Friday 31 January 2014

Murtabak jordan & kuew teow ladna

Bila duk jauh dr tanah air, idea macam2 dlm kepala nk masak sesuatu mcm kt malaysia. Tekak pun asyik nk makan segala yg ada kt sana. Kebetulan ada beli roti ala2 pastri roti canai, jadi kami buat murtabak smlm, tambah inti...


Dua malam lepas buat kue teow ladna...hasil tgn suami...


Dan smlm makan nasi ayam dalam talam. Kurang sedap sbb xde daun sup...


Malas nak tulis resepi sbb masak pun campak2 je.



Thursday 30 January 2014

Ikan patin pun ada kt Jordan!

Kelmarin antara sebab pegi city mall nak beli ikan & udang klu ada yg murah. Kempunan sangat nk makan udang. Tapi tengok udang yg ada sume mcm dh lm pastu mahal pulak tu!udang kecik lbih kurang 150gm bharga JOD 6.30! Putus selera.

Akhirnya pusing2 tengok ada ikan kembung! Kali ptama tgk ikan kembong kt Jrdan. Apa lg belilah 6 ekor (JOD 4.90). Mahal jgk. Pastu beli ikan talapia. Pusing2 lagi, tengok ada dlm freezer, eh mcm kenal je ikan ni. Ikan patin! Seronoknya bukan kepalang. Ada 2 ekor dlm 1 plastik. Terus ambil.

Ini ikan2nya...



Jadi hari ni rasa nk masak patin tempoyak, tp xde tempoyak jd buat ala2 singgang pedas tp xde tempoyak...



Resepi:

Rebus air, daun kesum, bunga kantan, bwg besar kisar, lengkuas kisar, cili besar kisar, kunyit serbuk sampai gelegak. Buh ikan, buh garam. Tunggu hingga masak.




Wednesday 29 January 2014

Natijah sem I, 2013/2014 dah keluar

Pagi tadi saje cek portal wise university. Masuk portal pelajar, tengok-tengok ada result utk 4 subjek dah keluar! Beria cek takut ada result bawah 70, alhamdulillah xde. Lega sume lulus. Klu markah bawah 69 maknanya gagal & kn mengulang semula. Sistem yg digunapakai di peringkat master & phd. Oklah ini resultnya...



Alhamdulillah. Walau bagaimanapun ada 2 berita lain yg kurang enak:

Pertama: semalam cek bank islam jordan, xde duit elaun dr KPT yg masuk! Buat perangai pulak dah KPT ni. Kalau tgk portal penyata kpt 6 januari 2014 tarikh baucer elaun. Ni dah dekat sebulan belum masuk lagi. Apa masalah KPT sebenarnya ye? Malam tadi antar emel, pagi tadi cek belum dibalas. Harapnya adalah respon scepat mungkin.

Kedua: kononnya skrg klu nk bawa keta di jordan kn mik lesen keta jordan. Pembeli yg beli keta ats nama pelajar kn mik lesen keta jordan. Cm xpasti caranya mcm mn. Hai, nmpk gaya xbeli ketalah mcm ni. Tpaksa nunggu teksi tgh malam tepi jalan utk balik rumah. Rasa nak nangis! Buat ape sy mik lesen keta jordan tu klu sy tak nak pandu. Memanglah sy yg beli tp xsemestinya sy yg pandu. Geramnye.

Oklah, pagi tadi makan ikan taucu. Suami masak. Sedapnye mjilat pinggan...





Tuesday 28 January 2014

Pergi City Mall, Amman Jordan

Tengahari tadi kami keluar pegi city mall menaiki teksi. Saje jalan2 sambil berhibur mlepaskan stress terperap dlm rumah.


Xsabar budak tu nak kuar dari pintu pagar umah...



Gambar dari dalam teksi...




city mall...tulisan سيتي tu buat sy rasa popular...


Tolong tolak troli...


Dapat mainan baru. Nasiblah lubna, mainan yg ummi beli sume ssuai utk kanak2 lebih dr usia lubna...xpe,boleh pakai lama..



JOD 7.50, bubuh air dlm pen tu & boleh conteng2 atas kain kanvas tu. Bila air atas kanvas dh keting boleh tulis smula. Menarik. Sy boleh tumpang conteng skali, bt kira2.




Sarapan nasi goreng ala ladna

Hari ni nasi goreng lagi. Masakan panass dari dapur tabarbour. Nasi goreng ala-ala ladna...



