Friday, 13 November 2026

Sambut Hari Lahir Lubna ke 14

Sambut sehari lebih awal memandangkan Lubna minta makan di Shabuyaki. Kali kelima saya dan suami dan kali kedua untuk anak2...


Kenyang tersandar. Ambil sup Kim hi (sedapp) dan seaweed (sup warna pucat dan kurang sedap). Ambil 17 pinggan daging kambing, lembu, ikan dan ayam. Kos RM175. Lubna dapat 20% diskaun sempena birthday. Halaa dan Alyan separuh harga dewasa.

12hb baru ni juga servis kali pertama yaris cross dengan kos RM238. Suami pergi sendiri. Servis dalam sejam tapi menunggu membasuh 3 jam lebih hmm tak berbaloi basuh kereta di SC walau pun free. Tapi ada makanan kata suami sepanjang menunggu..

Alhamdulillah. Tunggu servis 10000km pula atau bulan 5 kata suami.

Hari ni Halaa pergi lawatan sekolah ke muzium, TTI dan A&W. Excited sungguh dia.

Ummi pun seronok tengok aktiviti anak2. 

Ini pula kiriman dari emak yang baru balik dari UK.. Ya Allah seronoknya tengok roti dan coklat.. 
Sedap betul rotinya.

Nasi daging minggu lepas.. Baru nak upload. Alyan kata birthday dia nanti nak nasi daging dan pergi zoo rimba.. Kihkoh.. 
Pagi semalam janji dengan anak2  beli aiskrim buah di giant, singgah makan roti canai juga di food court.. 
RM10.90 sebiji. Untuk 3 orang hmmm.

Makin besar anak2 makin demand nak makan macam2. Duit banyak habis untuk keperluan makan dan barang anak2 serta sekolah. Xpelah bulan depan kita lebih berhemah. 

No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك