Monday 30 May 2016

Tajdid rukhsoh sayyaroh

Rekod tajdid rukhsoh kereta hari ini:

Mukholafah: -
Ta'min: JOD 73 (6 bulan)
Muhasabah: JOD 42.50
Tamat rukhsoh: 9 disember 2016

Trip tack: JOD 120

Alhamdulillah kali ni dapat tempoh rukhsoh yang lebih lama dekat 6 bulan! Kalau dengan staff sebelum ni tajdid untuk tempoh 3-4 bulan. Xpatut langsung. Habis sampai setahun 3-4 kali kena renew lesen kereta, teruk betul. Manusia ni ada jenis permudahkan urusan orang, ada jugak jenis yang menyusahkan kerja orang. Contohnya macam di atas. Tolonglah kita semua ambil iktibar. Nabi dah berpesan barangsiapa memudahkan urusan orang lain, Allah akn permudahkan urusannya.

Rukhsoh sayyaroh...


Itulah rupa roadtax kereta di sini. Ambil gambar untuk kenangan tahun mendatang, tak lama lagi akan tinggalkan Jordan for good. Segala yang pahit akan dikenang apatah lagi yang manis terus dirindui.

Balik tajdid rukhsoh, singgah Abdali cari buku kawan dari Malaysia kirim. Cari rempah arab kawan suami kirim tapi sudah kehabisan stok di kebanyakan carrefour. Balik rasa lapar. Ketung-ketang di dapur...



Sambal ayam.

Sebolehnya ingat berjimat dan berbelanja lebih di Malaysia nanti. Ikat nafsu dari beli makanan Arab yang lazat-lazat. Di Malaysia nanti banyak lagi yang lebih lazat memujuk-mujuk minta dibeli. 

Pagi tadi call KPT bahagian SLAI tanya tentang ESH yang belum masuk lagi. Kata cik aimuni dah proses sejak dua minggu. Hai dah nak masuk tiga minggu belum siap proses lagi. Suami kata entah-entah kerajaan guna duit yang ada untuk bajet pilihanraya. Hmmm.

Friday 27 May 2016

الحمدلله على كل حال...

منذ أيام لم ألمس الرسالة. جدا قلقة لكن هذا القلق لا يدفعني إلى اجتهاد أكثر كالعادة.

 ربما سرور العودة إلى ماليزيا يجعلني متكاسلة

ربما تأخر دخول علاوة العيش يجعلني يائسة من العمل بجد

ربما  وربما وربما...

أستطيع أن أدون ألف سبب لكنه لا يغير شيئا

 كلما أحس بالإرهاق والصفر أعود إلى الله وأدعوه أن يملئ قلبي بصفة القناعة بما أملكه اليوم

فلا بأس لو لم أنال هدفي اليوم أو يوم بعد اليوم

بل أنا متفائلة أن الأمور ستكون على ما يرام فيما بعد اليوم إن شاء الله

وبدأت أن أفكر أن الحياة في الدنيا ليست هي إلا لعبادة الله

والإحساس بالكسل واليأس والصفر من الأمل أمر طبيعي

وطيلة هذه الفترة أذكر نفسي  أن هذا جزء من الحياة

 حيث يريد الله أن أذكره بعد إهماله من أجل كسب الدنيا




Kelas mansaf bidajaj




Alhamdulillah terlaksana jua kelas mansaf suami dan adik2 ijazah sini. Ustaz yusri turut bersama memeriahkan kelas masakan. Kui2. Saya memang memerap dalam bilik sepanjang kelas berlangsung di dapur rumah sewa kami. Segan ramai sangat lelaki. Menjadi nasi mansaf cuma perlu lebih lembut sikit.




Thursday 26 May 2016

Tajdid trip tack kereta

Trip tack kereta wajib bayar untuk setahun JOD120.

Minggu depan perlu ke jumruk tajdid insurans dan roadtax. Untuk kereta saja setahun habis dekat RM 2000. Tingginya sara hidup di sini. Tekad ingin cepat pulang for good inshaaAllah. Doakan kami.

Esok buat kelas mansaf untuk budak-budak lelaki ijazah. Tapi tak ajak ramai dalam 8 orang.

