Thursday 31 August 2023

Along ikan baung tempoyak

Odw ke rumah mak singgah sini. Lama dah tengok tapi baru hari ni rasa nak singgah...


Beli bungkus sahaja ikan patin tempoyak san cencaru sumbat RM21 semua sekali.

Malam ni bermalam di rumah  mak memandangkan adik saya dari Melaka pun ada.

Tuesday 29 August 2023

Kedai Belago angin..

Alhamdulillah..akhirnya setelah sekian lama nak datang tapi tak kesampaian kerana waktu kerja yang tidak sesuai dan agak jauh dari untuk berpatah balik..Kami ke sini semalam...


Patin tempoyak paling sedap di anak tekak saya. Alhamdulillah. Semua sekali termasuk nasi 5 pinggan ialah RM72. Boleh repeat lagi di sini. Belanja orang makan pun sedap.

Ok, semalam jamu ahli pengurusan fakulti mee kari sempena tempoh kpp yang akan tamat tidak lama lagi. 2 tahun memegang jawatan yang takde orangnak sebab menyesakkan kepala dan dada. Namun alhamdulillah akhirnya saya berjaya ke garisan penamat ..


Friday 25 August 2023

Indonesia 2023

Surabaya-Ponorogo-Malang

Perjalanan yang panjang menaiki bas, flight dan bas.

Mendarat di Juanda Internation Aiport, Surabaya jam 11 pagi lebih hari Sabtu..

Menunggu kedatangan bas Pondok Modern Gontor yang akan membawa kami ke Universiti Darussalam Gontor.

Menaiki airasia..
Universitas Darussalam Gontor

Hotel unida inn..oklah walaupun ada semut dan cicak haha..satu malam Rp310000.. 
Pembentangan parallel..
Dijamu pihak UNIDA usai seminar..

Lawatan ke Pasentran Pondok Wali Songo, Ngabar..


Jalan2 malam..

Pagi Selasa:
Makan pagi sebelum masuk flowerwisata santerra..


Singgah sebentar di Universiti of Malang..


Singgah beli ole2..

Perjalanan ke Surabaya dengan bas rosak di rnr...menunggu bas baru sekitar rnr..

 

Malam ketiga di reddoorzs jalan cengkeh Malang...booking melalui trip.com RM82 satu malam...
Malamnya singgah di Masjid Sunan Ampel..membeli buat kali terakhir..




Antara hasil belian..
Rp 430000
Kos semua sekali habis dalam RM6000 untuk trip 5 hari 4 malam.





Sunday 13 August 2023

PRN Terengganu 2023

Alhamdulillah pada 12 Ogos 2023 jam 1.30+- di sek keb Rusila. Lengang..tapi saluran 5 duk hujung tingkat satu pulak tu...


32-0..🤭

Kenduri sedara hari yang sama..


Adik lelaki sekeluarga datang malam tadi sekali hantar Lubna selepas beberapa malam berkampung di rumah nenek dengan sepupu2nya...
beli syawarma dan buat potato wedges.

Saya ambil cuti EL hari ni sebab anak2 demam.


Friday 11 August 2023

Birthday Halaa 3 tahun..

Tak sempat nak berfikir birthday Halaa sungguh2. Persediaan ke Indonesia makan masa dan wang ringgit. Sederhana sahaja tahun ni tapi seronok sambut ramai2 sempena PRN 12 Ogos 2023 semua adik beradik balik berkumpul rumah mak...


Birthday Halaa jatuh pada 9 Ogos. Tapi plan dengan suami sambut sekali fengan semua Jumaat di rumah emak pada hari ini 11 Ogos. Semoga anak ummi menjadi hamba Allah yang solehah, menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. Amiin.

Kek coklat dnalicious RM30. Dan kek butter moist premium RM50 saiz 7"...

Masak nasi lemak sambal sotong. Tambahan menu dari rumah mak juga.. alhamdulillah..

Ok, next birthday ialah besday walid dan nenek. Diikuti Lubna November nanti. 

Thursday 10 August 2023

Kenduri adik ipar..

Alhamdulillah akhirnya selamat diijabkabulkan adik perempuan suami di Kota Bharu Jumaat lepas. Rasa seronok dapat makan menu kenduri kelate yang unik dan sangatlah sedap.

Akad nikah dan kenduri belah perempuan..


Bertolak awal pagi Jumaat jam 8.45 am dan sampai ke Kota Bharu terus menuju rumah pengantin. Adik ipar adalah adik suami dengan ibu tiri suami. Selalunya hanya singgah sahaja di rumah ummi aka ibu tiri suami sebab dari kecil suami duduk dengan arwah nenek dan makciknya.

Sabtunya pula kenduri belah lelaki di Kelate juga..

Jannah! Sedap sengoti!

Singgah sini odw balik beli nasi bungkus dan air teh peng viral...


Ok ini petang tadi anak kedua merengek nak pegi taman sejak semalam. Petang tadi balik dari kerja minta suami singgah sini..

Menu beberapa hari lepas..

Ok, mau berehat. Suami ada mesyuarat prn..anak2 sudah tidur. Saya mahu siapkan menu esok nasi lemak sambal sotong sempena sambutan sederhana besday Halaa yang ke-3 tahun.

Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...