Saturday 29 August 2020

Macam-macam...

Kuning anak dah turun pada hari ke 16 dengan bacaan 93 alhamdulillah tak perlu cek di klinik lagi.
Namun, hari ni sempena hari ke 20 bersalin, ada merah dan sedikit nanah pula pada bahagian tengah czer. Aduilah gerun rasa. Kebetulan misi datang ke rumah pagi tadi, jadi dia minta saya ke klinik jumpa doktor

Tengahari keluarlah kami anak beranak ke klinik Nur Hafizah di Gong Badak. Walhal boleh saja ke Klinik Intan lebih dekat dengan rumah tapi sebab saya tak mau menunggu lama dan beramai-ramai, rela ke Hafizah. Suka ke klinik ni sebab tak perlu cakap banyak, dan cepat. Orang pun selalunya tak ramai. Alhamdulillah dapat ubat antibiotik dan ubat sapu supirocin ointment untuk disapu pada bahagian bernanah.

Selesai di klinik, kami ke JRM untuk beli javanica oil. Minyak panas sesuai tuk orang lepas bersalin. RM23 harganya. Kebetulan terbaca dalam media sosial bagus untuk memanaskan badan dan mengeluarkan angin...

Bubur asyura air tangan suami. Kali pertama cuba dan menjadi👋👋. Suka hati suami. Rempah syura suami order dari shopee jenama kg Langgar, Kelantan. Sehari sahaja dah sampai. Bagi sebekas tuk mak abah, kakak dan makcik urut kebetulan datang mengurut di rumah...


Dah 3.8kg anak ummi. Macam tak percaya makin berat..rasa ringan je lagi macam hari pertama bersalin...


Terima hadiah dari wakil mpkk sempena kelahiran baru hehehe...


Menu saya masak baru-baru ni. Suami keluar ada urusan. Cepat-cepat saya ke dapur masak sebelum baby bangun...

Monday 24 August 2020

Berpantang sendiri...

Pengalaman berpantang sendiri ketika melahirkan anak kedua di Jordan sedikit sebanyak membantu proses berpantang anak ketiga di rumah sendiri.

Antara menu sepanjang 15 hari berpantang...

Suami angkat katil letak di ruang tambahan. Sedap tidur di sini. Pagi-pagi buka sliding angin menderu masuk...

Ruang tamu yang menjadi tempat jururawat masyarakat melawat ibu selepas bersalin. Meja putih beli adhoc di cawangan ikea. Selama ni tak pernah ada meja kopi sebab tak berapa gemar menjamu di ruang tamu. Tapi kali ni kena ada meja sebab misi datang 10 hari berturut-turut tak sedap pulak tak hidang apa-apa...



Pengalaman czer kali ini boleh saya simpulkan seperti berikut:

1. Hari ke 3 angin naik ke kepala. Sakot kepala. Jumpa doktor kata angin dan di eri ubat buang angin. Lega.

2. Hari ke 8 rasa sakit bahagian czer berkurangan. Rasa lebih sihat.

3. Hari ke 14 rasa lebih mudah untuk bangun dari katil. Luka terasa kurang sakit.

4. Hari ke 15 terasa gatal bahagian bawah jahitan. Ada merah dan kesan rekahan kulit seakan membengkak. Ke sebab makan keropok lekor? Huhuhu. Tak tahan punya pasal.

5. Hari ke 16 sedap dah nak duduk bangun, mengiring kanan kiri dan kurang nyeri. Sekali sekala rasa perit bahagian luka tapi tidak kiat.

Sunday 23 August 2020

Ziarah baby

Cuti awal muharam baru ni dikunjungi beberapa tetamu untuk ziarah baby. Alhamdulillah. 

Kakak sekeluarga. Xteringat nak ambil gambar😂.

Midah dan k.shila...

Ummi dan adik2 suami...

