Thursday 27 December 2018

Rendang ayam pulut kuning

Buka sekolah tak lama lagi. Lubna akan masuk darjah satu. Sekolah di dar ehsan 7km dari rumah.
.....
Sambung menulis. Baru nak menulis macam2 dah anak buat. Tumpah makanan. Tumpah air. Menangis. Tak sempat nak menulis detail.  Lagi-lagi bila anak asyik nak berkepit 24 jam dengan ummi. Walid lagi seronok dapat me time berjam-jam.😂
Ummi dah macam apa. Tak sempat nak bercantik-cantik dah di rumah. Waktu kerja je dapat pakai elok sikit. Itu pun sebab anak tak berkepit pegi kerja.
Bukan nak buka pekung di dada. Tapi nilah nasib perempuan Melayu. Sebab perempuan Melayu terlebih rajin. Semua perkara nak cakna dan buat. Cari nafkah sama naik dengan lelaki.
Kena jadi pemalas & manja macam perempuan Arab barulah suami dan lelaki jadi lebih rajin. Tapi adat kita bukan begitu. Dari kecil anak perempuan terdidik begini, susah nak ubah sikap yang sudah menjadi adat.
Apapun masih bersyukur suami ada di sisi. Di sebalik kekurangan ada banyak kelebihan lain. Alhamdulillah.
Menu sarapan dan tengahari hari ini...

Pagi ni saya pasang sendiri rak yang dibeli kali kedua di cawangan ikea batu enam. Hehe. Lambat sangat nak tunggu suami pasang. Kebetulan dia ada laptop pelanggan perlu baiki. Siap pasang saya letak di bilik simpanan barang-barang. Rumah takde stor jadi terpaksa jadikan bilik sebagai stor...


Belum habis kemas sepenuhnya. Sakit badan angkat kotak-kotak yang agak berat. Mengemas tak pernah sudah. Ni belum sesi mengelap tingkap, siling dan segala yang di atas dinding. Memang tak terkejar 😂.

Wednesday 26 December 2018

Patin stim tempoyak

Meratah di malam hari...


Resepi citarasa sendiri cuba jaya mengikut rasa patin stim tempoyak yang pernah dimakan di restoran Azmy tempoyak Raub dulu-dulu...

Anak teruna pun tolong memasak. Walid kata dia pun ada tolong masak tapi ummi tak sebut pun. 🤣

Alyan tolong ummi 'masak' dari awal sampai akhir melekat kat dapur. Tulah maksudnya tolong masak 😂.

18 Disember baru ni hari gaji bersama bonus RM500 untuk penjawat awam. Boleh pulak nama saya tercicir dari kemasukan bonus. Telefon bendahari semalam dan hari ni selesai alhamdulillah dah dapat tadi cek dalam internet banking.

Patut tunggu punya tunggu tak masuk-masuk. Orang lain dah habis belanja hua2. Itu pun ringan mulut tanya rakan sepejabat. Ada yang kata dah masuk hari gaji hari tu. Ada yang kata saya tak perasan kot sebab mungkin bercampur-campur duit. Bab kewangan saya agak alert. Mustahil saya tak perasan jumlah RM500 lainlah kalau 50 sen.

Last sekali cek slip gaji online memang tak masuk! Kawan yang lain tertera dalam slip gaji bonus RM500. Jadi jelas lagi nyata bonus saya belum dapat. Lagi pula memang saya ada dua akaun. Baki duit akaun gaji saya akan transfer ke akaun kedua sebelum masuk gaji baru. Ini cara saya urus kewangan supaya tak terlebih belanja.

Staf di bendahari kata ada dua nama tercicir. Haha. Mujur saya call kalau tak memang senyaplah agaknya ye dah lebih seminggu pulak tu. Lepas ni kena lebih gigih cek. Sabar jelah.

Sunday 23 December 2018

Macam-macam lagi

Beli tudung jenama Atikah dengan midah di kiosk milik kakaknya di Kubang Lembek...

Beli 5 helai tudung sementara promosi ada. Tudung saya lebih banyak dari baju hihi.

Sambut hari kelahiran adik bongsu...


Hantar anak saudara ke pusat tahfiz quran...