Tunggu elaun belum masuk-masuk. Nasib menagih dari orang. Duit gaji semakin susut. Tekad dulu tak mahu sentuh duit gaji sepanjang di sini menjadi abu.

Ghada' hari ini balik dari renew trip tack...kurma ayam menu utama...


Nasi lemak semalam...


Lagi beberapa hari akan fly. Ya Allah sejahterakanlah perjalanan kami. Permudahkanlah urusan kami. Ringankanlah beban kami. Bantulah hambuMu ini mengumpul data dengan sebaiknya nanti. Ameen ya  Allah.


Tuesday 24 May 2016

Jangan cepat angau...

Ni untuk perempuan yang belum kahwin tapi dah layak berkahwin. Nak bagitahu sebelum kahwin kena simpan rasa sangsi dengan lelaki yang ajak berkawan. Jangan duk ingat dia suka I, mesej sana mesej sinun, konon tanda dia setia sudi ke jinjang pelamin. Jangan duk yakin sangat itulah cinta sejati kita sampai orang bagi nasihat pun dikatakan cemburu. Cinta langau, tahi busuk pun dirasakan wangi. Kalau betul-betul berkahwin alhamdulillah, kalau sebaliknya sape yang angau?

Lelaki boleh meminati ramai wanita dalam satu masa secara diam. Bila dia minat perempuan ade saje asbab musabab dia cari untuk muncul depan mata tak kira samada melalui teknik bermesej-mesej atau lihat dari jauh, atau offer bantuan dan lain-lain. Tapi awas, itu bukan tanda kuat dia nak berkahwin dengan perempuan tu. Dia mungkin suka, tapi suka tak semestinya berkahwin.

Jangan cepat perasan wahai perempuan sekalian. Dia mungkin tengah suka dan bermesej-mesej dengan perempuan lain juga. Tengah tengok mana paling berkenan di hati. Sebab itulah lelaki yang dah bertunang dia tidak terikat untuk setia dengan tunangnya. Berbeza dengan perempuan yang dah bertunang, haram dikacau melainkan sudah putus tunang...! Mujurlah kalau kamu yang dipilihnya.

Jadi fatrah ini kena banyak berdoa pada Allah agar disegerakan jodoh dengan lelaki soleh untuk diri, agama dan keluarga. Bukan banyakkan berhubung nak pastikan si dia adalah cinta setia..! Bersederhana dalam  suka. Islam pun dah ajar untuk bersederhana dalam segala hal berkaitan dunia. Wasotiyyah.

Tak salah dan tak rugi untuk rasa sangsi pada lelaki sebelum berkahwin untuk tujuan berhati-hati agar tidak terpedaya dengan janji palsu lelaki. Kalau dia betul-betul suka dan setia, dia akan hapuskan rasa sangsi terhadapnya dengan sebuah pertunangan dan perkahwinan inshaAllah. Banyakkan berdoa bukan banyak berangan.

دجاج يا دجاج

Menu beberapa hari ni, habiskan bahan-bahan basah yang berbaki..




Farawilah beli baru ni dip dengan coklat...


Esok yaum istiqlal Jordan. Cuti umum di sini.

Monday 23 May 2016

Orang ingat...

Orang ingat kita duduk luar negara kaya raya. Duit ribu riban. Bila sekali sekala balik Malaysia, orang sana harap kita belanja itu ini. Harap ole-ole sebarang dua. Apa ingat beli tiket kapal tebang pakai daun ke? Ke sana ke mari tabur duit nak boleh sampai ke Malaysia tu. Nak boleh pegi ke epot pun habis dulu ratus ringgit naik teksi. Sampai di Malaysia beli tiket balik pantai timur beratus-ratus lagi habis. Duit minyak keta ke sana ke mari, jangan dilupa duit makan hari-hari. 

Orang ingat duit elaun datang belajar sini banyak. Ye banyaklah banding elaun belajar dalam negara. Dan memang banyaklah dari elaun orang yang langsung tak dapat elaun (Orang macam ini pun ada duk sibuk ngulang bersyukurlah tu dapat duit elaun). Padahal kalau dia dapat jugak duit elaun yang kita dapat tu belum tentu cukup jugak bagi dia. Kalau dah jenis boros, duit ratus ribu pun belum tentu cukup.

