Thursday, 28 May 2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tidak ke mana2 memandangkan kaki suami belum boleh menapak.

Cuti agak panjang Alhamdulillah. Anak2 ke rumah nenek kerana ada sepupu yang balik dari Melaka.

Masak nasi beriani resepi chef Hanilieza raya pertama. 


Daging sedia ada. Tak buat korban tahun ini kerana suami pun belum gagah.

Buat daging goreng kunyit hari ini..
Anakku sayang. Semalam muntah di rumah nenek. Minta adik hantar balik sini sebab takut melarat..

Embamnyalah. Tak suka pakai baju. Baju pun banyak ketat. 

Tuesday, 26 May 2026

Thursday, 21 May 2026

Proses mengemas pindah

Kompleks hijrah.

Nama baru tempat kami akan bertapa selama beberapa tahun.

Bangunan lama akan direnovate.

Segala kenangan akan menjadi memori dalam hati.

Kompleks sementara... 


Terpaksa berkongsi bilik dua orang kerana tak cukup ruang. 3 ptj terlibat perpindahan. 

Mengemas bilik Timbalan Dekan Akademik yang sempat sebulan lebih diduduki memandangkan bercuti tanpa rekod menjaga suami selama 20 hari bermula 3 Mei hingga 21 Mei 2026.


Perlu kemas dua bilik. Bilik sendiri pula di atas blok Abu Bakar..

Ini gambar masa bawa Halaa baru ni hari pertama cuti sekolah.

Kek untuk cikgu Pasti Halaa sempema hari guru baru ini pada 17 Mei.. 


Saturday, 16 May 2026

Lagi temujanji di HSNZ

Temujanji ketiga selepas pembedahan.

Awal pagi lepas hantar Halaa dan Lubna kami bergerak dengan ayah ke hospital. Jam 8am sampai di pusat rawatan harian orang sedia ramai. 

Menunggu giliran untuk pendaftaran selepas mengambil nombor giliran. 

Ini pula menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor di klinik ortopedik.. 

Sempat saya ke kantin hospital beli karipao sardin yang sedap dan popia carbonara. 



Saturday, 9 May 2026

Hari ke 39 selepas jatuh

Semakin hari semakin baik luka jahitan. Semakin mengering. Tapi kaki masih sengal terutama bahagian besi dan bila malam. Makan ubat taham sakit. Esok akan ke hospital lagi untuk temujanji tumit. Harap esok dapat cabur benang jahitan dan selesai cepat. Amin. 

Terus terang, motivasi bekerja makin jatuh. Rasa ingin pencen. Tapi mustahil😢.

Menu nasi arab mandy campak2... 


---------------

Midah dan Amni datang melawat..

Junior masa di Jordan pun datang sekali Atiqullah. 

Tuesday, 5 May 2026

4 Mei rawatan susulan

Cabut benang lutut belah kiri di pusat rawatan harian

Jam 7.15am keluar dgn ayah, hantar Halaa dan Lubna dulu kemudian terus ke HSNZ. Sampai jam 8.05am..

Hantar borang claim juga di klinik ortopedik aras tanah.

Proses daftar agak laju walau beratur panjang. Dapat nombor giliran, tunggu panggilan di kaunter untuk bayaran. Seterusnya ke klinik orto. Cek tekanan darah di luat klinik dan ke kaunter dalam untuk letak kad dalam bakul. Tunggu nama dipanggil untuk kad putih dan menunggu lagi sehingga dipanggil doktor.


Keluarga Kelantan datang melawat

Sabtu baru ni 2 Mei, makcik suami dan sepupunya datang melawat..

Jam 3.30 petang sampai Terengganu. Saya tempah mee kari dan sata goreng serta kek batik melting untuk tetamu.. 

Alhamdulillah. 

Beberapa kawan suami pun sempat melawat di rumah. Ada yang datang pada waktu malam.

Menu pantang suami... 


Bakar kosong saja. Sup sayur pun tanpa garam. Sedap juga. 

Hari ke-25


Hadiah dari anak2 untuk walid tersayang. Idea utama dari Lubna.
Cari di facebook dan jumpa penjual Alhamdulillah. Takut juga kalau scammer. Recommended.