Saturday 26 February 2022

Semangat masak minggu ni...

Sebab tiap minggu berbelanja di mall jadi kena jimat dengan rajin memasak...


Sambal gesek terung, tempe salut tepung bestari dan pucuk ubi.. Waduh2... 


Kek batik air tangan suami. Terbaik... 


Bawa anak ke Ktcc Isnin baru ni. Ummi stress dan mahu menghilangkan stress. Keluar jam 6 petang, tak sangka maghrib di sana dan sambung pusing mall sebelum pulang... 



Kanak2 RM10, kalau tak bawa stokin kena beli RM5. Wajib ada seorang penjaga bersama. Baby kecil percuma masuk tapi kena bayar harga stokin.

Balik dari ktcc singgah a&w batu burok... 

 
Satu malam saje dah habis RM170. Lepas main, masuk pulak pasarayaku pasific, keluar jumpa pulak kedai bakery. Hmmm. Suami pulak ke Daiso sementara saya menemani anak2 bermain. 

Ok, ini potluck sesama ahli blok AB Selasa baru ni... 


Saya bawa ayam bakar. Seronoknya. 







No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...