Sunday, 11 October 2026

Konvokesyen UniSZA ke 18

Hari kedua majlis konvokesyen di UniSZA. Semalam di bawah dan pagi ini di atas pentas mewakili Dekan.

Pagi Ahad.. 
Pagi Isnin.. 

Bertembung dengan pelajar.. 

Kenduri di Kelantan

Walau masih berbaki demam tapi gagahkan diri ke Kelantan memandangkan dah lama tak jalan2 cari makan di sana dan kebetulan ada kenduri.

Saya suka kenduri di Kelantan sebab menunya ada macam2.

Lauk rare: patin tempoyak, baung masam lemak cili api, umbut kelapa masak gulai, gulai kambing.. Uish semua sedap. Tapi sebab tekaknrasa payau jadi tak berapa nak makan banyak. Lalsa putih pun sedap betul. 
Bermalam dua hari di apartment milik u. Bob. Apartment baru yang sangat selesa. Berdekatan dgn aeon mall dan mudah untuk keluar masuk.

Di level 4 blok C ada playground. Memang bes sebab masih belum ramai penghuni. Makan pagi di sini beli bungkus sambil tunggu anak main. 

Beli nasi kerabu pucuk pite te Aziemah yang viral..

Meme sedap.

Makan nasi ulam cikgu hari Khamis sampai Kelate..RM62.. Bila anak2 ambil sendiri lauk ayam hmm.. 

Nak bergambar. Padahal banyak kali dah ambil gambar di sini.. 

Saturday, 3 October 2026

Demam influenza B rupanya

Sakutnya badan, tekak terutamanya.

Swab di klinik sihat sokmo. Tapi ubat antivirus kena beli di farmasi. RM80 antiflu jenis yg lebih murah. 

Sakit tekak paling teruk masa kena demam ni. Dengan tak boleh makan ubat sakit tekak sebab hamil. Rasa terseksa. Malam2 nak tidur asyik terjaga. 

Lepas 7 hari pun masih letih badan dan cepat penat. Hidung tersumbat dan batuk berkahak. Cuma hari ke 11 semakin berkurangan. Tapi selsema masih ada berbaki. 

Macam ni rupanya demam influenza. 


Demam berantai

Bermula dari Halaa Jumaat lepas dan saya hari Selasa, Lubna pula hari Rabu dan Alyan hari Khamis. Suami start batuk. Semalam ke klinik Dr Azlina, dia nasihatkan buat influenza test di klinik lain dan dapat mc. Di sini pagi ini di klinik sihat sokmo.. 


Masih menunggu result dalam masa 15 minit. Harap baik2 sahaja. 

Ahad lepas sy ke klinik kesihat Manir untuk minum air gula dan junpa doktor. Lupa nk tulis detail dalam blog. 

Proses agak lancar. Tp sebab kn minum air gula dan ambil darah kos masa adalah 3 jam. Dari 7.30 hingga 10.30 baru settle urusan semua.

Daftar di kaunter ibu dan anak. Bagi ic sebab kali pertama datang. Minum air gula di belakang, bag8 buku dan tunggu misi panggil. Perit tekak minum air terlalu manis yg panas. Ambil darah, misi tak jumpa urat. Hmm. Sementara tunggu amik darah selepas minum air gula, saya ke kaunter lain jumpa doktor. Siap, scan semua, kn kencing pula dan hantar ke makmal. Tunggu ambil darah kedua dan siap hantar buku ke bilik 27 dan jumpa misi utk next appointment. Ambil ubat aspirin di farmasi. Ye, untuk cair darah. 

Friday, 25 September 2026

Shabuyaki.. bawa anak2

Kali ketiga dengan suami tapi kali pertama dengan anak2..

RM155. Dapat special price /free sempena besday suami 3 hari lepas Alhamdulillah. 

Monday, 21 September 2026

Monday, 14 September 2026

Kenduri adik lelaki ke enam

Alhamdulillah pada 12 September 2026 selesai sebelah lelaki..

Saya sponsor beberapa jenis kuih. Puas hati semua habis licin.. 

 Sedap daging gulai.. 

Suasana di villa ombak deru.. 

Menyambut keluarga pengantin perempuan.. 
Kos catering dan perkakas semua RM8900. 

Kos sewa villa sekali tapak yang sangat luas RM2500. 

