... 


Kenduri di Kelantan. Ada dua jemputan sehari. Nikmatnya makan daging gulai..

Hajat nak ke Dabong menaiki KTM tapi keretapi terlepas😭. Tiket suami dah beli awal sebulan tapi begini jadinya. Persiapan yang tidak rapi dan berlengah serta saya sendiri tak berapa cakna dengan masa tiket. Burn RM70. 

Hari ketiga di Kelantan, sewa homestay ummi semalam RM250. Lepas kenduri terus bersiap balik ke Terengganu. Alhamdulillah ala kull hal. 


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...