Friday 27 March 2020

Hari ke 12 kawalan pergerakan

Bila duduk rumah ambil peluang mengemas. Tapi begitulah lepas kemas sepah semula. Macam manalah nak cantik😂.

Sekejap alih sana, sekejap alih sini. Semua rasa tak kena sebab pemilihan perabot tak seragam. Nampaknya kena sentuhan professional interior designer juga😞.

Dapur...rasa buruk tengok lubang pintu dan tingkap. Tengah piki idea nak cover mgkn kena beli bidai...

Ruang mesin basuh..lebar 4 kaki sahaja...
Ruang kain nampak sepah sekali. Kadang mainan anak pun sesat sampai ke ruang ni...

Bilik kakak selepas dicat. Belum siap kemas. Ekon tak sempat beli covid datang menyapa. Asalnya ni bilik kain...

Ruang mainan alih ke ruang makan...
Bilik tidur utama pun nk kena cat juga. Ada sebahagian dinding belum dicat dan dah kusam. Buntu nak deco macam mana.







Virus corona menyapa COVID 19

Hari ni dah 19 hari kawalan pergerakan untuk duduk dalam rumah masing-masing. Kadang rasa helpless sebab kebosanan. Tapi alah bisa tegal biasa. Kemaa rumah sikit-sikit. Bahagian yang lama tak berkemas dikemaskan. Masak-masak haruslah hari-hari. Nak membeli di luar talut bersesak dan kebanyakannya tutup.

Tambahan lagi 14 hari bermula semalam membawa khabar suka dan duka. Suka sebab boleh duduk rumah dan gaji jalan, duka sebab takut musibah yang tidak dijangka sekiranya berterusan begini. Siapa pun boleh dijangkiti. Kalau kena kuarantin di luar rumah seksanya hidup sorang-sorang tinggallah segala kesayangan. Jadi bersyukurlah jika hanya kuarantin di rumah dan kita masih sihat.

Masakan sepanjang berkurung...

Suami selaku ketua keluarga yang akan keluar membeli barang. Sejak 10 hari ni rasanya dah 4-5 kali keluar untuk urusan membeli barang, pos dan komputer. Pakai glove dan mask. Hand sanitizer sentiasa disembur sebelum naik rumah.

10 hari ni saya dah kemas beberapa tempat, alih perabot. Lap sana sini. Tapi lama-lama bosan juga asyik mengemas, anak pun menyepah semula.

16 Mac lepas kawan suami datang bersapa. Kami jamu nasi maqlubah...


Thursday 19 March 2020

الاعتماد على النفس

Semasa saya menulis tesis master dan PhD saya banyak bergantung pada diri sendiri. Supervisor akan menjadi sumber rujukan terakhir di mana saya tak akan bertanya kecuali saya dah usaha dan masih menemui jalan buntu.

Jadi, saya sangat benci dengan gaya pelajar yang sangat bergantung kepada maklumat supervisor. Lepas ni saya nk buat syarat hanya pelajar yang boleh berdikari sendiri mendapatkan maklumat sendiri yang saya terima sebagai pelajar bawah seliaan (untuk tesis ijazah). 

Saya sangat menyampah dengan pelajar yang merungut tak faham dan takde usaha untuk faham. Gaya ni boleh dikenalpasti melalui cara pelajar bertanya. Yang betul tak faham ayatnya akan menunjukkan pelbagai usaha yang telah dilakukan tidak membuahkan pemahaman. Pelajar yang memang tak faham, perasan usaha soalan dia berputar sebab dia pun tak faham apa yang dia tak faham!




Saturday 7 March 2020

Mac 2020: Besday anak dan H Elite hotel

Hari kelahiran anak kedua pada 8 Mac tapi kami sambut seminggu awal supaya dapat sambut bersama adik beradik. Alyan 3 tahun sudah...


Beli kek blueberry RM25 sangat sedap kedai kek Melayu Islam di Manir. Masak pulut kuning dan rendang tulang dan hati lembu. Settle. Simple tapi bermakna. Rumah pun dah banyak siap masa ni walaupun agak berdebu.

4 Mac baru ni kami cuba menginap di H Elite hotel di Wakaf Che Yeh K.Bharu. Hotel agak baru dengan kadar RM130 satu malam untuk bilik yang ada dua katil single serta breakfast free. Berbaloi.





Kolam renang di tingkat 18. Panas terik tapi lama-lama redup. Pantang tengok hotel baru dan ada bekfas memang laju je pergi. Lagi2 kalau harga berbaloi.




Bekal ke pejabat dan pizza hut

Sejak Isnin lepas rajin nak masak tuk bekal tengahari ke ofis. Goreng terung celup tepung bestari pedas memanglah sedap sekali.

Kari ikan keli, terung celup tepung...
Belut goreng, terung celup tepung, sambal cili api tumis...

Pizza hut guna voucher tru reward BIMB RM50. Topup lagi RM40...

Sedap sgt pop cheese ni berbaloi beli...


Open house Raya 2024..

Tengok gambar dulu ye...