Alhamdulillah berjalan dgn lancar dan tidak hujan. 

Sunday, 30 August 2026

Tak suka orang banyak cakap, banyak cadang..

42 tahun hidup, ada prinsip baru yang mula menumbuh dalam diri iaitu jangan banyak bercakap. Buat dulu baru bercakap.

Jadi jemu tengok orang banyak bercakap tapi tak buat. Banyak tulis di media sosial tapi diri sendiri pun ada isu. Pepatah kata cakap tak serupa bikin.

Ramai orang sekeliling yang kita jumpa suka bercakap tapi bila tengok praktikalnya jauh panggang dari api. 

Ramai juga yang kita jumpa tak suka bercakap tapi praktikalnya bagus. 

Kalau jumpa orang suka bercakap dan asyik mencadang saje, saya akan senyap dan diam. Rasa bosan. Saya suka bukti fizikal dan  tak suka teori semata. Kata2 yang takde hala tuju adalah angan2. كلام هواء. 

Jadi sekarang saya pun kena kurangkan bercakap. Sebab takut orang pun bosan macam saya. 

Menu hari ni, sizzling homemade yg bau kedai, tapi rasa rumah.. 

Minta maaflah abe (suami) sebab harapannya setinggi langit. Tapi rasanya humble sekali kihkoh. Bau kedai dah kata suami, tapi bila rasa ermmm kehkoh.

Ni pula sangat jadi. Pulut durian santan.. 

Tak puas makan di rumah kti semalam, hari ni buat sendiri. Beli durian di sekitar kampung RM50 dapat 5 butir. Puas hati isi kuning Alhamdulillah. 






Kenduri adik lelaki 22 Ogos 2026

Adik ke-6..

Alhamdulillah. Berjodoh dengan orang Gombak. 

Lancar semuanya. 

Menu pantai barat. Agak kurang pada lidah dan tekak saya. Tapi dessert dan laksa penang sedapnya. 

Bawak anak2 ke Ikea bersama anak saudara Ahad baru ni. Ramainya orang semata nak beli karipap. Mujur laju barisan beratur. 

Masa balik semalam singgah beli makanan2 arab. 3 kedai saya pergi beli makanan. Qasar balqis, taj hadramaut dan shafi syawarma. Paling sedap taj hadramaut nasi madghoutnya. Makan dalam kereta sahaja..

Ini homestay adik tempahkan. Cantik. Homestay  1milik masjid al-khairiyah..
Tak ambil pula gambar rumah sewa baru adik. Sempat bermalam 1 malam lepas kenduri. 

Kenduri Student di Kelantan dan jamuan kesyukuran kawan

Berturut makan kenduri Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan tidak balik Kelantan, akhirnya pulang jua Sabtu baru ni. Ada kenduri student dan esoknya ke jamuan kesyukuran k. Ti dan keluarga..

Hotel khalifa inn, selesa sungguh rupanya RM160 untuk 1 malam.. 


Ada peti ais, mesin basuh dan dapur kecil. 

Hotel dekat dengan nasi ulam cikgu. Sebelum balik makan dulu di sini. Anak2 pun suka.. RM46
Kenduri kesyukuran k. Ti dan keluarga sempena maulidur rasul.. 

Seronok betul tengok pulut durian.

Kedai tongmo kami selalu singgah kalau ke Kelantan. Berpindah tempat baru.. 
Singgah rumah sepupu suami dan makcik.. 
Singgah ziarah rumah adik suami...

Baru ni servis expander 70000km kosnya RM270. 

Sunday, 16 August 2026

Kali pertama check up

Sejak naik double line upt, hati rasa gusar dan gundah gulana. Rasa takut menghadapi saat susah check up di klinik, saat melahirkan dan selepas. Takut anak sindrom down (nauzubillah) & macam2 lagi.

Kali pertama ke umc bertemu Dr Malini.. 

Nampak kantung sahaja. Janin tidak jelas. Lagi dua minggu bertemu.

Hari ni takde mood makan nasi. Tapi waktu petang balik dari kerja rasa nak makan ikan bakar. Pusing merata kami mencari kedai. Akhirnya di sini sekitar Tok Jiring sebelah Petronas.. 

MashaAllah puas hati. Sedap semuanya. RM76 sungguh berbaloi Alhamdulillah. Bamboo village nama kedai kalau tak silap.