Dan sebenarnya, duit elaun sebanyak RM2750 sebulan tu memang tak mencukupi apatah lagi sejak ekonomi kita jatuh. Duit sewa rumah saja sudah mencecah RM1500++. Letrik seratus dua. Mujur duit air free tuan rumah baik hati belanja. Duit belanja makan atau belanja dapur seminggu dah hampir empat ratus. Kalau sebulan dah RM1200. Itu pun dah ikat nafsu beli barang dapur yang sederhana kualiti dan harga. Walau pun duit gaji ada berbaki tapi komitmen di Malaysia perlu juga diambilkira terutama untuk kecemasan. Duit elaun suami dan anak RM800++ saja sebulan. Bila anak masuk sekolah sebulan saja hampir RM400 sudah habis. Lubna baru ni sebulan saje bersekolah tapi belanja menyekolahkan dia sudah mencecah RM550. Bayangkan kalau 12 bulan sekolah dan setiap bulan ada aktiviti berbayar?

Bukan saje mempunyai komitmen sebagai pelajar di sini tetapi komitmen membayar hutang di Malaysia. Kebanyakan pelajar PhD sambung belajar adalah pegawai kerajaan yang sudah membeli rumah, tanah, kereta dan punya komitmen bulanan setiap bulan. Wang untuk ibu bapa dan adik-beradik yang memerlukan. Sangat tidak adil bila berkata duit gaji dah dapat, elaun pun dapat lagi, itu pun tak cukup? Potong sana sinun berapa saje yang tinggal. Kalau gaji yang di Malaysia memang dah kecil dan banyak pulak berhutang (lain pensyarah lain kadar gaji mengikut jenis lantikan, tahun lantikan dan tahun bekerja) memang habis duit gaji tiap bulan. Berdasarkan pengalaman beberapa rakan di sini.

Orang kata kalau tak nak abis duit takyah balik Malaysia. Dah kedekut sangat dengan duit. Yang tak balik Malaysia tiap tahun pun tak cukup duit. Duit habis ke tempat lain pula. Pendek kata, kami tak kaya di sini. Adik-adik ijazah ada yang lebih mewah berbelanja berbanding kebanyakan pelajar postgrade yang datang dengan elaun dan gaji. Bila kita bekerja mendapat hasil dengan rasa perit kita akan rasa susahnya nak berbelanja semberono. Tak sama dengan orang yang dapat duit tanpa rasa susah payah, mudah saje berbelanja itu ini.

Dengan duit berbaki hasil ikat nafsu tulah dapat menyimpan dari wang gaji untuk pulang ke Malaysia. Tahun pertama balik kerana atuk kesayangan nazak dan perlu menguruskan banyak urusan di Malaysia yang terbengkalai akibat meninggalkan Malaysia dengan agak terburu-buru. Tahun kedua balik kerana adik perempuan kahwin. Hajatnya mahu stay strong tak mahu balik tapi memandangkan ini satu-satunya adik perempuan yang ada, akhirnya kami balik juga. Dan kali ini balik pula untuk kutip data yang memang tak boleh nak buat melainkan di Malaysia sahaja. Tak mengapalah duit pulang ke Malaysia tu memang sudah diperuntukkan dari wang gaji. Berjumpa ahli keluarga rasa tenang dan hilang stress selepas berbulan-bulan berada di dalam rumah. Kalau berjalan pun setakat pegi mall yang ada. Itu pun mujur kalau dapat balik tanpa membeli apa-apa..!

Duduk tempat orang yang duitnya jauh lebih besar dari duit kita kena belajar ikat nafsu (Alhamdulillah tak perlu ikat perut lagi sebab dah belajar ikat nafsu dulu). Yang akhir bulan selalu ikat perut tu kena belajar ikat nafsu dulu. Belajar berjimat dan kawal keinginan supaya tak perlu bising-bising kat orang duit tak cukup, makan megi hujung bulan. Padahal bila ada duit di tangan habis beli benda sana sini.

Jadi jangan ingat kami yang duk luar negara lagi-lagi belajar luar negara banyak sangat duit. Lainlah kalau kami kerja di luar negara itu memang tak dapat dinafikan.