Friday 21 December 2018

Kenduri rakan pensyarah

Akhirnya k.ti menamatkan zaman solonya dengan jejaka dari Kelantan...


Seronok makan kenduri sampai tak ingat dunia bila makan. Tu bahayanya bila pergi kenduri kendara. Memang makan sungguh-sungguh haha.


Thursday 20 December 2018

Macam-macam

Beli rak untuk kegunaan di dapur. Alhamdulillah puas hati. Dapur kecil sahaja 10 x 10 jadi kena menyimpan elok-elok untuk elak keserabutan...

RM140 pasang sendiri. Mudah saja pasangnya sebab suami yang pasang haha. Beli di kedai cawangan ikea & patchwork batu enam...


Kek karamel pelangi air tangan suami! Abang memang hebat!


Kelas semester ni dah selesai alhamdulillah😀


Saturday 15 December 2018

Macam-macam cerita

Adik saya yang duduk di UK pulang ke Malaysia kerana alahan mengandung yang agak teruk. Balik dengan anak kecil 1 tahun 4 bulan.  Rutin harian kami berubah. Kakak yang sulung banyak membantu menjaga anak sedara yang masih sangat memerlukan perhatian ibu.
Saya hanya mampu bantu bila hujung minggu. Kadang-kadang balik dari kerja terus bergegas ke rumah emak tolong tengokkan anak saudara. Tapi kadang saya sendiri pun letih memandangkan saya pun ada anak kecil berusia 1 tahun 9 bulan yang masih menyusu badan.
Masak oden di rumah mak...

Kenduri akikah di rumah u.firdaus. Cerita minggu lepas. Kerabu nangka muda memang rare dan sedap...


NR cafe...

Mandi hujan depan rumah nenek...

Wednesday 5 December 2018

Saturday 1 December 2018

Membeli di kedai kecil

Saya ada sebut dalam entri lepas tentang membeli-belah dengan skala yang kecil. Ya sekarang saya lebih suka membeli barang rumah secara sedikit. Sebab apa? Sebab beberapa sebab (berapa kali sebab kena sebut) antaranya ialah:
  1. Saya suka melepaskan tekanan perasaan melalui aktiviti membeli barang dapur atau barang peralatan rumah. Bila saya dapat keluar membeli 2-3 kali seminggu saya rasa cukup bahagia  dan tenang. Bayangkan kalau 3 kali pegi membeli-belah di pasaraya besar yang ada macam-macam produk menarik nafsu 3 kali tiap minggu. Sekali belanja konpem atas RM120, kalau 3 kali pergi seminggu darablah RM120x3=RM360! Tak berbaloi. Tu belum masuk pergi kedai kecik-kecik lagi. Kebanyakan barang yang dibeli pulak lebih kepada kehendak bukan keperluan. Saya rasa dah berbulan jugak tak pergi ke mydin mall. Giant mall ada sekali dua. Selebihnya saya membeli di kedai berdekatan rumah atau di sabasun yang tidak ada perkhidmatan kad kredit.
  2. Saya nak elak guna kad kredit di pasaraya. Sebabnya kalau guna kad kredit saya jadi tak kisah nak belanja sampai RM150 pun yang mana sangat merbahaya. Jadi sekarang saya akan lebihkan penggunaan kad kredit untuk tempahan online sahaja atau untuk tiket kapal terbang (Rasa dah lama tak terbang sejak habis belajar).
  3. Saya perasan dapat jimat banyak duit dan makan dengan lebih sihat bila tak membeli di pasaraya. Ada extra beberapa ratus yang boleh disimpan akhir bulan. Biasanya saya akan masuk ke akaun kedua untuk apa-apa peruntukan seperti servis kereta @ membeli barang kehendak. Dapat elak beli junk food jugak. Kat pasaraya macam-macam jenis junk food yang baru dan diupgrade. Memang kadang-kadang tergoda. Bila tak pergi memang tak belilah sume tu. Kalau di kedai kecil junk food memang tak menggoda langsung. Haha.
  4. Bila beli di kedai kecil, saya mengajar diri untuk fokus. Fokus oada barang keperluan sahaja. Dapat kawal nafsu walaupun kadang terbabas juga. Tapi ahsan dari membeli di pasaraya besar. 
  5. Saya malas nak berjalan jauh dengan anak-anak semata-mata nak beli 3-5 jenis barang sahaja. Tak berbaloi pergi pasaraya besar. Kang tak pasal belanja pun besar. Malas nak berpusing-pusing cari barang. Lain yang dicari lain yang dibeli. Dalam kereta frust sebab habis banyak dah belanja tapi barang yang dicari tak jumpa-jumpa. Hihi. Terpaksa pulak singgah kedai lain. Haa duit lagi.
Saya bukan boikot pasaraya besar tapi saya elakkan pergi setiap minggu atau setiap bulan. Kalau pergi pun sebab barang yang nak beli takde di kedai kecil. Dan nasihat saya kalau gaji besar belas ribu takpelah kalau nak gi berbelanja di pasaraya besar pun. Tapi yang rasa cukup-cukup makan saja tak perlulah kerap membeli di pasaraya besar. Kadang di kedai kecil harga barang lebih mahal dari di pasaraya tapi bagi saya itu lebih selamat dari saya pergi ke pasaraya barang murah seposen dua tapi saya borong semua. Haha.