Thursday 20 August 2020

Kuning bayi

Hari ke 11 bacaan kuning baby jatuh ke paras 146. Alhamdulillah. Cek di klinik intan lebih mudah dan cepat.

Hari Rabu selesai urusan daftar nama anak di JPN. Setelah 11 hari baru dapat decide nama haha. 

Semalam juga selesai cukur rambut baby. Botak sudah kepalanya.

Friday 14 August 2020

Dalam pantang...

Pantang tengok makanan sebenarnya😂.

Menu pantang saya tak sesyadid menu orang lama. Saya lebih ikut cara moden dan ikut sedap badan. Kalau ok sy proceed makan, kalau x ok saya stop makan.

Suami chef unggul sepanjang empat hari sudah berpantang di rumah sendiri. Alhamdulillah dah training lama dah memasak jadi tak susah sangat bila kena masak masa isteri berpantang hehe. Semangat sungguh suami tiap kali dapat baby baru.

Thursday 13 August 2020

Pengalaman bersalin anak ketiga di HSNZ

7 Ogos 2020 (Jumaat)
Sakit bawah abdomen mula jam 7 pagi lebih kurang sehingga maghrib. Masa ni boleh lagi ke sana ke mari urus rumahtangga. Rasa berdebar takut terberanak dalam masa terdekat. Pergi ke klinik intan cek bukaan tapi masih tinggi dan tiada bukaan langsung.😂

8 Ogos 2020 (Sabtu)
Siang hari hilang sakit kontraksi tapi mula jam 7 malam ke atas rasa sakit menyerang kembali. Kali ni sakit bawah perut dan pinggang belakang. Sakitnya memang dah rasa macam nak beranak tapi masih boleh bertahan. Jam 11 malam ke klinik intan cek bukaan tapi klinik minta terus ke hospital besar sebab dah ada lendir darah dan coklar yang keluar.

Hantar anak-anak ke rumah emak abah dan bergegas ke HSNZ. Jam 12 malam lebih rasanya, lepas doktor cek bukaan  dan kena admit wad sebab kontraksi makin kerap dan bertambah menyakitkan. Rasa tak keruan. Hilang sudah malu. Bukaan 2cm masa ni. 

Suami settlekan urusan daftar sementara saya dicek oleh doktor. Perlu ke kaunter pendaftaran di bangunan tengah hospital kalau daftar selepas waktu pejabat atau cuti am. Kemudian ke kaunter bangunan ibu dan anak pula untuk proceed ke wad.

Admit di wad 4A. Kelas pertama tapi sebilik ada 4 orang. Oklah sebab wad baru dan masih cantik.

Tapi hampir sejam lebih juga nak boleh dapat masuk wad. Tahan sakit di kerusi menunggu di ruang legar hospital bersalin ibu dan anak😂. Seksanya. Jam 2 pagi lebih kurang masuk wad dan cepat-cepat salin pakaian hospital dengan bantuan misi. 

Suami tak dapat menunggu lama. Tapi saya dah bersedia andai suami tak dapat berlama-lama. Hospital kerajaan begitulah prosedurnya.

9 Ogos 2020 (Ahad)
Sakit bertambah tiap 3-5-8 minit sekali. Habis besi katil saya genggam tiap kali sakit. Doa nabi Yunus saya dapat lafaz dalam hati sahaja. Selebihnya Allahuakbar yang mampu terucap. Air ketuban pecah sikit masa menahan sakit kontraksi. Tiap kali doktor masuk cek saya akan minta czer. Tapi tak dilayan😓. 

Dalam jam 8 pagi lebih saya ditolak ke labour room walau bukaan masih 4cm. Doktor dan misi nak tolong saya bersalin cepat akibat melihat keadaan saya yang macam tak waras bila sakit menyerang. Habis tudung renyuk2. Rambut habis terkeluar. Suami dapat masuk ketika di labour room. Lega. Sebak. Tapi sakit kontraksi masih tak berkurang. Makin menyakitkan apabila diseluk. Serik. 