Tersilap buh telur, dah keruh warnanya. Huhu. Nasi ni lebih menyihatkan dengan sayur-sayuran. Kalau makan di kedai bnyk sgt ajinomoto & berminyak2. Sayur pun kurang. Sekali sekala makan luar xpelah, klu hari-hari klu boleh elakkanlah. Bawa bekal dari rumah bg yg bkerja & anak yg bersekolah. Saya pun suka makan yg sedap2 kat kedai, restoran tapi klu setiap hari rasa macam xsihat, mcm xkena je dgn badan, emosi, mood pun berubah jd stress. Mungkin stress sbb xmasak kot.kih2. Kdg2 suka try makanan luar pastu cuba masak di rumah. Suami jadi juri tetap.

Saya dah siap pasang angan-angan nak siapkan lubna dgn bekal makanan sedap2 gi sekolah nanti. Biar dia rasa makanan di rumah lebih sedap & sihat dr di luar. Makanan luar tu skali sekala utk spesel occasion je. Harapnya berjayalah impian ni.

Oklah, kami nak bersiap pg city mall. 

Monday 27 January 2014

Kempunan nasi goreng masakan panas style

Dah dua hari berturut-turut kami makan nasi goreng style masakan panas. Hari ni saya buat nasi goreng ala USA utk makan pagi kami...



Tapi suami kata nasi goreng pattani yg sy buat baru ni dia lagi suka...merajuk sekejap. Kecewa semangkuk lepas memasak dgn gigihnya.


Pertemuan emak & keluarga kandungnya!

Pagi tadi adik saya balqis mesej di whatsapp yg diorg dh sampai temerloh. Dah jumpa keluarga kandung mak! Terkejut kambing biri-biri saya nengok gambar-gambar yg adik send kt whatsapp. Rasa cam mimpi je tengok keluarga belah mak...


Adik kata emak ada 17 orang adik-beradik termasuk kembar pun ada. Tapi ibubapa mak dah meninggal. Yang baju merah sblah mak tu antara kakak mak yg masih hidup.



Sedikit catatan yg sy tulis di FB:

"Lai sow lan lai chor nama sebenar mak saya. Atok & arwah tokwan tlh mengambil 4 orang anak angkat cina, 3 perempuan 1 lelaki sjk dari kecil lagi. Emak mrupakan anak angkat sulung atok & arwah tok wan. Walau pun xde pertalian darah tapi hubungan rapat mereka spt adik beradik. Hubungan kami sepupu sepapat xprnh terasa jurang dgn ktiadaan ptalian darah. Semoga Allah melimpahkan pahala bt atok & arwah tokwan mengislamkan 4 orang anak cina. Kalau bukan krn atok & arwah tokwan mgambil mak sbg ank angkat kluarga melayu, mgkn mak masih berskirt pendek, xkenal apa itu Islam, kata emak satu ketika dulu. Jejak kasih mak pun bermula dgn keizinan atok sy yg semakin uzur & tua..atok ali, awa rindukan atok. Atok yg melayan anak-anak angkatnya spt anaknya sendiri. Menyediakan segala makan pakai, sekolah hingga universiti anak-anak angkatnya dgn duitnya sendiri. Xprnh kurang kasih sygnya, melayan cucu-cucunya spt darah dagingnya sendiri..."














Sunday 26 January 2014

Exam dah abis!

Inilah saat yang ditunggu-tunggu! Saya dah abis exam final utk 4 subjek! Alhamdulllah?! Rasa lega sangat. Hampir 4 minggu bertungkus lumus siapkan bahas & persediaan untuk imtihan akhir! Cuti 3 minggu, rasa sangat bermakna. Ya Allah, lembutkanlah hati para pensyarah untuk memberi markah lulus & terbaik untuk setiap subjek. Amin.

Balik kelas tadi tumpang Iman. Minta dia turunkan saya di kedai berhampiran umah sewa. Saya sempat beli beras, sayuran & syawarma lagi serta ayam roasted. Punyalah seronok exam dah abis...


Baru ni janji dengan iman nak study sana-sama. Jadi petang tadi sebelum exam, dia datang umah dalam kul 1.50 petang. Kesian dia, jem pulak tu jalan ke sini. Iman mintak mik gambar dgn lubna...


Sempat bergambar sebelum keluar berjuang menjawab exam kertas terakhir...










Nasi goreng pattani ala NR cafe

Pagi ni xtau nak makan apa utk sarapan. Bincang punya bincang akhirnya tercetuslah idea nasi goreng. Nasi goreng pattani...




Oklah, pas makan kn sambung baca. Petang ni ada exam lagi. Kertas terakhir tarbiyyah muallimin. Xsabarnye nak abis. Eh, iman ni jadi datang ke x? Kata nak discuss.