Thursday 29 November 2018

Mee kari

Tengok orang di grup masakan FB masak mee kari rasa terliur. Balik dari kerja minta suami singgah di kedai berdekatan rumah untuk beli kelengkapan masakan.
Kebetulan terserempak dengan midah dan mamanya di kedai membeli barang keperluan juga. Rasa dah lama benar tak jumpa hihi. Teringat zikroyat di Jordan.
Mee kari spesel tuk saya sebab ada udang dan kerang. Suami tak boleh makan seafood jadi saya kukus asing seafood dan tak campur dengan kuah kari.

Mee kari sedap pada tekak saya kalau tanpa santan. Letak santan pun boleh tapi kena lebihkan rempah. 

Bercakap pasal beli barang, sekarang saya lebih selesa membeli di kedai yang kecil dan berdekatan dengan rumah. Kalau tahun-tahun lepas suka sangat membeli di pasaraya besar sebab boleh guna kad kredit. Lagi-lagi di Jordan suka sangat pergi city mall, sameh mall, macam-macam mall kami terjah. 

Tapi sekarang tidak lagi. Nanti saya cerita macam mana saya boleh berubah kepada berbelanja dengan skala besar kepada skala kecil. Rasa mengantuk.


Tuesday 27 November 2018

Masak sarapan

Dah lama tak letak gambar makanan. Pagi ni masak sarapan untuk ditinggalkan buat anak-anak di rumah bersama dengan walid. Goreng nasi & meatball...

Meat ball jenama azmy kurang sedap sebab berempah. Tak boleh beli dah. Sos meatball beli dengan kawan suami. Homemade sauce RM20 sebotol. Feveret anak sulung.

Saturday 24 November 2018

Lagi beberapa hari memasuki 2019

Apa saya nak dalam hidup? Asyik fikir tentang kumpul harta. Penat. Banyakkan istighfar. Banyak dah masa fikir pasal dunia.
Andai hidup sehingga 70 tahun, saya ada lagi 36 tahun untuk beribadah. Macam mana nak manfaatkan masa yang ada?
Hanya anak-anak sumber paling dekat dan mudah untuk saya menambah pahala. Menerusi anak-anak saya ajarkan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Moga-moga hasilnya menambah timbangan pahala buat saya di sana.
Teringin ajar anak-anak hafaz quran. Tapi saya tak kuat. Kadang-kadang malas dan tidak sabar layan karenah. Sekadar doa harian yang mampu saya dan suami buat dengan anak-anak. Hafal dan belajar secara santai. Secara formalnya masih goyah.
Lagi pun saya sendiri tak suka belajar dengan paksaan seperti belajar berjam-jam di library, atau ikut masa prep di asrama, atau duduk berjam-jam mengadap buku semua tu bagai satu torture bagi saya. Belajar boleh di mana-mana tak semestinya kena ada kerusi dan meja. Lebih santai dan relax lebih baik untuk saya. Sekarang saya cuba praktik pada lubna dan alyan. Harap menjadilah eksperimen ummi ni kih374.