Tengok suami pun tidak keruan. Menunggu bilalah saya akan bersalin. Dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang baru 6cm bukaan. Sakit tak tertanggung. Kadang rasa nak muntah. Tak lama doktor lain masuk cek ctg dan keadaan saya. Emergency ceaser dengar sayup-sayup. Alhamdulillah saya panjatkan dalam hati. Saya tak kuat menahan sakit kontraksi yang lama😔.

Prosedur masuk ke OT dua jam juga. Seksanya menunggu untuk dibius kerana sakit yang menyerang. Epidural dah tak menakutkan. Malah saya tak sabar dicucuk biar hilang segala sakit. 

6.50pm lebih kurang dibius di bawah belakang badan sambil duduk memeluk bantal. Tak boleh bergerak bila dicucuk. Misi yang pegang bahagian belakang saya bercakap-cakap dan bergerak sikit, pakar bius boleh kata saya pulak yang bergerak. Aduilah rasa nak menjawab je misi yang gerakkan badan saya. Rasa pedih bila ubat dicucuk masuk. Tak lama rasa kebas dari bawah dada ke kaki. Cuba genggam jari kaki dan tak boleh. Masa tulah doktor mula menoreh perut. Tak rasa apa kecuali sekali sekala terasa sentuhan doktor dan gegaran.

7.05pm bayi dikeluarkan. Jam 7.50pm siap jahit semua. Alhamdulillah. Tapi sebab fetal distress, bayi terberak dan ada kesan najis pada mulut. Ditahan di wad bayi untuk dipantau doktor. Risau. Misi tunjuk wajah baby. Ya Allah comotnya anak ummi haha ni mesti stress tak kuar-kuar dari pagi semalam ummi menahan kontraksi. Kita di luar menahan stress sakit kontraksi, baby di dalam pun sama juga rupanya stress tak boleh keluar.

10 Ogos 2020 (Isnin)
Sedapnya tidur tanpa sakit dan gangguan. Kesan bius masih terasa. Mamai. Jam 2am misi datang bagi air milo panas dan biskut. Nikmatnya. Rasa dah lama tak tidur dengan sangat nikmat. Sepanjang mengandung hingga sarat malam-malam tidur terjaga. Apatah lagi bila sakit kontraksi lagilah tak daapt tidur dan berehat.

Jam 11pm lebih baby boleh discharge dari baby ward. Alhamdulillah. Misi hantar ke wad saya bermalam. Bermulalah rutin seorang ibu. Dengan sakit czer saya turun naik katil handle baby. Mujurlah baby xbanyak meragam. Tapi perit jugalah bahagian czer di belah kanan perut. Rasa macam tersiat sahaja.

11 Ogos 2020 (Selasa)
Pegawai farmasi hantar ubat-ubatan dan suntikan heparin (cair darah) ke wad. Alhamdulillah, senang urusan suami nanti tak perlu singgah farmasi hospital selepas discharge nanti. Katanya untuk mengelak kesesakan di farmasi jadi pegawai diorang hantar ke wad ibu.

Dalam pada menanti keputusan doktor, hati meronta-ronta nak keluar cepat. Walau pun wad selesa aircon sejuk tapi saya dah mula rasa rimas sebab kaki sentiasa basah bila ke tandas dan bergelumang dengan selipar. Takde alas kaki nak lap kaki yang basah. Akhirnya saya ambil baju wad yang sudah dipakai dan saya kesat kaki yang basah, lega. Benda kecil je tapi rasa merimaskan haha.

Discharge jam 4.30pm. Alhamdulillah anak dan ibu tidak ada sebarang masalah. Jenuh menunggu green light untuk keluar hospital. Cabaran baru akan bermula sebaik melangkahkan kaki keluar dari hospital. Jam 3pm sy call suami suruh cepat datang hospital untuk uruskan urusan keluar wad. Excited sangat masa ni. Dengar langkah suami masuk menjengah rasa lega dan sebak. Alhamdulillah saya dah berjaya tempuhi ujian kelahiran kali ini. 