Jangan duk ingat juga belajar PhD di luar negara lebih mudah dari dalam negara. Yang orang ingat dan nampak cepat je habiskan PhD sampai boleh habis on time. Dia tak tahu punyalah payah nak sesuaikan diri dengan kehidupan tempat orang, yang tak bercakap satu bahasa dengan kita, yang tak makan apa yang kita makan. Kadang-kadang sebab pernah merasa sakit hati duduk di tempat orang menjadikan kita kuat semangat untuk 'nyah' darinya secepat yang mungkin. Kihkoh. Perasaan rindukan Malaysia menjadikan kita tekad nak tamatkan semua secepat yang mungkin.

Lepas ni nak cadang sikit orang-orang yang merungut susahnya belajar (Terutama dalam negara) try belajar kat luar negara pula. Saya sudah merasa dalam dan luar negara. Cabaran di luar jauh lebih hebat berbanding zaman master dalam negara (Tak bandingkan dengan ijazah sebab dunia ijazah berbeza dgn postgrade 360 darjah). Dalam negara hanya melihat cabaran pada penulisan PhD dan birokrasi. Sedangkan berada di luar negara, cabarannya lebih dari itu. Sebuah tesis dari sebuah kehidupan setinggan. Itu yang saya boleh gambarkan bila habis PhD kelak. Doakan saya para pembaca.

Tadi jumpa musyrif, katanya draf fasol 1 dan 2 tertinggal di rumah lagi. Nak cakap macam mana lagi?

Friday 20 May 2016

Doa-doaku...

Adik lelaki yang eksiden baru ni dah discharge dari hospital petang semalam. Alhamdulillah. Hampir 2 minggu lebih menginap di hospital. Pengalaman pertama buat dia dan kami semua. Ya Allah lindungilah kami semua dari kemalangan yang buruk dan dari kematian yang mengejut. Hari-hari doa ini berulang-ulang dalam hati.

Semalam mendapat berita pesawat egyptair pula terhempas di sebuah pulau berdekatan Greece dari Paris ke Mesir. Dup dap rasa jantung memandangkan waktu kami terbang juga semakin hampir. Sepanjang 2-3 tahun di sini sudah berapa biji kapal terbang terlibat dalam nahas udara termasuklah kapal terbang milik negara kita.:(

Hari ini mak kata ayah dan adik ditemani beberapa sauadara yang lain pergi ke Kuantan untuk membuat repot polis dan tuntutan insuran. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami semua. Petang jumaat ni banyakkan doa yang baik-baik. Antara waktu mustajab berdoa ialah selepas asar jumaat.

Jadikanlah kami hambaMu yang soleh dan solehah.
Berkatilah umur mak dan ayah kami, sejahterakanlah mereka di mana saja mereka berada.
Kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang soleh dan solehah.
Kurniakanlah kami rezeki yang luas dan sifat pemurah.
Permudahkan urusan ahli keluargaku.
Sembuhkanlah adikku dan keluarga dari cedera kemalangan.
Bantulah aku dan sahabat-sahabat menyiapkan PhD secepat yang mungkin dan sebaik yang mungkin.

Amiinn Ya Allah. Engkaulah pemilik segalanya dan memakbulkan hajat hamba-hambaMu.

Lepas suami solat jumaat tadi kami keluar ke sameh mall. Hajat suami nak cari pemutar skru untuk buka pc komputernya. Niat kami nak hantar 2  kotak barang dulu pulang ke Malaysia. Tahun depan harapnya tidaklah banyak barang perlu dibawa pulang for good. Pulang kali ni pun saya angkut sekali baju2 nipis musim panas yang tidak digunakan lagi di sini. Kemas bilik baju, kemas dapur sikit sebanyak sebelum pulang sebentar untuk collect data. Beli barang-barang yang mak kirim. 

Dalam hati rasa gusar untuk pulang collect data. Rasa kekok mahu masuk pejabat semula yang pastinya terdapat banyak perubahan suasana yang begitu ketara. Rasa risau jika tidak mendapat sokongan yang sebaiknya ketika proses masuk ke kelas nanti. Risau jika tidak dapat melaksanakan model pengajaran sebaiknya. Ish banyak betul risaunya hua3.