Pressure cooker midea

Baru ni beli di lazada pressure cooker jenama midea. RM140 5L dapat dua non stick inner pot. Setakat ni puas hati ahamdulillah dah masak rendang ayam, 
kari ayam. Tunggu nasi arab pula lepas ni.

Nampak macam old school sebab takde butang digital. Kena pulas ikut menu yang kita nak. Tapi takpelah asalkan murah dan senang dipakai. Masak ayam 45 minit memang lerai isi dari tulang.

Satu lagi barang dapur berhajat nak beli ialah steamer elektrik jenama trio. Senang nak kukus ikan nanti. Tapi tulah dapurnya sekangkang kera. Mahu letak di mana nanti kena mula fikir sebelum beli.

Bila duduk rumah lagi-lagi masa cuti memang sepenuhnya fikir pasal tugasan mengemas rumah. Ada saja yang akan saya kemas. Penat pun takpe asalkan hati lega tengok rumah bersih. Sebab tu tak berapa suka rumah penuh barang atau perabot susah nak mengemas.

Tapi masalahnya bila saya penat mengemas sambil layan anak-anak, jadi bad mood pula dengan suami sebab tak tolong haha. Suami saya jenis tak kisah bersepah asal mudah dia nak ambil barang. Memang kontra dengan saya.

Wednesday 21 November 2018

Boleh berblog dari pejabat

Rasa gembira dah boleh edit blog di komputer pejabat. Hihi.

Baru selesai kelas pagi, petang ni kelas debat lagi. Hari Khamis kelas yang paling padat. Hari lain santai saja. Fasol ni saya mengajar lapan jam seminggu. Alhamdulillah. Itu pun tak cukup masa nak buat artikel dan buat geran. Teruk betul.

Ok, nak buat soalan kuiz dan fikir tajuk geran.

Konvokesyen UniSZA

Sidang pertama pada hari kedua...


Santai konvo kali ni. Sekejap je rasa duk dalam dewan. Bagus sekali. Hari-hari masuk pun takpe.

Kelas tinggal lagi empat minggu. Pelajar kelas debat akan mula sesi debat esok hari. Fasol ni saya utamakan latihan khotobah berbanding sanah lepas. Dari minggu ke minggu nampak tahassun pada pelajar. Semoga semua boleh bertutur Arab dengan baik melalui kelas ini.

Pidato dan debat perlukan latihan hari-hari. Bakat sahaja tidak cukup. Lagi-lagi kalau bercakap menggunakan bukan bahasa ibunda. Kena lebih usaha dan latihan. 

Sambut besday lubna di rumah nenek. Beli kek simple sahaja tak plan nak sambut gilang gemilang. Haha.


Banyak benda yang nak dicerita tapi tak tercerita. Dua minggu ni suami diserang gout lagi. Mak ayahlah yang datang tengokkan sepanjang saya pegi kerja. Tengokkan Alyan sekali memandangkan kami tak hantar dia ke taska.

Bila susah, keluargalah yang pertama membantu. Bila senang, keluargalah juga yang paling utama. Sejauh mana pun kita berlari mengejar cita-cita jangan lupa yang di sisi dan di belakang. Jangan pentingkan diri sendiri. Ada banyak hati perlu diraih dan dibahagiakan.

 Hidup kita tak lama, esok lusa mungkin dah takde. Buatlah baik pada semua. Bercakaplah baik dengan semua. Walau dalam hati panas membara. Biar perkara yang baik saja orang kenangkan tentang kita. Ada orang yang baik bila dia pergi saya terkenangkan baik hatinya. Moga saya pun orang kenang begitu. Dalam hati insaf atas kejahatan mulut dan tulisan saya yang mungkin menyinggungkan. Maafkan saya.

 


Saturday 17 November 2018

Konvo Pasti Lubna & Hadiah Kebersihan Terbaik

17 November 2011 bersamaan hari Sabtu ialah hari ihtifal Pasti anak sulung saya merangkap tahun terakhir bergelar kanak-kanak riang ria Pasti.  Program bermula jam 9 pagi sehingga 1.30 petang kalu ikut aturcara majlis dalam kertas.