Balik ke rumah mak abah dulu dan tidur semalam. Mak masak dan bekalkan sup ayam kampung dan lada itam kunyit tumbuk. Sedap.

12 Ogos 2020 (Rabu)
Bertolak balik ke rumah sendiri dalam jam 11am lebih. Perjalanan dalam 30 minit sahaja. Jam 4pm bawa anak ke KK Manir sebagai prosedur cek kuning bayi. Suami yang uruskan sementara saya menunggu dalam kereta. Diambil darah di tumit kaki dan result menunjukkan kuning baby agak tinggi 227. Doktor saran ke HSNZ untuk admit atau ke klinik intan untuk phototherapy. Suami decide ke intan memandangkan kami sudah capek dengan pengurusan hospital besar yang dijangka lama. Menunggu cek kuning baby pun lama.

Jam 6.30pm tinggalkan anak di klinik intan untuk prosedur phototherapy bagi megurangkan kuning pada bayi. RM200 untuk 24 jam. Esoknya kami akan ambil semula dan berharap kuning makin surut. Alhamdulillah suami yang uruskan semua.

13 Ogos 2020 (Khamis)
Alhamdulillah bacaan kuning sudah bawah 200. Tapi esok perlu cek semula di klinik.


Menu yang sempat diraka sepajang di wad...Kobis ni saya tak berani nak makan takut sejuk dan angin. Malamnya saya tengok menu kobis diganti dengan sawi hehe..Mungkin misi pun perasan selalu abis je makan licin tapi kali ni kobis langsung tak sentuh..
 

Sedap juga, supnya rasa rempah-rempah. Menu di hospital kali ini rasa lebih ke arah menu ibu berpantang. Berbeza sikit masa beranak anak sulung tahun 2012 dulu...


Oklah apa pun alhamdulillah. Memandangkan ada GL maka urusan bayaran dibayar oleh majikan. Untuk czer atau bedah dalam RM600++ tak silap saya masa sign sebelum discharge nampak pada resit yang misi pegang. Duduk lebih kurang 3 malam. Oklah, rasa berbaloi dengan perkhidmatan yang ada dan bilik wad yang baru serta bersih. Tandas pun dekat je depan mata. Biliknya luas dalam 20x20 kaki lebih kurang. Wad 4A dalam kenangan. Kalau beranak anak keempat mungkin nak try di swasta pula memandangkan itu mungkin kelahiran yang terakhir mencukupkan 3 kali czer.

Tuesday 4 August 2020

Aidiladha 2020

Sederhana tapi gembira raya aidiladha kali ni. Keluarga kakak dan adik pulang ke rumah mak. Raya pertama yang lelaki pakat menolong melapah daging dua bahagian kepunyaan abah dan kakak. Saya tak buat korbab tahun ni. Berhajat nak buat aqiqah selepas melahirkan nanti inshaAllah.

Mak masak nasi hujan panas dan gulai daging versi Terengganu...


Peti ais yang baru sampai sehari sebelum raya. Lebih kurang 2 minggu juga menunggu menggunakan perkhidmatan thelorry yang slow. 

Hitachi 650L berharga RM4393. Peti pilihan suami. Saya ikut aja asalkan molek dan tahan lama. 😂

Lagi beberapa hari tarikh edd dan rasa berdebar dan gelisah. Bila bersendirian mula mengelamun dan rasa gusar. Tak tahu mahu lari ke mana. Solat hajat sambil duduk mohon Allah mudahkan proses kelahiran dan selepas. Sangat fobia dengan sakit kontraksi😞.

Makan di pejabat tadi. Semangat nak makan melebehi semangat mesyuarat...


Makan malam semalam. Simple saje tapi licin...


Kenduri kawin sedara jauh di Kelantan raya baru ni...Terbaik!


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...