Friday 24 January 2014

Fatrah kerinduan yg membuak-buak

Ada beberapa kali datang perasaan rindu yg membuak-buak untuk balik ke Malaysia. Malam ni perasaan tu hadir lagi. Kalau xberjaya dikawal rasa lemah semangat, putus asa. Buku pun ntah ke mana.

Alhamdulillah atas segala nikmat-Mu di sini ya Allah. Kuatkanlah hati ini untuk suka hidup di sini. Bantulah hamba-Mu ini menekuni bahasa Arab sebaik penutur jatinya yg mencintainya. Demi sebuah impian yg xkan pernah pudar...


Study & makan, rutin harian saya

Bila dah penat study, mesti rasa nak makan yang sedap-sedap. Macam biasa ketung-ketang di dapur. Ini hasil mengail pagi tadi. Mee hoon goreng Malaysia...


Resepi: bawang putih tumbuk, cili kisar 1 sudu, tomato puri, ayam racik, gula, garam, mee hoon celur.

Makan malam tadi suami buat jeput2 ala-ala rojak...sedap! Cuma xde sotong bakar dgn udang je. Klu ada ya Allah lagilah sedap...


Pemanis mulut, suami ada buat puding cocktail pagi semalam. Alahai lagilah sedap...


Maka nikmat Allah yg manakah kamu dustakan? 

Thursday 23 January 2014

Pembaharuan resepi NASI MANDY

Yang kami perasan, nasi2 arab kt sini walau pun nama sama tapi lain2 rasanya. Contohnya rasa nasi mandy di kedai A berbeza dgn rasa nasi mandy di kedai B, C dll. Xtahulah cmne boleh berbeza. 

Dan pagi tadi saya telah cuba memperbaharui resepi nasi mandy saya! Wow hasil memberangsangkan sebiji spt di kedai mat'am dar darak! Suami puji mlambung2 sedapnye.




Wajib tulis resepinya takut terlupa.

Rebus ayam & daging dalam air rebusan mgandungi halia tumbuk, bwg putih tumbuk, serbuk jintan putih, biji pelaga, bunga cengkih, safflower, garam, kiub ayam, daun ketumbar/ daun parsley. Guna air rebusan yg panas mdidih tu utk masak nasi mnggunakan basmathi, jgn dikacau beras tu nanti hancur. Masak nasi dlm rice cooker. Ayam tadi boleh dilumur apa2 rempah & bakar spt biasa. Sgt mudah!

Cuma nanti sy akn cuba tambah pewarna kuning, lemon kering dalam nasi tu. Nk try guna serbuk biji pelaga & serbuk bunga cengkih juga.

Budak xsabar nk makan...


Daging tu baki nasi ouzi semalam. Sgtlah zaaaki makan dgn nasi mandy tu. Lepas ni saya akan terus mencuba perbaiki cara masakan nasi mansaf & maqlubah jg. Sbb saya sgt menyukai kedua-dua nasi tu selain dari mandy. 

Cek internet banking, gaji dah masuk. Seronoknya alhamdulillah tengok ada kenaikan gaji tahunan dlm RM250. Baru ni ada hamba Allah (duk jordan jgk) katanya pegawai yg cuti belajar xdpt kenaikan gaji tahunan. Berdebar jugak dengar. Xpernah pulak dengar @ baca pekeliling unisza pasal ni. Macam mana dia blh salah info sdgkan dah lm jugak dia duk jordan, pensyarah universiti, dapat slai jgk baru je abiskan phd di sini. Musykil saya. 

Persediaan imtihan halaqatul bahas

Hari ni membaca subjek halaqatul bahas fi manahij wa tadris utk imtihan sabtu petang nanti.


Tulisan conteng-conteng sana sini. Dalam kelas dr hamdan bagi berlori2 input tntg penulisan tesis. Jadi  nanti bila jawab soalan kn jawab berkontena-kontena. 

Kertas soalan peperiksaan sini kebiasaannya para doktor akan ambil semula. Jadi xdptlh bawa balik utk simpanan fail peribadi. Cuma kertas exam dr taha je yg dapat semula kertas soalan.


Kelakar betul teringat exam2 semalam. Santai je. Dr amin badar siap bagi assigment dalam kelas tgh2 jawab exam. Student siap bg air jus, minum kopi sambil jawab. Kertas soalan pun student yg bagi. 

Gambar sebelum exam. Ni pelajar perempuan kelas saya. Dari kiri Diyana, 'Abir, Kahraman, Nur, dan yg xnampak tu Rima namanya. Yg xde dalam dalam gambar ni Haifa' dan Mahmud. Kelas xramai dalam 8 orang students utk subjek istiratijiyyat tanfiz minhaj. Kelas paling ramai sem ni pun 12 orang je, subjek dr taha al-minhaj wal makrifah...