Ceritanya jenuh sungguh menunggu upacara penyampaian hadiah. Pelajar 6 tahun yang terakhir menerima hadiah. Bayangkan 350 pelajar dikumpul dari 4 buah Pasti dun Manir. Bermula dari pelajar umur 4 tahun dan seterusnya. Huaaa. Mujur boleh berlunjur cuma tak boleh bersandar sebab duduk atas lantai semua. Program sepatutnya di buat di dalam dewan tapi bertukar ke surau sekolah. Tak tahulah sebab apa.

Sebelum upacara hadiah yang dijadualkan pada akhir program, ada persembahan dari setiap sekolah, ucapan 5 orang vvip, cabutan hadiah untuk 40 orang. Dah macam apa dah ummi. Macam cacing kepanasan 3 jam lebih duduk bawah kipas yang tak berpusing sebab rosak. Haha. Suasana pun dah bingit dengan suara anak-anak dan orang ramai. Mujur ummi sampai jam 10 pagi. Itu pun rasa tersilap sepatutnya kul 11 baru datang. Haha.

Lubna pulak terima hadiah jam 1.20 petang. Kui2. Kalau ummi tahu lambat, ummi masuk dulu sidang pagi konvo unisza pastu baru pegi program lubna.

Tapi terubat rasa penat bila lubna dapat hadiah kebersihan terbaik kategori pelajar perempuan 6 tahun. Hahaha. Ummi rasa geli hati dan rasa sejuk perut. Kih3.  Alhamdulillah ala kulli hal. Semoga anak2 ummi kekal menjaga kebersihan. Tak perlu perfect tapi biar sedap mata memandang, sedap hidung yang membau.

Kelam kabut amik gambar sebab ummi tak expect lubna ambil hadiah lepas orang no 1,2,3. Yang pasti ummi ingat lubna orang ke-12 amik hadiah sebab dapat no 12 dalam kelas.kih3. Rupanya bila dapat hadiah khas dia antara yang dapat awal hadiah. Patutlah beria tanya hari2, ummi bila nak dapat hadiah.

Dapat je hadiah kami terus balik. Rasanya program habis jam 2 lebih memandangkan panjang lagi barisan kanak-kanak menunggu giliran. Ummi udah capek dan udah kelaparan.




Thursday 1 November 2018

Semangat

Semangat menghias rumah datang kembali. Semangat ni datang 2-3 kali sahaja dalam masa 2 minggu. Sama dengan semangat memasak, bukan setiap hari. Semangat kerja akademik pun ada hari-harinya.

Bila datang semangat-semangat tu saya akan buat sungguh-sungguh. Buat sehingga puas hati. 

Ruang tv & ruang kerja suami. Gabung sekali di ruang makan keluarga. Rumah kecil, bilik tak banyak. Kena agih-agih ruang yang ada. Ni susunan sejak minggu lepas. Rsnya akan berubah lagi kedudukan perabot ni..hihi.


Saya dah lama tak update status di FB sejak kembali aktif di blog. Di FB banyak hati nak kena jaga bila menulis. Banyak pura-pura. Susah nak luah perasaan. Kongsi gambar pun boleh jadi macam-macam isu. 

Di blog saya bebas nak tulis apa saja. Tempat curah perasaan dan idea dengan pembaca misteri. Entah wujud ke tidak pembaca blog ni haha. Takpelah yang pasti saya ada tempat untuk menulis. Rasa puas.

Tuesday 30 October 2018

Pasang jubin garaj

Keluasan 20 x 15 kaki
Jubin 2x1 RM3.50 x 152 keping
Simen RM16 x 4 beg
Simen RM15 x 4 beg (ambil sendiri)
Gam pasir Rm28 x 2 beg
Upah RM400

Alhamdulillah siap dalam masa satu hari. Mula jam 9.30 pagi, siap jam 2.30 petang. Tiga pekerja yang buat. Cuaca pun kering sepanjang hari. Mendung kadang-kadang.

Jubin beli di kedai Shenion, simen pula beli di kedai berdekatan rumah. Kami malas nak design corak jubin takut pening kepala. Tapi bila tengok jubin lantai bercorak cantiklah pulak. Takpe ada banyak lagi kawasan perlu dijubin. Boleh plan sikit-sikit.