Ok cam biasa lauk pauk beberapa hari ni...



Strawberi satu kotak tu 1 dinar sahaja! Dengan buah durok ka'kah pun 1 dinar utk satu ulbah! Jannah!


Balik beli barang singgah di mat'am baru di tobarbour. Semakin rancak perusahaan makanan di sini. Sana sini restoran batu tumbuh bak cendawan.

Tuesday 17 May 2016

Ouzi dan maqlubah ayam

Bertempat di rumah saya semalam kami belajar masak ouzi dan sekali lagi maqlubah...



Kiri maqlubah, kanan ouzi...



Secara umumnya resepi hiba ni sangat simple dan light. Saya pula suka rasa nasi arab yang lebih qowiyy rasa rempahnya dan rasa kuat pada lidah. Sebab tu resepi basma lebih kena dengan lidah dan citarasa saya. Resepi pulak boleh cari di mana-mana dalam internet, tapi teknik dan cara itu yang sebenarnya saya nak tengok dengan mata. Bikhtisor, lain arab lain teknik dan cara :).

Yang bawah ni bukan makanan arab ye. Ini sambal tumis tempoyak petai. Petangnye tekak teringin makan makanan melayu. Regukan dengan nasi arab haaaa nikmatnya...








Sunday 15 May 2016

درس الطبخ مع المعلمة هبة

Alhamdulillah, semalam bertempat di rumah fatihah kami belajar masak nasi arab maqlubah dan nasi kabsah. Seronoknya dapat ilmu tentang masakan sambil menambah vocab b.arab.





Maqlubah kiri, kabsah dua warna sebab masak guna dua periuk....


بتموط (bitmutt) perkataan ammiy yang kami sempat belajar paling kelakar semalam haha. Maksudnya sticky. Sesuatu yg melekat macam gam.

يتخمَّر maksudnya mengembang. Guna untuk merujuk yis yang mengembang atau doh roti yang mengembang selepas memalui proses pengeyisan. Istilah melayu baru. Keh2.

رقَّ maksudnya menggelek tepung (leperkan tepung) apatah perkataan melayunya. مرقاق alat penggelek tepung. Banyak lagi words baru tapi yang ini yang biasa mudah lupa jadi kena catat. Saya biasa rakam  situasi kelas sepanjang belajar dengan hiba. Sebab kadang-kadang tak sempat nak catat semua. Bila free saya akan pasang semula rakaman dan dengar semula. Dari situ saya dapat recall smula words baru dan telitikan cara sebutan menggunakan makhraj arab yang betul. 

Semalam bukan makanan arab saje kami buat. Sekali dengan belajar buat donut dengan adik ijazah sini. Dan saya pula buat demo karipap sardin. 4 menu kami semalam.

Balik dari kelas memasak, sy suami dan anak menuju ke majlis perpisahan dengan dr.raihanah yang akan pulang ke Malaysia setelah beberapa bulan menjalani sabatical study di UJ. Majlis berlangsung di rumah k.shila...




Tak dapat nak tolong diorang buat persediaan dan memasak sebab dah sibuk dengan kelas masak nasi arab paginya.

الحمدلله انبسطت والبرامج سارت بمرونة

Alhamdulillah sumenya berjalan lancar :).

Adik lelaki menjalani operasi masuk besi di tangan dan kaki pagi tadi waktu Malaysia. Mohon doa semua agar dia cepat sembuh, segar dan tabah menjalani hari mendatang.

Thursday 12 May 2016

Nasi kabsah رز كبسة

Sakitnya hati post panjang-panjang lepas tu hilang pulak sebab suami tukar password baru.  Dalam setahun berapa kali suami tukar password tak tahulah. Blog ni pulak memang blog suami daftar guna akaun dia, saya yang guna dan aktifkan balik. Isk3.

Nasi kabsah...




Tak yah resepilah. Resepi dulu pun semua tak buat lagi kan kan.


Wednesday 11 May 2016

Nasi maqlubah رز مقلوبة

Antara nasi tempatan masyarakat Jordan adalah nasi maqlubah selain dari mansaf. Hari ni teringin makan nasi maqlubah. Cek resepi yang basma & hiba bagi. Hasilnya...



