Friday 27 March 2020

Virus corona menyapa COVID 19

Hari ni dah 19 hari kawalan pergerakan untuk duduk dalam rumah masing-masing. Kadang rasa helpless sebab kebosanan. Tapi alah bisa tegal biasa. Kemaa rumah sikit-sikit. Bahagian yang lama tak berkemas dikemaskan. Masak-masak haruslah hari-hari. Nak membeli di luar talut bersesak dan kebanyakannya tutup.

Tambahan lagi 14 hari bermula semalam membawa khabar suka dan duka. Suka sebab boleh duduk rumah dan gaji jalan, duka sebab takut musibah yang tidak dijangka sekiranya berterusan begini. Siapa pun boleh dijangkiti. Kalau kena kuarantin di luar rumah seksanya hidup sorang-sorang tinggallah segala kesayangan. Jadi bersyukurlah jika hanya kuarantin di rumah dan kita masih sihat.

Masakan sepanjang berkurung...

Suami selaku ketua keluarga yang akan keluar membeli barang. Sejak 10 hari ni rasanya dah 4-5 kali keluar untuk urusan membeli barang, pos dan komputer. Pakai glove dan mask. Hand sanitizer sentiasa disembur sebelum naik rumah.

10 hari ni saya dah kemas beberapa tempat, alih perabot. Lap sana sini. Tapi lama-lama bosan juga asyik mengemas, anak pun menyepah semula.

16 Mac lepas kawan suami datang bersapa. Kami jamu nasi maqlubah...


No comments:

Post a Comment

شكرا على تعليقاتك

Paya Bunga Hotel 2024

Sempena meraikan kejayaan Lubna memperolehi UPKK 5A 3B dan paling utama nak siapkan buku dengan mood baru, kami suami isteri tempah hotel se...