Plan seterusnya nak pasang pagar baru. Nak cari yang murah sahaja. Satu masa kalau kena pindah Besut tak terkilan sangat rumah ni perlu dijual.

Anak kedua dah 20 bulan. Lancar sebut perkataan terutama suku kata di belakang. Ahlid (walid), immi (ummi), ahpang (abang), ahkak (akak), ahtok (atok), neney (nenek), kaman (uncle aman), akut (takut), uhjan (hujan), ahkit (sakit), nanak (taknak), ukak (buka), bihmillah (bismillah), dan banyak lagi.

Merdu je dengar kat telinga kami. Lunak je suaranya. Bertubi-tubi ummi cium sebab geram comel sangat sebutan dan memek mukanya hihik.




Thursday 25 October 2018

Kemas rumah lagi

Kemas bilik pakaian yang asalnya adalah bilik komputer suami serta stor barangan perbadinya.

Dulu dan sekarang...

Kemas sikit-sikit. Saya sidai baju dalam bilik ni saja. Kadang sidai di ruang makan atas kerusi. Malas nak sidai luar haha. Yelah sebab basuh pun banyak waktu malam. Pagi hari fokus buat benda lain sebelum pergi kerja. 

Thursday 18 October 2018

Benci

Benci dengan sifat pura-pura.

Depan lain, belakang lain.

Luar lain, dalam lain.

Tuesday 16 October 2018

Anne syarley

Ini cerita kartun yang saya cari untuk ditonton dalam kelas pidato dan debat Arab. Akhirnya saya terjebak. Dari satu episod sehinggalah ke episod 21 hari ni. Hihi. Panjang lagi ceritanya.

Cerita ni dah dialih bahasa ke bahasa Arab. Bahasa yang cantik, jalan cerita kehidupan yang sangat menarik. Sarat dengan moral dan semangat.

Saya jatuh hati padanya.

Berkumpul di Raub

Raub tempat mak dilahirkan. Di situ kebanyakan ahli keluarga cina mak tinggal.
Baru ni kami adik-beradik bersama ahli keluarga masing-masing berpakat untuk bercuti dan berkumpul bersama. Saya, mak dan kakak bertolak dari Terengganu, adik lelaki sorang dari Melaka dan seorang lagi dari Johor bersama keluarga masing-masing.
Kami booking empat buah roomstay di pekan Raub. Sangat menarik boleh pancing ikan lagi dan free. Dapat 4 ekor ikan patin kami masak tempoyak pada hari terakhir di sana. Alhamdulillah.
Malam pertama keluarga cina mak datang ke roomstay kami. Kebetulan ada lebihan lauk pauk rendang ayam, sambal ikan ayer, ayam tumis tomyam, sambal tumis tempoyak petai jadi santapan tetamu. Semua kami masak dari rumah masing-masing sebelum bertolak ke raub.
Hari kedua kami ke lata jarum mandi-manda dan makan berkelah. Malamnya abang mak belanja makan di restoran azmi steam tempoyak. Memang sedap steam patin kt sini. Sgt lazat dan lain dari yg lain. 
Gembira bila dapat bersama ahli keluarga tersayang. Hati rasa penuh. Sekarang saya kena letakkan keluarga adalah no 1 dalam hidup saya, & kerjaya masih keutamaan tapi cukup sekadar membuat tugasan hakiki. 32 tahun mengejar cita dan harapan sehingga selesai PhD, sekarang masa untuk menuai dan menambah hasil sekadar mampu.
Saya ingin kehidupan yang tenang. Rasa yang damai. Ingin bekerja dengan bahagia. Bersaing dengan diri sendiri bukan orang lain. Bila masuk kelas rasa gembira. Pelajar rasa bahagia. Rasa berjaya walau biasa saje.
Sekitar cuti-cuti Raub...

Saturday 6 October 2018

Rasa nak renovate garaj rumah

Lantai garaj rumah dah agak teruk. Pecah-pecah pada tepi longkang. Nak kena cari tukang untuk sebut harga. Kalau boleh nak bawah 3k sekali dengan kos barang.