Ada lapisan jazar, bazinjan, batotis, zahrah atau arnabit yang digoreng sedikit garing. Ya salaaaam.

Suka betul dengan resepi basma ni. Nasinya berminyak-minyak. Mungkin boleh goreng sayur-sayuran guna minyak zaitun kalau nak hidangan yang lebih menyihatkan. Resepinya dalam b.arab. Nanti saya letak di sini. 

Rempah paling utama dalam maqlubah ialah qirfah (kulit kayu manis). Kalau nasi mandi rempah utamanya ialah kammun (jintan putih). Kalau kabsah bahan utama ialah heil (buah pelaga), bawang putih dan tomato puri. Ada lagi rempah-rempah lain tapi yang disebut tu wajib ada dalam nasi-nasi berkenaan. 

Pagi tadi buat karipap untuk bekal lubna ke raudhah. Semalam berkaripap juga khas tuk bagi pada tuan rumah dan muallimat lubna di raudhoh. Harap dorang suka.


Petang semalam hajatnya nk berjalan kaki sekitar tobarbur sambil excercise. Konon nak pecahkan lemak akhirnya menambah lemak jadinya. Singgah beli itu ini...

Kunafah lazat sungguh....

  

Makan depan kedai saje. Sebelum tu makan aiskrim. Sebelum balik tapau pulak burger buffalo. Teruk betul. Itulah akibatnya berjalan excercise di tengah pekan yang penuh dengan kedai-kedai. Rumah sewa kami pulak memang dekat betul dengan kedai-kedai.


Monday 9 May 2016

يوم احتفال تخرج الطلاب والطالبات في أكاديمية القواعد النموذجية

Semalam bertungkus lumus cari pakaian majlis konvo tadika lubna. Gaun putih, kasut putih. Untuk majlis ni saje perlu bayar JD 25. Hmm xpelah pengalaman pertama buat dan lubna dan kami di tanah arab...


Persembahan dari kelas KG1 terselit juga lubna kiri sekali pakai skirt kuning...


Tergelak tengok keletah budak-budak ni. Kih3. Comel betul. Tengok lubna dari jauh ya Allah kecil lagi anak kami ni rupanya. Kadang-kadang kami layan lubna macam orang dewasa. Nak suh dia faham macam orang dewasa. Kalau buat salah kadang-kadang kena marah. :(. Tabahkanlah hati kami mendidik amanahMu ya Allah.

OQDAH DI MAT'AM SONA'A

Kisah lain pada hari semalam dan hari ini yang sama kami makan oqdah bidajaj. Ya salaaam sedap sungguh oqdah ayam dicicah dengan roti. Ini yang makan semalam di mat'am sona'a...


Segan betul masuk kedai ni penuh dengan lelaki. Mujur ada suami sekali. Tempat pula kecil. Hari ni kami tapau pulak bawa balik...


خبز رشوش وعقدة وكيدة

Nikmatnya ya Allah. Ini antara feveret makanan saya. Roti tempayan cicah lauk pauk.




Saturday 7 May 2016

الدرس الثالث مع هية

Kelas seterusnya bersama Hibah. Seronok. Masa berlalu tak terasa. Kalau masuk kelas di sekolah atau jamiah mata mesti akan tengok jam berkali-kali bilalah nak habis masa. Haha.


Selesai kelas saya masak ayam paprik....



Adik saya dah sampai hospital Terengganu menaiki ambulans alhamdulillah. Malam karang nak telefon mak lagi inshaAllah.

--------

Minum petang karipap dan homemade nugget tempura ayam...


Buat nugget untuk bekal lubna ke raudhoh inshaAllah. Senang buat nugget ni boleh letak apa suka yang leceh nak bentukkan jadi bentuk love tu kui2.

Ayam cincang, tauhu hancur, tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih, lobak merah parut, bawang putih, bawang besar cincang, daun sup cincang, breadcrumb, roti biasa potong dadu, garam, kiub ayam sikit saje. Gaul dan lenyek semua sebati. Boleh goreng ikut bentuk yang disukai. Suku isi ayam dapatlah dalam 30 biji nugget saiz sederhana.




