Sunday 30 October 2022

Banyak nak cerita...

Banyak citer tapi tak begitu tekun nak menulis.

Dapat Geran dpu 2.0 berjumlah RM10k alhamdulillah.

Jamuan rumah k.ti sempena maulidurasul.Rajin kti menjamu orang...

Cat ruang makan Warna latte Nippon 7L RM54 murahkan di shopee..

Kelas sem ni 5 jam sahaja tapi tak begitu bersungguh.

Banyak masa dihabiskan untuk tugasan kpp.

Rasa tidak sabar lagi untuk meninggalkan jawatan ini.

Mahu berehat Dan mengajar dengan gembira.


Sunday 23 October 2022

Kenduri kendara...

Balik kelantan memandangkan ada banyak jemputan kenduri...

Di kenduri anak cikgu suami qandara hall...


Kenduri anak sepupu suami...
Duduk satu malam di hotel Cemerlang RM94..Baki dua malam di rumah sepupu suami.

Di kenduri belah perempuan. Adik lelaki suami (mak tiri) berkahwin Sabtu baru ni. Kenduri belah lelaki hari ni...


Bab kenduri di kelantan meriah dgn aneka makanan. Tapi tak sama seperti sebelum covid yg lebih meriah. Mungkin kerana peningkatan kos barangan.

Tuesday 18 October 2022

Tablet realme..

Adhoc..dengan telefon tak boleh nak call dan terima call..akhirnya beli satu tablet yang boleh isi simcard..cadangan suami..

Realme 6g 128GB..10.95"

Betul ke idak perinciannya..

Harga RM 1490 di shopee. Beli pekakas tambahan lain juga semua sekali dalam seratus lebih.

 eh naik harga klu di Lazada.

Oklah penat. Xsempa nk update selalu. Sibuindgn sem baru buka dan kelas f2f.

Saturday 8 October 2022

Pusat sains Kuala Terengganu

Perancangan adhoc. Bawa anak3 ke pusat sains semalam. Tawakkal je walau pun rasa mesti ramai orang..

Kids playground yang baru diwujudkan... 


Memang ramai. Pakej 1 keluarga (2 dewasa 2 kanak2 antara 3-12 tahun) berharga RM40. 

Cafe yang dulu dah tak banyak pilihan makanan. Tak meriah makanan. Hanya ada nasi ayam. 

Suami masak chicken salted egg hari ni.. Marvellous.. 


Dah makan separuh baru teringat nak amik gambar. 

Saya buat sambal tumis tempoyak dan geprek untuk hari bekerja anak2 boleh makan dgn nasi dan ayam goreng balik dari sekolah. Sambal tumis tempoyak dah jadi menu feveret anak2 saya.. 


Alhamdulillah. 


Monday 3 October 2022

Oktober 2022

Macam2 tapi tak sempat nak cerita.

Servis vios RM120. Tukar minyak hitam. 

Berkira2 nak beli tablet bulan ni. Congak2 baki gaji. Tak mahu sentuh duit simpanan.

Kemas dapur basah baru ni. Alih trofast ikea... 

Sederhana sahaja rumah kami. Perabot yang jenis mudah alih. Tunggu anak2 besar baru bercantik2.

Beli nasi dagang atas tol jumaat baru ni.. Macam kenduri dah..


Masak kurma ayam juga.. 




Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...