Exam memang xketat pun peraturannya. xperlu kad matrik, boleh ssesuka hati minum makan. Lecturer pun borak2borak dgn murid wlupun tgh menjawab exam. Lepas tu dr. Amin siap bagi carrymark & bahas yg siap ditanda dalam kelas smntara kami jwb exam. Lecturer klu yg simple mmg simple, tp klu kn yg syadid mmg syadid. Ni bahas saya...


Tapi exam smlm sy rasa jawab xberapa bagus, harap sgt lulus pun xpe dah :(. Subjek dr taha pun ada soalan yg sy xbaca pun kuar, xgemar betul bc psl falsafah. Tp itulah yg keluar. Ya Allah, lembutkan hati lecturer2ku ini memberi markah yg baik utk exam2 semalam. Takut sgt gagal. 




Wednesday 22 January 2014

Nasi ala beriani pakistan

Pagi tadi saya dengan liatnya masak sarapan berasaskan nasi. Rasa nak makan nasi ayam, nasi minyak, nasi beriani. Mcm tekak apa tah sume menda nak makan. Akhirnya munculah idea nasi beriani pakistan ala-ala jelah...





Tak gaul pun kari ayam pekat tu dalam nasi sbb takut lubna xboleh makan, pedas. Beras guna basmati india JOD2.50 utk 2kg beras. Murah kan! RM10 utk 2kg basmati. Kat malaysia mana nk dpt arga mcm ni.

Hari ni juga ada 2 exam dari jam 3-6, 6-9 mlm. Penat sikit badan. Rasa lesu je. Nanti sy citer pnglmn exam tadi. Post ni psl mknn dulu huhu.

Balik dari exam tadi, ikut k.kyn singgah beli nasi arab. Beli lah nasi ouzi wa laham. Gembira bonar lubna & suami tgk bungkusan mknn yg sy bw balik. Seronok bt surprise...


JOD 5 sebungkus. Makan di rumah, isi dlm dulang, makan 3 beranak. Tengok daging bhgian peha tu besarlah sgt. Xabis kami mkn daging tu, simpan tuk mkn esok.

Tuesday 21 January 2014

Nasi lemak sambal ikan makerel

Semalam k.kyn ajak study sekali subjek alminhaj wal makrifah utk exam nihaie esok. Jadi pagi tadi bangunlah awal sikit utk masak sarapan & bagi sikit sambal ikan pada k.kyn nnt. Saya buat nasi lemak sambal ikan makerel, rebus telur, goreng terung, goreng ikan bilis, timun potong



Utk nasi lemak resepi saya mudah je. Xguna santan.

-Beras, minyak masak, halia hiris, halba, air secukupnya, garam. Kacau rata & masak dlm rice cooker. Hasilnya sangatlah sedap & cantik je nasi tu sebab ada minyak kan.

Siap2 makan terus siapkan lubna. Nak angkut dia sekali study kt rumah k.kyn. Kesian dia banyak terperap dlm umah je sejak datang Jordan ni. Paling kurang kt sana boleh main dgn anak k.kyn.

Sampai di rumah k.kyn, lubna muka cuak tapi dalam hati nak main sangat-sangat. Jadi sambil main sambil buat muka ketat.


Dalam kul 12 kami dh kepenatan otak berbincang. Alhamdulillah, lepas bincang lebih faham & mudah untuk ingat. Tapi xdpt abiskan sume. Balik umah sambung study sampai lah sekarang. Lubna pulak kacau. Du-ga-aaaan.

Tgahari tadi lepas singgah rumah antar lubna saya pegi ke kedai berdekatan umah beli kekacang & syawarma. Xlarat nak angkut lubna pg kedai. Odw nk pergi & balik dari umah k.kyn tadi pun mengah dukung dia. Bila bagi jalan, abis sume benda tepi jalan nak kutip. Melencong sana sinun. Oklah saya beli syawarma yg biasa & wajbah chicken cheese...


Syawarma tu yg sebelah kanan gambar, memanglah sedap terutama klu beli awal2 rempah ayam tu terasa bermain2 di mulut. Burger ayam pulak xberapa sedap. Mujur besar je. Kentang goreng memanglah banyak. Xterabis kami makan. Harga? 

وجبة شاورمة مع بطاطا. JOD 1.85
وجبة تشيكين تشيز برجر مع بطاطا JOD 2

Oklah, banyak pula tu.



Hari pertama persekolahan 2024..

Sekolah baru semua anak-anak kami.. Kakak minggu depan baru start daftar dan kelas. Ya Allah permudahkanlah urusan k...