Friday 6 May 2016

Kuzi kambing roti jala

Sakit tekak belum reda. Denyut-denyut kepala bila kesan panadol habis. Kalau belum sembuh ahad ni perlu ke klinik semula. Esok klinik wanita tutup. Susah betul sakit di negara orang. :(

Makan hari ini roti jala kuzi kambing...



Nasi goreng semalam biyadi zauji...kena letak nanti kang ada yang terasa tak letak masakan dia kat blog kui2


Adik saya muaz akan ditransfer ke hospital Terengganu atas permintaan keluarga. Mudah nak lawat dan jenguk bila dekat dengan rumah mak ayah. Kos ambulans RM600 memandangkan ambulans dah diswastakan sekarang. Kemungkinan adik saya akan bercuti lama dari kerja sehingga sembuh. Kalau tengok cuti sakit yang boleh dimohon ialah 90 hari dengan gaji penuh. Harapan kami adik cepat sembuh dan boleh berjalan semula amin. Kalau tidak mungkin kena minta cuti rehat yang berbaki. Balik Malaysia nanti nak bawa adik pergi berurut inshaAllah

Thursday 5 May 2016

Demam, sakit tekak, berat kepala, sakit badan

Kombinasi sakit. Sejak bulan 12 tahun lepas saya kerap diserang sakit tekak dan demam. Kenapa ye? Rasa tak sabar pulang ke Malaysia nak buat rawatan lebih lanjut. Di sini bukan takde klinik, tapi tak sanggup menunggu giliran dipanggil doktor. Masa klinik pula terhad antara jam 8 pagi hingga 1 petang sahaja.

Nasi arab suami masak semalam...


Saya tak berapa ada mood nak masak. Terkenang keluarga di Malaysia lagi.

Tuesday 3 May 2016

Adik lelaki kemalangan

Semalam adik lelaki dan keluarganya kemalangan di Muazzam Shah dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Terenggau. Kereta rosak agak teruk. Alhamdulillah adik, isterinya serta dua orang anak selamat. Adik lelaki masih ditahan di wad hospital besar Kuantan setelah dipindahkan dari hospital muazzam shah untuk menjalani pembedahan pada bahagian kaki. Sedih atas kejadian yang berlaku. dan bersyukur masing-masing selamat di sebalik cedera sana sini.

Kalau diikutkan kereta masih di bawah nama saya, second driver telah ditukar kepada nama adik. Mujur sempat menukar kepadanya namanya sebelum saya fly ke Jordan memandangkan adik sambung bayar kereta tersebut setiap bulan. Urusan tuntutan insurans agak rumit nanti harap Allah permudahkan inshaAllah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Alhamdulillah ala kulli hal.

Keadaan kereta selepas terbabas dalam hujan lebat dan merempuh pokok...:(


Ujian untuk kita semua perlu bersedia dari sekarang. Malang tidak pernah berbau. Hari ini saya baru terkedek-kedek nak memahami tuntutan insuran takaful. Baru betul-betul serius mahu menguruskan segala dokumen dengan lebih teratur. Baru terfikir untuk scan segala jenis dokumen penting seperti kad pekerja dan simpan rapi sebagai softcopy. Balik malaysia ini juga banyak perkara perlu saya settlekan selain dari mengumpul data untuk kajian. Urusan di Tabung Haji, CF rumah, BIMB dan tambah satu lagi perkara urusan tuntutan insurans kereta.

Alhamdulillah tadi siap hantar draf terbaru pembaikan fasol 1 dan fasol 2 tesis saya dan maklumkan pada musyrif penerimaan menjalankan kajian di universiti. Musyrif tersenyum riang mendengar saya akan pulang ke tanah air agak lama. Mungkin tak perlu risau diganggu saya hampir setiap minggu kih3. Balik Jordan nanti perlu membawa buah tangan untuk musyrif, secretary qism dan roisoh qism inshaAllah. 


Rakan-rakan yang membaca, mohon doakan adik lelaki saya cepat sembuh ye. Dapat keluar dari hospital segera dan menjalani kehidupan seperti biasa semula inshaAllah.

Menu tengahari balik dari jamiah & carrefour...


Pulut ayam goreng semalam...


Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...