Pagar pun kena tukar. Berkarat2 sudah. Kos pagar pun nak cari bawah 3k. Jenis elektrik dan simple.
Semalam motor elektrik utk kanak2 sampai rumah. Skynet yang hantar. Rasa lega dan gembira. Lama dah lubna minta. Asalnya minta kereta tapi ummi rasa better motor sebab lebih kecil dan sesuai nak main dalam rumah.

RM200 beli di lazada. Lebih murah berbanding di kedai rata2 atas RM300 utk jenis ni. Kena caj bateri 4 jam dan boleh guna straight antara 40 minit-1 jam.

Thursday 27 September 2018

Isteri dah tak cantik?

Boleh je nak isteri sentiasa cantik dan wangi. Caranya seperti berikut:

1. Isteri tak perlu memasak langsung. Masuk dapur untuk minum air dan basuh tangan saja. Hal-hal dapur semua settle oleh suami atau pembantu rumah.

2. Suami urus anak 90%. Lagi 10% sahaja bagi isteri buat macam menyusukan anak dan bagi makan.

3. Pasang aircond satu rumah. Dapur, ruang tamu, bilik-bilik. Gerenti isteri tak berpeluh-peluh masam terkejar-kejar dari hujung dapur ke hujung pintu rumah.

Kalau tak mampu, rasanya para suami tak perlu demand sangat. Yang diorang tengok cantik di luar bila dah jadi isteri dan ibu akan jadi tua dan masam juga. Kihkoh.

Saturday 22 September 2018

Pantang like

Pantang tengok orang post gambar masakan di FB mesti saya suka hati nak like. Walaupun sy tak pernah bersua muka sekadar hanya rakan di FB memang saya senang hati like.

Saya bukan jenis tekan butang like sesuka hati. Kecuali untuk gambar masakan, gotong-royong memasak memang sesuka hati je like kihkoh. Sebab memasak ni sesuatu yang memenatkan. Bila dapat siapkan masakan perasaan yang sangat hebat.

Tapi saya jarang like post makanan di luar. Sebab makanan di luar semua orang boleh beli dan makan haha. Masakan rumah ada keistimewaannya. Ada banyak kisah di sebaliknya. Senyum tawa nangis sendu bersilih ganti bila nak siapkan hidangan air tangan sendiri atas meja. Bila dah mengadap meja rasa bahagia. Siap juga akhirnya dan gembira tak perlu beli di luar.



Wednesday 19 September 2018

Petai

Kat tepoh ada orang jual petai RM10 dapat 13 tangkai. Besar2. Tambah lagi koleksi petai dalam peti ais. Suami geleng pala isteri beli petai macam nak stok tuk 10 tahun haha. Rasa seronok tengok petai. Macam2 nak masak dalam kepala.

Monday 17 September 2018

Nikmatnya cium anak

Tiap kali tengok baby comel, tiap kali tu saya akan peluk dan cium anak. Nikmatnya cium pipi mulus gebus harum mewangi.


Gebu saya terkena HFMD. Jumaat baru ni dia denam sekejap dan tak mahu menyusu. Kemam mulut dan buang air liur. Ada bintik merah naik di lutut, siku, tapak kaki. 

Ahad bawa ke klinik Intan dan doktor sahkan HFMD. Tapi sebab suhu normal dan tak berapa panas doktor relaks je. Ingatkan kena kuarantin tapi doktor tak cakap apa. Confuse. Anak orang lain siap kuarantin bagai, siap dapat cuti seminggu bagi yang bekerja. 

Ada baca juga di blog orang yang ada pengalaman anak kena HFMD yang merawat anak secara sendiri dan sembuh. Maknanya sebenarnya tidak meberhaya kalau dipantau dan dikawal dengan baik. Ia jadi bahaya sebab mudah berjangkit pada orang lain.

Ubat ulcer spray yang doktor bagi...


Satu lagi ubat demam yang saya tak bagi langsung pada Alyan sebab dia tak demam. Dua jenis ubat tu saja. Calalite untuk sapu pada bahagian bintik2 dah ada jadi doktor tak bagi dah. Harapnya segeralah sembuh. 

Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...